Dec 31, 2014

Memori Silam Meresap Malam.


Hello buLan,

Biar saya beritahu sesuatu.
Saya selalu ingin bertanyakan khabar awak di sana,
tapi saya tidak pasti bagaimana.
Apa yang saya pasti ialah awak akan sentiasa disayangi.
Awak memang begitu.
Awak sentiasa membuatkan orang yang melihat awak akan menyayangi.
Naluri azali mereka akan melindungi.
Mereka akan tenang dengan awak.
You are lovable.
It's, somewhat, like a superpower you possessed.

If you ask how am I doing, I'm just okay.

2014 sudah menjadi sejarah.
Walaupun saya mulakan tahun itu dengan semangat yang berkobar-kobar,
tapi tetap ianya bukanlah tahun untuk saya.
Saya masih di takuk lama.
Takuk yang semakin hari semakin selesa walau bagaimanapun badai melanda di sekitarnya.
Takuk yang semakin lama semakin dalam saya gali.
Semakin lama semakin tinggi untuk saya daki.
Saya sedar tentangnya.
Selagi saya di sini, selagi itu saya tidak dapat pergi.
Pergi mencari sesuatu erti yang bakal memandu diri.

Even a Sandshrew will eventually evolve to Sandslash,
but Sandslash curls up into a spiny ball when threatened.
Should I curl too?

Tapi dalam tahun itu saya ada buat satu keputusan.
Keputusan yang selama ini saya was-was untuk putuskan.
Saya berhasrat mahu sambung pelajaran.
Sesuatu yang baru, atau sesuatu yang lebih maju,
itu saya akan perincikan kemudian.

It will be hard.
Tapi itu keputusan saya. Saya lelaki.
Dan lelaki tidak akan tarik kata-kata sendiri.

Seperti ada pemberat yang menjadi sauh cangkuk menghalang saya ke depan.
Adakah pemberat itu memori kita yang tersimpan?
Ya, memori kita.
Tapi ianya bukan pemberat. Ianya penguat.
Saya pasti amat.

Keluarga sudah bertanya tentang jodoh.
Saya tergelak kerana di alam sejajar yang lain, kita mungkin sedang bersama.
Tapi itu tidak berlaku di realiti ini.
Saya bodoh. Hodoh.
Dalam realiti ini, jodoh tidak pernah menjadi kerisauan.
Namun, jam biologi tidak pernah menunggu si tuan.
Satu hari satu masa saya tetap kena fikirkan.
Mungkin masanya ialah sekarang?
Mungkin juga masanya tidak akan datang?

Soalannya,
bagaimana mahu berdua jika yang pertama tidak terjaga?

Hidup ini seperti berlegar dalam gelung moebius tanpa kesudahan.
Ianya tidak teruk, tapi juga pastinya tidak bagus.
Tiada jalan keluar. Bagaimana?

Mungkin selama pra-2015 ini saya terlalu fokus pada diri.
Mungkin untuk pasca-2014, saya perlu lebih membahagiakan orang lain dengan harapan kebahagiaan kembali berbalik kepada sendiri.
Seperti bulan yang malar dalam keadaan jatuh ke bumi namun masih tidak mencecah tanah, tapi dalam usahanya mengejar batu ketiga itu masih mampu memantulkan cahaya bola suria pada malam yang indah dan berseri.

Gelaklah.
Aku sedang bercakap dengan bulan.
Kerana seperti bulan, aku juga begitu.
Satu sisi sentiasa menghadap.
Satu sisi lagi sentiasa bergelap.





.

Dec 24, 2014

Sepintas Lalu Ku Terkenangkanmu.


Sekali lagi tajuk yang dipilih tiada kaitan...

Sebenarnya,
komik dalam entri ini adalah kesinambungan dari entri seminggu lepas....
Tapi aku asingkan sebab
1) Ada dua isu yang berbeza; dan
2) Aku ada satu tabiat buruk di mana apa yang aku tulis lari dengan apa yang aku lukis. Hehehe



Musim hujan hujung tahun seperti sekarang,
aku sangat teringin nak main hujan macam aku selalu buat kecik-kecik dulu...

Tapi,
hujan di Kuala Lumpur tak seperti dulu.
Hujannya kini mampu buat dinding luar rumah bertukar warna dan lekang.

Lagipun,
aku sangat tak mahu kena kanser kulit disebabkan hujan yang berasid.
(^telahan tanpa ilmu saintifik. Believe at your own risk!)

So, tell me...
Apa yang kalian suka buat masa hujan?
Dan apa yang kalian harap boleh buat semasa hujan?
Kalau ada pasangan boleh cuddle-cuddle, kan?

Jyeeeahhh!




.

Dec 17, 2014

Angin Bayu Membawa Diriku...


Tajuk tak ada kena mengena.

Ahad lepas sudah diterbitkan jAwapan untuk tEka-tEki #21.
Kali ini, izinkan aku merungut tentang sesuatu...



Biar aku beritahu,
air lopak hujan rasa masin.
Dan lepas kau tertelannya, kau akan sakit perut.



Aku suka menunggang motosikal. Suka sangat.
Dua perkara yang aku rasa aku tak akan tinggalkan walaupun pada ketika itu aku sudah ada anak lapan sekalipun ialah membaca komik dan menunggang motosikal.
Kalau bakal isteri aku boleh terima dua perkara tu,
rasanya dia dah cukup terima aku seadanya.

Menunggang motosikal (bawa moto) ni banyak kelebihannya.
Minyak isi penuh satu tangki pun murah.
Tak stres sampai botak bila musim harga minyak naik.
Dalam trafik pun lancar. Kalau ada sesak boleh selit-selit.
Belum cerita harga nak maintain. Bengkel moto berlambak.
Road tax murah. Insuran murah.
Kalau difikirkan, banyak syoknya bawa moto ni...

Tapi yang aku paling best sekali ialah perasaan angin meniup pipi.
Bunyi siulan bila angin lalu celah helmet.
Bunyi deruan enjin empat lejang yang mengancam.
Feeling tu mahal sekali, tak akan sama jika pandu kereta.

Tapi semua itu ada kontranya tersendiri.

Pada aku, kita tak akan kenal erti diskriminasi sebenar dalam masyarakat membangun selagi tidak menjadi penunggang motosikal.

Pengguna jalanraya yang lain semua langsung tak mahu hormat penunggang motosikal.
Bak kata cikgu kelas memandu aku,
"Semua orang benci moto di jalanraya. Even pejalan kaki pun benci mereka."

Sebagai contoh,
kalau bawak moto di lorong kanan, kita akan dihon oleh kereta laju.
Kalau bawak moto di lorong kiri, kita berkongsi lorong dengan lori.
Tahu tak, kadang-kadang naik ngeri bila tayar lori sama besar dengan satu moto kita.

Bila kemalangan yang melibatkan kereta dan moto,
MESTI si moto yang akan dipersalahkan. MESTI.
Sekali lagi aku ulang, MESTI!
Tak ada siapa tanya, "Okey tak?"
Orang lain peduli apa kau tangan patah ke, kepala calar ke, kau akan tetap dipersalahkan.
Alasan kuatnya, "REMPIT!"

Bila masuk kawasan komersil,
bila ada moto parking dalam lot kereta, akan kena maki.
Alasannya "Itu tempat parking kereta, moto parking tempat lain.."
Padahal satu kotak parking kereta boleh muat dekat enam motosikal.
Kadang-kadang bukan nak parking lama pun, nak tekan duit di ATM je.
Memanglah ada tempat parking moto, tapi selalunya terletak di hujung bangunan, berkongsi tempat dengan rumah sampah dan ada anjing liar mencari makan.

Tapi
bila ada pula kereta masuk dalam kotak parking moto,
dan bila penunggang moto tegur, akan dibalasnya
"Suka hatilah. Kami bayar cukai lagi mahal tau..."
Padahal dia tak tahu satu kereta dia tutup habis hampir 10 kotak parking motosikal.

Bangsat ke tak bangsat?

Belum cerita kisah awek dan bakal mak mertua yang mensyaratkan 'memiliki kereta' sebelum boleh masuk meminang.

Entahlah,
selagi isu diskriminasi penunggang motosikal ini dipandang enteng,
selagi itu jangan mimpi nakkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial.

On that note,
aku rasa aku patut jadi Perdana Menteri dan hapuskan diskriminasi terhadap penunggang motosikal.

Kalau pejuang hak kesaksamaan wanita dipanggil feminist,
agak-agak pejuang anti-diskriminasi penunggang motosikal dipanggil apa ek?

Motorist? Motocyclist? Bikist?




.

Dec 14, 2014

Jawapan tEka-tEki #21 Rantai dan Pautan



Kini, sudah sampai masa untuk jawapan tEka-tEki.
Adakah anda sudah bersedia untuk jawapannya?



