Dec 17, 2014

Angin Bayu Membawa Diriku...


Tajuk tak ada kena mengena.

Ahad lepas sudah diterbitkan jAwapan untuk tEka-tEki #21.
Kali ini, izinkan aku merungut tentang sesuatu...



Biar aku beritahu,
air lopak hujan rasa masin.
Dan lepas kau tertelannya, kau akan sakit perut.



Aku suka menunggang motosikal. Suka sangat.
Dua perkara yang aku rasa aku tak akan tinggalkan walaupun pada ketika itu aku sudah ada anak lapan sekalipun ialah membaca komik dan menunggang motosikal.
Kalau bakal isteri aku boleh terima dua perkara tu,
rasanya dia dah cukup terima aku seadanya.

Menunggang motosikal (bawa moto) ni banyak kelebihannya.
Minyak isi penuh satu tangki pun murah.
Tak stres sampai botak bila musim harga minyak naik.
Dalam trafik pun lancar. Kalau ada sesak boleh selit-selit.
Belum cerita harga nak maintain. Bengkel moto berlambak.
Road tax murah. Insuran murah.
Kalau difikirkan, banyak syoknya bawa moto ni...

Tapi yang aku paling best sekali ialah perasaan angin meniup pipi.
Bunyi siulan bila angin lalu celah helmet.
Bunyi deruan enjin empat lejang yang mengancam.
Feeling tu mahal sekali, tak akan sama jika pandu kereta.

Tapi semua itu ada kontranya tersendiri.

Pada aku, kita tak akan kenal erti diskriminasi sebenar dalam masyarakat membangun selagi tidak menjadi penunggang motosikal.

Pengguna jalanraya yang lain semua langsung tak mahu hormat penunggang motosikal.
Bak kata cikgu kelas memandu aku,
"Semua orang benci moto di jalanraya. Even pejalan kaki pun benci mereka."

Sebagai contoh,
kalau bawak moto di lorong kanan, kita akan dihon oleh kereta laju.
Kalau bawak moto di lorong kiri, kita berkongsi lorong dengan lori.
Tahu tak, kadang-kadang naik ngeri bila tayar lori sama besar dengan satu moto kita.

Bila kemalangan yang melibatkan kereta dan moto,
MESTI si moto yang akan dipersalahkan. MESTI.
Sekali lagi aku ulang, MESTI!
Tak ada siapa tanya, "Okey tak?"
Orang lain peduli apa kau tangan patah ke, kepala calar ke, kau akan tetap dipersalahkan.
Alasan kuatnya, "REMPIT!"

Bila masuk kawasan komersil,
bila ada moto parking dalam lot kereta, akan kena maki.
Alasannya "Itu tempat parking kereta, moto parking tempat lain.."
Padahal satu kotak parking kereta boleh muat dekat enam motosikal.
Kadang-kadang bukan nak parking lama pun, nak tekan duit di ATM je.
Memanglah ada tempat parking moto, tapi selalunya terletak di hujung bangunan, berkongsi tempat dengan rumah sampah dan ada anjing liar mencari makan.

Tapi
bila ada pula kereta masuk dalam kotak parking moto,
dan bila penunggang moto tegur, akan dibalasnya
"Suka hatilah. Kami bayar cukai lagi mahal tau..."
Padahal dia tak tahu satu kereta dia tutup habis hampir 10 kotak parking motosikal.

Bangsat ke tak bangsat?

Belum cerita kisah awek dan bakal mak mertua yang mensyaratkan 'memiliki kereta' sebelum boleh masuk meminang.

Entahlah,
selagi isu diskriminasi penunggang motosikal ini dipandang enteng,
selagi itu jangan mimpi nakkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial.

On that note,
aku rasa aku patut jadi Perdana Menteri dan hapuskan diskriminasi terhadap penunggang motosikal.

Kalau pejuang hak kesaksamaan wanita dipanggil feminist,
agak-agak pejuang anti-diskriminasi penunggang motosikal dipanggil apa ek?

Motorist? Motocyclist? Bikist?




.

42 comments:

  1. jadik ridist le Cero..huahua jgn radish sudda

    berhati2 nunggang moto tu

    chow

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nZaOdonut
      Radish takpa lagi, boleh buat sayur...
      Kalau rubbish? Hehehehe

      Delete
    2. @star
      Hahahaha!!

