Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Nov 21, 2012

Bulatan Keberahian cEro.


Tahu tak apa yang menipu setiap manusia?
Keberahian.


infatuation (ɪnˌfætjʊˈeɪʃən)

— n
1. the act of infatuating or state of being infatuated
2. foolish or extravagant passion
3. an object of foolish or extravagant passion


Sebagaimana aku suka meneliti kehidupan manusia,
aku juga suka meneliti kehidupan aku.
Bagaimana aku bertindak ke atas sesuatu keadaan.
Bagaimana aku berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain.
Pada aku, sebelum layak menilai orang, aku perlu tahu menilai diri sendiri.
Tapi menilai diri sendiri adalah perkara paling sukar dalam hidup manusia, hanya disebabkan kita selalu bertindak 'bias' terhadap diri sendiri.

Jadi,
baru-baru ini aku dapat sesuatu dari diri sendiri.
Aku sentiasa di dalam satu 'loop' mengenai kesukaan/kegemaran/keberahian aku terhadap sesuatu.
Tak faham?
Teruskan membaca.
Aku panggil 'loop' ini sebagai
cEro's Circle of Infatuation.

'Loop' yang aku maksudkan adalah bagaimana sesetengah perkara kadang-kadang menjadi suka, bertukar kepada benci, bertukar kepada neutral, dan bertukar kepada suka balik dalam kadar yang sekata.

Oh, dan ianya berlaku kepada aku dan mungkin juga kamu.



PENERANGAN DIAGRAM

1. Recognition
Anda nampak sesuatu dan terdetik perasaan seperti "Uh, cantiknya.""Oh, sedapnya", "Wah, hebatnya." Anda memberikan sesuatu itu pengiktirafan. Jika anda meninggalkan peringkat ini sebelum memasuki peringkat seterusnya, ianya hanya sekadar sesuatu yang 'biasa' (typical).

2. Curiosity
Kerana pengiktirafan, ianya menarik minat anda. Anda akan berkata seperti "Macam mana dia boleh cantik?", "Kenapa ia sedap?", "Bagaimana ianya boleh hebat?". Jika anda meninggalkan peringkat ini sebelum ke peringkat seterusnya, ianya dipanggil 'pengabaian' (ignorance), sebab anda mengabaikannya walaupun anda ada perasaan ingin tahu.

3. Obsession
Perasaan ingin tahu yang membuak-buak mencetuskan obsesi. Anda akan cuba selidik apa yang anda nak tahu dari pelbagai sumber seperti lisan, internet, mahupun perbuatan. Jika anda meninggalkan peringkat ini sebelum ke peringkat seterusnya, anda dipanggil 'peminat' (fan).

4. Downfall
Lambakan dan limpahan maklumat tanpa tapisan membuatkan anda terdedah dengan pelbagai perkara termasuk unsur negatif. Perkara tidak baik tentang sesuatu yang anda obses itu membuatkan anda berfikir "Rupanya begitu.." dan sedikit demi sedikit membuatkan anda terasa tertipu dan kecewa. Jika anda meninggalkan peringkat ini sebelum ke peringkat seterusnya, dan menerima sesuatu itu seadanya, ianya dipanggil 'cinta' (love).

5. Rejection
Dek kerana perkara negatif yang anda dapat hasil dari obsesi sebelum ini, anda terasa tertipu dan menolak segala-galanya tentang sesuatu itu termasuklah perkara positif pertama yang membuatkan anda suka. Jika anda meninggalkan peringkat ini sebelum ke peringkat seterusnya, anda akan dipenuhi dengan rasa 'benci' (hate).

6. Acceptance
Masa berlalu membuatkan benci semakin berkurangan, dan anda kembali ke peringkat menerimanya kembali. Seperti peringkat 1 (Recognition), anda akan tertarik dengan unsur positif yang ditonjolkan (mungkin yang sama dengan sebelumnya, mungkin berbeza) dan kemudian pusingan 'loop' ini akan bermula semula.


Terlalu berat untuk difahami?
Tak apa, aku berikan contoh sesuatu yang berada dalam 'loop' ini bagi diri aku.


Contoh 1: Teh Tarik



Teh tarik, pada aku, sangat sedap (1.Recognition). Setiap kali aku ke kedai makan luar, aku akan memesan teh tarik dan membanding-bandingkan kesedapan antara kedai (2.Curiosity). Sehinggalah satu tahap, aku tak akan tak order teh tarik (3.Obsession) sampailah aku alami kesukaran untuk berak (4.Downfall). Lalu, aku putuskan untuk berhenti minum teh tarik (5.Rejection) dan berikan masa untuk perut berehat. Untuk satu tempoh masa, aku kembali mencuba teh tarik dan walaweh! Teh tarik memang sedap (6.Acceptance).



Contoh 2: Wayang 3D



Pada mula era wayang 3D, dengan spek dwi-warna tu, aku kagum (Recognition). Setiap kali ada filem yang tayang dengan wayang 3D, aku akan layan (Curiosity). Sampai satu tahap, setiap kali aku layan wayang, aku akan pilih wayang 3D dan menolak cerita lain yang tak ada 3D kerana seperti picisan (Obsession). Satu ketika, aku dapati mutu 3D sangat teruk, malah, kalau aku buka spek dwi-warna tu, aku masih boleh lihat macam biasa. Juga, wayang 3D sangat mahal (Downfall). Mutu teruk, beserta bayaran mahal membuatkan aku menolak wayang 3D (Rejection) dengan beranggapan ianya satu pembaziran paling bodoh manusia sejagat. Tapi selepas seketika, aku tak kisah untuk layan wayang 3D lagi, tapi tidak sekerap dulu (Acceptance).


