May 31, 2010

Garisan Kehidupan Kita Pasti Akan Bersilang Kemudian Hari

one-thirty
I'm sorry



Hari terakhir Mei 2010



Pernahkah anda
di mana dalam hati teramat mahu berada di tempat itu meraikan
tapi sebenarnya
adalah lebih baik tidak berada di situ
kerana inginkan yang terbaik buat semua orang??

Tahniah kawan-kawan aku yang sudah konvo semalam..
Aku SANGAT nak berada di sana
bersama-sama meraikan hari kegemilangan

Namun, akal logik berbicara
demi sebuah senyuman
adalah terbaik untuk aku tidak berada di situ
kerana dengan kehadiran aku
bakal mengubah suasana menjadi kelam dan gelap..

Andai ada jodoh,
garisan kehidupan kita pasti akan bersilang kemudian hari..

Dan aku amat berharap
kita semua dapat bertemu
di bawah ruang dan peluang yang lain..

Jika anda kawan,
jangan tanya KENAPA..



===============================
Penulis baru belajar sesuatu yang baru, dimana kebahagiaan yang dilepaskan demi melihat orang lain lebih bahagia dipanggil pengorbanan. DAN pengorbanan bukan bererti kekalahan, sebaliknya satu tanda aras kita sudah mengecap sesuatu, bernama KEMATANGAN..

May 28, 2010

Dua Kali Tersalah Cakap

one-two-nine
I'm sorry..


"Sebab saya sakit, awak pun nak layan saya macam orang sakit??"
Aku tersentap dengar ungkapan tu dari mulut L..
Sangat tersentap..

Dua jam sebelum tu...



"Jom laa tengok Iron Man.." L desak..
"Tapi awak, saya dah tengok..."
"Saya belum lagi..."
"Alaa, Shrek pon awak belum tengok, kan??"
"Tapi nak tengok Iron Man 2..."
"Shrek laa best..."
"Nak Iron Man gak..
Awak pergi laa tengok Shrek sorang-sorang,
Saya tengok Iron Man sorang-sorang..."


Aku ter'mute' seketika..

"Tapi awak, waktu tayangan muvi tu berbeza..
Nanti kita keluar tak sama, awak kena tunggu.."

Aku bersuara selepas berfikir sekejap..

L muncung, cekak pinggang, kerut dahi..
"Awak lagi risau waktu tayangan dari kita tengok wayang sorang-sorang??
Maknanya awak setuju laa kita tengok wayang sorang-sorang??"


L berpusing, terus ke depan eskalator..

Bagi aku, apa salahnya tengok wayang sorang-sorang..
Kita pun berjumpa dalam wayang masa sorang-sorang, kan??
"Alamak, dia merajuk ke??"

Seketika kemudian...



"Jom, dua tiket...
Awak taknak beli popcorn??"

Aku cuit belakang L yang sibuk menung poster..
Merajuk rasanya..

"Dua tiket buat ape?
Beli satu dah laa..
Awak kan nak tengok sorang-sorang..."

L balas tanpa pandang wajah aku..
Memang sah, MERAJUK!!

Aku beli popcorn, dan 2 air mineral..
Tunggu sekejap, panggung tayangan dah dibuka..
Aku mula masuk wayang, L perlahan ikut di belakang..

Yang terbaik tentang tengok wayang awal tengahari
adalah murah, senang beli tiket, dan tak ramai orang..

L masih masam macam cuka..
Diam je dia dari tadi..
Selepas duduk di kerusi masing-masing, wayang mula tayang iklan..
L masih menunduk, diam..
Aku, senyum, diam juga..

Cerita wayang bermula..
Dengar orang cakap bahasa Russia..
Bla bla bla..
Muncul tajuk di skrin perak
IRON MAN 2



L pandang aku di kanan dia..
Aku senyum dan kata,
"We are watching Iron Man...."
L ambil sebiji popcorn, campak kat aku
"Jahat!!!"
Senyuman kembali terbit ke wajahnya...

Iron Man 2 tamat...


Keluar dari wayang, aku kata,
"Awak nak balik dah??"
L pandang,
"Tak nak lagi... Jom pergi arked!!!"

"Arked?? Awak tak penat ke??"
"Alaa, jom laa.. Nak main gendang.."
"Sini takde gendang laa.."
"Alaa, main je laa pape yang ade.."
"Balik je laa jom..Dari pagi kita kat sini.."
"Lepas arked kita balik laa.."
"Awak, awak tu takleh penat..Jom balik!!"

L keraskan rahangnya..
Tangannya menggenggam kuat, berpenumbuk..

"Sebab saya sakit, awak pun nak layan saya macam orang sakit??"
Aku tersentap dengar ungkapan tu dari mulut L..
Sangat tersentap..

Kami pun pergi arked..
Tak ada gendang, kami main satu mesin ni
Namanya Mega Puncher! (lebih kurang camtu laa nama mesin tu..)
Alaa, game yang tumbuk tu, pastu tengok dapat berapa markah..


Dalam hati aku,
dua kali aku tersilap cakap..
Dua kali dia terasa hati..
Namun, kata-kata dia tadi,
sangat menyentap diri..
Mungkin betul, sebab dia sakit, aku layan dia macam orang sakit..
Aku bersalah!!

=============================
17) [link] Di Bawah Pokok, Di Tepi Padang
16) [
link] Sedikit Demi Sedikit
15) [
link] Pertemuan Empat Mata #3: "..dan sebab itu saya berkurung biru"
14) [
link] Pertemuan Empat Mata #2: Impressi Pertamaku Musnah
13) [
link] Pertemuan Empat Mata #1: Bahana Kopi
12) [
link] Butang PAUSE dunia aku telah ditekan

...lebih dalam
Si Gadis Kasut Converse

May 26, 2010

Di Bawah Pokok, Di Tepi Padang

one-two-seven
I'm sorry..





