Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

May 13, 2010

Butang PAUSE dunia aku telah ditekan

one-one-six
I'm sorry...



Petang di kedai mamak,
segelas carrot susu di hadapan aku..
Pandang ke luar, pandang ke jam di tangan..
(Okay tipu, aku bukan jenis pakai jam..)
Pandang ke luar, pandang ke jam di dinding..
Tersenyum...

Dari jauh, nampak seseorang berjalan ke arah aku..
Berjalan lembut, membimbit beg kecil..
Berseluar jeans, berbaju t-shirt hijau muda..
dan bercekak hijau..
Dialah,
L.



"Maaf lambat!!! Tak tahu jalan ke sini..
Jadi mencari jugak tadi.."
dia duduk di sebelah kiri aku..
Eh?? Kenapa duduk sebelah??
Kenapa bukan duduk depan??

"Awak datang dengan apa??"
"Pak Harun hantar.."
Pakcik Harun adalah pemandu keluarga L.
Hm..indahnya hidup bila ada pemandu sendiri...

Seorang mamak datang ambil order.
"Awak, tahu tak roti yang tinggi membukit tu nama apa?"
"Yang mana??"
"Alaa, yang macam roti canai tapi lain sikit tu..
Yang tinggi tu..Yang berpusing tu..."

sambil bercakap, L tunjuk gaya 'tinggi'..
Si mamak tu pun turut tersenyum..

"Itu roti tisu..
Nak ke??"

"NAK!!"
Selepas ambil order,
mamak tu blah...

"Kenapa (roti tu) dipanggil roti tisu??"
"Hehehe, saya nak dengar jawapan tu dari awak bila awak makan nanti..
OK??"
aku tergelak dengar soalan dia..
Dia setuju..




Owh, lupa nak intro..
Aku dan L berpakat nak minum petang bersama
sebab L baru dua kali pernah makan di kedai mamak..
Dua kali je?? Aku kalau dikira, dah masuk 5 angka kot..

Kami berborak kosong...

Di hadapan kami selang semeja ada satu couple.
Berumur mungkin sebaya kami,
si perempuan sibuk mengusap pipi si lelaki,
tangan si lelaki pula melingkar ke bahu perempuan itu..
Mesra.. Mungkin sedang hangat bercinta..

Sekali si perempuan tu tarik pipi si lelaki dan cium..
Cium di mulut, sedas!!!
WAAHHH!! Wayang free...

Bahu aku disenggol,
L pandang aku..
"Awak nampak apa saya nampak??"
"Maksud awak kereta Evo 10 kat luar sana??"
Hahaha, aku saja konon tak faham..

"Bukan laa, couple depan tu.."
"Owh, nampak!! Kenapa??"
"Jom buat onar, nak??"

Ek?? Onar?? Aku kurang paham..
L tiba-tiba mengangkat tangan menongkat dagu dan pandang straight ke couple tu sambil senyum...
Hm, aku faham maksud dia..
Aku pun buat perkara sama...

Couple depan tu terperasan.
Panas punggung rasanya, terus diorang blah..
Aku dan L bantai gelak kuat-kuat..

"Awak ni boleh tahan gak ek??" aku berkata..
"Sakit mata laa, kalo tak tahan sangat
GET A ROOM!!!.."


In that way, aku sangat rasa yang L sangat compatible dengan perangai aku..
Happening bila dengan dia..



"Saya dah SMS Pak Harun,
dia mungkin akan sampai dalam 10 minit.."

Tak sangka, rasa sekejap,
tapi kami dah lepak di situ hampir sejam setengah..

"Awak free tak sabtu malam ahad??"
"Tak tahu lagi, kenapa??"
"My parents nak jumpa awak..."

Butang PAUSE dunia aku tertekan...
Dunia aku terdiam seketika..






























5 saat kemudian...

"My dad buat majlis doa selamat sikit..
Dia suruh jemput kawan-kawan..
Awak kan kawan saya, jadi saya jemput laa.."

Jantung aku berdegup semula...
Lega..

"Saya dah minta kebenaran dia nak belajar moto dengan awak..
Jadi, dia nak jumpa laa sape yang bakal mengajar anak dia...
PERSONALLY...."

Tergamam...
Sekali lagi, dunia aku berhenti.....





Personally????....



-----------------------------------------
L kata roti tisu diberi nama sedemikian sebab dia rapuh dan nipis macam tisu..
Apa pendapat anda??

1) [link] ..Encik Penjual Tiket Wayang sebagai Mr MatchMaker
2) [
link] Dilema Awekku Blogger Terkenal!
3) [
link] Andaikata Mata Aku Mampu Merakam, Aku Mahu Capture Senyumannya dan Printkan Sebesar Poster
4) [
link] Aku Tahu, Sepatutnya Aku yang Mulakan. Tapi BAGAIMANA?
5) [
link] Selepas seminggu, tanya soalan tu je??
6) [
link] Kerana Permintaan itu Ditolak, Aku Semakin Berminat Dengan Dia
7) [
link] Adakah ini yang dikatakan REBOUND?
8) [
link] Aftermath
9) [
link] Ahad terbaEk #1: Kenangan Lama Perlu Diganti
10) [
link] Ahad terbaEk #2: Kalau Belum Bersedia, Usah Katakan
11) [
link] Ahad terbaEk #3: Mencari Konklusi

May 12, 2010

Pergilah Bertemu Alam Semulajadi, Ia Memang Menyembuhkan..

one-one-five
I'm sorry..


Throw it away
Forget yesterday
We'll make the great escape
- The Great Escape
by Boys Like Girls


Hari ni tak ada kerja..
Abah cuti sebab dapat anugerah..
Emak memang ada kat rumah..
Kakak cuti sehari..
Adik aku sorang tu, memang tengah cuti sekarang..
Cuaca tengahari panas...

"Jom mandi sungai?" Abah mencadang..
"JOM!!!" Kami menyokong..
Destinasi:
Sungai Congkak, Hulu Langat..


Sebab hari selasa,
memang lengang...
Cuba datang hari sabtu ahad cuti am..
Rasanya nak cari tempat parking pun berpeluh..

Dapat lari dari panas kota KL
dan datang berendam ke sungai yang sejuk dan nyaman
memang satu pelepasan terulung
(great escape)..

Kawasan kami lepak tu memang banyak dengan ikan..
Rendam kaki, berpusu-pusu ikan datang menggigit..
Untung tak payah pergi Fish Spa yang RM10 15 minit tu..
Aku bukan setakat kaki,
berendam satu badan, habis jadi mangsa patukan ikan..
Siap ada masuk dalam seluar pendek aku lagi..
Geli rasa..
Eeeuuuwww...
..
..
..
..
Tetiba guruh datang berdentum..
Tipikal
Lembah Klang sekarang,
tengahari panas, petang hujan..
Itu signal kepada kami supaya naik ke darat dan pulang..

Sebelum bersiap pulang,
aku berendam dalam air seketika dan mendongak ke langit..




Mataku dipejam..
kesejukan air meresap ke dalam..
haba badan hilang bersama lelah perit kehidupan..
rambut dihayun gelombang alunan getaran arus..
hidungku gigih menghidu dedaun mereput..

Apa yang ada dalam benakku hanyalah
deruan air sungai menghempas batu..
geser angin dengan dedaunan pepohon..
herdik cengkerik rimba yang berirama nyaring..
diselangi dentuman guruh di langit..

Inilah irama terhebat!
Seolah-olah satu orkestra yang menerima tepukan gemuruh..
Mengatur alunan ritma yang tidak dapat ditafsir oleh not-not hitam di atas kertas..
Itulah, irama alam semulajadi..
Hasil karya yang Maha Bijaksana..



Hm, gambar di atas gambar aku berenang bersama ikan..
Maaf laa kalau tak clear..


Hm, kalau anda penat dengan rutin hidup seharian,
cuba ambil inisiatif untuk dapatkan 'Pelepasan Terulung' ini.
Pergilah bertemu alam semulajadi,
ia memang menyembuhkan....

May 11, 2010

"Senyuman dalam tangisan diibarat seperti sejalur pelangi"

one-one-four
I'm sorry...


"smiling through tears makes you look like a rainbow"
"el sonreír entre lágrimas hace que te veas como un arco íris"




Kalau kalian baca profil aku dan post dalam blog ni,
kalian akan dapati antara hobi aku adalah melihat langit malam.
Hanya melihat langit malam.
Aku bukan pandai astronomi,
aku tak tahu pun nama bintang-bintang yang aku tengok,
satu-satunya entiti langit malam yang aku tahu namanya adalah 'Bulan'..
Tapi, entah kenapa dan sejak bila,
melihat langit malam sangat seronok..
Tenang, nyaman dan aman..
Aku selalu berfikiran yang pelengkap diri aku satu lagi juga sedang menatap langit yang sama ketika aku tengok langit itu..
Dan itulah cara kami berhubung..




*****************

Hari ni sangat memenatkan..
Aku ke Shah Alam atas urusan yang kena aku selesaikan.
Sebab tayar depan kuda aku bocor, aku putuskan nak naik kenderaan awam.
Aku naik komuter.

Di KL sentral, penuh dengan orang..
Teringat dulu, antara hobi pelik aku adalah duduk kat puduraya dan tengok gelagat manusia.
Okay, jom gelakkan aku sebab hobi tu memang tak berfaedah sangat.
Tapi melaluinya, aku dapat belajar bahawa
kalau 1000 orang kita kenal,
maka ada 1000 perangai kita kena lalui..

Semasa menunggu komuter tiba, aku serius berfikir..
Dari pihak pengurusan KTM sibuk dengan koc khusus wanita,
baik dia perbaiki kualiti dengan membaiki ketepatan waktu berlepas dan tiba..
Sebab, apa yang aku nampak, walaupun jadual nyata meletak waktu tertentu untuk komuter tiba dan berlepas,
namun tiada satu pun komuter yang tepat waktunya..
dan 100% daripadanya LEWAT!!
Kadang-kadang bukan seminit dua, tapi sejam dua..
Kalau ada pengarah urusan KTMB baca blog ni,
sila ambil berat cadangan saya yek!!

(Owh ye, boleh tak hapuskan komuter yang pintu masuk gerabaknya di hujung tu??..Macam siot je aku tengok orang keluar masuk guna pintu yang kecil dan sempit tu..Menyusahkan...)

Hm, just nak tanya..
Pelik ke kalau seorang lelaki yang berambut ala-ala rempit,
memakai kemeja ungu lengan panjang,
berseluar slack dengan kasut hitam,
bawa beg galas warna kuning sambil pegang komik Shin Chan,
naik komuter??
Sebab sepanjang aku naik komuter tu,
ramai gila orang usha pelik kat aku..



Selepas selesai urusan di Shah Alam,
aku pun berangkat pulang..
Waktu hampir petang, langit gelap..
Lalu, hujan turun..
Waktu aku sampai stesen Tasik Selatan tempat aku,
hujan masih turun..
Jadi, aku decide nak stay dalam terminal
sebab kalau aku keluar stesen pun bukan boleh balik rumah pun..
Kena meredah gak ke rumah..

Aku tatap hujan yang turun..
Setiap kali hujan,
memori yang lama yang sepatutnya aku buang muncul balik..
Huih, betapa hebatnya air hujan..
Mampu menukarkan perasaan seseorang..

Hujan pun reda,
indahnya, matahari pun keluar dari celah awan,
memberi sinar di kala petang..

Berlaku satu fenomena alam
di tempat aku duduk dalam terminal bersaksikan yang lain,
sejalur panjang terang pelangi menyinar..
Dari sebalik bukit hingga ke tepian tiada penghujung..
Amat indah...



Lalu hensetku berdering lagu
Chantek..
nada dering khusus untuk si dia..


"Hello, awak kat mana??" suara lembut L kedengaran.
Tapi kurang bertenaga, lemah..


"Kat stesen Komuter Tasik Selatan.."
"Awak pergi cari langit, tengok ke atas.." katanya..
"Pelangi.."
"Ya, pelangi..Sangat cantik..
Saya sangat berharap dapat kongsi saat ni dengan awak.."


Mulai saat itu,
selain menatap langit malam,
aku tambah satu lagi kegemaran diri..
Melihat
pelangi...

Namun suara di sebalik panggilan itu
lemah dan tidak bermaya..
Seolah-olah L sedang menahan sesuatu..
Sesuatu yang sakit dari dalam hatinya..
Apakah pelangi baginya??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License