Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Nov 25, 2015

tEka-tEki #22 Kepala dan Kaki


Salam.

Bertemu kembali di dalam slot tEka-tEki,
slot di mana buat pertama kalinya cikgu matematik anda berasa bangga kerana kemahiran matematik anda dapat diaplikasikan di luar waktu sekolah.








Berikut adalah ringkasan cabaran yang dikurangkan dramatiknya:
Di dalam satu bilik ada manusia dan kucing.
Terdapat 37 kepala dan 124 kaki di dalam bilik itu.

Soalannya,
Berapakah manusia dan berapakah kucing di dalam bilik tersebut?
Jika yang banyak lebih hebat,
siapakah antara manusia ataupun kucing yang lebih hebat?



tEka-tEki kali ini dalam kategori mudah.

Kunci untuk selesaikan soalan kali ini ialah kemahiran mengaplikasikan logik dan matematik.
Jangan risau jika anda tidak mahir matematik,
operasi yang terlibat di sini hanyalah operasi mudah (tambah, tolak, darab & bahagi) sahaja.

Jika anda rasa mampu selesaikannya,
sila tunjukkan jawapan anda di ruang komen.

Kepada yang mahukan cabaran
sila elakkan diri dari membaca jawapan orang lain di bahagian komen.
Komen jawapan orang lain mungkin akan mempengaruhi jawapan anda.

Keseronokan tEka-tEki bukan terletak pada jawapan,
tapi terletak pada usaha kita mencari jawapan tersebut.


Baiklah,
jika anda buntu atau cepat putus asa,
dan berminat untuk ketahui jawapannya, klik sini.
Tapi link di atas hanya berfungsi bermula pada Rabu 9 Disember 2015 selepas jam 0900 waktu Malaysia bersamaan dengan dua minggu selepas post ini diterbitkan.

Marilah bersama-sama membanggakan cikgu matematik anda.
Selamat mencuba.


GOOD LUCK!


Lagi tEka-tEki dalam koleksi:


Kenali wira anda, The Error.



.


33 comments:

  1. Hmmm, i hate math. but i'm willing to try.
    jawapan: The Error: 6 Syntax the Cat: 31
    kucing lebih berkuasa!

    [img]http://cdn.sheknows.com/articles/2013/11/emma-stone-nodding.gif[/img]

    ReplyDelete
    Replies
    1. ceh 124 kaki tu utk kucing je, tak termasuk the error, so im stuck and suck. let the math geek solve the problem. i hate math *sambung jahit felt*

      Delete
  2. 31 ekor kucing kan..?

    hahaha sorry aku x suka math jugak.. skrg apa2 kira guna software je..

    penat org tu buat software/system, rugi kalau x guna.hahahaha

    ReplyDelete
  3. Kucing menang.. Tapi apsal jawapan aku lain dari dua orang di atas? 12 orang cero (termasuk yg ori), 25 ekor syntax (termasuk yang ori)

    ReplyDelete
  4. error + syntax = 37
    error = 37 - syntax
    2error + 4syntax = 124
    2(37 - syntax) + 4syntax = 124
    74 - 2syntax + 4syntax = 124
    74 + 2syntax = 124
    2syntax = 124 -74 = 50
    syntax = 50/2 = 25#
    error = 37 - 25 = 12#

    ReplyDelete
    Replies
    1. powerrr!!

      cero aku cuba buat persamaan kat atas tapi sebab dah tinggal lama aku jadik berselaru haha..
      tapi lepas review balik jawapan anondomath ni aku sync balik dengan persamaan aku jadik tele..

      thanks anondomath!

      -nazrul ali-

      Delete
    2. pergh... terkenang zaman sekolahku, thanks anon-do-math ;3

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Aku rasa mcm 31 jek.rasanya lah sebab aku main congak semata.kakaka

    ReplyDelete
  7. tetiba rasa nak jawab teka teki ni..25 Syntax the cat and 12 The Error...

    ReplyDelete
  8. hai bero :)

    apart from teka teki tu yang awesome, lukisan ko pun makin mantap hehe :)

    ReplyDelete
  9. kalo cmni aku suka. aku guna simultaneous equation. haha
    S+E=37
    2S+4E=124
    (knapa ade 2S dan 4E = syntax 2kaki. Error 4kaki)
    lepas masuk2 nilai maka benarlah 25suntax ngan 12 error.
    lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks weh, jawapan ko ni sgt clear!

      Delete
    2. Oh terperasan, ko terbalik 2E + 4S sepatutnya. Tapi betullah calculation n end answer hehe

      Delete
  10. Aku tgk soalan je dah trus maleh nak kira hahaha
    Tunggu 2 minggu lg,tp tgk komen2 ni sume dh bagi jawapan gak

    ReplyDelete
  11. aku baca entri jer... macam biasa, aku lemau Matematik... kakakakaka

    ReplyDelete
  12. Penat otak aku!
    So 25 kucing 12 manusia. Kalau kau cakap salah siap kau! Hahaha

    ReplyDelete
  13. honestly, prof tu patut ambil jalan mudah dengan menyuruh saja semua klon syntax tu berkumpul di sebelah kanan, dan semua klon error berkumpul di sebelah kiri. tak perlu kira pun dah tau siapa lebih ramai. kahkah... sorry C, jawapan aku lain sikit dari semua yg ada di atas... kahkah ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      Alaa, you know typical professor.
      Kalau ada jalan mudah dgn jalan susah, kenapa tak ambil jalan yang lebih mencabar. Hahahahahaha

      Kalau nak lagi mudah, keluarkan arahan satu Error berpasangan dgn satu Syntax, so siapa yang tak ada pasangan WIN. Haha

      Delete
    2. betullll..!! Pemalas punye prof.. Camnela jd prof neyh haaahh? method kucar kacir..! Hahahaha..XP

      Delete
  14. x= cero/the error/ loser
    y= kucing

    2x + 4y = 124
    x + y = 37

    So, kucing lg banyak. Apa ni weh? Takkan dgn kucing pun kalah..haha

    ReplyDelete
  15. prof tu patut kira ekor je.kan senang.
    syntax = ekor
    the error = 37 - ekor

    kan senang camtu.
    camne tah boleh jadi prof
    wakaka

    ReplyDelete
  16. Nanti bila saya ada dekat pen dan kertas, saya jawab teka-teki ni.

    ReplyDelete
  17. setelah jenuh kire2 dan padam
    saye ikot nak jawab... (sory ikot nyebok tetibe je...)
    jawapan saye...
    kucen /x= 25
    maknusie / y = 12

    kira2 takulan mantik nye
    maknusie / y [2 kaki]<>kucen/x [4 kaki]

    jika y 37 kepala = 74 kaki (baki 50 kaki x/4 =12.5)
    37-12x=25kepale (50kaki)
    12x = 24 kaki.....bla2 - + bahagi 4
    sampai habis genap kaki n kepale

    :-
    kucen @ x = (12+6+3+1+1+1+1 ) @ = 25 kepale
    & 50+24+12+6+4+4 @ = 100 kaki

    maknusie / y = 12 kepale (24kaki)

    yeeeahh kucen juareeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergghhh. BV tengok nombor2 dah pening. wakakaka. apatah lagi nak kira. T^T

      sorry la, hanya mampu tengok komen orang yang rajin mengira. :D

      Delete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Secara lojiknya, pttnye kadar dorg menggandakan diri adalah lebih kurang.. Tapi kalau lebih kurang, at least kepala akan ada 18 syntax/19 error or either way.. Tapi kalau cmtuh, kaki dh terlebih dah kan..and kalau sama kadar penggandaan, buat apa nk bertarung in the first place.. so, aku tolak tepi lojik tuh.. hahaha..

    aku kira, syntax menang..tp st persoalan kt sini, kaki and kepala prof yg tu termasuk ke x dalam kiraan? prof tuh kan kena vertigo..hahaha.. tp doesn't matter..sbb kucing menang..and soalan ko pun, berapa manusia n kucing yg ada.. So, kucing 25..manusia 12..

    Error memalukan umat manusia.. x layak jd hero..ngn kucing pn kalah..hahaha..

    ReplyDelete
  21. hahahha okay okay ina cuba fuhhh.

    Berapakah manusia dan berapakah kucing di dalam bilik tersebut?
    25 syntax & 12 error

    Jika yang banyak lebih hebat,
    siapakah antara manusia ataupun kucing yang lebih hebat?
    hahhaa dalam cite ni kucing lah :p

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License