Oct 30, 2010

Farid Kamil dan Aku

dua-empat-lapan...
maaf


Perkara paling lawak dalam minggu ni
bukan...dalam bulan ni..
mungkin dalam tahun ni adalah......
.
.
.
.




Aku pernah beberapa kali jumpa Farid Kamil.
Di kala orang keliling aku duk melompat-lompat teruja nampak dia,
aku jeling je..
Pernah aku selisih dengan dia,
dan aku hanya mampu senyum je kat Farid Kamil.
Orang macam aku ni, kalau jumpa dua ribu kali pun dia takkan sedar.
Lagipun aku bukan minat sangat mamat ni.

Tapi Farid Kamil memang epik!
Ini disebabkan ayat 'nasi lemak 50sen' dalam filem Cuti-Cuti Cinta tu..
Aku memang dari dulu lagi teringin nak sebut ayat tu kat perempuan,
tapi takde mangsa laa...
Kalau adapun, nasi lemak tak berapa nak 50sen.
Ada yang RM3.50 siap lauk lebih lagi..
Hahaha (dah start nak lucah dah otak aku..)

Farid Kamil tu,
antara pelakon lelaki yang aku nampak perubahan dalam mutu lakonan.
Dulu kayu nak mampus.
Filem 7 Perhentian, arrgghh!!!
Buat aku lagi ketawa dari suspen..
Tapi itu tak bermakna dia hebat berlakon sekarang.
Bagi pelapis pelakon hero lelaki, dia tu OK laa...
Tapi, kalau dia mampu besar badan sikit ala-ala Aaron Aziz,
aku rasa dia boleh pergi jauh bukan sekadar main watak mamat-selenge-yang-kalau-bukan-mat-rempit-mesti-lelaki-bunga-bunga-cinta.

Hahaha,
kalau bab muka kesian, Farid Kamil memang ibu jari ke atas!
Tengok je laa dia dalam Lagenda Budak Setan.
Rasa nak je lastik dahi dia, sebab asyik berkerut je..
Kesian sangat mamat tu..




Nampak?? Sedih kan??




Kenapa aku tetiba cerita pasal Farid Kamil?

Seorang kawan aku (perempuan) kata
bila dia tengok Farid Kamil,
dia akan ingat aku...

Aku pernah tanya,
tang mana kat aku yang dia nampak ada Farid Kamil??
Nak kata hensem, kamus antonim meletakkan aku sebagai kata lawan kepada perkataan 'kacak'.

Dia jawab,
bukan pada muka...
entah laa, dia pun tak pasti apa,
tapi dia memang insist kata yang bila dia nampak Farid Kamil dalam TV atau majalah,
dia akan ingat aku...
Aku pun layan angguk je laa...

Hahaha, itulah perkara paling menggelikan hati aku untuk abad ini..

Memang nasib aku laa diingati hanya kerana orang lain.




Dua perkara menarik tentang gambar di atas ialah
Lisa Surihani dan kereta kat belakang tu.


postquam-scriptum:
untuk gambar pertama, itu adalah kali pertama aku google nama artis lelaki melayu.
tetiba rasa geli sebab google artis lelaki.
adoi..
gambar kedua dan ketiga aku amik direct dari screen capture movie dia yang tersemat baEk dalam laptop aku.
berguna juga movie-movie tu semua.

Oct 29, 2010

Hidup-hidup Dibakar

dua-empat-tujuh
Maaf..


Empat hari berturut-turut aku emo sebelum ni...
hasilnya, empat hari berturut-turut kalian terpaksa baca cerita jiwang bosan aku..
Maaf...
Kali ni, entri yang super santai...




Aku budak asrama masa sekolah menengah.
Asrama aku melarang pelajar bawak seluar jeans.
Kesannya, aku tak ada seluar jeans langsung masa sekolah menengah.
Hilang zaman 'jeans' remaja aku..

Kemudian,
bila dah habis belajar,
oleh sebab dah biasa tak pakai jeans,
takde sehelai pun jeans dalam almari aku.
Dan aku pun tak teringin nak pakai,
sebab masa tu aku suka lagi pakai seluar kargo,
ala, yang poket belambak depan belakang tu..
Sebab aku cukup lasak, jatuh motor seminggu sekali kot...

Sejak setahun setengah lebih lepas,
aku start pakai seluar jeans hasil hasutan ex-awek aku..
"Arrgghh!! Ketat!!"

Hingga kini, jeans pertama aku selepas tu masih aku pakai..

Baru-baru ni,
jeans tu terkoyak di bahagian lutut.

"Macam orang jahat..." adik aku kata..

Tapi dari segi lain,
aku rasa pakai jeans koyak lutut ni macam cool plak..
Memang..
Pernah sekali aku keluar,
orang pandang aku kat lutut aku..
Perghh!!!
Tak pernah kot orang pandang lutut..
Selalunya nak jeling pun susah..

Untuk menjadikan seluar ni 'legal' dan boleh bawak solat,
aku pakai pembalut lutut kat dalam seluar.
So, aurat aku tak terdedah..

Mak aku kata,
"Dah macam orang mati bini je mak tengok!"
Emak sayang,
Alang belum pun ada bini, nak mati bini camne?

Maka,
demi membuatkan mak aku tak pandang serong,
aku berniat nak beli jeans baru.

Beli jeans perlukan duit.
Maka, datanglah masa aku ketuk isi tabung-tabung aku.
********

Di bawah adalah tiga dari 5 tabung aku,
masing-masing berat dengan duit syiling,
tapi ada gak yang isi duit kertas.
Aku nak amik beberapa helai duit kertas warna merah untuk beli jeans.




OK!
Aku tahu entri ni macam tak ada mesej.
Tapi, aku nak katakan sesuatu.
Tak! Lebih kepada tanya sesuatu.

Antara hobi aku yang aku rasa pelik adalah
aku suka letakkan hidden message dalam barang aku.

So,
dari gambar tabung di atas,
tiga tabung itu mewakili tabung untuk 50sen, 20sen, dan 10sen.

Soalan aku,
mana satukah tabung
untuk 10sen, 20sen dan 50sen?
Klunya ada tertera di dalam gambar.


SELAMAT MENEKA!

postquam-scriptum:
Tajuk entri tak ada kena mengena.
Hanya tajuk lagu yang penulis dengar waktu menaip entri ini dari laptopnya.
Dr. Kronik - Hidup-hidup Dibakar

Oct 28, 2010

Sampai #3.5 Realiti

dua-empat-enam
maaf...


Saya tak pasti,
tapi dari komen kalian untuk entri-entri yang sebelumnya,
pasti kalian terfikir,

"Semua kekusutan cEro boleh diatasi dengan cara berterus-terang kepada L tentang perasaan hatinya."

Nampak mudah, kan?
Satu ayat sahaja jalan penyelesaian termeterai.

Tapi,
benarkan saya memimpin tangan semua ke alam realiti sebenar.
Realiti hidup seorang 'cEro'...




"Awak, saya sayangkan awak.
Saya harap kita dapat bersama." cEro berkata.
Lalu L jawab,
"Saya pun, kenapa awak tak sebut dari awal?"

Selesai kekusutan?
Silap, ianya baru bermula.
--------------------------------------------------

Bertemu.

Tak bercinta pun dah selalu bertemu,
apatah lagi kalau bercinta.
Apa yang berada di depan mata cEro hanyalah sebuah motosikal 125cc.
Untuk membawa seorang anak perempuan kepada pemilik lebih dari 4 buah kereta mewah, itu satu penghinaan buat si dia.
At least,
yes, i said, AT LEAST ada laa sebijik kancil 2nd hand.
Anak dara orang kot, tak manis nak usung sana sini dengan moto.

--------------------------------------------------

Makanan.

Ya.
Memang dari apa yang cEro nampak,
L tak kisah dengan tempat makan.
Tapi cEro yang kisah!!!
L sakit, lemah jantung,
makanan untuk dia selalunya yang kurang minyak, kurang lemak dan kurang gula.
Semua makanan jenis di atas kebanyakannya hanya ada di tempat berdinding kaca,
sedangkan cEro hanya mampu makan di tempat berdindingkan angin dan hembusan nafas mamak.
Takkan setiap kali L kena belanja cEro,
cEro lelaki, dia ada maruah juga.
Namun, hakikatnya,
tapak kasut cEro lebih tebal dari dompetnya.

--------------------------------------------------

Masa depan.

cEro bukan jenis main-main cinta.
Sekali bersama, apa yang dilihatnya adalah 'kahwin'.
Maka, sebagai lelaki, tanggungjawab mencari sumber bermula.
"Persetankan perbezaan taraf,
Abah dan Abangnya tak pernah kisah pun."
YA! Abah dan Abang L tak pernah kisah cEro siapa.
Tapi, cEro kisah!
Bukan dengan keluarga L, tapi dengan orang lain.
Ahli perniagaan berjaya, anaknya bersama lelaki biasa.
Orang akan berkata,
"Menadah di mata air gunung emas..."
cEro tak kisah mukanya terpalit,
tapi cEro amat kisah keluarganya terpercik.

--------------------------------------------------
Dapatkah kalian fahami dilema cEro?
Di atas cuma sebahagian sahaja.
Untuk meluahkannya, cEro harus bersedia menghadapi segala.
Jika dinilai kembali semua di atas,
key personnya adalah cEro itu sendiri.

cEro kini ialah zero! kosong! no body!
Maknanya dia tiada layak untuk sesiapa.

Namun cEro tidak duduk goyang perut dan mengeluh dengan nasib diri.
Dia cuba berdiri dan berlari untuk mencari angin perubahan.
Dia telah meronta dalam kekangan masa dan percaya.
Mana tahu,
akan datang cEro akan jadi uNo, cInco, cIncuenta, cIncocientos, atau cInco millones??



Untuk masa ni,
berterus terang bukan dalam pilihan.
Apa yang cEro boleh buat adalah,
BERTAHAN!

postquam-scriptum:
Mungkin kalian tak tahu sakitnya rasa melihat sesuatu yang tak terdaya tangan untuk dicapai.
Mungkin aku dikata merumitkan keadaan,
tapi hakikatnya, keadaan lebih dari sekadar rumit.

Oct 27, 2010

Sampai #3 Jika

Ikuti Sampai
dan Sampai #2 Kenapa?

"Kenapa saya tak pernah dengar awak sebut perkataan 'cinta'?"

Aku tergamam...
Aku terlalu pandang rendah gadis depan mata aku ni.
Aku terlupa, dia pun seorang yang peka.

"Hm..."
Panjang aku berdehem.

"Awak perasan tak?
Ini kali pertama kita duduk dan berbual hal serius,
kan?"

L tersenyum.

"Kenapa? Awak tak suka ek??"
"Bukan tak suka, cuma terasa 'lebih dewasa'..."

"Lebih dewasa daripada biasa.."
"Hahaha!" Kami ketawa bersama.

"Awak takkan berjaya untuk tukar topik bila berdepan dengan saya,
percayalah!"

Aku terdiam.
L memang pandai.
Percubaan aku untuk tukar topik tidak menjadi.

"Tell me, kenapa?"
"Saya cuma rasa perkataan tu kurang sedap.."


"Kurang sedap? CINTA?"
"Ya..Kurang sedap untuk disebut, untuk didengar..."


"Sejak bila?"
"Sejak bila apa??"


"Sejak bila awak takut dengan cinta?"

Pergghhhh!!!
Ayat dia kali ni memang tepat ke diafragma aku.

"Perkataan takut macam terlalu ekstrem..
Saya prefer 'berhati-hati'..."



Ke hadapan L,


Jika setiap pagi,
pabila sinar mentari menyambar pipi,
dan apa yang terbayang adalah wajahnya,
akhirnya tersenyum sendiri,
itu bukannya CINTA.


Jika dalam lagu didengar di radio,
setiap nada irama mendayu,
dan alunannya membuai
kerana ianya lagu cinta,
itu bukannya CINTA.


Jika setiap pertemuan
apa yang ingin dilihat adalah senyuman dia,
dan di perakhiran
masih mahu melihat senyuman yang sama,
itu bukannya CINTA.


Jika di setiap masa bersama,
inginkan masa berlalu
selambat yang mungkin,
dan setiap kenangan tidak akan terpadam,
itu bukannya CINTA.


Jika di setiap tempat,
apa yang dilihat adalah indah dan kacak,
lalu diri dirasa kerdil,
sehingga terasa tiada layak,
itu bukannya CINTA.


Jika pada manusia biasa,
menyayangi seseorang,
namun dalam masa yang sama
sedar bahawa tiada kemampuan,
itu bukannya CINTA.


Jika pada diriku,
sanggup pertaruhkan segala milik
segala aset segala masa
hanya untuk memastikan kebahagiaan dirangkul kamu,
itu bukannya CINTA.


Jika bukan CINTA,
maka ianya APA?

------------

"Saya takut dengan perkataan tu sejak kenal awak, L"
ucap benak hati aku, tiada suara.

Di waktu akhir bersama L,
semasa melihat dia pergi melangkah ke dalam kereta,
dan dalam lambaian terakhirnya,
aku terdetik,

"Bagaimana aku nak beritahu dia yang aku sayangkan dia,
dan dalam masa yang sama aku tak mahu dia mengharap apa-apa dari aku?"

Maafkan aku Padi,
aku mungkin bodoh melepaskan gadis idaman dek kerana kebahagiaannya,
namun aku tak terlalu bodoh mempertaruhkan kebahagiaan gadis idaman kepada seseorang yang aku tak tahu pangkal alangnya.
Maafkan aku Padi.
Maafkan aku....



=============================
45) [link] Sampai #2 Kenapa?
44) [link] Sampai
43) [link] Bergenang, namun Tidak Berlinang
42) [link] "Are We Cool?"
41) [link] "You don't even have the right to say any 'L' words."
40) [link] Sampai Bila-Bila










...lebih dalam Si Gadis Kasut Converse

Oct 26, 2010

Sampai #2 Kenapa?

kesinambungan entri Sampai


"Selaku lelaki yang paling rapat dengan L,
dan sebagai lelaki dengan lelaki,
boleh kau tolong aku?"
"Tolong apa, Padi?"

Padi terdiam,
aku tahu, dia agak segan untuk katakannya.
Sebenarnya,
aku tahu apa yang bakal dia katakan.
Semua orang dalam keadaan aku, akan tahu.
Aku cuma mahu uji sama ada dia cukup berani untuk menggerakkan mulutnya mengeluarkan perkataan.

"Kalau boleh, kau...dia...dengan aku.."
Padi menunjukkan isyarat dua jari telunjuk bertemu.
Aku tersenyum.



"Kau tahu,
semasa aku sekolah dulu,
ada seorang cikgu ni ajar aku.."
Aku cuba tenangkan dia.

"Cikgu tu kata,
PERASAAN SAYANG ibarat budak belajar BERDIRI.
Semasa kita lahir di dunia, kita tak pandai berdiri.
Tapi, masa demi masa, kita mempelajarinya.
Pada saat kita sedar, kita sudah pun boleh berlari.
Tapi kita tak pernah terfikir bila kita belajar berdiri.
Tiada paksaan, ada yang lambat, ada yang cepat."

Padi cuba memahami.
Aku rasa dia faham..
YA! Aku anggap dia faham...

"Aku cuba sedaya aku..
Aku tak jamin dia akan terus suka kau..
Tapi, apa yang mampu aku buat adalah bercakap pada dia supaya mempertimbangkannya.
Adakah ianya cukup bagus untuk kau."

"Bagus! Ianya dah cukup bagus!
Terima kasih!"
Padi datang rapat dah pegang kedua bahu aku dari depan.
Ditepuknya bahu aku berkali-kali.
Dan aku tak suka.

"Hari nak hujan,
aku balik dulu ya...
Kau pun berhati-hati,
moto kau tu tak ada bumbung,
nanti basah pulak ditimpa hujan..."

Aku kurang selesa dengan kata-kata Padi tu.
Sangat kurang selesa.

Padi berlalu.

Aku keluarkan telefon bimbit,
berbekalkan WiFi percuma kedai tempat kami lepak,
aku update status Facebook;
"Hujan di langit sudah turun, hujan di hati siapa yang tahu?"
Aku redah hujan untuk pulang ke rumah.




--------------------------------------------------

Dua hari kemudian,
aku bersama L di sebuah restoran bajet.

"Awak, saya ada benda nak cakap dengan awak...
Benda serius..."
"Apa dia?"

"How about you find yourself a boyfriend?"

L terdiam.
Seketika, seperti masa di sekeliling L dihentikan.
Dia terkaku, pandang aku.

"Kenapa awak tiba-tiba?
Awak tak suka keluar dengan saya ke?"
"TIDAK! Keluar dengan awak adalah perkara zaman muda yang terbaik pernah saya lakukan."

"Haha, itu sesuai diucap lelaki berumur 50 tahun..
Berapa umur awak sekarang, huh? Pakcik?"

Aku tersenyum kecil.

"Awak sedang cuba menukar topik!"

L juga tersenyum.
Dia pandang ke lantai, dan mengeluh.
"Hanya awak yang memahami..."




"Biar saya ceritakan sebuah kisah cinta.
Seorang perempuan biasa dan seorang lelaki yang bergelar 'Tengku'"

Dang!
'Tengku'? Adakah 'Tengku' itu?

"Dua orang bercinta,
adakah awak tahu apa perasaan ketika bercinta?
Indah! Satu perkataan dah cukup nak describe segalanya.
Satu perasaan di mana kita sentiasa mahu bersama..."


"Saya sayang awak, awak sayang saya...
Nanti sampai masa kita kahwin.
Mudah.."


"Tapi itu hanya kata-kata mulut..
Bila si jejaka bawa perempuan ni ke keluarga,
dia ditolak mentah-mentah atas alasan
'Perempuan sakit seperti awak tak layak untuk kami'"


"Penghinaan itu bukan bahagian yang paling pedih.
Yang paling pedih ialah si jejaka tidak langsung mahu mempertahan.
Seolah-olah perempuan tu di bawa ke rumahnya hanya untuk dihina."

"Siapa dalam dunia minta sakit?
Dan akhirnya dihina kerana sakit?
Siapa? Siapa?"

Silap aku sebab sentuh hal ni terlalu awal.
Jelas kelihatan genangan air di pinggiran kelopak mata dia.

"Cinta, sayang, suka,
semua tu tak lagi terkesan di hati saya.
Nasib orang sakit, memang tidak bawa untung."

Aku angkat mata aku,
aku tenung mata dia dengan tajam tanda tidak setuju dengan ungkapannya.

"Awak bertuah!
Awak dihina kerana sakit.
Satu sebab yang boleh awak ubah jika awak sihat."

L pandang tepat ke mata aku.

"Saya pernah dibuang hanya kerana NAMA!
Satu perkara yang tak boleh saya ubah,
sampai bila bila.
Sampai ke tahap saya pernah benci nama sendiri."

L berubah muka.

"Tapi, sampai sekarang
saya tak pernah pertikaikan perasaan sayang.
Kerana perasaan itu tak bersalah.
Yang bersalah adalah orang yang tidak menghargainya."

"Kenapa?" L bertanya.
"Kenapa saya tak pernah dengar awak sebut perkataan 'cinta'?"





=============================
44) [link] Sampai
43) [link] Bergenang, namun Tidak Berlinang
42) [link] "Are We Cool?"
41) [link] "You don't even have the right to say any 'L' words."
40) [link] Sampai Bila-Bila
39) [link] Aku Genggam Tanganku, Aku Lepas Ikatannya










...lebih dalam Si Gadis Kasut Converse

Oct 25, 2010

Sampai

dua-empat-tiga
I'm sorry..




"Hohoho, kenapa rambut macam budak sekolah?"

Walaupun soalan tersebut sepatutnya menaikkan marah aku,
tapi sebab ianya ditanya seseorang yang punyai senyuman termanis pada aku,
maka, api sudah disimbah air.

"Saja, terkenang zaman sekolah.."
Ah! Alasan paling najis aku pernah sebut.

"It's OK what..
At least saya tak perlu tengok rambut berpusing awak tu.."
Mungkin dia sedar aku kecewa dengan rambut sendiri,
jadi dia cuba menenangkan aku..

"Awak tak suka ke rambut dulu??"
"Bukan tak suka, tapi kali ni seolah-olah nampak awak lain..
The other side of you..."

Malas nak suruh dia elaborate panjang lagi,
aku ajak dia pergi minum di sebuah restoran murah.
Selera aku, nak ke restoran mahal memang tak mampu.
Dia pun nampak tak kisah..
Tapi dalam hati, siapa yang tahu..
Harap-harap dia tak kisahlah...

Semasa duduk menunggu pesanan minuman,
suasana jadi sepi seketika.
Bunyi suara orang meja sebelah,
pusingan bilah kipas,
sudu yang berlaga dinding dalam gelas yang dikacau,
semuanya makin lesap dan hilang dalam perasaan.

"Awak! Awak OK?"
Aku kembali ke alam realiti dek suara itu.

"Awak macam hilang sekejap tadi..
Apa awak fikir??"

Ya, aku hilang dalam kenangan dua hari lalu..





************


Dua hari sebelum itu,
sedang aku di atas motosikal,
telefon bimbit aku berdering.

Aku berhenti di tepi jalan,
kelihatan nombor yang tidak bernama di skrin,
"Siapa?" benakku berfikir.
Aku tekan butang hijau.

"Hello...."
"Hello, ini L ke?" suara lelaki.

"Ya..Siapa ni?"
"Ini Padi, boleh kita jumpa?"

Padi - Kawan satu tempat belajar L yang juga ada hati kepada L. Dia juga pernah cuba meluahkan hati kepada L, malangnya ditolak secara baik.

Untuk seorang 'Padi' telefon aku dan ajak jumpa,
memang sesuatu yang janggal.
Dia bukan rapat dengan aku pun,
malah aku kenal dia hanya kerana dia kawan L.
Berbual pun, aku boleh kira jumlah patah perkataan kami.

Setelah disetujui masa dan tempat bertemu,
aku terus ke sana memandangkan aku tiada apa nak dibuat selanjut petang.
Lalu, kami berjumpa.



"Aku nak minta tolong kau sebagai kawan.
Lelaki dengan lelaki punya hal..."

Aku cukup tak selesa bila disebut ayat kedua tu.

"Kau tahu hari tu aku pernah luahkan perasaan kat L.
Tapi dia tolak, katanya dia belum bersedia.
Tapi dari Nani, katanya L ada pilihan dia sendiri."

Tch, Nani..

"Bila Nani sebut begitu, terus aku terlintas kau.."
"Eh??? Bukan aku...Aku dengan L kawan baik je.."

"Itu aku tahu, Nani juga yang cakap kat aku...
Aku rasa itu hanya alasan L..."

Tch, Nani lagi...