OK.
Cukup kot dua contoh tu.
Kedua-dua contoh itu melibatkan bukan manusia, tapi cEro's Circle of Infatuation boleh juga diguna pakai kepada semua; manusia, bukan manusia, entiti mahupun bukan entiti. Contoh manusia yang berada dalam 'loop' ini bagi aku ialah minat aku terhadap Lisa Surihani (point of Downfall dia adalah masa dia kahwin dengan suami dia).

Maaflah kalau panjang dan membosankan.
Tapi aku cukup teruja bila boleh kenal diri sendir dengan lebih rapat.
Kadang-kadang,
bila aku dalam sesuatu peringkat, aku akan berfikir untuk diri sendiri
"Oh, aku sedang berada di peringkat Downfall ni"
Ya. Hubungan aku dengan henset aku adalah di peringkat Downfall.

Bagi yang faham penerangan aku ni,
cuba kongsikan dengan aku satu contoh perkara yang berada dalam cEro's Circle of Infatuation untuk diri kalian.

Bye!



.




8 comments:

  1. Satu hari aku pi makan char kue tiaw kat pekan PD. Eh, Sedap! (recognition). Setiap kali aku ke pekan PD, aku mesti makan char kue tiaw kat situ. Sekali sekala makan kat kedai lain jugak, (curiosity) tapi, meh tak sesedap kat pekan PD tu . Bila aku lapar malas nak masak, aku akan ajak sesape pegi makan kat pekan PD tu,kat kedai yang sama. Memang tak makan char kue tiaw kat tempat lain (obsession). Tapi sekali tu, tukang masak dia bertukar, char kue tiaw sedap tu jadi tak sedap, kuah jadi cair, kerang macam tak masak. Aku stress. Kenapa dah tak sedap macam dulu woi! (downfall) Sejak tu, aku dah tak makan kat situ dah (rejection). Buat mase ni aku belum sampai acceptance sebab aku masih kecewa kedai tu dah tak sajikan char kue tiaw yang sedap. Sedang patah hati lagi. kihkihkih

    ReplyDelete
  2. wah, teori kendiri oleh cero..hehe

    aku rasa aku berada dalam loop yang sama dalam teori ni..setiap masa dan setiap kali jumpa benda baru..

    hebat prof cero:)

    ReplyDelete
  3. First time aku makan Takoyaki kat Jusco Melaka dua tahun lalu (recognition), aku tertanya tanya eh sedap, tapi macam mana nak buat dia. So aku google resipi dia (Curiosity), sampailah aku cari semua peralatan dia dan cara cara membuatnya dan berjaya menghasilkan sendiri Takoyaki di rumah setiap hari dan cuba untuk memnyempurnakan resepi tersebut (Obsession), sehinggalah satu hari, aku rasa Takoyaki aku tak sama seperti di Jusco(Downfall), membuatkan aku tidak lagi membuat Takoyaki untuk minum petang(Rejection). Tapi keinginan untuk menghasilkan perfect Takoyaki membuatkan aku kembali mengacau tepung dan akhirnya aku berjaya.(Acceptance) Takoyaki aku adalah sama seperti yang aku makan di Jusco dua tahun lalu.

    ReplyDelete
  4. @Aujinz

    ooowh aku juga suka membuat takoyaki sendiri kat rumah, aku letak inti squid saja, maka namanya bukan takoyaki, tapi ikayaki =D

    takoyaki pan beli kat ebay XD

    ReplyDelete
  5. teori yg ada juga kebenaran. sbnrnya pgalaman kita itu tok guru paling berguna. mcm skrg pemerhatian thdp diri sndiri.. dpt juga tahu sesuatu. yeahhh

    ReplyDelete
  6. Aku tak seteliti ini tapi aku juga selalu berada dalam cEro's Circle of Infatuation ni (6. Acceptance)

    ;D

    ReplyDelete
  7. sepatutnya cEro kn study antrophology n sociology sbb semua ni berkait ttg human...@ cEro leh jdi linguist..hihi3 wat theory snirik..woAh!

    ReplyDelete
  8. @NdyaIbrhm.
    InsyaAllah, akan datang smpailah masa acceptancenya..hehe
    Sedap sgt ke kueytiow PD yg dulu?

    @nazha anua
    Uhuk uhuk uhuk *batuk prof*
    Terima kasih studentku..hahaha

    @Aujinz
    Tak pasti aku kagum sgn ko sbb boleh buat takoyaki sendiri, ataupun kesungguhan ko nak siap guna bold dlm komen ni..hahah
    btw, nk rasa takoyaki ko boleh?

    @Leeza dayasari [santai leeza]
    Betul!
    Rugi sape2 yg tak nak belajar dr pengalaman..

    @Yousof
    Hahaha, nice one yousof!

    @Miss Comot
    Memang niat nak jugak study anthropology n sociology, tp apakan daya, aku hanya budak biology..hahaha

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: