Oct 25, 2010

Sampai

dua-empat-tiga
I'm sorry..




"Hohoho, kenapa rambut macam budak sekolah?"

Walaupun soalan tersebut sepatutnya menaikkan marah aku,
tapi sebab ianya ditanya seseorang yang punyai senyuman termanis pada aku,
maka, api sudah disimbah air.

"Saja, terkenang zaman sekolah.."
Ah! Alasan paling najis aku pernah sebut.

"It's OK what..
At least saya tak perlu tengok rambut berpusing awak tu.."
Mungkin dia sedar aku kecewa dengan rambut sendiri,
jadi dia cuba menenangkan aku..

"Awak tak suka ke rambut dulu??"
"Bukan tak suka, tapi kali ni seolah-olah nampak awak lain..
The other side of you..."

Malas nak suruh dia elaborate panjang lagi,
aku ajak dia pergi minum di sebuah restoran murah.
Selera aku, nak ke restoran mahal memang tak mampu.
Dia pun nampak tak kisah..
Tapi dalam hati, siapa yang tahu..
Harap-harap dia tak kisahlah...

Semasa duduk menunggu pesanan minuman,
suasana jadi sepi seketika.
Bunyi suara orang meja sebelah,
pusingan bilah kipas,
sudu yang berlaga dinding dalam gelas yang dikacau,
semuanya makin lesap dan hilang dalam perasaan.

"Awak! Awak OK?"
Aku kembali ke alam realiti dek suara itu.

"Awak macam hilang sekejap tadi..
Apa awak fikir??"

Ya, aku hilang dalam kenangan dua hari lalu..





************


Dua hari sebelum itu,
sedang aku di atas motosikal,
telefon bimbit aku berdering.

Aku berhenti di tepi jalan,
kelihatan nombor yang tidak bernama di skrin,
"Siapa?" benakku berfikir.
Aku tekan butang hijau.

"Hello...."
"Hello, ini L ke?" suara lelaki.

"Ya..Siapa ni?"
"Ini Padi, boleh kita jumpa?"

Padi - Kawan satu tempat belajar L yang juga ada hati kepada L. Dia juga pernah cuba meluahkan hati kepada L, malangnya ditolak secara baik.

Untuk seorang 'Padi' telefon aku dan ajak jumpa,
memang sesuatu yang janggal.
Dia bukan rapat dengan aku pun,
malah aku kenal dia hanya kerana dia kawan L.
Berbual pun, aku boleh kira jumlah patah perkataan kami.

Setelah disetujui masa dan tempat bertemu,
aku terus ke sana memandangkan aku tiada apa nak dibuat selanjut petang.
Lalu, kami berjumpa.



"Aku nak minta tolong kau sebagai kawan.
Lelaki dengan lelaki punya hal..."

Aku cukup tak selesa bila disebut ayat kedua tu.

"Kau tahu hari tu aku pernah luahkan perasaan kat L.
Tapi dia tolak, katanya dia belum bersedia.
Tapi dari Nani, katanya L ada pilihan dia sendiri."

Tch, Nani..

"Bila Nani sebut begitu, terus aku terlintas kau.."
"Eh??? Bukan aku...Aku dengan L kawan baik je.."

"Itu aku tahu, Nani juga yang cakap kat aku...
Aku rasa itu hanya alasan L..."

Tch, Nani lagi...

"Selaku lelaki yang paling rapat dengan L,
dan sebagai lelaki dengan lelaki,
boleh kau tolong aku?"
"Tolong apa, Padi?"




************



Kembali ke restoran murah,

"Awak macam hilang sekejap tadi..
Apa awak fikir??"
L buat muka risau-comel dia...

"Awak, saya ada benda nak cakap dengan awak...
Benda serius..."

"Apa dia?"




=============================
43) [link] Bergenang, namun Tidak Berlinang
42) [link] "Are We Cool?"
41) [link] "You don't even have the right to say any 'L' words."
40) [link] Sampai Bila-Bila
39) [link] Aku Genggam Tanganku, Aku Lepas Ikatannya
38) [link] HARAPAN? It's a BIG word.










...lebih dalam Si Gadis Kasut Converse

26 comments:

  1. alahhhh to be continued lakk zzz
    sambung2!

    ReplyDelete
  2. arghhhhhhhhh kenapa perlu mcm ni

    ReplyDelete
  3. ko ni cero...suka buat aku tergagau...cepat sambunggggg...

    hihi...

    ReplyDelete
  4. huhuhu
    nak tggu sambungannye

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. seriously aku rase nk lempang ko sbb saje bg aku berdebar2..
    CEPAT LA SAMBUNGGGGG!!!!...

    ReplyDelete
  7. ceh! berdebarrr.. cepat2 sambung..

    ReplyDelete
  8. murah ke mahal xpenting...mase berkualiti 2 yg penting.agaga~~

    ReplyDelete
  9. mcm tau jek, tp takpelah ko story dulu, baru aku komen utk next entry ko tu

    ReplyDelete
  10. adeyhhh.. iklan la plak... huhu...

    ReplyDelete
  11. hak alah...sje je la...potong mood...:)

    ReplyDelete
  12. heee..ko nk kene sumpah ke dgn aku !!!

    -suomynona

    ReplyDelete
  13. dan kau tolong si padi untuk dapatkan L? Kau rela??

    ReplyDelete
  14. Sambung pulak.... - -". Ingat TELENOVELA!! Hahaha

    ReplyDelete
  15. lama tak iklan lepas ni?
    sape sponsor cite nih weh weh?

    -kudozu

    ReplyDelete
  16. adoyai.. ada iklan ke?? hehe

    sambung2!! heee

    ReplyDelete
  17. aik... nampak gaya cam padi nak ko tolong dalam mencouplekan dia ngan L je???? betul ke??? anyway, just guessing... hope NOT!!!! please it be NO!!!! *ter'over' lak*
    nape tergantung??? iklan.... oooo... iklan... cepat la habis... nak tau continuation dia ney

    ReplyDelete
  18. bersambung.

    benci kau.

    haha!

    dey tambi,aku blek sne sabtu ni :)

    ReplyDelete
  19. @1007690736077073896.0
    nekmo,
    TCH adalah bunyi apabila mulut dirongga dan lidah didetak ke rongga dengan kuantiti air liur yg sedikit..
    Ianya bunyi menandakan "Ish, dia ni.."

    ReplyDelete
  20. saspen....
    next...



    -dinie-

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026