Baiklah.
Kepada yang belum bersedia untuk membaca jawapannya
dan mahu ke entri soalan, sila klik sini.
Anda akan dibawa ke entri soalan tEka-tEki #21.

Ketahuilah,
yang menarik tentang tEka-tEki bukanlah jawapannya
tapi usaha kita untuk mendapatkan jawapan tersebut.


Ok.
Kita akan terus ke jawapan.





Cabarannya,
anda memiliki empat rantai dengan setiap rantai memiliki tiga pautan.
Anda mahu mennggabungkan keempat-empat rantai itu menjadi satu rantai berbentuk bulatan.

Soalannya,
berapakah jumlah terkecil pautan yang perlu anda buka untuk menyambungkan kesemua rantai menjadi satu rantai berbentuk bulatan?

Jawapannya, tiga (3) pautan.

Caranya;
Ambil salah satu dari empat rantai besi yang ada.
Buka ketiga-tiga pautan dari rantai besi tersebut.
Jadikan setiap satu pautan yang sudah terbuka itu sebagai penghubung antara tiga lagi rantai besi yang tertinggal.
Tutup pautan itu semula

dan TAHNIAH! Anda sudah memiliki satu rantai besi berbentuk bulatan.



xxxxxx

Jadi,
siapa antara kalian yang dapat jawab dengan betul dan tepat?


Sebagai penutup,
biar aku petik satu bidal dari barat.

"Some of the best lessons are learned from past mistakes.
The error of the past is the wisdom of the future."
.

Lagi tEka-tEki dalam koleksi:


Kenali wira anda, The Error.



.

Nov 30, 2014

tEka-tEki #21 Rantai dan Pautan


Bertemu kembali dalam slot tEka-tEki.
Slot yang begitu mencabar minda sehinggakan jika ada asap keluar dari telinga anda, itu perkara biasa.







Cabarannya,
anda memiliki empat rantai dengan setiap rantai memiliki tiga pautan.
Anda mahu mennggabungkan keempat-empat rantai itu menjadi satu rantai berbentuk bulatan.

Soalannya,
berapakah jumlah terkecil pautan yang perlu anda buka untuk menyambungkan kesemua rantai menjadi satu rantai berbentuk bulatan?


tEka-tEki kali ini dalam kategori mudah.

Kunci untuk selesaikan soalan kali ini ialah kemahiran memudahkan cara.
Sila berikan jawapan dan cara penyelesaiannya sekali.


Ok,
jika anda buntu atau cepat putus asa,
dan berminat untuk ketahui jawapannya, klik sini.
Tapi link di atas hanya berfungsi bermula pada Ahad 14 Disember 2014 selepas 0900
bersamaan dengan dua minggu selepas post ini diterbitkan.

Marilah bangkitkan semangat keperwiraan anda.
Selamat mencuba.

GOOD LUCK!

Lagi tEka-tEki dalam koleksi:


Kenali wira anda, The Error.

Jika anda teruja dengan tEka-tEki yang aku sediakan,
dan anda rasakan aku berhak,
'like' page Facebook Empire State of cEro di bawah:

Akan datang akan ada lebih banyak lagi tEka-tEki yang mencabar.
.

Nov 26, 2014

"Let It Grow, Let It Grow!"



Seminggu lepas aku bercerita tentang menari salsa.
Minggu ini, aku akan berkongsi cerita tentang bulu.








Siapa yang rajin mengembara dalam internet macam aku pasti pernah tahu apa itu 'Movember' dan 'No-Shave November', kan?
Secara asasnya, ianya adalah satu trend yang menyuruh supaya para peserta untuk tidak memotong misai dan/atau sebarang bulu di muka sepanjang bulan November setiap tahun. Biarkan ia tumbuh satu bulan November.

Tapi 'Movember' dan 'No-Shave November' ada sedikit beza.

Menurut wikipedia, Movember (gabungan dari moustache dan November) berasal dari Australia bertujuan untuk mempromosi gaya hidup sihat bagi lelaki dan menyebarkan kesedaran tentang isu kesihatan yang berkaitan dengan lelaki seperti kanser prostat dan beberapa kanser khusus lelaki.
Setiap peserta Movember (yang dipanggil Mo Bro) perlu tahu tentang segala isu tentang kesihatan lelaki.
Movember Foundation juga mengutip derma kebajikan untuk perkembangan kempen kesedaran kesihatan lelaki.

