Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Dec 9, 2012

'MAAF' Bukanlah Perkataan yang Paling Sukar Disebut oleh Aku.


Tahu tak apa perkataan yang aku paling susah nak sebut?
Aku tak ada masalah nak minta maaf kalau ada silap salah.
Aku juga tak pernah rasa nak ucap terima kasih itu susah.
Tapi, aku ada masalah nak 'balas' terima kasih.
Aku susah nak cakap 'sama-sama'.




Dari usia hingusan lagi,
aku anggap perkataan 'sama-sama' sebagai balas kepada 'terima kasih' adalah tak masuk akal.
Apa taknya,
'sama-sama'?
Apa yang sama?

Bila kita berterima kasih, kita memberi tanda penghargaan dalam bentuk 'kasih',
sebab tu wujud terima kasih.
Tapi, bila dijawab dengan 'sama-sama',
adakah kita juga 'sama' memberi 'kasih' untuk diterima?
Atau 'kasih' yang diberikan tidak diambil, seraya wujud istilah 'sama-sama' bermaksud 'kosong-kosong'?
Kalau yang pertama sebagai jawapannya,
maka 'kasih' yang kita sama balas tu adalah tanda apa?
Kalau yang kedua jadi jawapannya,
maknanya kita tak menerima tanda 'kasih' si pengucap.

Maka, dua-dua tak masuk akal!

Ya, dengar remeh,
tapi hal 'sama-sama' ni pernah buat aku tak tidur malam,
sebab pada masa itu, kawan aku seorang ni mempersoalkan kenapa
aku tak jawab dan respon kepada 'terima kasih' dia..
Dia melabel aku sebagai seorang yang bongkak kerana
bila dia ucap "terima kasih"
aku jawab dengan "ya!"
Kata dia, aku tak hargai 'terima kasih' dia
dan jawapan 'ya' aku tu kedengaran bongkak..

Ya,
aku tahu.
Masalah selesai bila aku terus ucap 'sama-sama' je,
tapi....

'sama-sama' adalah terlalu janggal.
Awkward.
Aku selalu tak tahu apa ekpresi yang patut aku buat bila ucap 'sama-sama'.
Aku selalu rasa "Apa nada patut aku guna untuk 'sama-sama' ni?"
Aku selalu cuba nak buat bad poker face masa ucap 'sama-sama'.
Bila ianya berlaku, aku rasa aku tak ikhlas.
Aku tak suka aku tak ikhlas, jadi cara mudah
aku akan sedaya upaya hindar dari ucap 'sama-sama'.
Lagi bagus, jangan ucap 'terima kasih' langsung.
Aku tak kisah pun orang tak ucap 'terima kasih' kalau aku buat baik.
Cukup sekadar senyum pun aku dah gembira.

Jangan letakkan aku dalam situasi janggal itu.
Aku susah nak ucap 'sama-sama'.
Harap semua faham.



Jadi,
apa perkataan yang korang rasa paling korang susah nak cakap,
dan bila cakap pun, rasa janggal nak mamp*s?




.


20 comments:

  1. terima kasih tu asalnya terimalah kasih
    merujuk kpd org yg menolong, terimalah kasihku ini

    sama sama tu pulak asalnya dari dua kali sama
    contoh: ok ok, yela yela, nanti nanti etc

    penggunaan sama sama ni merujuk kpd perbuatan org yang menolong, ingin memberi kasih kembali kpd yg sebut "terima kasih (terimalah kasihku)" in the first place

    so daripada terjadi awkward moment terima kasih direply dgn terima kasih jugak
    wujudlah sama sama, atau makna literalnya "samalah aku juga terimalah kasihku"

    scumbag brain

    ReplyDelete
  2. TERIMA KASIH sebab share post ni... hehe

    ReplyDelete
  3. xleh blah respon ko.. 'meow' dibantainye.. lol. XD

    aku xde la ayat yang masalah sangat nak cakap, tapi kena ikut mood.

    ReplyDelete
  4. Balas la dengan 'Kasih diterima'

    Hehehehe.... aku pun pernah fikir benda yang hampir,tapi apa yang aku tak faham adalah, kenapa terima kasih tak diterjemahkan kepada 'receive the love' (abaikan perkataan thank you).


    ReplyDelete
  5. Meow adalah lagi janggal aku rasa.. wakakakkaka...


    Aku selalu jawab Terima Kasih orang dengan Kasih Diterima. Maksudnya, dia suruh kita terima kasih dia, jadi aku terima laa..janji ada akad.. koh koh koh

    kalau paling janggal pun, aku jawab "Kecik punya hal" walopon ia adalah awkward XD

    ReplyDelete
  6. kalau jwb u're welcome tak awkward kot
    hee :D

    ReplyDelete
  7. bro,
    senyum seikhlas hati tok reply terima kasih tu~


    terima kasih~
    (ok, senyum sekarang ;P)

    ReplyDelete
  8. mungkin kau harus mula belajar cakap 'ok' ?

    ReplyDelete
  9. Aku rasa lah,
    'sama-sama' tu datang dari 'likewise'. So, bila orang cakap thank you, takkan nak jawab thank you balik.

    So, likewise (another way of saying thank you; read thank you, too)

    Biasa kalau orang cakap thank you,
    Aku reply,
    "No prob"
    Atau,
    "I love you, and love is not just words," - oh, itu part kalau dia yang cakap thank you lah. Haha.