Sabtu, 22 May 2010

Lokasi : Di bawah pokok, tepi padang bola
Perincian :
Akibat kepenatan beberapa jam berpanas mengajar L menunggang motosikal, kami berkeputusan untuk duduk berehat di bawah sebatang pokok, di tepi padang bola. Terdapat sekumpulan kanak-kanak bermain bola di padang, dan di satu sudut padang terdapat sekumpulan lagi khusyuk bermain layang-layang..

[C untuk cEro, L untuk L]

L : Awak, lama ke nak mahir bawak moto??
C : Bagi penunggang motosikal, bawak moto adalah pembelajaran seumur hidup..
L : Kalau macam tu, awak kena laa jadi cikgu saya seumur hidup..

L alih pandangan ke layang-layang di langit..
Kalau aku mampu, memang aku nak jadikan kau pendamping aku seumur hidup..
Tapi apakan daya, aku seolah-olah tahu akan ketentuan-Nya..

L : Awak nak tau, bagi seorang kawan, awak ni seorang yang baik tau..
C : Awak tengah puji saya ke??
L : Kenapa?? Awak tak suka ke??
C : Bukan..Tapi saya tau diri saya..Ade kelemahan yang saya sedang usahakan untuk buang..
L : Contoh??
C : Panas baran saya...

L terdiam seketika..
Dia seolah-olah terfikirkan sesuatu..

L : Awak panas baran ke??
C : Yup!!
L : Tak pernah nampak pun..
C : Awak belum nampak...
L : Hm...bukan ke dah cukup bagus kalau awak dah sedar dan cuba mengubah?

Aku pandang L tepat ke matanya..
Kata dia betul...

L : Awak..Apa hobi awak??
C : Hm..saya tak ada hobi yang khusus..melukis, menulis, membaca, berangan bla bla bla...Kalau boleh semua perkara saya nak buat..
L : Haha, awak ni klakar..

Aku kurang sedar apa yang kelakarnya, tapi aku pun turut ketawa..

L : Awak suka makan apa??
C : Makan ek?? Banyak!! Tapi yang penting saya tak makan udang dan tak boleh makan ketam...
L : Alergik ke??
C : Lebih kurang laa..kalau saya makan ketam, bibir dan muka saya akan kembong (sambil aku tunjukkan muka kembong aku...Mmmmmm...)
L : Hahahaha!!




L ketawa lagi..
Pada aku, ketawa dia kedengaran sopan dan indah..
Sedap didengar..

C : Pada saya, bukan makanan jadi soal.. Tapi siapa yang memasaknya..
L : Kenapa pulak??
C : Kita dapat rasa keikhlasan pemasak itu dari makanan dia.. Sebab tu most of us suka masakan emak sendiri..
L : Maksud awak, kalau tak ikhlas, tak sedap??
C : Tak semestinya, ia macam satu feeling yang tak boleh di'describe'.. Tapi mostly yang tak ikhlas memang tak sedap pon..
L : Hahahah..

Sekali lagi L ketawa..
Aku cuma tersenyum...

L : Ada kawan macam awak memang bagus.. Banyak saya belajar..
C : Hahaha, awak belajar ketawa je adalah...
L : Hahaha...

Lalu L terdiam, aku pun terdiam...

L : Saya tak ramai kawan..
C : Eh?? Kenapa pulak?? Awak sombong ke??
L : Hm.. Dari kecik, saya banyak terlantar atas katil je..
C : Kenapa??
L : Saya sakit.. Sekolah pun selalu tak pergi.. Kawan pun tak rapat.. Aktiviti sekolah selalu tak boleh involved.. Tuisyen pun tak pernah ada.. Banyak belajar sendiri je kat umah..

Aku terpaku seketika..

C : Boleh saya tau awak sakit apa??
L : Dulu, jantung saya lemah... Tapi sekarang dah elok sikit banding dulu.. At least saya tak tercungap-cungap lagi bila penat, kan??

Sumpah..
Melihat wajah dia berkata sedemikian
Kalau bukan depan L, aku dah lama menitis..
Ini dah jelaskan segalanya..
Kenapa dia sangat disayangi keluarga..
Kenapa dia tengok wayang sorang-sorang..
Kenapa dia tak pernah makan di food court..
Kenapa dia tak pernah main kat arked..
Kenapa dia teruja nak belajar tunggang motosikal..
==========================

May 25, 2010

Sekarang Aku Tahu

one-two-six
I'm sorry



Adik aku balik dari sekolah
penat sebab hari ni dia ada exam kat sekolah..
Tapi, muka dia bukan sahaja kelihatan lesu,
malah nampak sedikit kecewa..

"Susah laa soalan tadi, mak..
Tak boleh buat..."

dia merungut kat emak aku dalam bilik,
tapi aku dengar dari bilik aku sebab bersebelahan.

Lesu
Lesu
dan lesu..
Apa yang lagi lesu bila jawab periksa dengan sedaya upaya namun akhirnya tidak memuaskan??
Otak penat memerah, tapi hasil tiada gemilang..
Bila lesu, muka pun muram...

Maka,
aku ambil kunci motosikal
keluar dan terus ke 7Eleven berhampiran..
Menempuh panas terik bebola api angkasa..


'MESIN ROSAK'
Tertulis di mesin pembuat air
Slurpee tu..
"Tak guna..." herdik aku dalam otak..
Kemudian, aku terus ke 7Eleven kedua yang agak jauh dari rumah aku..

"Ais tak beku laa dik,
baru je letak tadi..."

kata staff 7Eleven tu yang berpangkat makcik..
Di wajah, aku senyum..
Di tangan, aku genggam erat penumbuk menahan geram..

Kemudian aku ke 7Eleven ketiga
terletak di bandar bersebelahan dengan bandar aku tinggal..
Nasib baik Elisa tak buat hal,
perjalanan lancar je..

Di sana,
aku tersenyum panjang..
Aku beli
Slurpee terbesar yang ada
aku rembat sebungkus Snek Ikan Dahfa yang saiz besar 150g
aku bayar, dan senyum kat cik Aida penjaga kaunter 7Eleven yang manis tu
dan balik...



"NAH!!"
Aku hulur
Slurpee tu kat adik aku..

"Keluar beli barang jap tadi,
tetiba teringin nak Slurpee
tu yang beli tu...
Tapi last-last rase tak sedap..
Jadi bagi laa kat hang..."

Aku memang pereka cerita yang hebat...

Adik aku ambil,
senyuman kembali ke bibirnya..
Slurpee adalah minuman kegemaran dia..
Aku pun tersenyum..

Aku,
sambil tulis blog ni
aku gigit snek ikan Dahfa tu..
Sedap!!

----------end of story------------

Sekarang aku tahu
kenapa Abang W berterima kasih kepada aku hari tu..
It is THE BOND..

May 23, 2010

Sedikit Demi Sedikit

Peristiwa siang tadi amat membahagiakan...
Walaupun penat dan panas, tapi (pada aku) BERBALOI..

Let's talk about it later,
but now I want to show something..


This is a screen snap of a message from Abang W..


Jika mesej ini datang dari L, aku tak rasa ada apa yang pelik..
Tapi mesej ini dari Abang W..
dan untuk apa dia berterima kasih kepadaku??

-----------------------------

Come to think of it
I'm suddenly felt an undescribable feeling..
Little by little
even in just a minute amount at a time
it seems like I'm building HOPE
HOPE for myself..


Higher the hope built, harder it will crush down soon
Rasanya sudah sampai masanya aku kekang diri aku dari mengharap
sedikit demi sedikit

==============================
1) [link] ..Encik Penjual Tiket Wayang sebagai Mr MatchMaker
2) [
link] Dilema Awekku Blogger Terkenal!
3) [
link] Andaikata Mata Aku Mampu Merakam, Aku Mahu Capture Senyumannya dan Printkan Sebesar Poster
4) [
link] Aku Tahu, Sepatutnya Aku yang Mulakan. Tapi BAGAIMANA?
5) [
link] Selepas seminggu, tanya soalan tu je??
6) [
link] Kerana Permintaan itu Ditolak, Aku Semakin Berminat Dengan Dia
7) [
link] Adakah ini yang dikatakan REBOUND?
8) [
link] Aftermath
9) [
link] Ahad terbaEk #1: Kenangan Lama Perlu Diganti
10) [
link] Ahad terbaEk #2: Kalau Belum Bersedia, Usah Katakan
11) [
link] Ahad terbaEk #3: Mencari Konklusi
12) [
link] Butang PAUSE dunia aku telah ditekan
13) [
link] Pertemuan Empat Mata #1: Bahana Kopi
14) [
link] Pertemuan Empat Mata #2: Impressi Pertamaku Musnah
15) [
link] Pertemuan Empat Mata #3: "..dan sebab itu saya berkurung biru"

May 21, 2010

Warkah Cinta buat Elisa

one-two-four
I'm sorry




Kehadapan Elisa yang dicintai,

Warkah ini aku tujukan kepadamu
sebagai tanda kasih sayangku tetap setia untukmu..

Hampir tiga tahun sudah perkenalan kita.
Dari mula, kau tetap ayu
berkulit putih, bersayap biru
aku hiaskan kau dengan aluran warna merah..
Kau di mataku tetap senantiasa indah.

Elisa,
masihkah kau ingat
susah senang kita bersama?
Maafkan dulu aku pernah sakitimu..
Percayalah, aku lagi pedih melihat kau tercalar.
Namun aku rawati lukamu,
aku perbaiki perlakuanku
agar aku terus berhati-hati bersamamu
supaya kau tidak lagi terluka..



Elisa,
ingatkah kau memori kita berdua
bersebelahan berpelukan menikmati permandangan senja
mentari terbenam di ufuk jingga
kita berdua tersenyum leka
Saat indah kekal bahagia..

Elisa,
kita selalu basah bersama
kusabun badanmu, kau palit padaku
kusental belakangmu, kau calit dahiku
saat aku mandikan kau
saat kita bersama direnjis air pancuran
saat itu kekal diingatan.

Elisa,
tahukah kau aku sayang padamu?
Tiada galang ganti, tiada harga diberi
semuanya kuberikan untukmu
demi cinta suci..



Namun Elisa,
hujung minggu ini
akan ku ketemukan kau dengan bidadari hati
kerana dia ingin mendekati
harap kau sentiasa sudi..

Maafkan aku Elisa,
bukan niat mendua,
aku sayangkan kau..
Tapi aku lebih sayangkan senyumnya
Namun, yang pasti kita akan tetap bersama
bersamanya hanya seketika
bersamamu adalah selamanya

Aku sayang Elisa..

Yang ikhlas menyayangi,
mr cEro

=============================
Elisa adalah motosikal putih aku yang aku tunggang selama tiga tahun. Namanya diambil dari kereta impian aku Lotus Elise. Elisa adalah kenderaan kesayangan aku. Namun, hujung minggu ini kami bakal 'bertiga' dengan kedatangan L sebagai murid kepada aku untuk sesi pembelajaran menunggang motosikal. Harap Elisa tak buat perangai, sebab kadang-kadang dia tak suka kalau orang lain yang tunggang dia. Pernah abah aku pinjam Elisa nak ke tempat kerja, Elisa mati enjin di tengah jalan, sedangkan hal tersebut tak pernah berlaku pada diriku.

By the way, wish me luck this weekend.
Nak jadi sensei sekejap..

May 20, 2010

Metafora Kegembiraan

Google-walking,
terjumpa gambar ni..
dan aku ketawa sorang-sorang..




Happiness
is like peeing in your pants.
Everyone can see it,
but only you can feel its warmth.



Aku gelak bukan sebab quotenya yang cam ngarut..
Tapi aku gelak sebab orang yang tulis ni mesti pernah kencing dalam seluar masa dia besar sebab tu dia tahu kehangatannya dan mampu tuliskannya sebagai quote..


Bila fikir balik, pernah ke aku kencing dalam seluar, ek??
Mungkin kecik-kecik dulu kot..

K untuk KETOT!!

one-two-two
I'm sorry..


Aku baringkan diri dalam bilik lepas mandi
Lalu, aku benarkan diri terbang ke beberapa belas tahun yang lalu..



Nama dia ala-ala kampung sikit..
Ada sikit nak dekat nama aku..
Tapi kawan-kawan panggil dia Kelly..
Aku panggil dia K..
K for Ketot..

Mula kenal dari darjah 3
kelas sama,
dia dapat nombor 2, aku nombor 3
dia pengawas kesayangan cikgu,
aku pengawas yang aku pun tak pasti kenapa aku dilantik
dia tali pinggang merah taekwon-do
aku budak yang lagi suka main basikal dengan kawan..
Kami berbeza, kami rival!!

Darjah 3,
malangnya kami sama-sama bertugas jaga pagar..
Aku tak suka, dia pun rasanya tak suka..
Asyik bergaduh je..
Kawan-kawan aku yang lambat aku lepaskan,
dia marah..
Kawan-kawan dia yang lambat dia lepaskan,
aku ludah..
Ptuiihhh!!!

Naik darjah 4,
syukur dia kelas lain, tapi kelas sebelah..
Malangnya, kami tetap bertugas sama,
Kata cikgu,
"Kamu partner yang bagus!!"
Aku nyaris termuntah hijau,
dia?? Aku rasa loya tekak..

Walaupun kelas lain,
kami masih rival sejati..
selalu tunjuk-tunjuk kertas ujian..
Dia power matematik, aku power sains..



Satu hari di darjah 4,
dia ke sekolah dengan tudung..
Kawan aku, Z tanya aku,
"Apasal dia bertudung??
Sekejap pakai sekejap tak.."

Aku jawab,
"Lantak laa dia, malas nak kesah.."

Z ada lukis satu gambar dlm kertas..
Orang lidi dgn kepala pakai tudung,
Aku ketawa, aku tulis
"Ini K..."
Z balas..
"..yang bogel.."
Kami ketawa..



Entah macammana dan bagaimana,
K dapat kertas conteng tu..
Dia datang jumpa aku dan Z di kelas aku..

"Esok aku bawak bapak aku datang..
SIAP KORANG..."

K menangis, lari ke kelasnya..
Aku, Z terkelu..
Masakan budak taekwon-do ganas cam dia boleh nangis atas hal kecik??

Esoknya,
bapak dia betul-betul datang
pagi sebelum kelas bermula..
Z tinggal jauh, jadi dia selalu lambat..
Maka, aku seorang berdepan dengan bapak dia..

Muka bapak dia macam samseng..
Datang dengan T-shirt tanpa lengan..
Di leher ada rantai dengan kuku helang (katanya) sebagai loket..
Aku??
Cuak menguasai diri...



"Apa kau kata kat anak aku??"
Aku diam..
"Kalau kau tak sayang muka kau,
buat laa lagi..."

Bapak K lorekkan kuku helang tu ke muka aku..
Konon nak gempak,
peliknya, aku lagi takut dengan muka bapak dia dari kuku helang tu..
K di tepi tersenyum sinis...

Sejak hal itu,
kami tak bertegur sapa..
walaupun bertugas sama, tetap tak bersapa..

Itulah dia,
Sxxx Kxxxxxxx..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kini dah hampir 13 tahun..
Aku pernah dengar dari kawan yang dia dah berpindah..

Tapi,
siang tadi aku ada terjumpa seseorang mirip dia..
Ketot, putih, rambut pendek takat bahu..
Bezanya hanya dia lebih ciri-ciri kewanitaan (ehem ehem..)
Aku pandang dia lama..
Dia pun macam pandang aku gak..
Ntah laa,
mungkin dia kot..


Tapi, selepas 13 tahun
Kalau aku berjumpa dengan dia lagi
APA PATUT AKU KATAKAN??
Hai?? Hello?? Apa khabar??

May 19, 2010

Senyumlah Ketika Rasa Marah

one-two-one
I'm sorry...



Telefon bimbitku bergetar
SMS masuk
dari seorang kawan lama sekolah..

Boleh tak bagitau camne nak overcome panas baran??

Isu panas baran sangat lama menjengah hidup aku..
Aku pernah hilang kawan dek kerana panas baran..
Aku pernah hilang kasih dek kerana panas baran..
Aku pernah hilang gigi dek kerana panas baran..

Panas baran adalah kelemahan utama diri aku yang aku sedari..
Tapi, apa ke bodoh kalau dah sedar tapi taknak overcome, kan??

Untuk 2-3 tahun kebelakangan ni,
aku dalami diri sendiri dan cuba teliti
sifat panas baran dalam hati
sebab, punca dan faktor
juga akibat, kesan dan implikasi..

Maka, aku keluar dengan satu solusi
nak kawal kemarahan..
Iaitu,

SENYUMLAH KETIKA RASA MARAH



Mari berfikir logik,
pernahkan kalian gembira dan marah dalam satu masa yang sama?
Jika pernah, anda ALIEN!
Mungkin perasaan marah dan gembira boleh bercampur baur
tapi tak akan timbul dalam ketika yang sama..

Amarah menerbitkan panas baran.
Bila dah baran, semua nak dipukul
diherdik
diketuk
dipijak
dimaki
dibebel
dan segala bagai...

Cuba semasa anda marah, anda senyum..
Senyum terbit dari kegembiraan...
Jadi, senyuman dapat lumpuhkan perasaan marah
dan baran takkan keluar.

Tapi, senyum semasa marah agak susah untuk dipraktikkan pada awalnya.
Tapi, kalau anda sentisa senyum,
tiada masalah nak master perlakuan ini..

Tapi, senyum pun ada batasnya..
Jangan laa senyum bila anda dimarahi bos atau mak abah.
Itu memang tak patut..
Apa yang anda perlu buat adalah
dengar dengan teliti apa yang diperkatakan si pemarah
dan muhasabah diri dengan berkata
"Aku takkan buat lagi.."

Aku pernah semasa laju menunggang motosikal
ada
burung baik punya target najis ke visor helmet aku
Kalau aku yang dulu, aku akan kata
"Celaka burung, bangang betul laa.."
Tapi sekarang, aku akan senyum dulu..
Lepas dah rasa lega sikit, baru laa selesaikan hal tu
Gi basuh ke, lap dengan daun kering tepi jalan ke..
HAHAHAHA..



SMS kawan aku tu aku balas dengan ini:

Kalo ko rase nak marah, ko senyum..
Sure lepas tu ko tak jadi marah..

Aku bukan laa bagus mana pun..
Aku pun tengah belajar buang panas baran ni..
Dalam dunia ni, aku laa orang yang paling tak layak nasihat tentang panas baran ni..
Tapi hanya nak berkongsi..
Ambil wudhuk pun boleh hilangkan amarah..
Tapi kalau dah kena taik burung tengah jalan
nak ambil wudhuk kat mana, kan??
Nak tayammum??

Jadi,
APAKAH PETUA HILANGKAN PANAS BARAN ANDA??
jom laa berkongsi..

May 18, 2010

Pertemuan Empat Mata #3: "..dan sebab itu saya berkurung biru"

one-twenty
I'm sorry..



とどこおら ないように
ゆれ て ながれ て
すき とおって いる みず のような こころ であれたら
- HANABI by Mr Children



Abang W dan aku ke laman rumah untuk berbual..

"Apa yang korang bualkan??" Abang
W bertanya.
"Sekejap je, dia letak syarat kalo saya nak ajar
L.."
"Apa syaratnya??"
"Jangan sekalipun sakiti dia.."
Abang W terdiam sekejap, berfikir..

"L, kau kena faham..
L dah banyak lalui perkara yang dia tak suka..
Kami nyaris kehilangan dia dulu...
My dad just wanna show his concern.."

Aku matikan percakapan Abang W..

"Saya faham, abang..
Melihat dia, siapapun takkan berani nak sakiti dia..
Seolah-olah dipukau untuk terus lindungi dia..."

Okay, aku tak patut keluar ayat macam tu,
tambahan pulak depan Abang W..
Abang W tersenyum..

Kami tiba-tiba disapa L dari belakang..

"Apa yang korang borakkan ni??"
"Tak ada apa-apa, saya just cakap kat Abang W yang dah sampai masa saya nak balik.."
Aku berjaya tukar topik..(Itu memang kepakaran aku..)

"Dah nak balik ke?? Tak nak tidur kat sini??" Abang W pelawa..
Sedalam hatiku ingin menatap senyuman L,
tak tergerak hati langsung nak tidur kat rumah besar ni..
"Mungkin lain kali, tapi saya ada hal esok.."
Katalah aku perasan, tapi jelas wajah L kekecewaan..

"Macam mana dengan tadi??
My dad bagi tak???"
L tertanya dalam keterujaan.
"Owh, Abah kata boleh,
tapi dia tak mahu awak jatuh-jatuh dan cedera..
Dia kata saya akan bertanggungjawab untuk semua.."


"ABAH???" Abang W dan L serentak..
Kepelikan..

"Kenapa??" Aku bertanya..
"Siapa Abah??" L tanya
"Your dad laa..."
"Dia suruh panggil 'Abah'???" Abang W pula..
"YUP! Dia kata semua kawan anak dia panggil dia Abah.."

Abang W dan L berpandangan sesama sendiri..
"Awak, tak ada seorang pon kawan kami panggil dia Abah..
Anak-anak dia je panggil camtu.."


Aku kelu seribu bahasa,
rasa bagai ada batu meteor terjunam tepat ke kerongkong aku..
Abang W dan L tergelak kecil
hasil dari wajah terkejut aku..



L hantar aku hingga ke pagar rumah.
Sebelum aku beredar, dia berkata
"Saya suka tengok awak berbaju melayu..
Dalam hati saya, saya bayangkan awak berbaju melayu biru
sama seperti ini.."

Senyumannya, entah kali ke berapa, melajukan degup jantung aku..

"dan sebab tu jugak laa saya pakai baju kurung biru..
walaupun warnanya tak sepadan, namun saya suka.."


"Awak pun manis berbaju kurung...
Saya memang dari dulu suka gadis berbaju kurung,
tambah dengan senyuman awak,
saya berani kata awaklah terhebat malam ni.."

Okay, ayat di atas aku tak sebut depan L sebab tak berani..
Ianya hanya monolog dalam hati aku..

Sebaliknya aku kata
"Mana ada, biasa je pakaian ni..."
SOOOOOOOOOOO L***R..(sila jangan marah!!)



Sebelum naik moto,
aku keluarkan henset,
sambungkan eyephone dari henset ke telinga
buka Music Player
cari lagu
HANABI dari Mr. Children
tekan repeat, tekan play..
Naik moto, start enjin
berangkat pulang
.
.
.
.
.
dalam senyuman...



I wish my heart flowed fast
and smooth like water
so that it would not settle in one place.
- HANABI by Mr Children

=============================
1) [link] ..Encik Penjual Tiket Wayang sebagai Mr MatchMaker
2) [
link] Dilema Awekku Blogger Terkenal!
3) [
link] Andaikata Mata Aku Mampu Merakam, Aku Mahu Capture Senyumannya dan Printkan Sebesar Poster
4) [
link] Aku Tahu, Sepatutnya Aku yang Mulakan. Tapi BAGAIMANA?
5) [
link] Selepas seminggu, tanya soalan tu je??
6) [
link] Kerana Permintaan itu Ditolak, Aku Semakin Berminat Dengan Dia
7) [
link] Adakah ini yang dikatakan REBOUND?
8) [
link] Aftermath
9) [
link] Ahad terbaEk #1: Kenangan Lama Perlu Diganti
10) [
link] Ahad terbaEk #2: Kalau Belum Bersedia, Usah Katakan
11) [
link] Ahad terbaEk #3: Mencari Konklusi
12) [
link] Butang PAUSE dunia aku telah ditekan
13) [
link] Pertemuan Empat Mata #1: Bahana Kopi
14) [
link] Pertemuan Empat Mata #2: Impressi Pertamaku Musnah

May 17, 2010

Pertemuan Empat Mata #2: Impressi Pertamaku Musnah

one-one-nine
I'm sorry...


Dilihat dari hasil tulisan aku,
aku nak berkongsi satu keburukan aku..

Aku tak pernah habis membaca buku..
Walaupun banyak novel, buku bukan fiksyen, atau buku cerita pendek,
aku tak pernah habis baca.
Semuanya berhenti separuh jalan.
Kecuali buku komik laa
(jika kalian masukkan komik sebagai buku..)

Walaupun semasa tingkatan 5 kita perlu baca buku cerita untuk jawab soalan Komsas BM dan Literature BI, aku tak pernah habis.
Baca sinopsis je..
Masa aku, buku Terminal 3 dan The Pearl.
Hm, mungkin dah jadi hobi rasanya baca buku tak habis ni...



"Apa saya nak panggil awak?" dia bertanya.
"Nama saya A**** K******. Pakcik boleh panggil saya L***..."
"OH! Sama nama dengan anak pakcik.." dia tertawa kecil.
"Jadi L boleh laa panggil pakcik ni Abah,
sebab semua kawan-kawan anak Abah, semua panggil Abah.."


Aku terkelu sekejap..
"Baik, ABAH..."

"L pernah baca buku 'Empire' tu??"
"Maaf lah Abah, saya bukan jenis yang baca buku tebal camtu..
Saya kurang minat membaca.."

Adus, ayat terpacul dari mulut aku agak membunuh..
Habis impressi pertama aku..
Orang jenis apa yang cakap dirinya tak suka membaca??
Adus!!!

"Oh! Kalau L nak tahu,
membaca jambatan ilmu..."

Tembakan tepat ke dada aku menembusi jantung.

"Beginilah, kita terus ke agenda utama..
Semua ibubapa sayangkan anak mereka..
Semua ibubapa nak anak meraka sentiasa gembira..
Termasuk Abah.."

Aku mendengar dengan teliti walaupun sedar imej aku dah buruk..

"Pada Abah, tiada keperluan untuk L belajar menunggang moto.."
Penyataan yang agak mengguris hati aku..
"Tapi itu satu ilmu, dan ianya menggembirakan L..
Jelas dari mata L, dia sangat teruja nak belajar moto.."


"So, Abah benarkan L ajar L bawak moto.."
Aku tergelak kecil sebab dia ulang nama yang sama dengan nada yang lain dan penyertian yang lain.
"Tapi dengan satu syarat..." Abah bertukar tegas..

"Apa syaratnya, Abah??"
"Jangan sakiti L. Sekali je L sakiti L, Abah takkan teragak-agak balasnya dengan lebih teruk.."



Aku terdiam...
Mungkin Abah maksudkan 'jangan sakiti' tu sebagai jangan bagi L tercedera sama ada terjatuh dari motosikal atau kemalangan.
Namun,
'sakiti' juga satu definisi yang luas..

"Baiklah Abah..Saya akan cuba yang terbaik.."
"Bagus! Minum laa kopi tu..
Tambah lagi.."

Hm, 5 minit seperti telah berlalu..
Perut aku mula berpusing-pusing..

Abah bangun dari tempat duduk dia
ke arah rak buku dan ambil satu buku..

"Ini Abah hadiahkan satu buku..."
Abah hulurkan satu buku kecil warna ungu.
Aku sambut huluran itu..

"Cuba baca buku tu sampai habis..
Lepas tu, Abah rasa L mesti akan lebih suka membaca.."

"Terima kasih, Abah..."



Bertajuk
Confessions of an Old Boy: The Dato' Hamid Adventures,
kenapa dalam otak aku, aku macam pernah dengar tajuk buku ni..
Tapi aku tak ingat dari mana..

"Abah nak duduk dalam bilik ni sekejap..
Kalau L nak keluar makan-makan, pergilah.."

Haha, cara orang tua menghalau, penuh berhemah dan tiada rasa kecil hati..

Aku keluar bilik,
aku terkejut...
cuba teka siapa yang pertama aku nampak?
Mak Tom..

"Mak Tom, boleh tanya..
Tandas kat mana???"

Mak Tom terkejut kecil, dan dia tunjukkan arah ke tandas..
Dan di tandas lah, semua keperitan dilepaskan..
AKU LEGA..

Keluar tandas, lagi aku terkejut..
Dan cuba teka siapa menunggu aku di luar tandas?
Abang W.


Kenapa laa semua orang suka tunggu aku di luar pintu??

==============================
1) [link] ..Encik Penjual Tiket Wayang sebagai Mr MatchMaker
2) [
link] Dilema Awekku Blogger Terkenal!
3) [
link] Andaikata Mata Aku Mampu Merakam, Aku Mahu Capture Senyumannya dan Printkan Sebesar Poster
4) [
link] Aku Tahu, Sepatutnya Aku yang Mulakan. Tapi BAGAIMANA?
5) [
link] Selepas seminggu, tanya soalan tu je??
6) [
link] Kerana Permintaan itu Ditolak, Aku Semakin Berminat Dengan Dia
7) [
link] Adakah ini yang dikatakan REBOUND?
8) [
link] Aftermath
9) [
link] Ahad terbaEk #1: Kenangan Lama Perlu Diganti
10) [
link] Ahad terbaEk #2: Kalau Belum Bersedia, Usah Katakan
11) [
link] Ahad terbaEk #3: Mencari Konklusi
12) [
link] Butang PAUSE dunia aku telah ditekan
13) [
link] Pertemuan Empat Mata #1: Bahana Kopi

Pertemuan Empat Mata #1: Bahana Kopi

one-one-eight
I'm sorry..


Kopi..
Minuman sejagat..
Terdapat merata di seluruh dunia.

Dulu aku peminum kopi yang tegar.
Namun, sejak dua tahun kebelakangan ni,
selepas aku minum kopi,
5 minit kemudian, aku terpaksa mencari jamban.
Kopi tidak lagi mesra dengan perutku.



Aku berdiri tegak di hadapan sebuah rumah.
Lebih 10 kali lebih luas dari rumah aku, rasanya.
Terima kasih GPS dari henset aku,
aku mampu cari rumah ini dalam masa 1 jam..
Agaknya, tanpa GPS, berapa lamalah masa diambil...

Henset berdering...
"Awak dah sampai??" L bertanya dalam talian..
"Rasanya saya dah di depan pagar ni..."
"Kejap yek!!"

Dari jauh, aku nampak kelibat seorang gadis..
Semakin dekat, semakin jelas, semakin aku terpegun..
Pertama kali melihat dia berbaju kurung,
jantung aku berdegup kencang..
Angin awal malam meniup seolah-olah berbisik di telinga,
itulah dia si bidadari pujaan..
Manis dipandang..
Syukurnya aku tak buta..

"Jom masuk, majlis dah nak bermula.."
"Sori awak, saya keluar rumah sebelum maghrib tadi..
Jadi saya belum solat...Boleh tumpang??"

"Okay, JOM!!!"

Solat Maghrib sendirian di sebuah bilik solat,
waktu keluar dari bilik itu, L menunggu di luar pintu..
"Ambik ni, masuk baca sekali yek.."

Ramai orang berkumpul membentuk bulatan di ruang tengah rumah.
Majoriti pakcik-pakcik, tiada yang aku kenal
kecuali Abang W yang berada di sudut seberang..
Salah seorang dari pakcik-pakcik ni mesti ayahanda L..
Bacaan Yaasin sudah separuh jalan..

Selesai majlis, semua dijemput ke khemah luar
ada sedikit kudapan..
Aku teguk air sirap seorangan, tiada yang layan..
Mungkin Abang W dan L sedang sibuk melayan yang lain..



Tiba-tiba,
bahuku ditepuk dari belakang..
"Jom naik, abah nak jumpa.." Abang W yang menyapa..
Adus, perut aku kecut sekecut buah anggur menjadi kismis.

Abang W bawa aku ke sebuah bilik.
Bilik bacaan rasanya, dari susun atur buku di rak.
Ada satu kabinet penuh dengan pingat dan piala.
Di satu sudut ada satu lagi pintu bersebelahan dengan cermin besar.
Aku ditinggalkan seorang menunggu ayahanda L...

Nak duduk serba salah..
Nak berdiri tak ada hala tuju..
Maka, aku pun ke arah rak buku dan membelek satu buku bertajuk 'Empire'..

"Silakan duduk..."
Aku tersentap, seorang lelaki bermisai menegur dari belakang.
Pantas aku letakkan 'Empire' dan berpaling..

Jadi, inilah ayahandanya si L..
Tinggi, tegap, bermisai..
Berbaju melayu biru, sama warna dengan aku..



Dia duduk, aku pun duduk..
Yang memisahkan kami adalah sebuah meja..
Situasinya sama seperti sesi interview,
cuma lebih mendebarkan...

Seorang makcik turut masuk ke dalam bilik itu sambil membawa dulang.
Sebuah teko, dua cawan..
Cawan berisi KOPI..

"Ini Mak Tom..
Dia kerja dengan keluarga pakcik hampir 15 tahun..
Dan kopi dia yang terbaik setakat ini..
Sila laa minum.."
Ayahanda L mempelawa..
Mak Tom tersenyum meninggalkan kami berdua..

Aku (terpaksa) minum...
Takkan nak menolak dan berkata
"Saya tak minum kopi, teh ada??" pulak..
Macam kasar bagi pertemuan pertama..
Macam nasihat kalian,
1st Impression is Important..

Maka, 5 minit bermula
SEKARANG!!
bersambung..

================================
1) [link] ..Encik Penjual Tiket Wayang sebagai Mr MatchMaker
2) [
link] Dilema Awekku Blogger Terkenal!
3) [
link] Andaikata Mata Aku Mampu Merakam, Aku Mahu Capture Senyumannya dan Printkan Sebesar Poster
4) [
link] Aku Tahu, Sepatutnya Aku yang Mulakan. Tapi BAGAIMANA?
5) [
link] Selepas seminggu, tanya soalan tu je??
6) [
link] Kerana Permintaan itu Ditolak, Aku Semakin Berminat Dengan Dia
7) [
link] Adakah ini yang dikatakan REBOUND?
8) [
link] Aftermath
9) [
link] Ahad terbaEk #1: Kenangan Lama Perlu Diganti
10) [
link] Ahad terbaEk #2: Kalau Belum Bersedia, Usah Katakan
11) [
link] Ahad terbaEk #3: Mencari Konklusi
12) [
link] Butang PAUSE dunia aku telah ditekan

May 14, 2010

5 Manga yang Mempengaruhi Hidup Aku

one-one-seven
I'm sorry



Manga adalah istilah dalam bahasa jepun yang bermaksud gambar yang bangkit
(whimsical pictures). Lebih dikenali sebagai
komik dalam bahasa kita dan comic books dalam bahasa inggeris.

