Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Nov 18, 2011

Impresi Pertama di Tanah Asing


Sebelum pesawat AirBus 320 selamat 'touchdown' lantai Brunei,
aku sempat jenguk ke luar tingkap pesawat
dan membuat tinjauan pertama.

Tidak seperti jangkaan,
Brunei masih hijau.
Bukan maksud aku hijau 'mentah',
tapi hijau HIJAU.
Hijau yang dipenuhi dengan tumbuhan.

Aku jadi perak sekejap.



Pemerhatian pertama aku ialah bangunan.
Tiada bangunan tinggi, mencakar langit.
Sedangkan aku berada di Bandar Seri Begawan,
ibunegara bagi Brunei.

Kemudian aku difahamkan,
rupanya ada undang-undang pembangunan di mana
setiap bangunan tidak dibenarkan dibina melebihi tinggi menara masjid.
Dan dikatakan, bangunan paling tinggi hanyalah 8 tingkat.
Namun, fakta itu datang dari mulut orang Malaysia,
bukan orang Brunei sendiri, jadi kesahihannya masih boleh diragui.

Namun, aku mempercayainya.

Dan juga hampir semua papan tanda kedai, bangunan dan pejabat di Brunei mempunyai tulisan jawi selain nama dalam tulisan rumi.
Bagi yang merangkak membaca jawi macam aku,
mim, ya, kaf, dal, wau, nun, lam, dal, sin
berbunyi McDonald's



Yang menjadi kekaguman aku ialah
semua pemandu di Brunei seperti sangat mengutamakan pejalan kaki.
Jika kita di Malaysia,
kita hanya melintas jalan bila tiada kereta.
Namun di Brunei,
mereka hanya memandu bila tiada yang mahu melintas jalan,
walaupun hanya seorang, mereka tetap akan berhenti sampai si pelintas selamat sampai ke seberang.

Itu sedikit sebanyak impresi pertama aku tentang Brunei.
Namun persinggahan aju baru masuk hari kedua,
ada empat hari lagi, banyak lagi kena observe.


postquam-scriptum:
Ada banyak yang aku nak tulis pasal Brunei,
aku mampu menulis beribu perkataan, tapi aku tiada gambar yang banyak, jadi kalian pasti akan kebosanan membaca.
Tunggu next entri aku, insyaAllah, aku akan sertakan dengan pelbagai gambar.
Al-maklum, travel sorang-sorang, maka takde sape laa nak tolong ambilkan gambar bila memerlukan.




15 comments:

  1. menarik fakta yg ko kasi ni.

    dekat klate pn masih menerapkan tulisan jawi di mana2, tp ofkos, masih ada tulisan ruminya. kalo x, mampos org cina india x paham nnt..kesian dorg.hehe

    berapa hari ko kt sana cero?

    ReplyDelete
  2. elie pernah dgr jugak pasal kat brunei tak boleh bina menara yg tingginya lebih dari Masjid!hebat kan? but true, bukan dari org brunei sendiri elie tau...so, tak tau leh percaya ke tak..hee

    btw, kem salam orang brunei! :)

    ReplyDelete
  3. attitude rkyat mlysia sgt laa rndah lau nk dbndingkan dgn ngare lain kann... bukan ckp psl orang lain...tp ckp psl diri sndiri jugak

    ReplyDelete
  4. Wah!!! excited tau tak ko pergi brunei. Tak sabar for next entry. =) byk info baru tahu hari ni.

    ReplyDelete
  5. Aku jelesss..

    alangkah bgus klo ak yg sdg brada di BSB skrg, mnulis psl brunei skrg nih..hhaha

    ReplyDelete
  6. tula, taknak ajak aku. kalau ajak kan aku boleh tlg tgkpkan gambo ko. hehehe.. take care cEro! :)

    ReplyDelete
  7. bile ko tulis perkataan "perak" aku jadi sengal sekejap.perak?apehal cero jadi perak(dlm otak translate perak sbgai SILVER).lepas ulang 2 3 kali, baru faham ohhh.."peghak" rupenyer....
    huhuhuhu...
    selamat menganalisis dan memahami dunia selain malaysia..
    take care..

    ReplyDelete
  8. so kiranya brunei ni mmg fully negara islam la yeak..
    ehm bgus2..

    ReplyDelete
  9. wow hebatnya, takde bangunan pencakar langit..lagi satu kat sana ada Curfew..baguih depa

    ReplyDelete
  10. dh lma x jejak kaki ke sini...
    Wow! bestnye pi Brunei...tringin nk pi tp x tau bile leh pi...pi sna mkn angin k sbb de kje? klu pi mkn angin estimate kos pi sna brp ek? nk tau jgk...leh kmpul bajet pi sana...hihi3

    ReplyDelete
  11. berjalan di tempat orang memang best bro.. :D

    ReplyDelete
  12. alif ba wau ra wau.

    bunyinya?

    -kudozu

    ReplyDelete
  13. sile cite mcm 2 lagi eh cero..nk jugak tau pasal negara brunei..

    ReplyDelete
  14. ok..aku teruja membaca...pasti..ang gitau ye bajet ang p sama berapa...best kan travel?...aku baru plan...kena kumpul duit dulu....maklumlah..student mcm aku mana banyak duit...aku menanti cite ang lagi.. :D

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: