Oct 22, 2014

The Error


Ahad dua minggu lepas kita bertemu dengan Lego cEro.
Ahad baru-baru ni aku cuba nasib dalam contest.
Kali ini, biar aku cerita tentang aktiviti hujung minggu aku.








Bagi yang tak tahu,
Arrow adalah siri TV terbitan DC berdasarkan komik superhero yang dipanggil 'Green Arrow'.
Kini Arrow sudah memasuki musim ketiga.

Kisahnya adalah tipikal superhero/vigilante di mana seorang lelaki memiliki dua identiti: sebagai Oliver Queen, anak orang kaya di siang hari, dan sebagai The Arrow, penghapus jenayah yang memakai topeng mata dan hood hijau serta menggunakan busur dan panah.

Sebab cerita ni tipikallah aku suka.
Arrow ni best (pada aku) sebab jalan cerita dia pantas dan tepat.
Tak meleret-leret.

Yang jadi pelik (dan sedikit geram) ialah kelogikannya.
Dude, pakai topeng mata dan hood sikit je, semua orang dah tak kenal dia siapa.
Logik sangat.

Selesai je layan satu musim Arrow,
aku pun masuk fasa #BeranganItuPercuma aku.
Kalaulah aku juga seorang vigilante, aku takkan pakai warna hijau.
Aku akan pilih warna kelabu sebab kelabu boleh blend dalam gelap dan boleh blend dalam cahaya.
Since aku tak suka sepah-sepah darah, senjata pilihan aku adalah dua batang besi sebab pada aku ambidexterity adalah sangat cool.
Tapi masalah dengan batang besi adalah ianya jarak dekat, jadi aku perlu satu lagi senjata jarak jauh yang senyap dan bersih.
Aku pilih kunai.
Kenapa bukan shuriken? Sebab shuriken tak tusuk dalam.
Aku kan nak senjata yang bersih dan cepat. Hehehe...

Cuma nama The Error tu tak berapa nak komersial. Hahaha.

Okey, cukup berangan.
Back to reality.

Dalam Arrow juga banyak ajar tentang falsafah.
You know, the one yang tak pernah diajar di sekolah.
Sebagai contohnya adalah falsafah tentang rahsia.
Boleh ke sini untuk baca lebih lanjut.

Hmm....
Aku ada satu soalan.
Apa 'vigilante' dalam Bahasa Malaysia ek?
Kamus aku bagi maksudnya sebagai 'sukarelawan', which is pada aku macam kurang tepat.
Google Translate lagi teruk, terjemah jadi 'main hakim sendiri'. WTH?



.

31 comments:

  1. Nak pikir logik, superman lg x logik. Bukak spek mata pastu pakai spender kat luar..dah semua org x kenal dia.

    Bg aku, arrow ni mcm batman. Xde superpower..or bukan alien yg dtg dok kat bumi. Tp hanya depends on combat skills & weapons.
    Cuma kdg2 cara dorg berlawan dlm citer tu mcm budak2 tgh berebut sugus je. 😞

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullll! Superman tu memang tak logic kalau takdak orang boleh notice dia tu Clark Kent... lain la Batman, atau Catwoman, logic gak la orang susah nak notice sape dorang... hahah

      Delete
    2. @Haryz Khairuddin
      @plain83
      Ooohhh...aku lupa nak include Superman dlm contoh aku...
      Ye laa kan, ko bukak spek, simpul rambut sikit dah semua org tak kenal...kelakar sangat!
      Arrow citer dia laju, tp memang betul. Kadang2 bila lawan mcam kelam kabut sikit...hehehe

      Delete
    3. Aku rasa orang sekeliling dia memang sengaja taknak mengaku clark kent tu superman. Gila malu geng ngan mamat psiko pakai seluar dalam kat luar.

      Delete
    4. @Dea Day
      Gelak berguling aku baca komen ko ni Day...
      Boleh bayang kawan2 dia cakap belakang2 Clark Kent sebb malu dgn dia...hahahah

      Delete
  2. Replies
    1. @Gadis Misteri
      Kelakar ke? Kelakar memang ada, tp hensem tu lebih sikit *tetiba*
      Wahahahaha

      Delete
  3. keluangman lagi lah pelik.
    walaupun dia gila, tapi dia sempat lagi jadi superhero.

    errrr.. ko tak macam tu kan cero?
    mwahahaha..

    vigilante boleh jadi macam istilah pejuang keadilan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Gee Lion
      Peeerrrrgghhhh!!! Rindu keluangman...
      Dengar kabo nanti ada yg nak buat remake. Harap betul2...

      Vigilante = pejuang keadilan sedikit tepat tp still ada yg tak lengkap. Vigilante ni lebih kepada 'letak hukuman guna undang-undang sendiri' sedangkan polis pun boleh dikira pejuang keadilan jugak, kan? hehehe

      Delete
  4. adik aku mmg tegar dok folow citer Arrow ni dari 1st season.
    dia dok racun soh tgk gak tp smpai skrg aku x tgk2 lagi =P

    hurmm tu lah si superman mmg x logik org xkenal.
    keluang man lagi lah hai.

    vigilante. hurmm mcm Gee Lion ckp tu sedap gak maksudnye hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Tengok laa Arrow...Best!
      Bila dah start tengok mesti payah nak berenti...hehehe

      Superman tu siap pakai spender dkat luar, mmg tak logik...hahaha

      Delete
  5. Adiwira kot. Kot lah. Aku pakai serkap jarang je ni.
    Sapa belakon jd arrow tu, kalau hensem boleh gak aku tgk, buat cuci mataaaa hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mashy_entah
      Adiwira lebih kepada superhero.
      Vigilante ni jenis yg buat hukuman sendiri, kadang2 sampai membunuh.
      Ada vigilante yg jahat, ada yg baik..

      Yg jadi Arrow tu namanya Stephen Amell..Try google.
      Aku rasa ramai pompuan kata dia hensem walaupun aku lebih sikit hensemnya...wahahaha

      Delete
    2. Hensem woii hahahaha tp dah kahwin malas ah.
      Lgpun aku susah kalau dah start tgk series ni alamat tak tidur empat lima hari

      Delete
    3. @mashy_entah
      Alaa, jgn habiskan sehari terus...cuba sehari satu episod. Hadam satu-satu...hehehe

      Delete
    4. Takleh. Tak sabar. Aku tgk suit 3 season 3 hari je. 3 hari tak tidur. Tidur pun siap mimpi lagi. Hahahaha

      Delete
    5. @mashy_entah
      Hahaha...dulu aku layan Criminal Minds back-to-back beberapa season sampai berasap kepala nak hadam...hahaha

      Delete
  6. Apesal besi tu tak attach pakai dawai... Dari jauh pun boleh attack... Huhu... Vigilante tu rasanya takde lagi istilah dalam Bahasa Malaysia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zulhizam
      Kalau attach pun aku rasa tak boleh pergi jauh. Mungkin jarak sederhana je...
      Lagipun, lagi panjang attach dawai, nanti lagi berat. Agility akan jadi kurang...
      (Perrrgghhhh...macam serius je perbincangan ni..kekonon)

      Delete
    2. Err... Bukan Batman pon pakai dawai ke?

      Delete
    3. @Zulhizam
      oih, Batman lain...Dia hebat!
      Batman bawak RPG launcher belakang badan dia pon dia still boleh lari laju dan kalahkan lawan...hehehe

      Delete
  7. Aku layan 1st season je..pastu hang bila nak masuk 2nd season..

    Orang umah aku layan separuh je 2nd season..

    Sebab: kitorang rasa agak boring..ni pendapat kitorang la..cite2 baru belum layan lagi..err ko xlayan flash ke..tengok teaser dulu muncul masa oliver queen dok memanah..xtau la best ke x..

    ps: kalau the error kuar, confirm aku xlayan..hohoho,,kecuali awek dia cun (sambil pandang kiri kanan, takut bini nampak..ahaks)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @aku_ein
      Aku faham. Mmg kalau banding season 1 dgn season 2, yg season 2 macam kureng sikit...tp aku dapat rasa season 3 makin best. Jgn jadi macam Smallville dah laa..makin byk season makin ngarut...hehehe

      Flash pon aku layan. Crossover dgn Arrow, tu yg buat lg best tu..

      p/s: Kalau The Error ada, sure laa awek dia super cun punyer...hahahah

      Delete
  8. vigilante tu apa? malas pulak nak ambik kamus.

    seronok betul baca entry ko ni cEro. gelak guling2 aku. haha. #GelakItuPunPercuma
    aku rasa tak payah tengok The Arrow, tengok ko jadi The Error pun dah cukup. tapi tolong jangan jadi superhero mcm tipikal meleis please. lulz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Hikayat Seorang Budak
      Aku ada berangan nak jadikan The Error ni satu watak, tapi berangan je laa...hehehe

      Delete
  9. Vigilante.. vigilante.. entah apa entah.. hhahahah
    Nama The Error tu macam ok jer.. hahhaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Nama The Error tu macam ala-ala 'kau perasan nak jadi hero tapi asyik buat salah je...'
      hahahaah

      Delete
  10. vigilante tu ialah pejuang keadilan yang main hakim sendiri fulllstop..

    wakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nazha anua
      Hahaha...kalau aku ganti vigilante dgn ayat tu maka panjanglah entri blog ni...heheheh

      Delete
  11. Tak tengok series tu. Tapi nak cakap power gila habiskan 23 episode dalam 1 hari setengah.

    Diri sendiri tengok drama korea pun paling sempat 6 episode dalam sehari, itu pun tido pepagi buta.HAHHHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Wahahaha...berasap oo layan 23 episod dlm sehari setengah...
      Esoknya bantai tidoq seharian...hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026