Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Feb 11, 2015

What If....





-------------------------------------------------------------

Ada tiga sesi yang aku kesan dapat membuatkan aku berfikir dengan ligat tentang perkara-perkara remeh;
1) Ketika dalam bilik air/jamban
2) Atas moto
3) Waktu hujan
Tapi segala deep thoughts yang aku ada akan tamat sejurus sahaja sesi itu tamat.

To be frank,
aku lagi suka kalau entri ni aku buat dengan lukisan kartun aku yang tak seberapa tu.
Tapi aku tiada pilihan dari menggunakan (bootleg) Lego atas beberapa sebab.

Printer aku rosak.
Since printer rosak, maka scanner juga rosak sebab printer tu jenis 3-in-1 sekali dengan scanner dan copier.
Sebab aku ni orang zaman purba yang prefer melukis atas kertas daripada menggunakan graphic tablet, maka ketiadaan scanner amat mengganggu jadual update blog.
Inilah masanya aku mempersoalkan segala-gala yang x-in-1 dalam dunia ni.
Pada mula beli memang rasa macam ianya idea yang hebat bila memiliki benda 3-in-1.
Tapi bila rosak macam ni, apa pun tak boleh...

Kenapa tak repair?
Laptop rosak, komputer rosak aku boleh baiki sendiri sebab aku ada sedikit ilmu dalam bidang tu walaupun tak seberapa.
But I have cero knowledge about printers and all of the variations. Nada.
For starter, aku nak buka printer tu check circuit dekat dalam pun tak boleh sebab entah magik apa yang pengeluar itu pakai, printer aku (yang rosak ni) tak ada skru langsung.
Macam mana nak buka kalau tak ada skru?
Screw me!

Kenapa tak beli baru?
Buat masa sekarang, duit aku fokus kepada perkara yang lebih penting.
By 'lebih penting', aku maksudkan kesihatan.
No further comment on that,
tapi ingatlah, tanpa kesihatan, printer/scanner baru canggih tebabom macam mana sekalipun tak ada gunanya.

Tapi kenapa guna (bootleg) Lego?
Sebab scanner tak ada, so yang mampu aku buat adalah menggunakan benda yang aku ada.
Aku ada mainan dan kamera.
So dengan bantuan software dalam laptop, maka wujudlah entri ini.

Kalian pun,
takkan tak ada masa-masa di mana kalian akan terfikir tentang kehidupan?
Soalan-soalan popular seperti 'what if...'?
Angan-angan yang selalunya hanya angan-angan?
Cita-cita yang tahu takkan kesampaian?

Macam cita-cita aku nak berkawan dengan Emma Stone...

Ok, cut the crab crap,
I need to mend one broken heart.
Mine.






.




28 comments:

  1. its ok, because "Everything is Awesome"!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Prince of Noob
      Wahaha...Nice reference, Boss!! :D

      Delete
  2. Comel Lego~

    Takpelah. Nanti ada rezeki lebih, betulkan printer tu. Takpun, beli je baru ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Farah
      Tapi awa lagi comel **ayat power**

      Niat hati memang nak tukar baru je...survey kedai kata harga repair pon lebih kurang macam harga beli jugak...hahaha

      Delete
  3. apekata pecahkan je printer tu, nanti terbukak dan terburailah semua, muahahah.
    aku pun suka berangan time drive bro, walaupun itu agak membhayakan tp tulah. guess i love to lead the dangerous life :3
    perkara suka berangan:-
    what if my ex still love me
    what if im a rich girl, dah bersuami agaknya sekarang
    what if im beautiful, dah ada suami hensem agaknya sekarang
    what if i'm famous
    what if i'm cool

    HONK!!!

    ok dah sampai alam realiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zyra Roxx
      Memang kalau ikut amarah dah terburai dah printer tu, tapi sbb sayang punya psal...lagipon printer tu sgt banyak berjasa so rasa2 nak lupuskan dgn baik...hehehe
      btw, aku pon suka live dangerously. Hahaha

