May 17, 2010

Pertemuan Empat Mata #1: Bahana Kopi

one-one-eight
I'm sorry..


Kopi..
Minuman sejagat..
Terdapat merata di seluruh dunia.

Dulu aku peminum kopi yang tegar.
Namun, sejak dua tahun kebelakangan ni,
selepas aku minum kopi,
5 minit kemudian, aku terpaksa mencari jamban.
Kopi tidak lagi mesra dengan perutku.



Aku berdiri tegak di hadapan sebuah rumah.
Lebih 10 kali lebih luas dari rumah aku, rasanya.
Terima kasih GPS dari henset aku,
aku mampu cari rumah ini dalam masa 1 jam..
Agaknya, tanpa GPS, berapa lamalah masa diambil...

Henset berdering...
"Awak dah sampai??" L bertanya dalam talian..
"Rasanya saya dah di depan pagar ni..."
"Kejap yek!!"

Dari jauh, aku nampak kelibat seorang gadis..
Semakin dekat, semakin jelas, semakin aku terpegun..
Pertama kali melihat dia berbaju kurung,
jantung aku berdegup kencang..
Angin awal malam meniup seolah-olah berbisik di telinga,
itulah dia si bidadari pujaan..
Manis dipandang..
Syukurnya aku tak buta..

"Jom masuk, majlis dah nak bermula.."
"Sori awak, saya keluar rumah sebelum maghrib tadi..
Jadi saya belum solat...Boleh tumpang??"

"Okay, JOM!!!"

Solat Maghrib sendirian di sebuah bilik solat,
waktu keluar dari bilik itu, L menunggu di luar pintu..
"Ambik ni, masuk baca sekali yek.."

Ramai orang berkumpul membentuk bulatan di ruang tengah rumah.
Majoriti pakcik-pakcik, tiada yang aku kenal
kecuali Abang W yang berada di sudut seberang..
Salah seorang dari pakcik-pakcik ni mesti ayahanda L..
Bacaan Yaasin sudah separuh jalan..

Selesai majlis, semua dijemput ke khemah luar
ada sedikit kudapan..
Aku teguk air sirap seorangan, tiada yang layan..
Mungkin Abang W dan L sedang sibuk melayan yang lain..



Tiba-tiba,
bahuku ditepuk dari belakang..
"Jom naik, abah nak jumpa.." Abang W yang menyapa..
Adus, perut aku kecut sekecut buah anggur menjadi kismis.

Abang W bawa aku ke sebuah bilik.
Bilik bacaan rasanya, dari susun atur buku di rak.
Ada satu kabinet penuh dengan pingat dan piala.
Di satu sudut ada satu lagi pintu bersebelahan dengan cermin besar.
Aku ditinggalkan seorang menunggu ayahanda L...

Nak duduk serba salah..
Nak berdiri tak ada hala tuju..
Maka, aku pun ke arah rak buku dan membelek satu buku bertajuk 'Empire'..

"Silakan duduk..."
Aku tersentap, seorang lelaki bermisai menegur dari belakang.
Pantas aku letakkan 'Empire' dan berpaling..

Jadi, inilah ayahandanya si L..
Tinggi, tegap, bermisai..
Berbaju melayu biru, sama warna dengan aku..



Dia duduk, aku pun duduk..
Yang memisahkan kami adalah sebuah meja..
Situasinya sama seperti sesi interview,
cuma lebih mendebarkan...

Seorang makcik turut masuk ke dalam bilik itu sambil membawa dulang.
Sebuah teko, dua cawan..
Cawan berisi KOPI..

"Ini Mak Tom..
Dia kerja dengan keluarga pakcik hampir 15 tahun..
Dan kopi dia yang terbaik setakat ini..
Sila laa minum.."
Ayahanda L mempelawa..
Mak Tom tersenyum meninggalkan kami berdua..

Aku (terpaksa) minum...
Takkan nak menolak dan berkata
"Saya tak minum kopi, teh ada??" pulak..
Macam kasar bagi pertemuan pertama..
Macam nasihat kalian,
1st Impression is Important..

Maka, 5 minit bermula
SEKARANG!!
bersambung..

================================
1) [link] ..Encik Penjual Tiket Wayang sebagai Mr MatchMaker
2) [
link] Dilema Awekku Blogger Terkenal!
3) [
link] Andaikata Mata Aku Mampu Merakam, Aku Mahu Capture Senyumannya dan Printkan Sebesar Poster
4) [
link] Aku Tahu, Sepatutnya Aku yang Mulakan. Tapi BAGAIMANA?
5) [
link] Selepas seminggu, tanya soalan tu je??
6) [
link] Kerana Permintaan itu Ditolak, Aku Semakin Berminat Dengan Dia
7) [
link] Adakah ini yang dikatakan REBOUND?
8) [
link] Aftermath
9) [
link] Ahad terbaEk #1: Kenangan Lama Perlu Diganti
10) [
link] Ahad terbaEk #2: Kalau Belum Bersedia, Usah Katakan
11) [
link] Ahad terbaEk #3: Mencari Konklusi
12) [
link] Butang PAUSE dunia aku telah ditekan

12 comments:

  1. bersanbung la plak...

    pndai strategi ek...:)

    mcm nk interview kje la plak...

    ReplyDelete
  2. haa dah dpt agak dh...

    mesti sakit perut ni...

    hehehehe...btul x..:)

    ReplyDelete
  3. weh..ko ni...aku dok syok baca weh..
    huhu..tapi..aku suka giler kopi oo..
    entah since aku enter form 6..
    aku jadi suka kopi..bau kopi..
    yg pekat2 lak tuh..
    huhu..cpt2 update blog!!!aku nk baca lagi..

    ReplyDelete
  4. @*dekli*
    strategi e??
    hahaha

    @✿nenek moden✿
    sori laa...
    internet skang jd lembab ntah knape..
    jd takleh nk update pnjang2..
    takpe, cite ni pon tak lama..
    ape je yg boleh cite dgn 5 minit punya kisah, kan??

    ReplyDelete
  5. cpt smbungkan cite tu!!
    i nk baca..xsabar!!hahah

    ReplyDelete
  6. tak terberak lak kau mnum kopi tu??

    ReplyDelete
  7. aaaaaaaaaa bersambung plakkkk

    ReplyDelete
  8. haha tgh layan baiiik punyer.. ada sambungan haha..

    ReplyDelete
  9. @little cart00n
    baik, sudah disambung..

    @iema_z
    sakit perut gile..

    @LUT
    dah disambung...
    sila laa baca..

    @SyahNas80 @ Nana
    hahaha, sori..
    internet connection slow laa..

    ReplyDelete
  10. sakit perot sbb kOpi or sebab nerves...hihi

    ReplyDelete
  11. siottt..pu3 bace ngn kecut perut..!!
    <<pi bace smbungan entri nih..

    ReplyDelete
  12. @raja dinie
    sbb kopi..
    skang dah takleh tolerate dgn kopi dah..
    tp neves pon neves gak..
    hahaha

    @pu3aan
    hahaha, sabar yek pu3..

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026