Jul 30, 2010

Tentang Seseorang 4 [The Last Verse]

one-seven-three
I'm sorry...




Seorang kawan semasa sekolah menengah dulu pernah bermadah,
"Hidup ini umpama satu teater,
alam ini pentasnya,
kita manusia pelakonnya."

Jika aku pelakon drama bernama kehidupan,
aku berani kata, akulah pelakon terhebat.

Depan keluarga,
aku masih gelak ketawa.
Depan kawan-kawan,
aku masih bergurau senda.
Depan cermin,
aku masih tersenyum memuji diri.
Tapi,
alam hati umpama awan gelap menyelubungi jiwa.
Aku gagah menahan air mata.

Persoalan aku dalam hati,
"Kenapa dia tak menidakkan permintaan Padi?
Adakah dia mempertimbangkannya??"




Hari khamis.

Aku berdiri di hadapan kaunter tiket TGV The Mines.
Ya, di sinilah ber
mula...
Panggung 4, cerita Percy Jackson and The Lightning Thief.
Siapa sangka orang
loser macam aku mampu kenal gadis seperti dia dalam keadaan begitu.
Kalaulah aku dapat ingat muka brader yang bagi aku tiket kat kaunter tu,
aku nak berterima kasih sangat-sangat pada dia.

Aku berjalan perlahan naik ke tingkat 4.
Menuju ke sebuah kedai barangan komputer.
Di situlah
babak kedua drama itu berlangsung.
Dia menegur aku dahulu, sedangkan aku yang inginkannya.
Itu kali pertama aku pandang senyuman manisnya.
Dan senyuman itulah penyelamat jiwa aku yang tertekan dengan masalah.


Aku kembali turun ke tingkat 3.
Dunkin
Donut.
Babak ketiga dan seterusnya.
Kami makin rapat, hari ke hari.
Terima kasih kenangan,
dengannya, hidup aku berwarna-warni.

Aku kemudian naik semula ke tingkat 4,
ke bahagian arked.
Masuk, beli token, dan terus ke dalam bahagian belakang.
Mega Puncher, permainan arked 'tumbuk-dapat-point' kegemaran aku.
Di sini juga pernah berlaku
babak bersama L.
Di sini juga aku pernah berselisih pendapat dengan L.

Aku pakai glove yang disediakan.
Ambil jarak, aku hadiahkan penumbuk sekuat hati aku.
Permainan ni sangat bagus.
Dapat lepaskan geram dalam hati keluar dari diri.

SAKIT.
Penumbuk kanan aku sakit.
Aku lupa, Isnin lepas aku ada
lepaskan tumbukan ke sebatang tiang elektrik simen.
Tangan kanan aku lebam di hadapan penumbuk sejak dari itu.
Namun aku bersyukur, aku rasa sakit.
Ini bermakna, sakit di hati aku sudah beransur hilang.

Aku terpaksa guna tangan kiri.
Oleh kerana glove peninju tu hanya untuk tangan kanan,
aku menumbuk tanpa memakai glove.

85.
Markah paling rendah pernah aku dapat.
Memang tangan kiri aku kurang hebat.

"Kenapa tak pakai tangan kanan??"
Terdengar suara dari belakang..

Aku berpaling.
Aku terkejut.
Dunia aku berhenti 2 saat.
Suara itu,
ialah L.


L berdiri tegak belakang aku.
Aku berpusing, masih terkejut.

"Awak...
Buat apa kat sini??"
aku bertanya.
"The Mines bukan awak punya..." L balas dengan senyuman.
Aku terdiam, masih terkejut.

"Awak tak jawab lagi,
kenapa tak pakai tangan kanan?"

L berkeras nak tahu jawapannya.

"Saje, tangan kiri lemah, nak latih.." alasan busuk dari aku.
"Bukan ke tangan kanan awak sakit sebab tumbuk tiang elektrik hari tu?"

Sekali lagi, aku terkejut.
Mana dia tahu hal tu??

"Mana awak tahu??"
"Saya nampak, dari dalam kereta, awak tumbuk tiang."
"Saje je, nak test power..."
"Awak bodoh..."
"Saya bodoh??"
"YA!! Awak bodoh!! Tumbuk tiang takkan ubah apa-apa."
"Saya tahu..."

Kami terdiam seketika.
Dalam 5 saat.

"Awak tak jawab lagi, kenapa awak di sini??"
"Hari khamis. Bukan ke kita selalu minum petang bersama hari khamis??"
"..dan awak cari saya sampai ke sini?? ke arked ni??"
"Saya tahu awak kat sini.
Sebab tu saya
panggil awak Encik Boxer.
Jom laa cepat.
Nani dah lama tunggu kat luar tu.."


Aku senyum.
Dia senyum kembali.
Dan itulah senyuman yang ada dalam benak fikiran aku, tentang dia.

"Sekejap, game ni ada sekali lagi.." kata aku.
"OK!! Habiskan.." L tunjukkan tanda OK dengan jarinya.

Tumbukan tangan kiri, 97.
Rekod terbaik tangan kiri aku.
Lalu, kami pun pergi minum petang.

Saat itu,
walaupun dalam hati aku penuh dengan persoalan,
"Kenapa dia tak menidakkan permintaan Padi?
Adakah dia mempertimbangkannya??"
Tapi aku abaikan dulu..
Bak kata Tallahassee dari filem Zombieland
"Enjoy the little things"


------------------------

Kalau sebelum ni kalian yang banyak berkata begini,
tapi kali ni aku sendiri nak kata.
"Macam drama..."
Pertama kali dalam hidup aku,
aku rasa hidup aku macam drama.
Inilah dia, drama bernama KEHIDUPAN.

=============================
32) [
link] Tentang Seseorang 3 [Reprise; the untold stories]
31) [
link] Tentang Seseorang 2 [The Riff]
30) [
link] Tentang Seseorang
29) [
link] ..dan Angka itu Hanya Dalam Hati...
28) [
link] Aku Lelaki yang Tak Pandai Ikut Kata Hati
27) [
link] Now I Know Why...



...lebih dalam
Si Gadis Kasut Converse

Jul 29, 2010

Tentang Seseorang 3 [Reprise; the untold stories]

one-seven-two
I'm sorry...



Ke hadapan pembaca yang disayangi,

Merujuk kepada peristiwa yang sudah aku ceritakan dalam siri bersambungan
Si Gadis Kasut Converse,
tentu ramai yang mempersoalkan
"Kenapa cEro tak luahkan perasaan dari awal,
kalau luahkannya, kan dah selesai segala masalah?"


Sila baca luahan hati seorang lelaki bernama cEro.


Walaupun berstatus bujang dan tidak dalam hubungan,
sehingga kini, terdapat 3 (tiga) hubungan serius yang pernah dijalani cEro.
Dan ketiga-tiganya dilabel 'GAGAL' dalam fail arkib memori cEro.

Yang pertama akibat kurangnya penerimaan.
Walaupun cEro seorang lelaki,
tetapi pasangan cEro meminta agar cEro diubah dari gaya pemakaian,
cara pertuturan, stail rambut, hinggalah ke personaliti.
Dengan kata lain, pasangan cEro berniat mahu ubah keseluruhan tentang cEro,
sedangkan apa yang ada pada cEro adalah dirinya.
Maka, hubungan itu GAGAL.

Yang kedua, akibat perbezaan usia.
Kali ini, pasangan cEro sedikit berusia dari dirinya.
Walaupun cEro tidak mempertikaikannya,
tetapi ianya dianggap satu 'taboo' bagi segelintir masyarakat.
Dengan menganggap perempuan patut mencari pasangan yang lebih berusia dari dia,
cEro ditolak oleh keluarga pasangan tanpa mempertimbangkan tentang kematangan dan kebertanggungjawaban.
Maka, juga, hubungan itu GAGAL.

Yang ketiga, akibat darjat keturunan.
Tahukah kalian, terdapat juga golongan yang pandang pada nama.
Pada mereka, hanya kerana nama mereka 'berketurunan',
maka segala yang bernama selain dari 'keturunan' mereka
dianggap tidak sekufu dan dipandang hina.
Maka, darjat cEro dipersoalkan
dipandang seolah-olah sehelai tisu mengelap punggung.
Natijah, juga, GAGAL.

Sejak dari episod bersiri perit itu,
cEro meletakkan 3 (tiga) kriteria utama dalam mencari pasangan:

  1. Menerima segalanya tentangnya seadanya.

  2. Tiada isu perbezaan usia dan kebertanggungjawaban.

  3. Tiada isu darjat, nama dan kedudukan.


Maka, setiap yang terberkenan di akal
dinilai dari 3 perspektif itu sedalam-dalamnya.






L,
seorang gadis yang menarik hati.
Sehingga sekarang, cEro mengakui dia suka akan L.
Tetapi, tidak pernah dia katakan itu cinta.
Dan semua sedia maklum, 'suka' bukan 'cinta'.
Ianya terlalu berbeza,
seperti susunan atom karbon dalam grafit
dengan susunan atom karbon dalam berlian.

Seperti gadis-gadis lain,
L juga dinilai sedalamnya dalam tiga perspektif di atas:

  1. Setakat ini, L menerima cEro seadanya dengan penerimaan gaya hidupnya yang rendah, bermotosikal, sikap acuh tak acuh cEro, perangai buruk cEro seperti tidak suka personalitinya dipertikai.
    Maka, kriteria pertama
    LULUS.

  2. L lebih muda dari cEro, maka L tidak pernah mempersoalkan kebertanggungjawaban cEro.
    Kriteria kedua LULUS.

  3. Keluarga L dari golongan berada.
    cEro pula dari golongan kebanyakan.
    Perbezaannya bukan sejemput,
    tetapi umpama beza bulu roma dengan cemeti penglibas singa di sarkas.
    Kriteria ketiga
    MASIH DALAM PEMERHATIAN.


Jika kalian kata cEro
FOBIA dengan CINTA kerana pengalaman lampau.
Kalian betul, cEro FOBIA.
cEro beranggapan dia tak mampu lagi tanggung apa jenis kekecewaan dari kegagalan hubungan.
cEro
SERIK.

Jika kalian kata cEro
mengalami
INFERIORITY COMPLEX.
Kalian betul, cEro mengakuinya.
Jangan siapa sangkal wang ringgit tak bermakna dalam cinta.
Kita semua tahu, perbezaan status kewangan, taraf hidup dan beza taraf ekonomi memainkan peranan dalam hubungan.
"Kita tak boleh beri anak bini makan dengan CINTA"
adalah ungkapan yang sangat BETUL.



Itulah sebabnya cEro berkeputusan mahu 'hanya kawan' dengan L.
Sehinggalah dia jadi seseroang yang mampu menjaga diri dan orang kesayangan.
Sehingga saat itu, bagi cEro, tiada perkataan
CINTA.

Kalian mungkin fikir cEro terlalu banyak berfikir.
Tetapi pada cEro, dia takkan bercinta untuk tiada apa-apa.
Dia bercinta untuk kahwin.

Apa yang cEro perlu buat adalah
percaya bahawa JODOH TENTUAN TUHAN
dan takkan berkata CINTA jika dia tak mampu.

Jadi, untuk persoalan
"Kenapa cEro tak luahkan perasaan dari awal,
kalau luahkannya, kan dah selesai segala masalah?"

Jawapannya,
"Luahkan perasaan bukan semudah ungkapan tiga perkataan itu."



=============================
31) [
link] Tentang Seseorang 2 [The Riff]
30) [
link] Tentang Seseorang
29) [
link] ..dan Angka itu Hanya Dalam Hati...
28) [
link] Aku Lelaki yang Tak Pandai Ikut Kata Hati
27) [
link] Now I Know Why...
26) [
link] Kertas, Pen, Penumbuk dan Kenangan
25) [
link] Awak Curi Ayat Saya
24) [
link] Ianya Takdir Nama Kami Sama



...lebih dalam
Si Gadis Kasut Converse

Jul 28, 2010

Tentang Seseorang 2 [The Riff]

seven-in-between-ones
I'm sorry..



Berjalan pada satu,
tanya s’lalu menggangguku
Seseorang, itukah dirimu kasih


Isnin..
Ianya bermula dengan langit yang cerah.
Seolah-olah mengizinkan aku untuk melakukannya.
Oh, aku bukan mahu minta bersama,
cuma mahu memberitahu, sebelum aku keluar dari 'kepompong' itu
aku mahu dia terus bersabar..

L mempelawa untuk minum petang bersama,
dan sudah tentu kawan-kawannya ada..
Nani, Min dan mungkin, Padi seperti biasa.

Aku sampai terlalu awal di tempat pertemuan.
Mereka dari tempat belajar, agak lambat.
Jadi, aku sediakan tempat duduk untuk lima
termasuk aku.

Sejurus kemudian,
nampak kelibat L, Nani dan Min dari jauh.
Oh, tiada Padi, aku agak lega.

L sampai dan bertanya,
"Lama sampai??"
"Selagi takde sarang labah-labah di sini
ianya takkan jadi lama..."
aku menjawab.

Min meminta waiter tolong sambungkan lagi satu meja.
Aku pelik.
"Ada lagi satu kereta nak datang..
Ada kawan-kawan kelas tiba-tiba nak join..."

L terangkan.

Aku mula rasa kurang senang.

Sejurus kemudian, datang sekumpulan lelaki.
5 orang termasuk seorang yang aku kenali.
Padi.

Padi, tinggi dalam 170cm.
Seluar jean yang dia pakai, materialnya nampak mahal.
Tak macam seluar jeans yang aku pakai, koyak di kaki seluar akibat gesel dengan tumit kasut.
Baju T dia pakai jahitannya kemas.
Di tangannya terdapat kunci kereta ber'keychain' H.
Dari pengamatan aku, sama ada Honda City, atau Honda Civic.
Mana-mana pun, agak 'besar' untuk seorang pelajar.
Jawabnya, dia dari keluarga yang 'besar' juga.

Aku mengeluh.
Pertemuan yang sepatutnya aku rasa untuk aku dan L,
jadi kumpulan remaja dengan 4 orang darinya tidak aku kenali.
Dan lebih sedih, aku sahaja yang tiada kaitan di sini.
I felt like an outsider.

Seketika,
sedang kami sibuk minum dan makan apa yang terhidang
Padi minta dirinya didengari..
"Friends, aku ada satu perkara nak beritahu..."

Semua mata tertumpu pada Padi.
"..or I'll say it's a confession..."
Nani pandang aku dengan muka kosong.
Aku dah rasa tak sedap.

"Aku sudah lama perhatikan satu girl ni..
Cantik, menarik, memang penuhi ciri-ciri yang aku suka..
Kali pertama aku pandang dia, aku tak rasa apa-apa..
Tapi hari demi hari, aku dapati dia memang pilihan aku.."


Aku cuba lihat reaksi L yang berada di depan aku.
L kelihatan fokus dengan apa yang Padi cakapkan.
Dia seolah-olah tiada klu itu ialah dia.
Mata aku terus tertumpu pada L.
Tapi telinga aku mendengar Padi.

"..till know, aku cuma pandang je dia.
Tapi, hari ni, aku nak beritahu dia isi hati aku..
Harap-harap dia sudi terima aku..."


"Woi, sape woi??"
"Ko ni suspen laa..."
"Cepat-cepat..."

Kawan-kawan Padi yang tak aku kenali bising mendesak.

Sampai titik ini,
aku masih tak mampu buat apa-apa,
aku hanya pandang L tanpa berkata satu apa.

"..and that girl is YOU.
L****A...
Sudi tak awak jadi girlfriend saya??"


..dan akhirnya aku dengar juga ayat itu.
Mata aku tetap tertumpu pada L.
L kelihatan terkejut dan terkelu.
Nani pandang aku.
Yang lain bersorak sambil pusing pandangan ke L.

Kemudian,
pandangan L berpusing pada aku.
Mata dia, dengan kening yang serong ke bawah membentuk bukit,
tepat renung mata aku.
Walaupun suasana riuh dengan sorakan kawan-kawan Padi,
tapi dunia aku seperti sunyi dengan mata kami bertembung tanpa kata-kata.

"C'mon L, jawab laa.."
"Padi dah habis gentleman dah tu..."
"Say YES!!!"

Kini aku faham fungsi Padi bawak ramai kawan-kawan dia.

L masih pandang aku.
Mata bertentang lama, buat aku sedikit janggal..
Lalu, nak mematikan suasana,
dengan kudrat sedalam lautan,
aku ukirkan sebentuk senyuman.
Walhal, tangan aku di bawah meja kuat menggenggam pelipat seluar.
Aku terlambat.


Pandangan L termati.
Telefon bimbit L berdering.
L jawab dan kemudian letakkannya.
"Guys, I'm sorry..
Pak Harun dah tunggu kat bawah,
I've to go..."


Lalu, L berlalu pergi tanpa pandang ke belakang.
Padi dan kawan-kawannya terdiam.
Nani masih melihat aku.
Aku masih menggenggam erat penumbuk.

"Lek Padi, dia diam je tadi.."
"Orang kata diam tanda setuju.."
"Ko cuba lagi lain masa..."

Kawan Padi masih memberi sokongan.
Aku pandang wajah Padi, dia tersenyum lebar.

"Korang, aku rasa aku pun nak balik laa yek.."
Aku ambil kesempatan atas ketidak-selarasan keadaan.
Lalu, aku pun pergi,
dengan tangan masih digenggam kuat.

Di tempat parking motosikal,
aku berhenti.
Dalam benak fikiran aku,
"Apa patut aku buat lagi???"

Sebatang tiang elektrik menjadi mangsa tumbukan tangan kiri aku.
Aku tumbuk sekuat hati.

Kawan aku semasa sekolah pernah berkata,
"Kalau kau sakit gigi, ko cubit perut ko sekuat hati..
Sakit cubitan tu akan hilangkan sakit gigi ko
sebab aktiviti otak ko dah beralih dari gigi ke perut."


Sehingga tadi,
aku tak percaya kata-kata kawan aku tu.
Namun kini, aku percaya 100%..
..kerana aku tak sakit langsung menumbuk tiang elektrik yang diperbuat dari simen itu...





..kerana aktiviti otak aku tertumpu kepada HATI
HATI AKU SAKIT SANGAT!!








Apa lagi sakit dari melihat orang yang kita sukai
diluahkan perasaan oleh orang lain
dan dia langsung tidak menidakkannya.


=============================
30) [
link] Tentang Seseorang
29) [
link] ..dan Angka itu Hanya Dalam Hati...
28) [
link] Aku Lelaki yang Tak Pandai Ikut Kata Hati
27) [
link] Now I Know Why...
26) [
link] Kertas, Pen, Penumbuk dan Kenangan
25) [
link] Awak Curi Ayat Saya
24) [
link] Ianya Takdir Nama Kami Sama



...lebih dalam
Si Gadis Kasut Converse

Jul 27, 2010

Tentang Seseorang

one-seventy
I'm sorry...


Ini cerita hari Sabtu.
Kali ni juga, kelas pembelajaran menunggang motosikal
antara aku dan L
terpaksa dibatalkan kerana ada kekangan.


Bila petang,
aku terima panggilan dari nombor yang tidak dikenali.

"Hello, siapa ni??"
"Hello, wey..Ni Nani.."
Kenal Nani??
Nani (bukan nama sebenar) kawan satu tempat belajar dengan L.
Menurut L, Nani adalah kawan perempuan paling rapat dengan dia.
Mana pulak minah ni dapat nombor fon aku.

"Aku nak jumpa ko kejap..
Ada hal penting aku nak bagitahu.."

Aku agak bingung, apakah halnya??

Selepas ditentukan masanya,
kami bertemu di sebuah McD di Cheras.

"Aku nak bagitahu ko lagi awal, tapi takde kesempatan plak nak jumpa.."
Nani nampak sangat serius, sedangkan aku sedap menyedut air Iced Milo aku.

"Ko kenal Padi?"
Padi (bukan nama sebenar) juga kawan satu tempat belajar L.
Kebetulan Padi, Nani dan seorang lagi bernama Min dikatakan kawan diskusi L.
Jadi, hubungan mereka memang rapat.
Sila rujuk entri #
148 untuk lebih lanjut.

"Yup, aku kenal dia..Aku cam muka dia..
Kenapa?"

"Hari selasa lepas, Padi datang kat aku tanya pasal ko.."
"Kenapa tanya aku?? Dia gay ke??"
"Bukan, dia tanya kalo-kalo ko tu balak L.."
"Oh?? Ko jawab apa??"
"Aku jawab BUKAN laa..Sebab korang kata memang BUKAN.."

Dalam hati aku, aku tahu perbualan ini akan menjurus kepada satu keadaan yang bakal buat aku tak senang duduk. Sh*t.

"Kau dengar baik-baik...
Padi bercadang nak confess kat L yang dia suka L..
Dan dia akan buat dalam masa terdekat ni.."

"Oh??..." aku respon ringkas...

"Aku nak bagitahu ko..
Bapak Padi bukan orang sebarangan..
Bapak dia kenal bapak L..
Aku dengar diorang rapat..."

Aku terus mendiamkan diri.

"L tahu hal ni??" aku bertanya..
"Tak!!" jawab Nani..
"Kenapa ko tak bagitahu L??"
"Padi suruh aku janji jangan bagitahu L dulu..."
"Tapi kenapa ko bagitahu aku??"

Nani tenung aku dalam-dalam..

"Aku nak kata ko bodoh, tapi aku tau ko pandai..
Aku harap ko boleh buat sesuatu sebelum terlambat.."



BUAT SESUATU SEBELUM TERLAMBAT.
Penyataan yang sangat mudah diucap,
namun susah dilaksana..

Aku balik rumah dan berfikir dalam.
Apa perlu aku buat??
Seorang gadis yang menarik minat aku
bakal di'confess' oleh kawannya.

-------------------------

Itu cerita hari Sabtu.
Aku penat berfikir..
Pada hari Isnin, aku dah dapat fikirkan apa yang patut aku lakukan..

Namun, hari Isnin itu....












..sudah terlambat untuk aku.
Terngiang lagu Tentang Seseorang...









Esok aku ceritakan peristiwa hari Isnin.


=============================
29) [
link] ..dan Angka itu Hanya Dalam Hati...
28) [
link] Aku Lelaki yang Tak Pandai Ikut Kata Hati
27) [
link] Now I Know Why...
26) [
link] Kertas, Pen, Penumbuk dan Kenangan
25) [
link] Awak Curi Ayat Saya
24) [
link] Ianya Takdir Nama Kami Sama



...lebih dalam
Si Gadis Kasut Converse

Jul 26, 2010

Hikayat Cemburu: Requiem

one-less-one-seventy
I'm sorry...



Semalam..
Aku berjumpa M di sebuah restoran mamak.

Ini adalah kesinambungan dari kes cemburu dialami M dalam entri Hikayat Cemburu.
Sila klik di sini.

Bagi yang malas nak klik link di atas. Ini sinopsisnya.
(Sila baca dengan satu nafas, kalau mampu..)
Hikayat Cemburu adalah cerita benar kisah M di mana kekasih hatinya S begitu rapat dengan kawan baik M, A sehingga menimbulkan perasaan cemburu sedangkan kononnya S kata dia rapat dengan A kerana M menggesa bahawa S perlu rapat dengan kawan M bagi mengenali diri M lebih mendalam padahal A pernah dahulu meluahkan perasaannya terhadap S namun ditolak S tetapi kini mereka lebih intim dari M dan menurut M jika ianya berterusan, hubungan M dan S bakal punah dan S dan A bakal bersama di atas kesengsaraan orang lain iaitu M lalu M buntu kerana dia tersepit sama ada mahu tegur kawan demi kekasih atau tegur kekasih dan berisiko kehilangannya dan akhirnya kebuntuan M menjurus kepada dia bertindak meminta pendapat aku sebagai orang luar.

Itulah sinopsis.
Kalo aku jadi korang, aku klik link tu dan baca entri sebelum ni daripada baca sinopsis beratus perkataan tanpa titik tu..


Di tempat perjumpaan,
Aku mulakan bicara
"Aku dah mintak pendapat pakar tentang masalah ko bagitahu haritu.."
(pakar merujuk kepada kalian semua, my dearest readers)
"Pakar?? Fuyooo..." M beri respon.
"Macam ni, ini masalah korang bertiga (M, S dan A). Nak taknak, ko kena bersemuka dengan dua lagi pemain permainan ni sebab diorang je tahu apa yang diorang fikirkan."

M mendengar dengan penuh teliti.

"Pendapat pakar berkata,
kalo sebelum ni ko try bercakap dengan S dan dia asyik salahkan ko balik,
ko try plak bercakap dengan A.
Beritahu dia yang ko tak berapa selesa dengan dia terlalu rapat dengan S.
Kalo dia betul-betul anggap ko kawan,
dia akan pandai-pandai jarakkan diri."


"Bunyi macam bernas pada aku..." jawab M.
"Pendapat pakar-pakar aku sangat bernas"
(Aku puji korang, sila kembang!!)
"Diorang kata juga, ko patut slowtalk dengan S jugak.
Biar dia faham kenapa ko patut cemburu.
Mungkin dia terlalu naif sampaikan tak dapat beza cemburu buta dengan cemburu bertempat."


"Hm...Itu pendapat pakar-pakar ko..
Apa pulak pendapat ko, aku nak dengar..."
M kelihatan tenang.

Demmit, dia nak tanya pendapat aku pulak??
"Macam pernah aku bagitahu..
Ko boleh mintak pendapat aku tentang apa jugak masalah chenta ko.
Daripada apa hadiah besday patut ko bagi,
sampaikan ke cara nak tinggalkan kekasih ko dalam masa 2 minit perbualan telefon tanpa menimbulkan kesan berpanjangan dalam kehidupan ko..."

M kerut kepala..
Aku sambung...
"Tapi bab cemburu, aku kalah.
Sebab aku pernah menjadi mangsa cemburu aku sendiri.
So, semua pendapat aku tentang cemburu SANGAT TAK BOLEH PAKAI.."


"Takpe, aku nak dengar gak pendapat ko.."
"OK OK..
Biar aku beritahu ko.
Dalam hubungan, jika pernah terdetik dalam hati ko berkata
'hubungan ni takkan lama..'
Itu menandakan kesetiaan ko makin goyah.
Dan cemburu adalah trigger kepada perasaan itu..
Memang cemburu tanda sayang.
Tapi cemburu adalah tanda sayang jika selepas ko suarakan ko cemburu,
pasangan ko bertindak meredakan keadaan,
bukan menabur garam ke luka..
Dapat tangkap???"


"Aku dapat tangkap..."
"So, ko terang-terangan beritahu dia yang ko cemburu dia rapat dengan A.
Tapi dia tetap menegakkan perbuatan dia sebagai BENAR.
Dan tak meredakan keadaan..
So, for a girl like that,
dumb her before she decides to dumb you, my dear friend.
And dumb her in a way that she will never forget what she has done to you."


M tercengang dengan pendapat aku.
Aku pun terlebih cakap pulak.

Beberapa baris perbualan kemudian,
M minta diri mahu pulang..
Tapi, sebelum dia melangkah pergi dari aku,
dia pegang bahu aku dan berkata,
"Semalam..Semalam aku dah tinggalkan S...
Aku decided dia tak gembira dengan aku..
So, aku lepaskan dia dengan senyuman gar dia sentiasa ingat apa yang dia dah buat kat aku..
Sangat sama dengan apa yang beritahu aku tadi..
Thanks, my friend.."

M berlalu...

Aku tercengang sendiri..
"He's THE MAN..."

Jul 23, 2010

Hikayat Cemburu

one-six-eight
I'm sorry..



Sila baca cerita di bawah dan beri komen dengan sejujur mungkin.


Seorang lelaki bernama A sukakan seorang perempuan bernama S.
Satu hari A luahkan perasaan terhadap S.
Malangnya S menolak cinta dia, A pasrah.

S kemudian baik dengan M yang merupakan kawan kepada A.
Lama-kelamaan S dan M semakin rapat dan akhirnya mereka couple.

M tahu tentang A yang pernah luahkan perasaan terhadap S.
Namun, persahabatan M dan A masih elok dan utuh.

Dengan alasan couple,
M mahu berkenalan dengan kawan-kawan S,
dan juga sebaliknya, mahu S mengenali kawan-kawannya.


Satu hari, M nampak S kekasihnya berdua dengan A.
Cemburu menguasai diri kerana sejarah bahawa A pernah luahkan perasaan terhadap S.
Namun S berkata,
"Bukankah awak yang suruh saya lebih mengenali kawan awak dengan lebih rapat?"
Demikian, M dapati ianya logik dan lepaskan begitu sahaja.

Namun hari demi hari,
dalam pandangan M, S dan A makin rapat.
Jika A terserempak M bersama S, pasti A akan tegur S dahulu sebelum M.
Jika ada tempat duduk kosong di sebelah M dan S,
A akan pilih tempat duduk sebelah S berbanding M.
Ketika S berbual dengan A, dia akan gelak ketawa
tetapi bila S bersama M, dia tak gelak ketawa seperti bersama A.

Pada M, A sengaja ambil kesempatan mahu mencuri hati S.
Dan pada M juga, jika hal ini berterusan, S mungkin akan menyukai A.
Maka, M meminta S agar tidak terlalu rapat dengan A.

"Apa masalah awak?? Bukankah awak yang cadangkan dahulu yang saya patut rapat dengan kawan-kawan awak?? Sekarang awak nak jealous??"
M dan S bergaduh besar.

Lalu, M dapati dari kawan yang lain,
sejurus selepas mereka bergaduh besar,
S menelefon A untuk meluahkan rasa kecewanya terhadap M.
M kecewa, marah dan serba salah.

M tak mahu bertelagah dengan A
kerana padanya A adalah kawan baiknya.
Namun dalam masa yang sama, kalau dia tak lakukan apa-apa
hubungan M mungkin berakhir dengan keputusan S bersama A.


Dan, M berjumpa aku.
Dia bertanyakan pendapat aku.

Aku tak mampu beri apa-apa cadangan
sebab pandangan aku terhadap perasaan cemburu
sangatlah tak boleh pakai sebab itu kelemahan aku.

So, soalannya:

  1. Apa patut M lakukan?
    Sound A?
    Sound S?
    Sound dua-dua?

  2. Jika perlu cari siapa salah, SIAPA SALAH?

  3. Apa sebenarnya cemburu??
    Cemburu tanda sayang??
    Cemburu memakan diri??

Tolong aku bantu kawan aku sorang ni..
Dah macam zombie dah aku tengok dia...

p/s:
A, S dan M dalam cerita di atas TIDAK ADA KENA-MENGENA dengan mana-mana orang yang pernah aku sebutkan dalam blog ini.


Jul 22, 2010

Raikan Chenta

one-six-seven
I'm sorry..




Sekarang keluarga aku sedang meraikan chenta..

Mak dan Abah aku,
bila naik petang je, mesti tak ada kat rumah..
Diorang berdua keluar berdua
kadang-kadang ke shopping mall
kadang-kadang ke taman tasik..
Pergh!!!
Dah tua pun nak dating-dating lagi..
Bagus!!

Abang aku,
walaupun dia ni jenis yang senyap je,
tapi aku tahu dia tengah seronok berchenta..
Bila pukul 10 malam je, sama ada dia keluar dari rumah
atau berkurung dalam bilik
pergi bergayut dalam henset dengan kekasih hati..
Dan baru-baru ni,
dia dapat hadiah bantal teddy bear..
Aku nampak kat katil dia,
ALAHAI...Chomelll....!!!!

Adik aku yang belajar kat Melaka,
aku pun tahu dia tengah hangat berchenta..
Alaaa, tak payah dia bagitahu..
Aku baca status Facebook dia pun aku dah tahu dah..
Ayat tak mau laa jiwang-jiwang gila..
Hari tu kononnya dia berselisih faham sikit dengan couple dia..
Mintak maaf melalui status Facebook..
Adui laaa...
Senak perut aku ketawa...

Adik bongsu aku pun sama je..
Dia ada blog,
aku tak follow laa dia sebab dia tak tahu aku ada blog jugak..
So, aku baca blog dia
geli perut eden..
Jiwang karat jugak dia tu ek...
Muka taknak ganas,
last-last lembut dek penangan chenta...
Aduilaaa...

Habis seisi keluarga dilamun chenta..
Eh, jap...
Aku tak kot..
Aku takde laa letak status jiwang dalam FB..
Aku takde laa bergayut telefon pukul 10 malam..
Tapi aku ada jugak laa cite jiwang sikit dalam blog..
Tapi itu just luahan yang ada hati je
Tak tahap berchenta pon...
HAHAHAHA....


Marilah kita meraikan CHENTA!!!!!

p/s:
Cinta tak semestinya untuk kekasih,
boleh juga untuk kawan, sahabat, kenalan
dan yang penting
cinta kepada Tuhan dan Rasul-Nya

Jul 21, 2010

..dan Angka itu Hanya Dalam Hati...

one-six-six
I'm sorry...



Cerita hari sabtu.

Di McD, The Mines.
"OOoooo, camtu rupanya..."
L bersuara setelah penat aku fahamkan dia tentang movie '
Inception' yang baru kami tonton tadi.

"Orang ajak tengok cerita lain taknak..
Nak jugak tengok Inception..."
aku perli, hehehe..
"..sebab citer tu ada Leonardo DiCaprio, saya suka dia.."
"Sebab dia hensem??"
"HAHA, antara sebab laa..."

Pagi tadi aku ada ajar dia tunggang motosikal,
sekarang petang, dia ajak aku tengok wayang sama-sama.
Mula-mula rancang nak pergi dengan Abang W,
tapi Abang W ada hal last minute..
Tinggallah kami berdua...

Alang-alang dah keluar topik 'hensem' ni,
aku try tanya L..
"Awak, tanya sikit..
Macammana perempuan classify hensem ek??"


L pandang aku dengan muka pelik.
Aku ada salah cakap ke??

"Kalau awak pusing kepala tengok dekat escalator tu,
ada lelaki pakai jaket hitam,
itu hensem.."

Aku pusing..
Aku pandang, aku angguk...
"Memang hensem..."

"Tapi kalau awak nak tau,
perempuan tak jatuh cinta sebabkan ke'hensem'an..
Tapi tak dinafikan kalo nampak lelaki hensem,
perempuan akan pandang..."

Aku mengangguk...

"Sebagai contoh, awak tengok pasangan yang tengah berbaris dekat kaunter tu.."
sambil L memberi isyarat mata ke kaunter.

"Yang lelaki tu takde laa hensem pon,
badan berisi, nampak macam nerd pon ada..
Tapi yang perempuan tu still couple dengan dia, kan??"

Ya, aku nampak mereka berpegang tangan erat sambil memilih menu di kaunter.

"Pada perempuan, awak hanya perlu ada nilai tambah
yang membezakan awak dengan lelaki lain...
Mungkin lelaki tu pandai berkata-kata,
atau dia baik orangnya,
atau dia kaya,
atau dia peramah dengan orang tua.."



Dua perkara aku kagum pada waktu itu:
Pertama,
aku tak pernah pandang perempuan sebagaimana yang diperkatakan L.
Selama ni aku fikirkan perempuan pandang rupa luaran sebagai sandaran.
Dari mata jatuh ke hati, lepas pandang luaran baru pandang dalaman.
Namun, sekarang pandangan aku memang telah berubah.


Kedua,
L memang bukan sebarangan.
Dia ambil perhatian setiap orang di sekeliling dia
macammana dia perhatikan dua contoh yang dia beri.
Aku sendiri, kalau tak menarik hati,
aku takkan perhatikan apa di sekeliling..
Tapi L seolah-olah 'human radar',
sentiasa perasan kewujudan orang lain di sekitarnya.

"For you yourself, awak pon ada jugak nilai tambah.."
kata L tiba-tiba..
"Apa dia??"
"Kalau awak sedar, bila awak senyum atau ketawa,
akan ada sejalur lesung pipit kecil kat pipi awak..
Tapi bila awak buat muka biasa, lesung pipit tu tak nampak..
Itu boleh jadi nilai tambah, kalau awak nak tau..
Saya sendiri pun suka tengok..."

Aku tergamam...
Untuk seseorang perasan akan lesung pipit kecil di muka aku
perlukan pengamatan yang teliti..
Bukan senang nak nampak,
ahli keluarga aku pun perlukan berpuluh tahun untuk perasan hal itu..

Sekali lagi,
L sangat mengkagumkan aku...
Dia lain..
Dia sangat menarik minat aku..

Aku sendiri pun tak sedar ini kali ke berapa.
Mungkin dah tak mampu aku kira dengan jari.
Ataupun dah habis angka dari kalkulator 12digit.
Ataupun sama nilai dengan jumlah bintang di angkasaraya.
Tapi yang aku pasti,
angka-angka itu bertambah satu sekarang..
Dan angka-angka itu merujuk kepada
kali keberapa aku sudah jatuh hati kepada gadis seorang ni.
Dan angka itu, hanya dalam hati..


=============================
28) [
link] Aku Lelaki yang Tak Pandai Ikut Kata Hati
27) [
link] Now I Know Why...
26) [
link] Kertas, Pen, Penumbuk dan Kenangan
25) [
link] Awak Curi Ayat Saya
24) [
link] Ianya Takdir Nama Kami Sama
23) [
link] Umpama Enggang dan Burung Pipit



...lebih dalam
Si Gadis Kasut Converse

Jul 20, 2010

Mimpi Bukan Mainan Tidur

one-six-five
I'm sorry...



Sabtu lalu aku tengok wayang cerita Inception.
Lakonan Leonardo DiCaprio, memang mantap..
Sebab kebelakangan ni DiCaprio banyak berlakon cerita yang berat,
macam Shutter Island dan ntah ape ntah tajuk cite yang curi berlian tu,
jadi minda aku dah bersedia untuk cerita Inception ni..

Ya, ceritanya berat, tentang kawalan mimpi..
Masa aku melangkah keluar dari panggung,
teman yang tonton wayang bersama aku berkata,
"Awak, tak paham laa cerita ni..."

-----------------------------------

Bercerita tentang mimpi,
sebelum ni, aku hanya anggap mimpi sebagai mainan tidur..
Aku pernah baca (ntah kat mana),
semasa kita tidur, otak kita menyusun data dalam bentuk memori.
Macam komputer buat defragmentation..
So, mimpi hanyalah serpihan memori yang sedang disusun.
Sebab tu kebanyakan mimpi selalu tak logik..


Itu apa yang aku pernah percaya..
Segalanya berubah selepas aku alami satu mimpi pelik..
Ini mimpinya......

Aku dan dua orang lain sedang berbual-bual.
Duduk di sebuah meja bulat,
berbual kosong tentang kehidupan..
Sedang tiba-tiba,
seorang dari kami keluarkan pistol dari jaket
dan tembak kawan aku seorang lagi..
Dan kemudian,
aku dan si penembak tu entah macamana berada di dalam lif,
sedang bertumbuk.
Akhirnya, si penembak tu jatuh ke tanah dan pecahkan satu pasu..

Mimpi habis..
Aku terjaga..

Hm, mesti ramai fikir
apa yang pelik???
Biasa laa mimpi selalunya tak logik,
sekejap kat sini, sekejap kat tempat lain...
Tapi,
biar kau keluarkan 3 perkara pelik dalam mimpi tu:

  1. Diri aku bukan yang melihat, tetapi aku adalah si penembak.
    Maknanya, aku melihat aku dalam mimpi sendiri,
    seolah-olah aku berada dalam badan orang lain.
    Kalau mimpi adalah serpihan memori,
    aku takkan dapat melihat diri sendiri bergerak sana-sini, kan???

  2. Sepanjang mimpi yang pendek tu,
    kami bertiga bertutur dalam English..
    Aku mengaku, English aku tak hebat mana sampai ke tahap nak speaking in real life.
    Tapi, mimpi bercakap English penuh memang pelik.
    Malah, selepas aku bangun dari tidur, aku terus grab kamus
    dan cari maksud perkataan yang aku tuturkan.
    Aku ingat lagi, perkataannya
    'unmitigated'.
    How in this world aku boleh mimpikan perkataan English yang aku sendiri tak faham maksudnya??

  3. Kebanyakan mimpi aku sebelum ni, aku tak mampu nak ingat secara menyeluruh.
    Tapi mimpi kali ni amat jelas, sampai aku boleh recall apa topik perbualan kami dan bentuk rupa pistol yang diacukan.


Demmit..
Sejak dari mimpi tu,
aku percaya mimpi bukan sekadar mainan tidur.
Ianya kadang-kadang lebih dari itu
dan mungkin akal manusia takkan mampu menyingkap misterinya..

Dan sejak mimpi tu,
aku tak lagi ingat aku mimpi..
Kadang-kadang bila aku bangun tidur,
aku tahu tadi aku bermimpikan sesuatu,
tapi tak ada satu perkara pun tentang mimpi tu aku mampu imbas kembali..

----------------------------

"Awak, tak paham laa cerita ni..."
Aku ajak dia duduk di mcD,
dan aku bercerita dari awal sampai habis tentang cerita Inception.
Aku cukup kagum dengan jalan ceritanya.
Cinematografi, latar bunyi,
watak, perkembangan plot dan perkembangan karektor.
All of them, SUPERB...

Kalau nak ajak aku tengok sekali lagi,
aku sanggup..
Bagi yang tak gemar cerita heavy camnie,
aku suggest JANGAN TENGOK
sebab kalian akan bosan,
sebab ini bukan TOY STORY 3!

Jul 16, 2010

Adakah Aku Hensem??

one-six-four
I'm sorry...




OK!!
Sebelum kalian baca lebih lanjut
aku nak beritahu yang ini hanya suka-suka
bukan sebab aku perasan aku tak tahu malu
OK? Set that in mind, bebeh...


Aku google image perkataan Handsome, kuar result budak ni...CHOMELLL KAN???


Adakah aku hensem??
Pernah tak kalian berdiri depan cermin
dan tanyakan diri soalan tu??
(obviously kalau korang perempuan, soalan akan jadi 'Adakah aku cantik?')

Soalan itu muncul dalam diri aku baru-baru ni je..
Sebelum ni tak pernah pun..
Aku tak pernah amik port pon sama ada hensem ke tidak..
So, kali ni
aku perlukan jawapan..

Bermula dengan bertanyakan adik aku,
(
A untuk Adik, C untuk aku)

C : Alang hensem tak??
(Adik aku pandang aku, dan dua saat kemudian terus pandang TV balik mengendahkan aku..)
C : Oit!! Orang tanya ni!! Alang hensem tak??
A : TAK!!

Oleh sebab aku banyak buat kacau dengan dia, jadi aku rasa dia takkan bagi jawapan yang jujur.
Jadi, aku pergi tanya Mak aku..
(
M untuk Mak, C untuk aku)

C : Emak, alang hensem tak??
M : Mestilah anak mak hensem
(Mak aku jawab dalam masa 0.2 saat..sangat pantas..)

Oleh sebab mak aku adalah mak aku,
dia takkan nak kata anak dia tak hensem kan??
Mesti dialah beritahu aku hensem sedangkan mungkin aku tak..
Sebab aku tak dapat bayangkan mak aku sendiri cakap aku tak hensem.
So, jawapan dia meragukan,
lalu aku ambil keputusan tanya orang yang tak ada talian darah dengan aku.
Ms cuAtro merangkap kawan merangkap jiran aku.
Aku call dia dari rumah.
(
Cu untuk Ms cuAtro, C untuk aku)

C : Wey, aku ni hensem tak??
Cu: Eh??
C : Jawab laa, aku ni hemsem tak??
Tuuut...Tuuut...Tuut...

Ms cuAtro matikan panggilan..
Adus!!
Soalan senang pun susah nak jawab ke??
Oleh sebab dia kawan aku merangkap jiran aku,
jadi mungkin dia nak jaga hati aku..
Jadi ambil keputusan tak nak jawab..


Orang yang paling sesuai jawab soalan aku adalah orang luar yang tak kenal aku langsung.
Jadi, aku rembat moto aku, dan keluar..

Cik Misnah, cashier 7Eleven kat kawasan rumah aku.
(
Ms untuk Cik Misnah, C untuk aku)

C : Hai cik, tanya sikit..
(sambil bayar duit aiskrim..)
Ms: Yaa??
C : Saya ni hensem tak??
(Suasana terdiam seketika..)
Ms: Saya patut jawab apa??
C : Jawab laa sejujur hati..
Ms: Saya tak nak jawab laa..

Akhirnya, aku tak dapat jawapan..
Aku blah dari 7Eleven dan lepak tepi taman mainan kanak-kanak makan aiskrim.
Aku nampak seorang budak perempuan dalam umur 8-10 tahun.
(
Bp untuk Budak Perempuan, C untuk aku)

C : Dik, tanya sikit..
Bp: Kenapa??
C : Abang ni hensem tak??
Budak tu pandang aku terkejut..Lalu berpusing dan berlari ke arah rumah dia.
Bp: MAAAKKK!!! TOLONG!!!

Alamak!!
Dia pikir aku ni jahat ke??
Pedofilia?? Adus!!!
Aku pun blah dari situ dengan Elisaku.

Aku pergi stesyen minyak Shell nak isi minyak moto..
Masa bayar kat kaunter, aku tanya kat cashier dia (perempuan).
(
Ca untuk Cik Cashier, C untuk aku)

C : Tanya sikit..Saya hensem tak??
Ca: Encik, sila ke tepi, ada pelanggan lagi di belakang..

Perghh!!!!
Dia pikir aku nak ayat dia ke hape??
Nak jawab pun susah ke??
Aku blah dengan perasaan marah..

Last-last,
aku balik rumah.

Adik aku terpa ke arah aku..

A : Alang yang HENSEM..
C : Apsal nih??
A : Hantar orang ke pekan jap, ada nak beli barang laa..
C : Oooo, bila nak mintak tolong baru panggil HENSEM kan??




p/s:
Bagi yang berjiwa kudus, 'hensem' adalah 'handsome'
bererti kacak dan tampan.
Ada ke orang kudus yang tak tahu apa tu hensem??


Soalan:
Adakah anda hensem??

Sila jangan jawab sebab ak tahu aku tak hensem..


Jul 15, 2010

Trek Kedua OST Kehidupan Aku 2009

163
sorry..



Frankly, hari ni gwa takde idea nak cerita apa..
Oleh itu, gwa nak kongsi satu rahsia
melalui sebuah lagu..





Biar Mati Cinta Ini
oleh
Maximus

Sepinya waktu
T’lah nyata ku bina
Yang ku persiakan
Berakhir lalu di tanganmu

Hasratku yang tersimpan
Dalam hati yang terpadam
Akan ku perjuang kan sepi ini.. hooo..

Terungkai sudah ku rasa
Apa yang telah tercipta
Akan ku hembus akan ku helah nafas cinta
Biar mati di sini


--------------------------


Lagu ini terkandung dalam track kedua
OST kehidupan aku tahun 2009..

Pada aku, walaupun bait lirik lagu ni yang ringkas
namun ibarat hujan yang tepat menimpa badan..
Ia menyuarakan keadaan aku yang (pada ketika dulu)
pernah sakit dengan permainan perasaan
sehinggakan sampai satu masa aku rasa
diri dah kosong, hanya bekas tanpa jiwa..

Namun, kini lagu ini mengingatkan aku
bahawa walau betapa perit bahana cinta
akhirnya ianya sesuatu yang perlu ada
dalam hati setiap insan bergelar manusia..

Siapa yang tak percaya cinta?
Sila beritahu aku,
akan aku kuliahkan dia sampai dia rasa
cinta itu perlu..

========================
Sejak 2008
setiap tahun aku berakhir, aku akan compilekan beberapa lagu yang pada aku akan membuatkan otak aku berfikirkan kenangan sama ada pahit atau manis, dalam sebuah CD dan aku jadikan dia OST Kehidupan Aku untuk tahun itu..
Akan datang, mungkin banyak lagi lagu yang bakal aku kongsi bersama kalian.
OST Kehidupan..


Jul 14, 2010

Aku Lelaki yang Tak Pandai Ikut Kata Hati

one-six-two
I'm sorry...



Miss Comot semangat nak baca tentang cerita hari Sabtu...
Apa ada hari sabtu??
Hari di mana aku keluar mengajar seorang gadis menunggang motosikal..
Hehehe...


Hari sabtu lalu..

Pagi jam 0800,
sedang aku berdiri si hadapan cermin almari,
di tangan kiri ada sikat,
maklumlah, nak pergi jumpa perempuan,
paling kurang biarlah rambut kemas sikit..

Henset berdering lagu 'Chantek'
ringtone khusus untuk L...
Aku slide butang answer.

(Perbualan telefon:
C ialah aku, L ialah L)

L : Hello, awak...Kat mana??
C : Kat umah lagi, tengah bersiap...kenapa?
L : Sorry laa, hari ni saya ada hal.. Abah ajak ikut dia main golf..

Dalam hati aku berkata,
"Pergh!!! Golf!! Mainan orang poket tebal.."

C : Maknanya tak yah datang laa ni??
L : Hmm, lebih kurang laa...
C : Oh! It's OK!!
L : ...unless awak nak join skali..saya bagitahu Abah nak??
C : Hahaha, sila jangan..Saya sangat tak reti golf..
L : Alaa, Abah boleh ajar, saya boleh ajar...
C : Hahaha, tak mahu...Biarlah tu masa antara awak dan Abah..Saya orang luar tak mahu masuk campur..Hehehe
L : Hmm...OK laa kalau gitu..Sorry yaa..
C : Tak apa..Enjoy tau..
L : Baik, Encik Boxer..

Encik Boxer dia panggil aku..
Adakah sebab dia pernah nampak boxer aku terkeluar getahnya dari seluar??
Atau hanya panggilan semata-mata??

Panggilan tamat..
Aku campak sikat ke tepi..
Aku bukak baju yang siap dipakai..
Aku terjun atas tilam baru aku..
Aku sambung tidur..HAHAHAHA

Itulah cerita Sabtu..
Sekian..

--------------------------


















Hari Selasa..

Aku terima mesej dari L..




Kemudian, kami berjumpa di tempat yang dijanjikan..

"Awak sihat??" dia bertanya ketika dia sampai di meja tempat aku menunggu.
"As strong as a human should be..hehehe" aku jawab..
"Duduklah, order minum.."

Setelah selesai order, L tiba-tiba menongkat dagu di atas meja dan tenung aku dengan senyuman di bibir..
Aku terkelu sekejap..
Apakah yang dia cuba nak buat??
Nak goda aku ke??
Tolonglah JANGAN..
Sebab comfirm aku akan TERGODA...

"Boleh saya tanya sesuatu??" L bersuara..
"Silakan..Jangan tanya soalan susah yek..Takut tak boleh jawab.."
"Hmmmm....." panjang betul 'hmmm' dia...

"Saya perasan, awak jarang bertanya khabar saya bila mula jumpa.."
Aku tersentak dengar soalan L..
"Maksud awak??"
"Takde laa, macam tadi, saya yang tanya awak sihat ke tidak, awak tak tanya pun saya balik..." senyuman masih di bibir L.

Aku terdiam seketika memikirkan jawapan.
Dia pun sedar aku sedang memikirkan jawapan.

"Pada saya, jika awak mampu ke sini dan bertemu dengan saya, dah tentu awak sihat..Sebab kalau awak sakit, awak takkan keluar rumah..Lagipun, kalau saya tanya awak sihat atau tidak, seolah-olah saya dah tahu dah jawapan awak mesti 'sihat'..Kan??"

Jawapan aku kurang memberangsangkan..
Tapi L tetap tersenyum..

Kami kemudian berbual tentang hal lain..
Golf..Abah...Pelajaran...Makan..Makan..Makan..

Baiklah..
Biar aku jelaskan satu..
Jawapan aku untuk soalan L tu hanyalah mainan di bibir..
Sebenarnya hati kecil aku berkata,
"Wajah awak umpama matahari yang menyinar...
Andai kata ada awan menghalang, manusia akan rasa mendungnya.
Andai awan hujan menerpa, basahlah manusia.
Andai terik sinar suria, hangatlah mereka.
Pada saya, sekali pandang wajah awak saya sudah tahu
awak sihat atau tidak..
Dan setakat ini, apa yang saya nampak hanyalah sinar yang terang.
Jika sekali mendung tiba di wajah awak,
Sudah tentu, saya akan bertanyakannya..."



Aku memang lelaki yang tak pandai ikut kata hati.


=============================
27) [
link] Now I Know Why...
26) [
link] Kertas, Pen, Penumbuk dan Kenangan
25) [
link] Awak Curi Ayat Saya
24) [
link] Ianya Takdir Nama Kami Sama
23) [
link] Umpama Enggang dan Burung Pipit
22) [
link] 'One-Four-Three'



...lebih dalam
Si Gadis Kasut Converse