Manakala,
'No-Shave November' pula lebih berasaskan atas talian. Setiap peserta haruslah tidak bercukur bulu di muka sepanjang November dan semua perbelanjaan untuk tujuan bercukur yang dapat dijimatkan itu boleh didermakan kepada American Cancer Society.

Tapi,
bagi warga internet pula, sama ada 'Movember' atau 'No-Shave November', kedua-duanya hanya untuk berseronok dan bermalas-malasan untuk tidak bercukur. Dengan kata lain, November ialah 'bulan malas bercukur'.

Aku selalu trim misai dan janggut setiap hari jumaat.
Trim, dengan kata lain, tidak tebas habis.
Sebab kalau aku tebas habis, muka jadi muda sesangat macam budak sekolah. Hehehe.

Tapi,
sepanjang November ini, aku tidak trim dan cukur langsung bulu di muka,
kekonon nak join 'Movember' dan 'No-Shave November' ni.
Dengan harapan nak laa berjambang ala-ala Wolverine ke, atau ada sikit-sikit shade gelap di rahang supaya nampak macho dan lebih lelaki...
Tapi malangnya, yang lebat hanya misai dan janggut.
Jambang di rahang dan pipi langsung tak nak panjang.

Bagi yang belajar biologi akan tahu bahawa
facial hari (bulu di muka termasuklah misai, janggut, jambang, kumis dan lain-lain) akan tumbuh bila ada DUA syarat ini:
- hormon testosteron ; dan
- gen yang tepat.

Testosteron bertanggungjawab atas semua pertumbuhan ciri-ciri sex sekunder lelaki seperti otot badan yang besar, bulu di seluruh tubuh badan dan pembesaran halkum di tekak.
Testosteron dihasilkan lebih banyak pada lelaki berbanding perempuan. Sebab itu lelaki lebih sasa dan berotot, lebih berbulu dan suara lebih garau berbanding perempuan.

Gen yang tepat pula memberi maksud bahawa bulu di muka hanya akan tumbuh bergantung kepada genetik dan keturunan lelaki tersebut.
Dengan kata lain, boleh jadi juga seorang lelaki itu melimpah ruah testosteron dalam badan dia tapi tidak bertumbuh juga misai, janggut dan jambang hanya kerana gen dia tidak tepat.
Dah keturunan tak berbulu, nak buat macam mana, kan?

Maka,
untuk memudahkan cerita, aku yang hanya tumbuh misai dan janggut tapi tak tumbuh jambang ni kemungkinan besar tidak mempunyai gen yang tepat untuk jambang.
Dengan kata lain, kemungkinan besar sampai ke tua laa aku hanya mampu berangan nak jadi Wolverine.
**tekup muka di bantal dan menangis teresak-esak**

Dan biar aku bagitahu dulu,
aku yang hanya lebat misai dan janggut sangat tak kacak.
Sangat macam walrus....
Aku berharap sangat aku dapat tumbuh jambang.

Bagi tujuan rujukan, inilah walrus.


Sumber Wikipedia

Disebabkan November pun bakal melabuhkan tirai,
mari kita sama-sama ber-'Movember' pada November tahun hadapan pula.
Yaay...


Aku macam berminat nak kongsi info tentang kanser prostat,
mungkin akan datang aku akan buat satu entri khusus.
Agak-agak ada yang nak baca tak?






.

Nov 19, 2014

Pyrexia Manusia Biasa.


Minggu lepas aku bercerita tentang teman 15 tahun,
minggu lepas juga, aku demam.









Trait jarang demam membuatkan sekali ianya berlaku, seluruh badan aku umpama lumpuh dan tidak bermaya.
Selalunya bila tekak rasa kering dan bila mahu telan air liur pun rasa perit, maknanya dalam antara 24jam hingga 48jam kemudian aku akan demam.
Itu petanda awal yang selalu aku dapat ramal tentang diri sendiri.
Selain buang air, isi air, dan isi perut, waktu demam aku akan habis di atas katil berselimut tebal.
Aku tak mampu untuk jadi produktif sewaktu demam melanda.

Cikgu biologi aku dulu cerita,
demam adalah tanda kita manusia normal.
Pesta proses suap-balik negatif yang berlaku di seluruh badan untuk mengembalikan diri ke keadaan normal.
Badan panas, kepala pening, sendi lemah, semua itu hanyalah proses sementara semasa badan berusaha untuk kembali berfungi normal.
Sebab tu jangan merungut dengan demam.
Demam perlu untuk kembali normal.
Demam itu petanda kita manusia.

