Oct 16, 2010

tEka-tEki #13 Abah Punya

two-three-six
I'm sorry





Abah aku bukan seorang yang suka teka-teki,
tapi satu hari, ketika makan malam dia ada keluarkan dua teka-teki untuk satu keluarga.

Kerana tiba-tiba,
aku terfikir sesuatu...
"Kenapa Abah tiba-tiba nak keluarkan teka-teki
sedangkan dia tak pernah suka teka-teki sebelum ni?"

Jadi,
aku buat konklusi bahawa
Abah aku secara tiba-tiba keluarkan teka-teki untuk keluarganya atas dasar;
  1. Teka-teki itu 'dekat' dengan dia.
  2. Jawapan teka-teki itu logik dan bukan loyar buruk.
    Sebab Abah aku ni serius orangnya.
  3. Dia fikir anak-anak dia tak tahu jawapannya.
    Mestilah, nak jaga reputasi sebagai seorang ayah.
    Hahaha.

"Abah ada dua teka-teki..
Siapa jawab betul Abah bagi RM10.."

Semua ahli keluarga aku pelik sebab tiba-tiba je..

Teka-teki Abah berbunyi:


Kalau sikit, dia perasan besar.
Kalau banyak, dia perasan kecil.
Apakah ia?



Semua orang garu kepala.
Aku pun.





Ni yang kedua:


Satu perkataan ni,
walaupun di mana negara sekalipun,
tak kira apa bahasa sekalipun,
tetap sebutannya sama.



Untuk yang kedua ni, aku tahu jawapan sejurus selepas dia habis bertanya.

Adik aku mencuba,
"Yang pertama tak tahu,
tapi yang kedua adalah 'hello',
sebab semua orang guna perkataan 'hello'!!"

Abah aku gelak,
"SALAH! Sebab orang jepun tak pakai 'hello'
diorang pakai 'moshi-moshi'..."

Aku dah tepuk-tepuk meja dah tahan gelak mendengar jawapan adik aku yang salah tu.

Tapi, semasa aku tengah tahan gelak,
tiba-tiba aku macam tahu apa jawapan untuk soalan pertama...



-------------------------------


Jadi,
aku forwardkan tEka-tEki ni kepada kalian semua.

Aku bagi hint:
Abah aku kerja dalam sektor pengangkutan dan dia peminat sukan.
Sebab tu teka-teki ni 'dekat' dengan dia.



postquam-scriptum:
Serius senang..

15 comments:

  1. teka teki 1st tu xtau. tp yg 2nd tu 'gol' kan? :D

    ReplyDelete
  2. elie tau yang second je..
    GOAL!!! :)

    yg soalan no satu, elie still aru kepala!hahha

    ReplyDelete
  3. Erm... jwpan no 2 gol (lps tgk komen2 org kat atas aku nih, Miahahaa) yg first tak tau..

    Cero...jwpan teka teki#12 bila nk bagi?????

    ReplyDelete
  4. aku try,

    jaw no 1:gol
    jaw no 2: gol

    ReplyDelete
  5. susahnye teka-teki..!!
    meh org nak try..
    jwpn teka-teki 1 kenderaan kot..
    jwpn no 2 gol la rasenye..

    ye ke ek..?

    ReplyDelete
  6. ooo, saye baru tahu jwpn no 2. gol hahahahahahahhaah !!!

    merujuk kpd jawapn di atas

    ReplyDelete
  7. nurul sume xtahu..sbb nurul jenis langsung xpandai meneka.hehehhe

    ReplyDelete
  8. Waaa..org lama klo bagi teka-teki berbulu otak nk pikir, terutamanya org yg 'L.A.M.P.I' cam aku nih!

    ReplyDelete
  9. ok, tbe2 boleh comment lak. guna "opera". mojilla aku takleh kumen. haih. dah lupe ape jwpn aku.

    ReplyDelete
  10. cepat la bg jwpn..
    xsabar nak tau nih..

    ReplyDelete
  11. 1. bas
    2. ...sila bg jwpan cero!

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026