      Delete
  4. tadi aku dah komen pakai mobile, pastu hilang hampeh sungguh. ni aku komen sekali lagi guna pc.
    comelnyaa legoo hahahahaha makin cepatlah aku rasa aku pegi legoland mcm gini, terpengaruh dengan lego kau. lampu motor paling power sekali.
    what if ni takkan berhenti, sebab kita mana pernah berhenti persoalkan choices yg kita dah buat dalam hidup kita. cewahh, pandai aku cakap

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mashy_entah
      Aku syak gejala komen guna mobile pastu hilang tu mmg worldwide punya problem laa, sbb aku selalu kena dkat blog org lain :)
      What if ni ala-ala fantasyland laa utk kita-kita yg kuat berangan dan tak puas hati dgn hidup sndiri...hehehe

      Delete
  5. slalu pikir gak soalan2 'what if' ni. Salah satu yg slalu pikir, what if saya hidup zaman hang tuah? Siapa saya agaknya? Isteri petani? Anak raja? atau pengukir kayu sebab zaman tu x de laptop nk melukis. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Gadis Misteri
      Hahaha...Sama laa.
      Pernah jugak terberangan kalau hidup zaman purba, agak2 jadi apa ek?
      Petani ke, nelayan ke, atau hulubalang istana...hehehe

      Delete
  6. What if.. What if I stop being a human and be a sloth instead? I think that can work very well. Hahaha.. Keje tido je

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Dea Day
      Aku pernah tgk video sloth makan sambil baring dan pejam mata...
      Memang pemalas sngat dah tu...hahaha

      Delete
  7. aku akan otomatik terfikir cenggini bila umah aku blackout. mcm2 persoalan datang. pastu bila ada letrek semula poofff smua hilang hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Hahaha...rumah ana selalu blackout ke??
      Memang betul, slalunya pemikiran macam ni hilang serta merta bila sesi tamat...hehehe

      Delete
  8. btw, aku rasa ko guna lego untuk update entri pun kool gila bro..hehe

    aku pun sama jugak kalau naik motor byk betul aku fikir..tp sume pasal yang entah ape2 la..kalau bosan sangat aku bantai nyanyi je..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nazha anua
      aku pun selalu menyanyi atas moto...Kadang2 terkuat smpai moto lain pon boleh dengar...hahaha

      Delete
  9. what if i'm dead tomorrow? *pergi search format untuk tulis surat wasiat*... yikes

    soalan2 "what if"s ni biasanya aku meluat nak layan, aku akan pikir secara berpada-pada saja akan kemungkinan2 itu... que sera sera... hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Soalan psal death tu aku selalu terfikir masa susah nak tidur...
      "Apa jadi kalau aku tidur tp tak bangun2..."
      Terus jadi insaf dan seram...last2 tertidur camtu je...hahaha

      Delete
  10. Replies
    1. @Razfira
      Koleksi ni aku sayang,
      tapi aku tak bangga sebab ianya cuma tiruan, bukan original...hehehe

      Delete
  11. Byk betui hang pikir. Tp baguslah biar sel-sel otak terus brhubung. Tp bahaya ooo, kot tetiba dok pikir pikir tetiba tak perasan kenderaan lain ke, sumpah bahaya.
    tapi sumpah gua suka entri ni, niceeee gilaaa. Kreatif.
    penggunaan lego, angle amik gambo. Mcm tgok short movie tp versi tak gerak (sumpah tak tau nak explain acano).

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Hahaha...berangan jugak nak buat short movie guna still images tp macam tak cukup ilmu laa...hehehe

      Delete
  12. banyaknya hang punya Lego.. koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Tak banyak eh...
      Banyak lagi nak kena beli sebenarnya...hahaha

      Delete
  13. Lego tu byk bulu mcm wak doyok..hahahaha.suka berpikir bebyk masa tgk air hujan .hehe ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. @adrianna syaz
      Kan? Waktu hujan mmg selalunya ligat gila kepala ni memikirkan perkara remeh...

      Delete
  14. chantek sketsa lego ko ni bro., dari muda jd tua berjangut tu kene tukar2 kepala je kann? hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. >tiga lalat

      Biasa-biasa je wak.
      Main tukar2 kepala je.
      Guna mana yang ada je walaupun koleksi tak banyak. Hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: