Jul 27, 2010

Tentang Seseorang

one-seventy
I'm sorry...


Ini cerita hari Sabtu.
Kali ni juga, kelas pembelajaran menunggang motosikal
antara aku dan L
terpaksa dibatalkan kerana ada kekangan.


Bila petang,
aku terima panggilan dari nombor yang tidak dikenali.

"Hello, siapa ni??"
"Hello, wey..Ni Nani.."
Kenal Nani??
Nani (bukan nama sebenar) kawan satu tempat belajar dengan L.
Menurut L, Nani adalah kawan perempuan paling rapat dengan dia.
Mana pulak minah ni dapat nombor fon aku.

"Aku nak jumpa ko kejap..
Ada hal penting aku nak bagitahu.."

Aku agak bingung, apakah halnya??

Selepas ditentukan masanya,
kami bertemu di sebuah McD di Cheras.

"Aku nak bagitahu ko lagi awal, tapi takde kesempatan plak nak jumpa.."
Nani nampak sangat serius, sedangkan aku sedap menyedut air Iced Milo aku.

"Ko kenal Padi?"
Padi (bukan nama sebenar) juga kawan satu tempat belajar L.
Kebetulan Padi, Nani dan seorang lagi bernama Min dikatakan kawan diskusi L.
Jadi, hubungan mereka memang rapat.
Sila rujuk entri #
148 untuk lebih lanjut.

"Yup, aku kenal dia..Aku cam muka dia..
Kenapa?"

"Hari selasa lepas, Padi datang kat aku tanya pasal ko.."
"Kenapa tanya aku?? Dia gay ke??"
"Bukan, dia tanya kalo-kalo ko tu balak L.."
"Oh?? Ko jawab apa??"
"Aku jawab BUKAN laa..Sebab korang kata memang BUKAN.."

Dalam hati aku, aku tahu perbualan ini akan menjurus kepada satu keadaan yang bakal buat aku tak senang duduk. Sh*t.

"Kau dengar baik-baik...
Padi bercadang nak confess kat L yang dia suka L..
Dan dia akan buat dalam masa terdekat ni.."

"Oh??..." aku respon ringkas...

"Aku nak bagitahu ko..
Bapak Padi bukan orang sebarangan..
Bapak dia kenal bapak L..
Aku dengar diorang rapat..."

Aku terus mendiamkan diri.

"L tahu hal ni??" aku bertanya..
"Tak!!" jawab Nani..
"Kenapa ko tak bagitahu L??"
"Padi suruh aku janji jangan bagitahu L dulu..."
"Tapi kenapa ko bagitahu aku??"

Nani tenung aku dalam-dalam..

"Aku nak kata ko bodoh, tapi aku tau ko pandai..
Aku harap ko boleh buat sesuatu sebelum terlambat.."



BUAT SESUATU SEBELUM TERLAMBAT.
Penyataan yang sangat mudah diucap,
namun susah dilaksana..

Aku balik rumah dan berfikir dalam.
Apa perlu aku buat??
Seorang gadis yang menarik minat aku
bakal di'confess' oleh kawannya.

-------------------------

Itu cerita hari Sabtu.
Aku penat berfikir..
Pada hari Isnin, aku dah dapat fikirkan apa yang patut aku lakukan..

Namun, hari Isnin itu....












..sudah terlambat untuk aku.
Terngiang lagu Tentang Seseorang...









Esok aku ceritakan peristiwa hari Isnin.


=============================
29) [
link] ..dan Angka itu Hanya Dalam Hati...
28) [
link] Aku Lelaki yang Tak Pandai Ikut Kata Hati
27) [
link] Now I Know Why...
26) [
link] Kertas, Pen, Penumbuk dan Kenangan
25) [
link] Awak Curi Ayat Saya
24) [
link] Ianya Takdir Nama Kami Sama



...lebih dalam
Si Gadis Kasut Converse

16 comments:

  1. tetiba aku rasa nak nangis je baca entry ni

    boleh cepatkan citer ari isnin tu tak

    huhuhu

    ReplyDelete
  2. yg penting kalau dah suka kena berterus terang jgn mudah mengalah ermm sedih lak baca n3 nie

    ReplyDelete
  3. cptla......aku memang menanti ni....

    ape pon aku nak pesan pada kau...
    all the best..
    cinta itu tak leh dipaksa..

    kalau betul L pon ade hati kat kau..
    bukan rezeki padi dan kau akan terus tersenyum..

    kalau bukan milik kau...
    ade yg lebih baik...
    tapi memang sakit...huu

    ReplyDelete
  4. cakap daa
    angkat je L tu
    ishhh

    ReplyDelete
  5. aku dalam keadaan shock bace en3 ni..
    siyes aku bace dlm mood cemas..

    aduyaiii..aku nak komen..tp xtau nak ckp pe..ley x cite ape yg terlambat..?
    si Padi confess kat L then L stuju terima die ke..? sbb kalo L xckp pape..mknenye ko masih ade peluang bro..
    atau mcm mane..?
    adesss..aku cemas..CEMASSSS..!!!

    ReplyDelete
  6. pehhh broo..ape cer ni..lambat kayuh la

    ReplyDelete
  7. jangan paksa..

    kalau btol dia untuk ko, lambat pun dia akan jd milik ko..
    tp buang masa la..hehe..

    ReplyDelete
  8. cani la bro, kalo ko percaya pada takdir, jodoh dan pertemuan adalah kuasa Allah, aku rasa ko mesti redha apa pun keputusan L.

    Kalo dia mmg jodoh ko, lambat atau cepat korang mmg akan bersatu.

    Konsep dia begini, cepat tak semestinya akan terus memiliki, lambat tak semestinya akan kehilangan segala-galanya.

    Sebab?

    Kita tak tahu isi hati L, siapa yang dia prefer, adakah dia boleh menerima istilah cinta atau kapel buat waktu terdekat?

    seperti seseorang pernah menasihati aku dulu, jangan terlalu terburu-buru dalam mencari cinta, kalo dah memang jodoh, lari ceruk mana pun pasti bertemu.

    tapi apa-apa pun terpulanglah pada ko =)

    ReplyDelete
  9. adoiii..en cero!cpt la cite strusnye.cool2 je k! ;))

    ReplyDelete
  10. tolonglah weyh...menakutkan doe ko ni..

    scary..

    ReplyDelete
  11. alamak! mr cEro,,,ayat last tuh menggerunkan la,,,

    ReplyDelete
  12. ala...apa slhnya ko ckp trus terang ngn L tue...trime xtrime ln kira...asalkan ko trus terang...

    mybe ko xb'sedia lg kn...
    xb'sedia lam byk hal...
    tp kalu L trima, mybe die sgup tgu...

    ala....sedih la gini...

    ReplyDelete
  13. knpa ni cEro???
    sngat2 nak tahu...
    cpat2 story pasal ari isnin...
    harap baik2 saja ye...

    ReplyDelete
  14. cepat la cerooo....
    ko tak mo cite ke?
    hmm..apa yg terlambat?hmm..walaupun si padi ucapkan cinta dekat L tapi L xde hati kat dia..tak jadi gak cero...kami sokong ko..

    ReplyDelete
  15. owh..owh...owh..(gaye x sbr n agk gedik..ish3 =.=")...nk bc hri isnin....X SBR...

    entry yg ni agk mendebarkn...
    hope something nice for the suprise...hehe3

    x tau nk kate pe2 da...kn tggu isnin...eh ni da rabu(1.40am)...hehe3

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026