Siapa tak tahu apa itu manga??
Siapa yang tak pernah nampak atau baca??
Jika ada, sila korek tanah sedalam 7 kaki dan kambus diri sendiri..

Masa aku kecik-kecik-comel dulu,
manga yang hebat dan mantap ada beberapa
seperti Dragon Ball dan
Doraemon,
dan beberapa manga dari barat seperti Archie's dan Veronica's..

Hm, jangan pelik..
Sampai sekarang, aku masih pembaca manga yang tegar..
Lebih tegar dari perokok tegar..
Tapi aku sedikit memilih manga ni berdasarkan lukisan..
Almaklum laa, kalau semua nak beli,
alamatnya aku pakai baju guna kotak je laa..

Di bawah aku senaraikan 5 (lima)
manga yang banyak mempengaruhi aku
dari segi cara aku membesar dan cara aku berfikir..
Kalau kalian suka hasil tulisan aku,
kalian pasti akan suka input yang aku dapat dari manga-manga ini..



  1. Shin Chan


    Okay, ketawa dulu..(hahahaha)
    Abaikan lukisan dia yang super-sempoi..
    Abaikan perangai Shinosuke Nohara yang tak patut dicontohi..
    Tapi sedarkah kalian,
    setiap episod dalam manga Shin Chan ada mesej tersendiri yang hendak disampaikan??

    Aku berani label, mangaka (pelukis manga) Shin Chan ni seorang genius.
    Dia sampaikan mesej yang berat,
    seperti kekeluargaan dan kemasyarakatan
    dalam cara yang ringkas tapi AMAT berkesan..
    Malangnya, mangakanya Yoshito Usui, sudah mati tanpa meletakkan penamat dalam jalan ceritanya..

    Kalau anda sedang sedih,
    ambil manga Shin Chan,
    aku jamin, paling kurang anda akan senyum...



  2. Bleach


    Bleach dilukis dan dicipta oleh Tite Kubo..
    Memaparkan kisah Dewa Maut dan cabaran dalam kehidupannya..
    Abaikan konsep Dewa Maut yang dah tentu tak boleh dipakai oleh kita yang beragama Islam..
    Tapi apa yang aku nak tekankan di sini,
    Bleach memaparkan isu seperti ikatan persahabatan yang utuh,
    satu contoh yang tak banyak ada dalam masyarakat realiti kini..

    Diselangi dengan adegan pertarungan dan humor,
    Bleach sangat senang dibaca..
    Lukisannya juga menarik hati (paling kurang hati aku)

    Dan watak kegemaran aku adalah
    Aizen Sousuke, watak antagonis yang super-cool..



  3. I''s


    Kisah seorang remaja lelaki dan percintaannya..
    Percayalah, aku sangat dekat dengan watak utamanya, Ichitaka Seto..
    Seto-kun mempunyai perasaan yang tak dapat dia luahkan kepada seorang gadis, rakan sekolahnya bernama Iori Yoshizuki..
    Banyak halangan dia perlu tempuh dalam mendapat cintanya..

    Seto-kun dari awal percaya dia seorang
    loser yang lemah..
    Tapi hari demi hari, halangan demi halangan,
    Seto-kun tetap lalui dan ia mematangkannya..

    Aku banyak nampak diri aku dalam Seto..
    GO Seto!!!!

    Lagipun awek-awek dalam manga ni sangat cun dan comel..
    Pergi laa usha sendiri di onemanga..



  4. Katsu!

    Kisah tentang pelajar yang menjadikan sukan tinhu sebagai bidangnya.
    Manga ini banyak mengajar aku erti tidak mudah serah kalah..


    Dalam manga ini, pada mulanya Katsuki Satoyama tak sedar akan dirinya berbakat dalam sukan tinju sehinggalah bertemu gadis idamannya Katsuki Mizutani yang gila tinju.

    Manga ini menyampaikan mesej bahawa setiap daripada kita ada keistimewaan dan bakat tersendiri..
    Ianya terpulang pada individu itu sendiri sama ada sedar atau tidak..

    Kalau aku rasa diri down,
    manga ini mampu membuatkan aku kembali bersemangat dalam kehidupan..



  5. School Rumble

    Tiada yang lebih manis dari kenangan zaman persekolahan..


    Kisah yang penuh dengan komedi,
    Harima Kenji menjadi perhatian aku bila dia berusaha menarik perhatian gadis idamannya, Tenma Tsukamoto, walaupun beribu kali gagal..
    Juga diselitkan kisah rakan-rakan mereka yang lain..

    School Rumble sangat menggamit memori aku ketika di sekolah dulu..
    Bersama-sama kawan buat onar dan hal..
    Dimarahi cikgu atau sebab yang remeh..
    Kisah cinta monyet yang bertukar ganti..
    School Rumble tak pernah biarkan aku sunyi dengan gelak ketawa..



Semua manga di atas boleh dibaca secara online
di OneManga

tapi kebanyakan dari manga di atas
aku beli siri jilidnya kerana nak memiliki nilai pemilikan
supaya bila-bila aku nak baca,
just ambil dan baca tak payah bukak internet...


Jadi,
apakah manga anda??