May 31, 2010

Garisan Kehidupan Kita Pasti Akan Bersilang Kemudian Hari

one-thirty
I'm sorry



Hari terakhir Mei 2010



Pernahkah anda
di mana dalam hati teramat mahu berada di tempat itu meraikan
tapi sebenarnya
adalah lebih baik tidak berada di situ
kerana inginkan yang terbaik buat semua orang??

Tahniah kawan-kawan aku yang sudah konvo semalam..
Aku SANGAT nak berada di sana
bersama-sama meraikan hari kegemilangan

Namun, akal logik berbicara
demi sebuah senyuman
adalah terbaik untuk aku tidak berada di situ
kerana dengan kehadiran aku
bakal mengubah suasana menjadi kelam dan gelap..

Andai ada jodoh,
garisan kehidupan kita pasti akan bersilang kemudian hari..

Dan aku amat berharap
kita semua dapat bertemu
di bawah ruang dan peluang yang lain..

Jika anda kawan,
jangan tanya KENAPA..



===============================
Penulis baru belajar sesuatu yang baru, dimana kebahagiaan yang dilepaskan demi melihat orang lain lebih bahagia dipanggil pengorbanan. DAN pengorbanan bukan bererti kekalahan, sebaliknya satu tanda aras kita sudah mengecap sesuatu, bernama KEMATANGAN..

6 comments:

  1. adakalanya kita diperlukan bila kita tiada..tp slalunya kita akan dilupakan bila kita ada..

    ReplyDelete
  2. Ok lah kita tak tanya ok ;)

    kehidupan mmg macam-macam

    ReplyDelete
  3. mcm sesuatu pernah berlaku...tapi,
    aku tak tau benda pe..
    ceh!memandai lak aku wat andaian..

    ReplyDelete
  4. hehe aku dah pernah melalui, aku dah tau perjalanannya bagaimana, bagaimana kesudahannya, apa yang dirasa, namun itu adalah bagi manusia yang mempunyai pilihan.

    Aku hanya punyai pilihan untuk teruskan hidup dan senantiasa menanti mana-mana garisan terselit bersama-sama. Aku sentiasa mengalu-alukan rakan-rakan dengan hati yang terbuka.

    Namun, insan seperti aku jarang dikenang =) so face it

    ReplyDelete
  5. lebih baik tiada andai ada itu menyakitkan =)

    pengorbanan tnda aras kematangan..i like!

    ReplyDelete
  6. terbaik..aku copy ayat last tuh.tq~


    -kudozu

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026