    ReplyDelete
  10. meow meow (terima kasih bahasa kucin)

    ReplyDelete
  11. ramai orang macam ni cero termasuk aku.selalunya aku senyum bila org ckp terima kasih.ada jugak cakap sama-sama sekali-sekala.tapi bab kawan kau tu aku tak tahulah.mungkin beliau seorang yang emo dan sensitip.hehehe.
    sama la bila kita cakap alhamdulillah.dengan tu Allah tahu kita brsyukur dan insyaallah rezeki bertambah.

    ReplyDelete
  12. mmg jrg pn ckp sama2..sbb org slalu ckp tengkiu. so kena jwb welkam bru seiring dan sejalan ye dak,..haha

    ReplyDelete
  13. meaow jugak..huhuhu... kdg2 tak jawab sama2.. hnya senyuman sebagai penganti diri..cewahh

    ReplyDelete
  14. Pernah aku entertain sorang pelawat merangkap kawan bos aku dari Belgium, seorang profesor dalam bidang perubatan. Bila dia cakap 'terima kasih', aku jawab sama-sama, dia heran. Tapi bila dia tau perkataan kanak-kanak, hati-hati, lagi dia heran. Sampai dia tanye,"why malaysian loves to double the words?" aku tak tau nak jawab ape weh. Nak tipu kang, dia profesor. Nak ckp kite double the words sebab benda tu banyak, sorang budak pun panggil 'kanak-kanak'. Lagi banyak aku explain, lagi banyak dia tanya. So, aku cuma angkat bahu dan senyum je.

    Sejak tu aku dah tak jawab 'sama-sama'. Aku jawab, 'ok' atau 'no problem' je.

    ReplyDelete
  15. ko jawab le "no sweat" ke, "xpe" ke, xpun "saya dah ade yg mengasihi" ke..hahaha..

    aku jenis xkisah org jawab ape utk terima kasih aku..tapi sudah menjadi amalan aku untuk ucap terima kasih atas apa yang aku terima..menjawab kepada terima kasih bukanlah satu hal pun utk aku..tapi bagi sesetengah org mungkin..

    so jawapan paling senang bg aku bila org ucapkan terima kasih pada aku ialah "tak ape" means aku xkisah tolong die, tak harapkan terima kasih dr dia and rela hati menolong atau memberi kepadanya..

    jawapan "ok" tak de la menunjukkan ko sombong je ape..cumanya cam tak menunjukkan ko menghargai terima kasih die tu..hmm..agaknye la kot..

    ReplyDelete
  16. kalau biasa orang cakap thank you akan dibalas dengan you're welcome. tapi bila you're welcome digoogle translatekan jadi 'anda dialu-alukan'

    rasanya tu jawapan yang sesuai kot. hehe

    ReplyDelete
  17. @Taufik
    Aku baca komen ko ni pun boleh buat otak aku stuck n restart..hahahha

    @Hani Othman
    Err.. Meeoww!!!

    @Haris Khairuddin
    susah oo..mgkin sbb aku rasa 'sama-sama' tu agak tak masuk akal..

    @Kertas Kosong
    Hahaha, 'receive the love' dibalas 'same-same'..hahha

    @Aujinz
    'Kasih diterima' macam cara jugak kan?
    Guna dengan nada yg betul, silap2 boleh jadi pick-up line..hahaha

    @Avalon Cat Cartoons
    "Meeoww!!"

    @yana
    kalo yg ucap tu makcik jual sayur kat kedai, takkan nak ckap 'u're welcome'? hehehe

    @MS. NO NAME
    *senyum awkward*
    susah oo nak senyum ikhlas ni...heheheh

    @hanaahmad
    Hahaha.. kdg2 org kata just 'ok' tu dgr macam biadab..hehehe

    ReplyDelete
  18. @Emma Amir
    oooh, 'likewise' mcam cool je bunyinya...
    tp part 'i love you, love is not just words' tu boleh buat org cair tu, kalo sebut dgn nada yg kena..hahahaha

    @nazha anua
    meow meow meeeoowww meeowww
    (sila singgah blog aku selalu..hahaha)

    @ParaLoya
    Betul jugak tu kan?
    'Sama-sama' ni macam satu tanda pengiktirafan laa, kan?

    @Nesa Wazir
    kalo tengkiu, senang je nk jawab welkam..
    tp kalo ucap tanpa faham maksudnya, buat hati rasa lain mcam...hehehe

    @3067184272372373153.0
    DYSHA,
    senyum pun, kalo dia pandang muka ok laa..hahahah

    @n a d.
    He's got the point...
    Kdg2, bahasa melayu ni agak ridiculous, tp kalo ditanya pd org yg betul, mmg ada sebabnya..hehehe

    @pu3aan
    aku pun jenis yg tak kisah...
    aku lagi tak kisah kalo org tak ucap terima kasih...
    sbb sbnrnya, dr muka je dapat nmpak sama ada diorg betul2 maksudkan terima kasih atau tidak...

    @rayenyson.
    hahahaha
    mcam skema gilak kalo ucap 'anda dialu-alukan'..
    tp masuk akal...hahhaah

    ReplyDelete
  19. aku slalu jawab..ok..sambil senyum =D
    sgt jarang nak bls blk dgn sama-sama..

    tlglah jgn jawab dgn meow..kah3

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License