"Selaku lelaki yang paling rapat dengan L,
dan sebagai lelaki dengan lelaki,
boleh kau tolong aku?"
"Tolong apa, Padi?"




************



Kembali ke restoran murah,

"Awak macam hilang sekejap tadi..
Apa awak fikir??"
L buat muka risau-comel dia...

"Awak, saya ada benda nak cakap dengan awak...
Benda serius..."

"Apa dia?"




=============================
43) [link] Bergenang, namun Tidak Berlinang
42) [link] "Are We Cool?"
41) [link] "You don't even have the right to say any 'L' words."
40) [link] Sampai Bila-Bila
39) [link] Aku Genggam Tanganku, Aku Lepas Ikatannya
38) [link] HARAPAN? It's a BIG word.










...lebih dalam Si Gadis Kasut Converse

Oct 23, 2010

Malar Hijau [KRU - Dua]

dua-empat-dua
maaf..






Masa kecik dulu, aku dan dua abang aku selalu berangan jadi KRU.
Abang pertama aku jadi Norman,
Abang kedua aku jadi Yusry,
aku jadi Edry.

Kongsi kumpul duit beli piring hitam kaset KRU,
pasang kat radio buruk Abah aku,
pastu layan ramai-ramai...

Hafal lagu,
pastu nyanyi depan mak, kakak dan adik-adik aku..
Happening habes...

Tapi, sebab Edry kurang menyerlah masa dulu,
jadi, aku kurang dapat part lead singer,
maka, nasib aku hanyalah supporting kat belakang..
Petik jari, lalala, shub shu arrr...

Satu hari aku tak puas hati,
aku nak jadi Yusry sebab dia paling banyak amik lead..

"Arrghh, dah jadi Edry tu, Edry je laa..."

Kesannya, aku nangis dalam bilik..
Petangnya, sambung balik nyanyi lagu KRU
dan aku tetap jadi Edry.

Tapi mak aku kata,
"Suara Alang paling sedap..."
HAH! Bangga bukan kepalang aku..
Walaupun aku sedar, mak cuma nak redakan perasaan kecik hati aku..
Terima kasih, EMAK.


Dalam banyak-banyak lagu KRU,
aku paling suka lagu '2' (Dua) dari album Awas! da Soundtrack.
Siap hafal lagu ni sampai sekarang...
Dan ada mp3 dalam henset aku, walu berkali-kali tukar henset,
lagu ni tetap ada...

So, enjoy!




Dulu kita terpaksa
Akur dan mengalah kepada situasi
Segala suratan pedihnya ditelan


Dipisahkan lautan
Hilanglah khabar daku mengubah haluan
Walaupun daku sedar dan tahu
Tiada wanita di dunia setanding mu


Tiba-tiba , tak diduga
Dikau berdiri di hadapan mata
Mengembalikan nostalgia , memori bersama
Membisu seribu makna , rahsia terbenam didada


CHORUS
Tak ku sedar sekali lagi
Ku jatuh hati dengan kewanitaanmu
Pada malam yang sempurna
Terpegun daku terpesona
Keanggunan lembut bicara
Kita berdua bagai rela
Jatuh cinta untuk kali kedua


Kehadiranmu
Di sisiku , disaatku perlukan
Ku perlukan teman yang setia
Melenyapkan delima yang melanda


Walaupun seketika , kau bawa harapan
Sememangnya ku sedar dan tahu
Tiada wanita didunia setanding mu


Tiba-tiba hati berdebar
Apabila mata bertentang mata
Detik romantis kini bersemi
Cinta dua hati
Mengerti tanpa berbicara , perasaan suci kita


CHORUS

Rappers zaman dulu,
pakai baju saiz XXXL padahal badan saiz M je..
Apa-apapun,
KRU tetap dalam hati.

Jadi,
apa lagu malar hijau kalian?

Oct 22, 2010

'Spiky' jadi 'Spooky'

dua-empat-satu
maaf


Cerita rambut lagi??
Maaflah, sebab aku tak puas hati dengan rambut sekarang,
jadi kalian kena laa dengar bebelan aku pasal rambut,
OK?

Aku tak hensem,
itu aku sedar...
Jadi, untuk membuatkan aku lebih menarik dan berbeza dengan mat bangla di luar sana,
aku perlukan rambut yang hebat dan menarik..
Itu je laa aset aku ada....

Syukur Alhamdulillah,
rambut aku dah panjang sikit (sikit je) dari kes kena tebas hari tu..
Jadi,
aku bercadang nak buat rambut spiky..

Maka,
aku keluar dan beli rubber gel Gatsby kaler hijau..



Bau epal..
Dah macam buah dah rambut aku..
Sangat menjadi spiky aku...

"Wah! Alang hensem!!!"
Adik aku puji..
Adik aku ni, takkan pernah puji aku..
Jadi, kalau dia puji,
sama ada dia nak bodek aku buat something
atau aku memang nampak hensem...
Oleh sebab dia takde kata apa-apa lepas puji tu
macam "Jom pergi McD?"
atau "Lama tak tengok wayang..",
so, aku anggap dia puji sebab dia betul-betul maksudkannya.
(Kembang semangkuk hidung aku..)


Tapi, satu aku terlepas pandang tentang rambut spike..
Sebab dari dulu sampai sekarang aku jarang buat rambut spike adalah...
AKU PENUNGGANG MOTOSIKAL.

Aku pakai helmet..
So, bila buat rambut spike,
walaupun pakai sebanyak alam sekalipon gel kat kepala,
natijahnya, rambut akan hilang shape!
Sebab helmet yang panas tu membuatkan rambut jadi penyek dan buruk..

Maka,
semasa aku keluar nak jumpa 'kawan baik' aku L,
apa yang aku dapat dari dia adalah...

"Hohoho, kenapa rambut macam budak sekolah?"





Dang!!
Aku nak belasah si tukang gunting rambut aku hari tu sekarang jugak!!
Siapa nak ikut???

______________________________


Oh, ya!
Jawapan untuk soalan 'apakah' semalam ialah..
Krusty Krab
dari pandangan bawah ke atas.
Tahniah kepada semua yang jawab dengan betul!



Diambil dari Spongebob Squarepants season 5 episode 6 yang bertajuk 'New Digs' di mana Spongebob mengambil keputusan nak bermalam di Krusty Krab atas sebab dia lewat datang kerja selama 1 minit pada siang hari.
Ish, patut laa tiap-tiap bulan dia 'Employee of The Month'.
So, yang dah bekerja,
contohilah SpongeBob.

Oct 21, 2010

Ve al grano, por favor

duaratusempatpuluh
maaf




This gonna be short but meaningful entry.
Really need your opinion on this, termasuk semua silent readers.

Dear cerolian,
cEro bukanlah seorang yang mengejar bilangan 'followers' dan juga bilangan 'likers' untuk blogpage di Facebook.
Tapi,
semua kawan-kawan yang 'follow' dan 'like' blog ni,
cEro hargai dan jejak kembali mereka.

Maka,
timbullah satu corak yang dapat cEro kesan.
iaitu 'followers' dan 'likers' blog ni
majoriti adalah perempuan.

Bolehkah kalian beritahu kenapakah hal demikian berlaku?
  • Adakah memang majoriti bloggers dalam 'Malaysian blogosphere' memang adalah perempuan?
  • Ataupun blog ini ada unsur feminin yang menarik lebih banyak perempuan dari lelaki?
  • Ataupun hasil tulisan dalam blog ini lebih 'perempuan' daripada 'lelaki'?
  • Ataupun layout, background dan susunatur blog ni tak GANAS hingga tak menarik minat lelaki?
  • Ataupun lelaki lebih minat menjadi 'silent readers' daripada expose macam perempuan?
  • Ataupun pemilik blog ni kacak sehingga ramai perempuan suka dan lelaki benci? (Sila muntah..)

Apa jua komen, cEro akan terima.
cEro cuma mahu blog ini menjadi medium yang lebih luas dan menyentuh semua orang tak mengira gender, bangsa, usia mahupun negara.

Really, really, really need your opinion!!!




Sebagai penutup,
cuba teka apakah gambar di atas?


postquam-scriptum:
walaupun namanya 'followers' dan 'likers',
tapi aku prefer panggil kalian 'kawan'...


postquam-subscriptum:
Tajuk bermaksud 'please, be straight to me', satu frasa dalam Spanish.

Oct 20, 2010

Stok Gentel #2 Dua Ratus Sahaja



dua-tiga-sembilan
Maaf.




Ingat entri 'Stok Gentel'?
Kalau nak baca, sila klik link di sini.

Kalau malas nak klik link tu, sila baca sinopsis di bawah
Sinopsis 'Stok Gentel':
    Seorang kawan lama merangkap jiran setaman yang aku beri nama 'DIA' duduk minum teh dengan aku dan kami bercerita tentang budak perempuan sekolah yang dah semakin UP zaman sekarang dan di pertengahan perbualan aku dapati DIA mempunyai awek budak sekolah berumur 15 tahun yang terpikat dengan DIA atas sebab dia berkereta MyVi dan mampu untuk belanja jalan-jalan di TS dan DIA bangga dengannya walaupun katanya aweknya itu cuma 'stok gentel' sahaja berpunca dari bentuk badan aweknya yang lebih matang di usia hanya 15 tahun dan walaupun aku membantah perbuatannya, DIA kata aku dengki sedangkan aku hanya sakit hati kerana manusia tak serius itu memperlakukan perbuatan kurang baik kepada remaja bawah umur yang sepatutnya serius belajar menghadapi PMR (pada masa itu)

Sekali lagi,
kawan merangkap jiran setaman aku ni ajak lepak minum di kedai yang sama.
Aku setuju..




Setelah beberapa perbualan bosan seperti catch-up apa yang sedang dibuat dan banyak lagi, dia datang ke topik dulu.

Dia : Ingat awek aku?
Aku : Budak PMR tu ke??
Dia : Haah, tapi dia dah habis PMR dah skang..
Aku : Aku tahu (sebab adik aku pun PMR)

Dia : Dia memang masyuk beb, aku suka..
Aku : Masyuk? Apa maksud ko?
Dia : Body dia laa, mantap!
Aku : Ko dah rasa ke??
Dia : Hahaha, selalu sangat!!

(Aku dah rasa kurang selesa...)

Dia : Rumah sewa aku selalu kosong, takde orang, so apa lagi..
Aku : Malam? Dia tak balik rumah ke??
Dia : Eh? Siang..waktu sekolah..dia ponteng, aku jemput...
Aku : Wat projek kat rumah ko?
Dia : Ha'ah..Tapi dia mintak habuan laa..Hari tu aku bagi dia henset untuk projek dua minggu..
Aku : Ko jangan weyh!! Mengandung nanti..
Dia : Alaa, kondom jual baik punya kat 7E...

(serius, aku dah sangat tak selesa..)

Dia : OK, biar aku terus terang kat ko..
Aku : Apa??
Dia : Ko nak try dia tak??
Aku : Aku?? Kalau aku kata nak, camne??
Dia : Gini, aku takde duit sangat skang, jadi dia macam sangap gile bab* je..So, ko ada RM200 tak??
Aku : Dua ratus??
Dia : Seratus untuk aku sebab introduce, seratus lagi ko hulur kat dia lepas habis...
Ko boleh buat kat rumah aku...

(cepat-cepat aku teguk air teh tarik aku sampai habis)

Aku : Aku nak blah!!
Dia : Woit, ko nak ke tak??
Aku : Hm..
Aku tahu aku bukan lelaki yang baik.
Tapi aku cuba tak nak membenci..
Sebab kalau aku mula benci,
aku akan benci dengan teruk..
Sampai ke tahap kalau orang yang aku benci tu tersangkut di atas lembah
dan hanya aku sahaja yang mampu selamatkan dia,
aku akan blah dari situ dengan senyuman kepuasan
dan tunggu berita kematian dia keesokan harinya dengan teruja...

Dia : Apa kau cakap ni??
Aku : Aku nak beritahu kau...
Ada satu orang yang aku amat benci dalam dunia ni...
Dan aku tak mahu kau jadi orang KEDUA!

(Dia terdiam membisu)

Aku : Minuman ni aku belanja disebabkan kau tak ada duit sampai nak jual awek sendiri...
Thanks for that offer..
Tapi, lepas ni, kalau terserempak dengan aku,
sila jangan tegur aku sebagai kawan lagi...

Aku pergi ke kaunter, settlekan bil, dan berambus meninggalkan dia terkedu!!




Menuju ke moto, aku buka wallet aku.
Alhamdulillah, duit aku tak cukup RM200..
Sebelum ni, aku tak pernah bersyukur duit aku sikit,
inilah kali pertama...
Sebab aku tahu, kalau duit aku banyak,
aku akan pertimbangkan tawaran tadi..

Ya Tuhan Yang Maha Agung,
kukuhkanlah iman hamba-Mu yang hina ini..

Oct 19, 2010

Jawapan tEka-tEki #12 Misteri Meja No.13

dua-tiga-lapan

Ini entri versi Jawapan.
Untuk soalan, sila ke tEka-tEKi #12 Misteri Meja no.13.


********


Perkara pertama yang aku belajar dalam kelas Pendidikan Seni semasa tingkatan satu adalah PERSEDIAAN.
Cikgu Pendidikan Seni aku, Cikgu Zaini, menasihatkan semua pelajarnya supaya sentiasa bersedia bagi menjamin kelangsungan kehidupan.

Apa yang aku buat adalah
menggunakan nasihat Cikgu Zaini supaya hidup aku lebih lancar.




Duduk di meja no.13 adalah idaman para pelajar lelaki yang malas dan tidak sukakan perhatian seperti aku.
Lokasinya yang belakang, dekat dengan pintu, jauh dari tong sampah dan banyak tempat sorok barang larangan memang adalah yang terbaEk!


Persediaan.

Sehari sebelum hari pertukaran susuanan meja,
aku pergi berjumpa dengan ketua tingkatan.

Oleh sebab ketua aku ni suka berbual dengan perempuan,
jadi aku cadangkan dia ambil tempat nombor #16
sebab ada lokasinya di belakang dan ada access yang dekat dengan perempuan.

"Aku boleh menjamin kau untuk dapat no.16 dengan syarat no.13 milik aku."

Dia setuju,
kami meterai satu perjanjian.


Hari Ubah Susunan.

Ikut plan asal,
ketua tingkatan perlu buat 16 nombor untuk lelaki.
Namun, disebabkan Wan mahu merebut tempat #13 dengan aku,
jadi plan ditukar sedikit.
Orang yang menulis nombor di atas kertas undian adalah AKU.

Aku perlu tulis setiap nombor itu di depan Wan
bagi mengambil kepercayaan dia bahawa aku tidak menipu.
Dan 16 kertas nombor yang telah dilipat aku itu dimasukkan ke dalam kotak cabutan undi oleh Wan sendiri bagi mengukuhkan kepercayaan dia bahawa tiada penipuan.

Sedangkan, apa yang Wan tidak tahu adalah
semasa aku tulis nombor, aku biarkan kertas kosong untuk nombor #13 dan #16.
Caranya, menggunakan pen tekan.
Semasa aku sedang menulis untuk no.13 dan no.16, aku tekan pen tu supaya dakwat pen masuk kedalam.
Dengan kata lain, aku kelihatan seperti sedang menulis nombor di atas kertas,
sedangkan tiada apa yang tertulis di atas kertas itu.

Semua kertas nombor dimasukkan ke dalam kotak cabutan undi oleh Wan.
Apa yang dia tak sedar adalah,
hanya 14 kertas sahaja bernombor,
sedangkan lagi dua adalah kosong.

Aku hanya perlu ada satu lipatan kertas yang sudah tertulis no.13.
dan ianya tersimpan di bawah meja sebagai persediaan.


Tugas aku selesai.

Sekarang tugas Ketua Tingkatan.
Dia akan bawa kotak cabutan undi untuk kepada setiap orang.

Apa yang perlu dia buat adalah,
jika ada sesiapa dapat kertas kosong,
Ketua Tingkatan hanya perlu cakap,
"Buang kertas tu..tu kertas lebih..Cabut nombor lain.."
Jadi,
kertas kosong dalam kotak dapat dihapuskan.

Bila sampai giliran aku.
Apa yang perlu aku buat adalah ambil nombor di hadapan Wan.
Biar dia berdepan, selitkan kertas nombor #13 tadi di tapak tangan.
Seluk kotak dan buat-buat sedang ambil nombor.
Sedangkan, kertas nombor sudah di tapak tangan.
Iaitu nombor #13.




Ketua Tingkatan tidak perlu cabut undi
kerana dia (kononnya) akan ambil kertas terakhir.
Dan tiada siapa peduli tentang itu.


Risiko.

Cara di atas hanya boleh dilakukan sekali sahaja.
Risikonya terletak di mana jika Wan terambil kertas kosong,
maka segala tembelang aku akan pecah.
Jadi, waktu ketika Wan cabut undi adalah sangat kritikal bagi aku.
Dan jika dia cabut undi bernombor,
kemenangan sudah di dalam genggaman aku.


Manipulasi.

Petua sebenar nak menjayakan plan ni adalah:
  1. Persediaan
  2. Ekspresi muka aku dan Ketua.
  3. Biarkan Wan terasa dia dalam kawalan (in-control) dengan keadaan.
    Biarkan dia lihat aku sedang menulis nombor.
    Biarkan dia yang masukkan 16 kertas undi ke dalam kotak.
    Biarkan dia lihat aku sedang cabut undi.
    Selagi dia rasa segalanya lancar, aku selamat.




Sepanjang tahun tingkatan 5,
hampir 4-5 kali susunan meja dirombak.
Dan setiap kali itulah, lokasi aku adalah yang terbaEk!

Maafkan aku, rakan-rakan classmate.

Oct 18, 2010

Kaki SMS Sepenuh Masa

two-three-se7en
I'm sorry...




Beberapa hari lalu,
aku bermotor kena jemput adik aku kat Bukit Jalil
sebab dia yang sedang belajar di Melaka nak balik bercuti hujung minggu.
Untuk yang tak tahu, Bukit Jalil kini menjadi terminal sementara,
sementara menunggu Pudu diubahsuai dan Terminal Bersepadu Selatan dekat Bandar Tasik Selatan siap dibina.

OK, berbalik ke cerita adik aku.

Aku dah nampak dia dari jauh.
Teka apa dia tengah buat?
YA!
Berjalan sambil SMS.

Dan sepanjang perjalanan dari Bukit Jalil ke rumah aku,
cuba teka apa dia buat?
YA!
Dia SMS sambil membonceng.

Sampai rumah, salam mak salam abah.
Dia masuk dalam bilik.
Lama baru dia keluar.
Cuba teka apa dia buat dalam bilik lama-lama?
SALAH!
Dia bukan kemas baju dari beg.
Dia SMS atas katil.





Hampir 24 jam sudah dia di rumah,
dan aku sangat pelik dengan perlakuan dia.
Henset tak pernah lepas dari genggaman tangan dia.
Walaupun tengah makan malam!

Kat meja makan,
aku tunggu je bila Mak dan Abah aku nak sound,
dulu aku SMS masa makan,
tulang ayam terbang datang cium ke pipi aku.
Tapi malangnya,
Mak dan Abah aku buat dek je...
Aku hangin...

"Hang sepenuh masa ke??"
Dialog aku bermula semasa kami di ruang tamu..

"Hm..ye laa..
Sepenuh masa laa..
Bukan separuh masa..."
Dia jawab.

"Hang tau ke ape yang orang maksudkan dengan 'sepenuh masa'?"

"Belajar kan?
Orang memang belajar sepenuh masa pun.."

Walaupun muka aku nampak serius,
tapi perut aku dah berombak-ombak menahan gelak.

"Orang kata hang tu kaki SMS sepenuh masa laa.."

"JAHAT!!"
Dia tumbuk bahu aku.

"..and I bet u even SMSing in bathroom, kan??"

----------------------

Esoknya,
sedang aku menikmati air sejuk dari peti ais,
Mak aku bagitahu aku yang henset adik aku tu rosak.
Aku tanya kenapa boleh rosak,
Mak jawab masuk air.

"Air apa?" aku tanya lagi.
"Air jamban..."

Spontan, aku bersembur sebab tak dapat tahan gelak!





postquam-scriptum:
Sebenarnya, aku lebih suka guna perkataan 'texting' dari 'SMSing'.
Tapi kebanyakan orang keliling aku guna SMS,
so aku kena laa guna SMS jugak.

Oct 16, 2010

tEka-tEki #13 Abah Punya

two-three-six
I'm sorry





Abah aku bukan seorang yang suka teka-teki,
tapi satu hari, ketika makan malam dia ada keluarkan dua teka-teki untuk satu keluarga.

Kerana tiba-tiba,
aku terfikir sesuatu...
"Kenapa Abah tiba-tiba nak keluarkan teka-teki
sedangkan dia tak pernah suka teka-teki sebelum ni?"

Jadi,
aku buat konklusi bahawa
Abah aku secara tiba-tiba keluarkan teka-teki untuk keluarganya atas dasar;
  1. Teka-teki itu 'dekat' dengan dia.
  2. Jawapan teka-teki itu logik dan bukan loyar buruk.
    Sebab Abah aku ni serius orangnya.
  3. Dia fikir anak-anak dia tak tahu jawapannya.
    Mestilah, nak jaga reputasi sebagai seorang ayah.
    Hahaha.

"Abah ada dua teka-teki..
Siapa jawab betul Abah bagi RM10.."

Semua ahli keluarga aku pelik sebab tiba-tiba je..

Teka-teki Abah berbunyi:


Kalau sikit, dia perasan besar.
Kalau banyak, dia perasan kecil.
Apakah ia?



Semua orang garu kepala.
Aku pun.





Ni yang kedua:


Satu perkataan ni,
walaupun di mana negara sekalipun,
tak kira apa bahasa sekalipun,
tetap sebutannya sama.



Untuk yang kedua ni, aku tahu jawapan sejurus selepas dia habis bertanya.

Adik aku mencuba,
"Yang pertama tak tahu,
tapi yang kedua adalah 'hello',
sebab semua orang guna perkataan 'hello'!!"

Abah aku gelak,
"SALAH! Sebab orang jepun tak pakai 'hello'
diorang pakai 'moshi-moshi'..."

Aku dah tepuk-tepuk meja dah tahan gelak mendengar jawapan adik aku yang salah tu.

Tapi, semasa aku tengah tahan gelak,
tiba-tiba aku macam tahu apa jawapan untuk soalan pertama...



-------------------------------


Jadi,
aku forwardkan tEka-tEki ni kepada kalian semua.

Aku bagi hint:
Abah aku kerja dalam sektor pengangkutan dan dia peminat sukan.
Sebab tu teka-teki ni 'dekat' dengan dia.



postquam-scriptum:
Serius senang..