Namun,
demam juga satu cara untuk aku mengenali diri aku sendiri.
Seharian terlantar di atas katil dengan sensasi dan perasaan yang bercampur baur memberikan aku masa yang panjang untuk muhasabah diri.
Apa yang penting, apa yang tidak.
Apa paling nak dibuat, apa yang sekadar membuang masa.
Siapa dalam ingatan, siapa sekadar di pinggiran.
Demam membuatkan aku kembali pertimbangkan semula landasan kehidupan yang sedang dan bakal aku lalui.

Tapi bila badan terlalu lemah dan akal masih ligat,
separa sedar, aku seolah-olah berada dalam halusinasi sendiri.
Aku nampak sesuatu yang tidak ada.
Aku dengar sesuatu yang tidak wujud.
Malah, aku nampak diri aku sendiri sedang memandang aku.

Bagi setengah orang, itu pengalaman yang menakutkan.
Tapi bagi aku ianya hanya petanda aku normal.
Aku suka jadi normal.
Aku suka normal.
Normal itu hebat.

Bagi setengah orang, demam itu perkara remeh.
Makan ubat, berehat, kemudian sembuh.
Sedangkan banyak perkara yang boleh dipelajari dari demam.
Terutamanya tentang diri kita sendiri
dan itulah yang aku belajar dari demam aku.

Trait juga mengatakan demam aku tak lama.
Selalunya 24jam terlantar, jam ke-25 aku sudah boleh menari salsa.

Demam aku minggu lepas membuatkan aku tekad nak sambung belajar...
...dan aku sangat nak makan aiskrim.



.

Nov 12, 2014

Selamat Tinggal, Teman 15 Tahun!








Seperti yang ramai sedia maklum,
minggu lepas, manga kegemaran ramai, NARUTO sudahpun tamat.
Selepas 700 chapter, selepas 15 tahun.

Bayangkan,
seperti seorang kawan yang aku mula kenal 15 tahun dahulu.
Setiap minggu ada sahaja ceritanya.
Walaupun kadang-kala terputus berita berminggu-minggu, tapi bila kembali bertemu, aku akan catch-up sampai habis.
Kawan bertukar menjadi sahabat.
Aku belajar sangat banyak darinya.
Belajar sesuatu yang tidak diajar di kelas.
Belajar tentang kepentingan mempunyai cita-cita.
Belajar tentang semangat tidak berputus asa.
Belajar tentang erti sebenar keluarga dan persahabatan.
Belajar tentang 'nakama'; satu istilah yang pada aku tiada perkataan terbaik boleh diterjemah dalam bahasa kita.
Bukan sahaja belajar perkataannya, malah siap ada contoh panjang lebar dari si watak utama cerita, Uzumaki Naruto.

Call me sentimental,
tapi bila diumumkan manga Naruto bakal tamat (pada beberapa chapter sebelum 700), aku jadi terkedu.
Bayangkan seorang teman yang sekian lama bersama dan sudah banyak mengajar kita, akhirnya berkeputusan untuk pergi.

Ridiculous,
tapi antara perkara yang selalu buat aku bergenang bak ada ninja halimunan memotong bawang di sebelah adalah filem hindustan dan manga.
Dan untuk kali ini, manga Naruto sendiri.

Aku selalu berkata yang aku membesar dengan Dragon Ball.
Tapi hakikatnya Dragon Ball hanya memori masa kecil aku.
Manakala, Naruto pula aku mula baca dari episod satu sewaktu zaman sekolah dulu lagi sehinggalah sekarang zaman tak berapa nak sekolah dah.
Jadi, secara asasnya, aku memang membesar dengan Naruto.
15 tahun bro...

Sh*t, mata bergenang lagi...

Aku cuma harap aku dapat kawan yang macam Naruto.
NO! Aku nak jadi Naruto kepada kawan aku.

Walaupun sudah seminggu lebih tamat, tapi sebahagian dari aku masih berada dalam peringkat penafian dari model Kübler-Ross 'Five Stages of Grief'.
Aku masih tak dapat terima manga Naruto sudah tamat.
Aku rasa Kishimoto-sensei saja buat prank besar-besaran.
Satu dunia kena troll dengan dia.

But yet sebahagian lain dalam diri aku tahu semuanya sudah tamat.

Ya.
Walaupun sudah diumumkan akan ada New Era Naruto atau dalam bahasa mudahnya 'sequel', tapi sila bagi aku satu contoh cerita yang sequelnya lagi bagus dari original.
TAK ADA!

Perpisahan ini lebih teruk dari kena putus dengan awek.
But sh*t, life must go on!
**drama sungguh**

Apa-apapun,
terima kasih Kishimoto-sensei.
Nanti aku ada anak, aku akan suruh anak aku baca Naruto juga.




Imej di bawah ini adalah rumusan pengajaran kesemua 700 chapter manga Naruto dalam satu panel.





.

Oct 29, 2014

Hemo Hemo Hemoglobin!


Minggu lepas aku berangan nak jadi vigilante,
minggu ini pula aku kembali berpijak kepada realiti...









Niat hati nak buat komik yang santai,
last-last end up jadi komik yang penuh dengan informasi.
Dah jadi ala-ala flyer untuk kempen menderma darah pulak.
Tak kisahlah...

Berita baik (untuk aku)!!
Salah satu dari azam aku tahun 2014 sudah tertunai.
Aku sudah menderma 12 kali (sehingga tarikh ini).
Kalau boleh menderma setiap dua minggu, maka maksimum setahun aku boleh derma 26 kali.
Tapi agak-agak laa...
Itu tahap berkampung dekat Pusat Darah Negara dah tu.

Ya,
aku menderma darah secara tetap di Pusat Darah Negara, KL.
15 minit dari rumah. Bila-bila pun boleh pergi.
Habis derma dapat makan. Free. Hehehe.
Kenyang perut, suka hati.

Tapi jadi penderma aferesis, pada aku, kena ada komitmen.
Banyak penderma aferesis yang aku kenal memang komited dengan pendermaan mereka.
Mereka jadikannya sebagai satu rutin.
Sibuk tak sibuk, datang juga.

Tapi,
kalau tak mampu nak bagi komitmen,
jadi penderma darah biasa pun sudah cukup bagus.
Semua penderma aferesis bermula dari penderma biasa juga.

Yang selalu singgah blog aku ni pasti selalu baca cerita derma darah aku.
Ini adalah kempen berterusan aku untuk membuka minda semua orang untuk menderma darah.
Nak menderma wang ringgit untuk perkembangan industri kajian perubatan tak termampu pula.
Nak jadi doktor, tak cukup pandai.
Jadi, menderma dan berkempen secara berterusan adalah paling tidak cara aku untuk berbakti kepada yang memerlukan.

Kepada yang nak mencuba menderma darah, silakan.
Anda tak perlu jadi The Error untuk menjadi hero yang menyelamatkan nyawa.
Jadi penderma darah pun kira hero juga.

Kepada yang takut nak mencuba, jangan risau.
Cuba sekali dulu, baru cerita pasal takut.
Semua cerita mitos tentang menderma darah (contohnya lepas derma darah senang gemuk) itu semua tipu belaka.
Yang takut jarum pula, anda ada pilihan untuk tak tengok jarum masa dia cucuk.
Para jururawat yang ada semuanya friendly dan supporting,
so jangan takut.

Siapa ada pengalaman derma darah?
Ceritalah sikit dekat aku...

Lagi cerita tentang derma darah dalam blog ini:
Taknak Derma Darah??? Tak boleh ke, takut???
JOM Menderma!!
Merah
Derma Darah.




.

Oct 22, 2014

The Error


Ahad dua minggu lepas kita bertemu dengan Lego cEro.
Ahad baru-baru ni aku cuba nasib dalam contest.
Kali ini, biar aku cerita tentang aktiviti hujung minggu aku.








Bagi yang tak tahu,
Arrow adalah siri TV terbitan DC berdasarkan komik superhero yang dipanggil 'Green Arrow'.
Kini Arrow sudah memasuki musim ketiga.

Kisahnya adalah tipikal superhero/vigilante di mana seorang lelaki memiliki dua identiti: sebagai Oliver Queen, anak orang kaya di siang hari, dan sebagai The Arrow, penghapus jenayah yang memakai topeng mata dan hood hijau serta menggunakan busur dan panah.

Sebab cerita ni tipikallah aku suka.
Arrow ni best (pada aku) sebab jalan cerita dia pantas dan tepat.
Tak meleret-leret.

Yang jadi pelik (dan sedikit geram) ialah kelogikannya.
Dude, pakai topeng mata dan hood sikit je, semua orang dah tak kenal dia siapa.
Logik sangat.

Selesai je layan satu musim Arrow,
aku pun masuk fasa #BeranganItuPercuma aku.
Kalaulah aku juga seorang vigilante, aku takkan pakai warna hijau.
Aku akan pilih warna kelabu sebab kelabu boleh blend dalam gelap dan boleh blend dalam cahaya.
Since aku tak suka sepah-sepah darah, senjata pilihan aku adalah dua batang besi sebab pada aku ambidexterity adalah sangat cool.
Tapi masalah dengan batang besi adalah ianya jarak dekat, jadi aku perlu satu lagi senjata jarak jauh yang senyap dan bersih.
Aku pilih kunai.
Kenapa bukan shuriken? Sebab shuriken tak tusuk dalam.
Aku kan nak senjata yang bersih dan cepat. Hehehe...

Cuma nama The Error tu tak berapa nak komersial. Hahaha.

Okey, cukup berangan.
Back to reality.

Dalam Arrow juga banyak ajar tentang falsafah.
You know, the one yang tak pernah diajar di sekolah.
Sebagai contohnya adalah falsafah tentang rahsia.
Boleh ke sini untuk baca lebih lanjut.

Hmm....
Aku ada satu soalan.
Apa 'vigilante' dalam Bahasa Malaysia ek?
Kamus aku bagi maksudnya sebagai 'sukarelawan', which is pada aku macam kurang tepat.
Google Translate lagi teruk, terjemah jadi 'main hakim sendiri'. WTH?



.

Oct 19, 2014

Buih Buih Buih Lagi...



Pendek cerita,
Plain83 sekali lagi menganjurkan contest yang diberi nama
'Contest GA #2: Isi Buih-Kata Komik #2!!!'.
..dan aku join. Yaay!

Bukannya apa,
macam dah lama sangat tak rasa semangat bersaing untuk memenangi sesuatu.
Hadiah pun menarik :)
Jadi diharap dengan menyertai contest ni,
aku akan bersemangat dalam saingan lumba lari dengan siput belakang rumah aku.
Power betul siput tu. Selalu potong aku. Cis.

Sepatutnya aku ajak kalian sama-sama join,
tapi lagi ramai join, maka lagi kurang peluang aku nak menang.
So, aku harap kalian bagi aku menang...hehehe

Tapi kalau degil juga nak bersaing sama-sama aku juga,
sila klik banner di bawah dan ke blog Plain83 untuk info lebih lanjut.




Dan inilah penyertaan aku:



Aku tengok pesaing-pesaing aku yang lain semua letak lebih dari satu penyertaan.
Aku nak kugak, tapi idea tarak laa...
Aku macam ada deja vu yang aku pernah pakai idea ni dekat somewhere else, tapi faktor usia gamaknya, ingatan taknak refresh...hehehe

Ok. Sekian.
Harap menang.


I surely will get back to you, Si Siput!
*genggam tangan erat*



.

Oct 12, 2014

Legolized!




Salam, nama aku cEro.

Baiklah, ringkas dan padat.

Aku minat dengan lego.
Pada aku, blok-blok kecil yang dicantumkan menjadi sesuatu berbentuk hasil dari imaginasi adalah agak...magikal.

Naaaahhhh.

Suatu hari dulu aku terserempak satu set Lego dalam sub-produk Lego Architecture.
Lego Architecture ni set lego yang membentuk bangunan terkenal dunia.
Aku kagum. Keinginan memiliki menjadi tinggi.
Tapi bila tinjau harga...aku mencebik muka.
Hampir setengah ribu ringgit hanya untuk satu set.
Memang hobi untuk golongan poket emas.

...dan kemudian datang filem The Lego Movie.

Niat utama nak pergi layan filem tu dengan kawan.
Tapi kawan-kawan penuh dengan komitmen (cinta) masing-masing,
maka sang teruna #sepiselamanya ini tiada peluang menontonnya.
Terlepas begitu sahaja.

Download je mampu, tengok sorang-sorang sambil kesat air mata.

But thanks to The Lego Movie,
kedai-kedai permainan dan kiosk perniagaan di shopping mall penuh dengan mainan Lego.
..atau lebih tepat, Imitation Lego.
Bukan Lego yang original, tapi tiruan.
Tapi still boleh buat main.

Bahkan,
ianya terlalu banyak dijual sampai tahap nak kumpul buat koleksi pun rasa kurang ummphh.
Yalah, bila banyak, nilainya jadi kurang.
Basic rule of marketing value kot...

Bila dah tiruan, yang untungnya ialah ianya murah!
RM5 untuk satu figura Lego (tiruan) boleh dikira murah jika dibandingkan dengan harga sebenar Lego original yang paling rendah boleh dapat RM30 untuk satu figura.
Untuk original, kalau wataknya terkenal (contohnya Darth Vader),
harganya boleh mencecah ratusan ooo..

Jadi,
aku decide untuk buat sesuatu yang rare.
Rare supaya berbaloi untuk disimpan an dijadikan koleksi.
Apa lagi rare dari buat Lego diri sendiri, kan?

Maka,
memperkenalkan, Legolized cEro.



Yup, it is not a perfect cEro, terutamanya part rambut.
Tapi ini version 1.0....
Kalau akan datang jumpa parts yang lagi sesuai,
maka cEro ini akan diupgradekan.

The fun part is, this 'legolized' cEro is actually a chimera from some different parts of other lego figures.

Aku terpaksa korbankan 5 figura Lego untuk buat satu Lego cEro.
Rambut, kepala, badan, tapak tangan, dan kaki datang dari 5 figura Lego yang berbeza.
Paling payah ialah nak cari rambut yang sesuai.
Kepala dengan muka tersenyum pun bukan senang cari tau...

Dengan kata lain,
sekarang aku ada Captain America yang hilang kaki,
SpongeBob yang hilang badan
dan beberapa figura lain yang tak cukup sempurna (termasuklah hilang kepala...eeuuuwww)

Jadi,
itulah ceritanya.
Nak kata narsistik pun ada sikit kot sampai tahap buat Lego diri sendiri.
But the satisfaction is priceless kot...

Aku berniat nak bawa Lego cEro ni ke dalam pengembaraannya sendiri...
Lepas ni mungkin banyak gambar Lego cEro yang akan aku kongsi dalam instagram aku.

Kalau aku offer nak jual Lego cEro ni,
ada orang nak tak? (kriiik kriik kriiik....)

See you next post, BYE!





.

Oct 8, 2014

Dulu Antonimnya Sekarang.


Minggu lepas aku bercerita tentang Hantu Mickey,
dan minggu ini, aku akan bercerita tentang sesuatu yang tak ada kena mengena dengan makanan.
Hehehe.







Walaupun kedengaran remeh,
tapi frasa 'makan dulu' sedikit ironik di mana bila kita menyebutnya,
bermaksud kita mahu 'makan sekarang'.
Fungsi sebenar frasa tu memang untuk beritahu yang kita 'makan sebelum tiba waktu sepatutnya untuk makan (dari segi etika)',
tapi tetap secara zahirnya kita mahu 'makan sekarang'.

Dari sudut ini,
'makan dulu' sama maksud dengan 'makan sekarang'
walaupun 'dulu' dan 'sekarang' adalah antonim.

Bahasa memang (kadang-kadang) menghiburkan.

Minggu lepas aku ada baca satu tweet dari Dictionary.com:



Rupanya dalam Bahasa Inggeris pun ada juga frasa yang macam ni.

Beralih ke topik yang berlainan,
apa bahasa melayu untuk 'inside joke' ek?

Kalian ada 'inside joke' yang kalian kongsi dengan kawan-kawan?
Cuba bagitahu sikit...



.

Oct 1, 2014

Hantu Mickey!


Rabu minggu lepas aku bercerita tentang lawan kepada tahi.
Ahad seterusnya aku buat review buku yang ambil masa tiga bulan untuk dihabiskan.
Kali ini,
aku akan bercerita tentang baju...












Sebenarnya aku sendiri pun tak sedar majoriti baju aku adalah berwarna hitam.
Bila aku nampak menarik, aku ada duit, aku beli.
Tak pula aku kira kuota baju hitam ada berapa, baju kuning ada berapa...

Bila belek almari,
aku sedar baju yang paling aku kurang adalah yang berwarna kuning.
Sebenarnya,
aku rasa baju kuning tak menaikkan warna kulit aku.
(lol, gaya ayat macam model. Perasan sungguh!)

Mungkin lepas ni aku perlu beli baju warna lain selain hitam.
But I'll never buy pink.
Tak masuk langsung dengan aku...Heheheh

Jap!
Before you judge,
let me be clear that baju Disney Halloween tu hanya ada muka hantu Mickey je.
Tak ada perkataan lain yang melambangkan aku sambut Halloween.
Dan aku memang tak bawa baju macam tu ke dalam solat.
Aku tahu itu baju Halloween pun sebab aku google.

...tapi hantu Mickey tu cute!

Hehehe!

post-scriptum:
So,
apa baju kegemaran kalian?




.