Nov 12, 2014
Selamat Tinggal, Teman 15 Tahun!
Seperti yang ramai sedia maklum,
minggu lepas, manga kegemaran ramai, NARUTO sudahpun tamat.
Selepas 700 chapter, selepas 15 tahun.
Bayangkan,
seperti seorang kawan yang aku mula kenal 15 tahun dahulu.
Setiap minggu ada sahaja ceritanya.
Walaupun kadang-kala terputus berita berminggu-minggu, tapi bila kembali bertemu, aku akan catch-up sampai habis.
Kawan bertukar menjadi sahabat.
Aku belajar sangat banyak darinya.
Belajar sesuatu yang tidak diajar di kelas.
Belajar tentang kepentingan mempunyai cita-cita.
Belajar tentang semangat tidak berputus asa.
Belajar tentang erti sebenar keluarga dan persahabatan.
Belajar tentang 'nakama'; satu istilah yang pada aku tiada perkataan terbaik boleh diterjemah dalam bahasa kita.
Bukan sahaja belajar perkataannya, malah siap ada contoh panjang lebar dari si watak utama cerita, Uzumaki Naruto.
Call me sentimental,
tapi bila diumumkan manga Naruto bakal tamat (pada beberapa chapter sebelum 700), aku jadi terkedu.
Bayangkan seorang teman yang sekian lama bersama dan sudah banyak mengajar kita, akhirnya berkeputusan untuk pergi.
Ridiculous,
tapi antara perkara yang selalu buat aku bergenang bak ada ninja halimunan memotong bawang di sebelah adalah filem hindustan dan manga.
Dan untuk kali ini, manga Naruto sendiri.
Aku selalu berkata yang aku membesar dengan Dragon Ball.
Tapi hakikatnya Dragon Ball hanya memori masa kecil aku.
Manakala, Naruto pula aku mula baca dari episod satu sewaktu zaman sekolah dulu lagi sehinggalah sekarang zaman tak berapa nak sekolah dah.
Jadi, secara asasnya, aku memang membesar dengan Naruto.
15 tahun bro...
Sh*t, mata bergenang lagi...
Aku cuma harap aku dapat kawan yang macam Naruto.
NO! Aku nak jadi Naruto kepada kawan aku.
Walaupun sudah seminggu lebih tamat, tapi sebahagian dari aku masih berada dalam peringkat penafian dari model Kübler-Ross 'Five Stages of Grief'.
Aku masih tak dapat terima manga Naruto sudah tamat.
Aku rasa Kishimoto-sensei saja buat prank besar-besaran.
Satu dunia kena troll dengan dia.
But yet sebahagian lain dalam diri aku tahu semuanya sudah tamat.
Ya.
Walaupun sudah diumumkan akan ada New Era Naruto atau dalam bahasa mudahnya 'sequel', tapi sila bagi aku satu contoh cerita yang sequelnya lagi bagus dari original.
TAK ADA!
Perpisahan ini lebih teruk dari kena putus dengan awek.
But sh*t, life must go on!
**drama sungguh**
Apa-apapun,
terima kasih Kishimoto-sensei.
Nanti aku ada anak, aku akan suruh anak aku baca Naruto juga.
Imej di bawah ini adalah rumusan pengajaran kesemua 700 chapter manga Naruto dalam satu panel.
.
sedihnyeeeee T_T
ReplyDelete@Prince of Noob
DeleteSedeeeeeyyyy!!! T_T
Dalam hati ada taman betul ko ni. Nah, tisu.[] Satu cukup tak?
ReplyDelete@~* chirpy_chummy *~
DeleteTaman dalam hati aku memang luas...hehehehe
Satu tisu mana cukup...bertakung dah air mata ni...
This is why i stick to short series manga like bakuman. For anime is the same. If the anime got more than 3 series, just say bye-bye or else you will have a hard time letting go later on.. Sobs..
ReplyDelete@Dea Day
DeleteThat is one very interesting idea to choosing to read short series only.
To the sake of future hard time letting go, I must choose what to read wisely...
Aku paham bro... aku paham, i'm also having quite a hard time accepting the fact that Naruto's journey has ended ( TTvTT )... can't wait for the final Naruto movie this December though! Btw, ko tau tak Naruto manga ada "pilot chapter"? Means that there's a "chapter 0" before the 1st chapter, check it out ^^
ReplyDeletehttp://www.mangachapter.me/746/naruto/0.html
@plain83
DeleteIf I'm not mistaken, that was not a pilot for Naruto. It's more like a one-shot manga for the publishers to evaluate before decided to serialize it. But so many familiar faces in that one-shot manga, not surprising if people thought it was a pilot for Naruto.
