Dec 24, 2014

Sepintas Lalu Ku Terkenangkanmu.


Sekali lagi tajuk yang dipilih tiada kaitan...

Sebenarnya,
komik dalam entri ini adalah kesinambungan dari entri seminggu lepas....
Tapi aku asingkan sebab
1) Ada dua isu yang berbeza; dan
2) Aku ada satu tabiat buruk di mana apa yang aku tulis lari dengan apa yang aku lukis. Hehehe



Musim hujan hujung tahun seperti sekarang,
aku sangat teringin nak main hujan macam aku selalu buat kecik-kecik dulu...

Tapi,
hujan di Kuala Lumpur tak seperti dulu.
Hujannya kini mampu buat dinding luar rumah bertukar warna dan lekang.

Lagipun,
aku sangat tak mahu kena kanser kulit disebabkan hujan yang berasid.
(^telahan tanpa ilmu saintifik. Believe at your own risk!)

So, tell me...
Apa yang kalian suka buat masa hujan?
Dan apa yang kalian harap boleh buat semasa hujan?
Kalau ada pasangan boleh cuddle-cuddle, kan?

Jyeeeahhh!




.

26 comments:

  1. Aku sangat suka drive di jalan yang dengan pokok merimbun (tak sesak) waktu hujan,tapi bukan hujan mencurah sampai tak nampak tu,sambil dgr lagu yg best. I also love walking in the park during light showers. Teringat pergi singapura jalan2 kat orchard road waktu hujan renyai pun mengasyikkan! Kalau hujan lebat,aku suka duduk kat bilik,dgn mood melankolik,tgk cerita sedih dan menangis puas2. That being said, i love rain!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @star
      Hujan renyai memang best kalau dpat jalan dlm setting yg best.
      Macam kat tempat aku, dekat taman tasik. Bila hujan renyai dan air menitis atas tasik, feeling jiwang tu datang melambong-lambong...hahahah

      Delete
  2. masa kat u dulu aku duduk bilik single yang ada tingkap sliding..
    jadinye masa hujan je mesti aku slide tingkap tu lepas tu aku menogkat dagu sambil tgk hujan turun..
    sekali sekala ada titis hujan menampar lembut pipiku..dan ye..
    aku feeling2 mcm dlm movie time tu..

    kekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nazha anua
      Kau U mana nazha?
      Aku dulu, disebabkan U tengah bandar, jadi hujannya selalu tak best dan tempias selalu masuk dlm bilik...last2 basah habis bilik walaupun tutup pintu dan tingkap...tak feeling langsung...

      Delete
  3. Masa hujan aku suka termenung tepi tingkap dengan mata kuyu sambil mengenangkan kekasih lama. Saat ini, lagu kpop seperti "On Rainy Days" dan "We Were In Love" pasti kedengaran sebagai runut bunyi yang bertepatan. Lalu perlahan-lahan aku bantai tidoq sampai maghrib..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Dea Day
      Waktu hujan memang waktu untuk jadi melankolik, kan?
      Tetiba semua kenangan terpacul dr benak fikiran...hahaha

      Delete
  4. masa hujan aku buat benda yg sama mcm kau buat, masuk dlm selimut. masa kecik lagi teruk, siap bawak biskut, torchlight masuk sekali bawah selimut, konon tengah camping..sekarang bila hujan, memang aku membuta terus takde dah selimut ke biskut ke hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mashy_entah
      Tidor masa hujan memang best.
      Best dia sampai kadang2 terlajak tidur 18 jam pon tak perasan...hehehe

      Delete
  5. main sampan kertas kat lopak air, tu bile keadaan terkawal la..
    kalo x terkawal, dah teros maen air hujan sambil slide2 kat tanah..
    lepas bergembira, kita berduka pula sbb kene bantai dengan mak..hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @MS. NO NAME
      Masa kecik dulu aku pernah main lumba daun pandan letak ubat gigi tu dlm longkang lepas hujan. Nostalgik betul...
      Dan sama macam kau, last2 kena bantai dgn mak sbb bazirkan ubat gigi rumah...hahaha

      Delete
  6. suka cuddle diri sendiri bawah comforter sambil korek idung dan baca english fiction yang lazat2 beserta sebungkus coklat kat sebelah, hevenn

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zyra Roxx
      Woit woit, tak baik makan sambill baring laa...
      Lagi tak baik makan coklat tak ajak aku...hahaha

      Delete
  7. Hujan = Tido.

    HAHHAH

    Dah lama lak tak mandi hujan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Hujan = bantal sejuk = bantai nyaman dan selesa = tidur dgn selasa = tidur terlajak...

      hahaha

      Delete
  8. Time hujan, kalau ngantuk, tido... kalo tak ngantuk, bertenet sambil layan tv... kalau ada guruh dan kilat, dan tak ngantuk waktu tu, maka aku akan baca buku/komik sambil minum kopi dan makan apa2 comfort food ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      SInce internet aku internet purba, jadi tiap kali hujan aku kena tutup internet sbb takut kena sambar.
      Bukan internet dah tu namanya, in-tenat!

      Delete
  9. time hujan x lebat boleh lagi berangan sambil layan lagu cintan cintun ke hape.
    kalo lapar -- pergi dapur -- kunyah kudap2 apa yg ada.
    kadang tu masuk selimut & on radio + headfon + konfem terlena hehe

    aku terigin gak cudle-cudle tapi hurmm kena tunggu ada pasangan la nampaknye =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Eceh eceh nak cuddle-cuddle ye...
      Hehehe..Bila? Bila? hehehe

      Delete
  10. Hehehee ina biasanya sama je.. sama ada duduk dalam selimut ataupun main hujan.. tapi main hujan sekarang ni jarang lah.. sebab dah besar kan.. lagi satu, hujan sekarang ni, biasanya disertakan dengan ribut & petir. tu yg seram tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Sabrina SA
      Kalau ada ribut petir memang bahaya nak main hujan...
      Kalau tengah renyai2 tu okey lagi laa, kan? hehehe

      Delete
  11. hujan kini : pray for pantai timur ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous
      Teruskan berdoa. Bantu yang mana mampu.
      Semoga kita semua berjaya mengharungi ujian ini.

      Delete
  12. Ape yang bestari mase hujan, boleh tidur... hehehe....

    ReplyDelete
  13. suka bau angin hujan. nyaman sngt. suka dngr melodi hujan. merdu sngt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Gadis Misteri
      Petrichor! Bau hujan memang paling best!!

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026