      Kakarot!!

      Delete
    3. klo rubbish msuk tong je laa...hahaha

      Delete
    4. @nZaOdonut
      Harap2 tak jadi rubbish :(

      Delete
  2. gua bawak keta, tapi suka jugak naik moto atau lebih tepat lagi bonceng moto, muahaha. sbb gua suka berangan bila naik moto atau nyanyi lagu. naik keta xde pun gitu entahle feeling lain kot.

    tak dinafikan gua kadang nyirap jgk dgn motorist ni, tp yg kuang hajo je lah. pandu dgn berhemah, ingatlah org tersyg.

    tp gua respect org yg naik motor, terutamnya time hujan. gua harap mereka pun respect gua, ehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zyra Roxx
      Lain kan feeling dgn masa naik kete? Dah kata dah...
      Motorist yg biadab tu laa yg selalu buat busuk nama yg lain.
      Tp bab hujan mmg risiko bawak moto berlipat kali ganda bahayanya...

      Delete
  3. motorist pernah tendang bumper kete aku sampai tertanggal sebab nak jatuh mse mencelah time jam. so yeah.. aku still menyirap lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Dea Day
      Jenis samseng macam tu laa yg buat nama penunggang moto yg lain tercalar.
      Sebenarnya, mostly rider ni baik2 belaka tau...
      (kempen kasi up)

      Delete
  4. diskriminasi everywhere huh.. berhati-hati mnunggang bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Jane
      Betul2...
      Kalau atas jalan, memang tahap paria dah yg bawak moto ni...hehehe

      Delete
  5. Sebagai bekas penunggang motor, aku faham semua cerita best yang ko nyatakan bro. Layan angin, cilok sana sini, berkonvoi, lepak bawah jambatan bila hujan, pakai baju hujan bila hujan lebat sampai air masuk dalam helmet dan celah kelangkang.. moto pancit tengah highway, moto rosak masa kat highway, tolak moto 20km kat highway, semua aku dah rasa. Sampailah aku eksiden moto, sedikit sebanyak kegembiraan itu di bawa bersama angin lalu. Tapi aku still suka bawak moto.



    koh koh koh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Aku pun banyak kali dah jatuh Ojin. Ada satu kali tu sampai tangan jadi numb tak boleh nak melukis dah...Tapi semua itu tidak memudarkan semangat aku untuk menikmati habuk debu ibukota di muka...hahahah

      Delete
  6. Aku pernah belajar bawak motosikal dulu, tapi setakat lesen L saja lah, lepas lesen tu kiok camtu ja, aku biarkan. Lesen kenderaan yang bebetul aku ada sekarang hanyalah lesen kereta... huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Adakanlah balik lesen moto tu...
      Walaupun kenderaan utama kau kereta, tp aku rasa ada lesen B boleh bg sikit advantage kalau2 akan datang perlu guna moto plak...

      Delete
    2. ya aku sama mcm Plain. yg tggl skrg hanya lesen kereta. tp aku redah gak rempit naik motor kdg tu p kerja sbb aku kerja dlm kmpung je.

      dan aku sgt fhm part mak mertua tu. hurmm.

      Delete
    3. sebut bab motor, aku terus teringat kesah si Bob nk beli superbike x reti sabaq guna nama sendiri tu. hurmm

      Delete
    4. @anamizu
      Hahaha...tak ramai perempuan yg boleh faham hal moto n mak mertua tu..
      Apa kisah seterusnya si Bob tu, Ana?

      Delete
    5. Takpelah, aku naik basikal je kalau rasa malas nak bwk keta, aku suka basikal, banyak kenangan aku dgn MTB tu, heheh ;3

      Delete
    6. @plain83
      Sebut psal basikal, 2015 aku plan nak beli basikal, or maybe unicycle...hehehe

      Delete
  7. hahhaha kelakar sangat yang bab mertua tu xD hehe. ina pun sampai sekarang walid memang tak kasi naik motor. even kawan yang bawak pun walid tak kasi. walid memang tak pandai naik motor, so walid 'haram' kan semua anak walid jangan naik motor juga.. katanya motor bahaya lah.. tapi ina ni, kadang-kadang ada jugak naik motor dengan kawan ^^ besttt sebab angin dia memang (y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Sabrina SA
      Kalau dah walid kata jangan, kena laa ikut, kan?
      Mungkin walid rasa bahaya kot kalau naik moto sbb dia sendiri pun tak bawak moto.
      Memang moto bahaya, tp kalau nak ikutkan bawak kereta pon bahaya juga kalau tak kena dgn gayanya, kan? :)

