Jun 22, 2010

Umpama Enggang dan Burung Pipit

one-double-four
I'm sorry..


Kawan,
segala yang bakal aku cerita selepas ini adalah ikhlas dari hati.
Aku cuma berharap kalian dapat beri pendapat masing-masing.
Juga ikhlas dari hati.
Dan yang penting,
apa yang di dalam blog, biarlah di dalam blog.



Hari demi hari,
aku akui, aku sukakan L..
Senyum dia, tawa dia, suara dia, wajah dia,
semuanya berlegar dalam benak fikiran aku..

Impian aku amat mudah
hidup bersama perempuan yang aku sayangi
membina keluarga hingga ke akhir hayat.
Aku sendiri
pernah mambayangkan aku dan isteriku solat jemaah bersama.
Sesudah doa, dia kucup tanganku, aku usap kepala dia
Aduh, indahnya dunia...

Aku tak tahu peluang aku,
tapi berpandukan respon dari L
L mungkin selesa dengan aku.
Keluarga dia juga dah kenal aku,
cuma keluarga aku belum kenal dia.

Andai dialah orangnya
usia aku takkan kembali mengundur
maka, sekarang adalah tepat untuk aku buat apa-apa keputusan.



Namun,
ada satu rintangan sebesar alam yang perlu aku rempuh.
Iaitu, soal TARAF dan HARTA

Dengar macam remeh, tapi kalau kalian dalam kasut aku
berdiri di pagar rumah L sangat menakutkan.
Rumahnya besar, sama luas dengan blok quarters aku tinggal.
Bezanya, rumahnya menampung satu keluarga,
blok aku menampung 80 keluarga.
Dapatkah kalian rasa bezanya??

Satu-satunya kenderaan aku adalah motosikal..
Aku tiada duit simpanan beribu ringgit..
Kerja belum tentu, taraf pendidikan belum pasti..
Satu-satunya perkara yang boleh aku banggakan adalah
simpanan komik aku yang berrak-rak..
Dan itu LANGSUNG tak menjamin masa depan...

Beza taraf aku dan L sangat ketara..
Aku takut melihat pakaian yang dia pakai,
seluar yang dia sarungkan,
kasut yang dia jejak,
jam yang di lilit,
perfume yang dia sembur..

Segalanya,
umpama enggang dan burung pipit...


Walaupun kami rapat, kami dekat
Hakikatnya,
kami jauh!!!
Sejauh aku di timbunan sampah Wall-E di Bumi
dia di dalam nakhoda angkasa E-va..

Dengan memikirkannya
aku jadi takut..
Seolah-olah alam memberitahu di telingaku
"Berundur!! Kau tak layak bersamanya.."



Ya,
aku tahu, harta bukan segalanya..
Tapi segalanya perlukan harta...
Mungkin keluarga L tak kisah soal harta
namun, keluarga aku??
Takkan aku nak menagih harta orang lain sedangkan aku adalah lelaki?
Lelaki yang sepatutnya menjadi tunggak keluarga??

Kalau nak ditukar ke bentuk perkataan,
tiada ayat yang sesuai untuk mendefinisikan perasaan aku..
TAKUT??
MALU??
GEMENTAR??
BODOH???

Perkataan di atas hanya satu pujian buat aku
tiada satupun mengena walau sekelumit perasaan diri...


---------
PERSOALANNYA....
Adakah aku harus terus menyemai harapan?
Sama ada di dada diri ini,
mahupun di hati si dia...
Kerana segalanya seperti belum pasti!


=======================
1) [link] ..Encik Penjual Tiket Wayang sebagai Mr MatchMaker
2) [
link] Dilema Awekku Blogger Terkenal!
3) [
link] Andaikata Mata Aku Mampu Merakam, Aku Mahu Capture Senyumannya dan Printkan Sebesar Poster
4) [
link] Aku Tahu, Sepatutnya Aku yang Mulakan. Tapi BAGAIMANA?
5) [
link] Selepas seminggu, tanya soalan tu je??
6) [
link] Kerana Permintaan itu Ditolak, Aku Semakin Berminat Dengan Dia
7) [
link] Adakah ini yang dikatakan REBOUND?
8) [
link] Aftermath
9) [
link] Ahad terbaEk #1: Kenangan Lama Perlu Diganti
10) [
link] Ahad terbaEk #2: Kalau Belum Bersedia, Usah Katakan
11) [
link] Ahad terbaEk #3: Mencari Konklusi
12) [
link] Butang PAUSE dunia aku telah ditekan
13) [
link] Pertemuan Empat Mata #1: Bahana Kopi
14) [
link] Pertemuan Empat Mata #2: Impressi Pertamaku Musnah
15) [
link] Pertemuan Empat Mata #3: "..dan sebab itu saya berkurung biru"
16) [
link] Sedikit Demi Sedikit
17) [
link] Di Bawah Pokok, Di Tepi Padang
18) [
link] Dua Kali Tersalah Cakap
19) [
link] Jumaat dan Ketiadaan
20) [
link] Sabtu dan Gelak Tawa
21) [
link] Ahad dan Perasaan Itu
22) [
link] 'One-Four-Three'

17 comments:

  1. mr cero,aku rasa kau perlu percaya pd diri sendiri...berdasarkan pd apa yg aku baca kat blog nie,kau seorg yg optimis....kau kan lelaki,gunakan tulang 4 kerat n akal kau untuk bina empayar kau sendiri...maksud aku,cipta kejayaan yang kau boleh banggakan...

    stiap org yg berjaya dlm dunia ni kan bermula dari bawah...kau x perlu rasa down dgn keadaan kau skrg...kita xtau hari esok kan??kkayaan dan kemewahan blom tentu kekal..hari nie mungkin mereka diatas,esok siapa tahu..(aku x doakan yg buruk2).tapi jati diri sseorg tu penting.....

    perghh panjang lak aku comment..maaf eh...

    ReplyDelete
  2. betol jugak kata kau tu,

    tapi ni lah masa ko kene buktikan value diri. ada org dihormati kerana harta, pangkat. ada juga atas jasa/ apa yg telah die buat kat atas muke bumi ni.

    mcm naruto, die un lembik kan mule2, tapi last2 die jadi kuat2, di acknowledge semua org

    ReplyDelete
  3. ini betul adalah agak susah.

    Tp harta belum tentu dapat menjaga miss L, dengan keadaan dia yang begitu. Perlukan seseorang yang betul-betul mengasihi dia seperti kamu.

    Tak realistik kalau kata harta tak penting, tp Cero harta boleh cari :) Yakin pada diri sendiri, banyak cara untuk cari harta.

    Cuma perlu kamu ingat, apa2 yg terjadi, semuanya sudah ditentukan Allah swt.

    Kamu sila yakin pada diri :)

    ReplyDelete
  4. perempuan tak suka lelaki mudah mengalah..

    kalau ada masalah insecurity,better berbincang dengan dia sebelum mulakan ape2 hubungan rapat..
    who are you to judge her and her family..

    its not enough to that we do our best,sometimes we have to do what's required..


    jangan putus asa kawan..

    ReplyDelete
  5. buktikan yang nko buleh dibanggakan mr.cero..dibanggakan oleh diri ko sendirik, keluarge dan BELIAU...

    percaya..pada diri (lagu AF jek yg terngiang di cuping tinge aku)..

    all the best.. :D chaiyok!!

    ReplyDelete
  6. heheh lek la bro,

    3 tahun aku kenal ko, walaupun mungkin agak singkat tapi aku rasa ko ada potensi utk pergi lebih jauh.

    di sebalik ayat2 ko yang dah macam nak putus asa tu, aku rasa ko kire bertuah gak la dari sesetengah kawan yang ko kenal nasib mereka lagi sukar.

    ko kene ade komitmen dgn kerja, dgn dia, dgn family dia.

    kalo orang tak kisah harta, orang kisahkan sikap, so sikap kene positive la.

    segalanya bermula dari tiada kepada ada.

    slow2 la, aku yakin korang berdua oknya. tidak perlu rush kejar sesuatu.

    yang bulat takkan datang bergolek yang pipih takkan terbang melayang.

    usaha sehabis mungkin, paling tidak untuk diri sendiri

    ReplyDelete
  7. hurmm..ape yg aku ley ckpkn berusaha dulu..kalo xley gak lepasknla..

    aku tau byk mnede yg perlu dipikirkan bila taraf idup terlampau berbeza..org ley ckp mcm2 utk beri harapan dan sokongan pd ko..tp aku terlalu2 paham ngn situasi perbezaan ko ngn die tu..

    jdnya ape yg aku nak pesan..ko berusahala dulu..sekurang2nye ko xnyesal dikemudian hari walaupun akhirnya kau xbersama ngn dia..
    n die pun xkn terlampau keciwa..sbb die tau ko dh lakukan sedaya upaya ko utk bersama..

    wat la solat istiharah n solat hajat..hanya Dia saja yg ley beri petunjuk pd ko..kami cuma ley bg sokongan aje..aku bukan nk condemn ko tau..?aku cuma fikirkn the worst thing that maybe happen..

    p/s: ni mls nk komen nih..byk sgt aku bebel..ish2..

    ReplyDelete
  8. aku kn ada..hehe..

    harta suma ni dunia je..
    tak boleh bawak mati..
    teruskan doa..
    insyaAllah Allah akan senangkan jalan hiduo kita.
    kaya pn byk hutang tak best jgak..

    ReplyDelete
  9. bro..usaha sehabis baik!!utk L dan diri sendiri jugak..jgn cpt putus asa!!dan berdoa atas sejadah adalah cara terbaik rasanya..mintak izin Allah..i'allah dpt petunjuk..:)

    p/s: gudluck Bro!!:D

    ReplyDelete
  10. Aku nak bg pandangan dalam hal ni aku tak reti pulak. sbb aku bkn berada dlm keadaan ko. Tapi bila aku baca semua komen2 kat atas. Aku setuju dengan diorang semua. Diaorng dah tolong cakapkan bagai pihak aku.

    "Belum cuba kita belum tahu apa yang akan berlaku". :)

    ReplyDelete
  11. hurrmmm...aku rase kalau family die dpt trime ko and family ko dpt trime die...mgkin x de mslah...

    isu ni mmg dari dulu da timbul...taraf n darjat tue ko boleh cri...cma ko kn berusaha lebih la...i know u can do it bro!!!

    skg ni hbgn korg still permulaan(so jgn bmbg sgt keyh)...nnt klu da kembang bak bunga(cewah berbunga2 plak ayt aku nih..hehe3)...nnt ko bncg la dgn die...kn ade toleransi...klu jodoh korg ade...msing2 kn trime diri msing seadanya...lgpon aku rase family die x tgk isu tue...insyaAllah x de mslh...

    klu suatu hari nnt ko x de jodoh(KALAU yekk...hrp jauh) ngan die ko still la berkwn ngan die n jdi kwn rpt die...kdg2 kite kn lps kn org yg kite suke tok kebhgiaan die...ko hrp yg terbek je tok die...

    p/s: jgn putus asa yek...

    ReplyDelete
  12. hmm..aku dulu pun pernah terfikir macam ko jugak cero..aku tanya..kenapa nak aku?sedangkan dunia aku berbeza...dunia dia lain..memang..kalau nak ikut harta..aku bukanlah setaraf dengan dia..aku kenal dengan dia dah dua tahun lebih..tapi,aku selalu fikir...betul ke langkah aku ni?kenapa mesti aku?kenapa tak anak tan sri dekat luar sana ke..kenapa bukan anak dato' dekat luar sana ke?

    kenapa pilih aku yang budak kampung ni?kalau dikira dari segi pelajaran pula..dia memang jauh lagi hebat dari aku..aku ni baru je nak menapak dekat u..adik beradik dia semua pandai..aku terfikir..layak ke aku dengan dia?bagai langit dengan bumi..

    tapi,kalau dari segi cinta..aku memang ikhlas..hmm..aku hanya berdoa saja dekat Allah..kalau benar dia jodoh aku..maka..eratkanlah hubungan dia dengan aku mengikut jalan yang benar..

    kau pulak cero..kau lelaki..memang lagi tinggi tanggung jawab kau..tapi,kalau ikut dari apa kau cerita dulu..L bukan macam girl dekat luar sana yang bermegah-megah dengan kemewahan..And aku yakin dia faham ko..percaya diri sendiri..and berdoa selalu dekat Allah..

    ReplyDelete
  13. firstly, jgn putus asa, klau suke, berdoa byk2 supaya diberkati dn dipermudahkan...
    kmudian, rasanya cEro plak yg kena bawa L knal cara hidup cEro, mksudnya knalkn dgn family n bg L rasa mcm mna keadaan sbenar hidup cEro, cz rasanya slama ni cEro da masuk dlm kehidupan L, bg peluang pd L plak...barulah cEro dpt tahu samada L boleh terima atau x, and rasanya x de masalah untuk L...
    masa 2 barulah L dn cEro sndiri dpt kepastian serasi atau x kehidupan korg brdua...
    xkn lari gunung dikejar,prcaya pd jodoh...
    dan sy pasti cEro seseorg yg boleh dibggakan, smuanya trletak pada usaha...
    sy doakan smoga jodoh itu trtulis buat cEro dan L....insyaallah...
    gud luck cEro...
    :)

    ReplyDelete
  14. gila ba semua nk comment mcm cerpen aku tgk..hehe..aku nk comment pnjang2 gak tapi cam malas heh...selambe sude...persetankan darjat..kapitalis dan liberalisme tembok yang besar perlu dikerah utk dirobohkan..

    ReplyDelete
  15. Istikarah dan berdoalah selalu
    Bertanya kepadaNya dan rasai firasat hati

    kelak kau yakin diri

    =j

    -kudozu

    ReplyDelete
  16. jangan cepat mengalah.. berdoalah pada-NYA.. inysa Allah, andai si dia mmg jodoh kamu.. takkan ada apa yg dpat menghalangnya... pray for you! ^__^

    good luck!

    ReplyDelete
  17. Terima kasih semua...
    Dengan tidak membalas setiap komen, tidak bermakna pandangan kalian tak didengari..

    I'll do my best..
    ..and my best only...

    ReplyDelete