T____T
ReplyDelete@Gadis Misteri
DeleteTT____TT
Pehh ini memang kes teruk ni. Aku pun ada kawan mcm kau masa dia baca chapter last tu dia kena stop halfway, nangis lu seround, pastu sambung baca, pastu dtg kat aku nangis.. mula mula aku rasa mcm gila betol ni pastu bila aku tgk dia beria nangis aku pujuk laa jugak dengan kata kata manis," takpe, kalau rindu boleh baca balik, ada 700 kot, sabar ye"
ReplyDelete@mashy_entah
DeleteHanya orang yg pernah mengalaminya faham dgn keadaan orang macam kami ni...
Orang lain akan kata 'gila poyo', but ianya langsung bukan poyo...
Ianya macam rasa jiwa jadi berlubang sebab sesuatu dah hilang...
fuhhh aku feeling cenggini masa aku tengok cerita K3G.
ReplyDeletesipbaikla citer tu hanya berdurasi 2-3 jam je. tapi tu pon
dah cukup menyiksakan jiwa raga aku. sbbnye dia psl FAMILY.
psl anak yg terpaksa pilih antara AYAH atau ISTERI.
pd hal benda tu cerita je. tapi dia punya syahdu tu, pfttttt~
sabar byk2 bro. u ken du it. i know.
@anamizu
DeleteCerita hindustan lain sikit...
Aku pon bergenang lepas tgk KKKG, tapi selepas sejam dua dah lupa dah...
Ini tak, benda 15 tahun takkan hilang dlm sejam dua...
**lari tekup muka di bantal dan menangis **
aku lagi suka detective conan. :)
ReplyDelete@miranadia
DeleteAku pun layan Detective Conan...
Cuba bayangkan bila Aoyama-sensei decides nak end Conan selepas berapa lama dia bersiaran...Sure parah perasaan nak melepaskan, kan?
Indeed… although 15 years had pass, but it felt just like a blink of an eye. Naruto has came to an end. Lots of values that've been extracted from this manga.
ReplyDeletep/s : I do hope his spirit'll live within me.
@Haryz Khairuddin
DeleteYup. People say it was just a manga. I say it is my teacher of life. Hahaha
lagi dasyat dari putus ngan awek?
ReplyDeletelagi dasyat perumpamaan ko ni cero..
semoga ko berjaya move on.. t_t
lumrah dunia.. ada yg datang tanpa diundang.. dan pergi tanpa dipinta..
@Gee Lion
DeleteAwek kenal 2-3 tahun kalau putus okey lagi...
Bayangkan awek kenal 15 tahun mintak putus...kan parah tu...heheheeh
naruto aku sebak sikit.. jiwa kental... tapi kalau one piece habis... jangan tanya nape kau tak nampak aku komen kau dah pasni...
ReplyDelete@cinderella besar sikit je
DeleteOne Piece pun satu lagi...
Bayangkan nak sampai akhir nanti camne penerimaan jutaan peminat seluruh dunia...
Tp jangan risau, Oda-sensei macam byk lagi idea utk One Piece..lagipun macam sangat jauh lagi utk tamat...kan?
pergh...15 tahun tuh...tahu2 dah abes..nasib baik x baca..haha.
ReplyDelete@luqman zakaria
DeletePergi baca bro...banyak pengajaran cerita tu...
sebak. tahan air mata. naruto membesar bersama aku. sedihhhhhh. TT_TT
ReplyDelete@BudakVanilla
DeleteSedih kan?
Terasa kehilangan ooo...
Banjir satu rumah bro. Haha. Setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Aku x dapat menjiwai naruto sebab aku tak tengok dari 1-700 :p
ReplyDeleteLama betul 15 tahun. Kalo ada anak ni dah form 3.
@Hikayat Seorang Budak
DeleteKaaannnn???
15 tahun bukannya sekejap...lama tu...
Try laa baca Budak...best!
sedih komik naruto dah meninggal dunia T_T
ReplyDelete@nazha anua
Deletehahaha...lain macam dah bunyinya tu...hehehe
wohhh kipas-susah-mati naruto lah kira ni? aku dulu tengok sekejap je. Tapi theme song naruto banyak jugak yang sedap-sedap. Lagi satu, aku suka watak pertapa gatal, bukan sebab dia gatal, tapi sebab dia nampak cool kot.
ReplyDelete@nanadhoi
DeleteSebenarnya takde laa kipas-susah-mati Naruto sangat...
Cuma disebabkan follow cerita dia dari kecik lagi, tu yg rasa kosong sikit bila dah habis tu..hehehe