      Delete
  8. sebagai penunggang tegar honda icon, aku rasa etatement ini beneer sekali..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nazha anua
      Hidup Honda!
      (Aku pon pakai Honda jugak...hehehe)

      Delete
  9. gua paham perasaan lu bro, sbb dak kelas pun ada mengadu dalam group whatsapp, apapun gua memang tak reti naik motor, gua minat basikal jeww. HAHHAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Naik basikal pon lebih kurang je naik moto...hehehe

      Delete
  10. Aku pon suka bwak moto.. Selalu gak org pgl aku minah rempit..huhu.. Plg xbest bwk moto wktu hujan..sakit kena libas..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Miss Yana
      Sakit ooo kena libas air...
      Air hujan kena muka pon boleh tahan pedih sampai boleh merah muka, kan?

      Delete
  11. ok, aku faham jugaklaa kenapa kau mengeluh emo mcm gini sekali, aku tak pernah bawak moto sbb kaki aku kidal, aku tak pass test. tapi before aku upgrade pakai kereta, selalunya aku jd pejalan kaki atau menunggang basikal, feel sama je mcm naik moto. selalunya masa musim hujan, aku akan kasik keutamaan kpd pejalan kaki, penunggang basikal, dan moto utk jalan dulu, dan akibatnya aku banyak kali nak accident kene sondol dgn kereta belakang. most people kat malaysia ni bawak kenderaan tak ada adab, itu pasal jd mcm yg kau cerita panjang panjang tu.
    eh, btw, cikgu memandu aku ckp klu accident kereta motor, selalunya kereta yg salah. dannn, jangan minum air hujan, takut kena jangkit leptospirosis. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mashy_entah
      Memang sorang dlm seribu je yg betul2 utamakan pejalan kaki, cyclist n riders cam kau. Yg lain (mostly) langsung tak peduli dgn kami2 ni...
      Kalau ikut undang2 eksiden kereta motor, memang mostly kereta salah, tp kebanyakan org peduli apa, mesti salahkan moto jugak...
      Aku rasa aku perlu pakai mask masa bawak moto utk elak tertelan air hujan...Takutnya dengar leptospirosis...hehehe

      Delete
    2. Eh, takkan baru tau, aku kan mmg satu dlm seribu..susah nak jumpa org serupa aku hahahaha..jangan lah pegi telan air hujan ke air lopak tu..kau bawak moto nganga ke cmne??

      Delete
    3. @mashy_entah
      Hahaha...kalau dah menitik2 sampai ke muka ke mulut, nak tak nak akan terasa jugak dlm mulut...
      **sendawa kekenyangan**

      Delete
    4. mesti kau imagine bawak moto nganga macam mana kan?
      hahaha bahaya, seal mulut guna salotape dulu sebelum bawak motor..yang tu lagi lawak..hahaha

      Delete
  12. aku naik moto area kampung je. nak ambik lesen, abang aku tak kasi. padahal aku teringin nak bawak moto p jauh2. memang nikmat naik moto sebab lagi senang dari bawak kete kan. kalau nak fikir bahaya tu, naik apa2 pun bahaya jugak. lagipun ajal ditangan Tuhan.
    tapi aku suka jugak naik public transport. lagi best sebab ada drebar bawakkan. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Hikayat Seorang Budak
      Aku pon suka jugak public transport, mainly sebab boleh tgk ragam orang ramai yg kadang2 geli hati dibuatnya...hehehe

      Delete
  13. Thanks cero, .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous
      Thanks utk apa?

      Delete
    2. Untuk bukak anonymous....

      Delete
    3. @Anonymous
      Harap tak disalahgunakan :)

      Delete
  14. Bero cero, hope to be alwaaaaaays careful on the road. Selalu risau tengok orang bawak motor ni. Hati hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. @alyn (:
      Aku sendiri memang selalu careful, tapi kadang-kadang penunggang moto ni selalu jadi mangsa orang lain yg tak careful, macam pemandu kereta, bas dan lori.
      Thanks Alyn, sama-sama kita berhati-hati di jalanraya :)

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026