Jan 31, 2011

Aktiviti 18jam Sehari Aku



Bagi yang rajin surf internet,
aku pasti ada (paling kurang) satu imej dalam internet yang membuatkan anda bengang..

Bagi aku yang dikatakan psycho
dan 18jam dari 24jam hidup aku sehari dihabiskan dalam alam siber,
ada satu gambar yang sangat aku tak suka!

Ianya ada bulat hijau, segitiga pink dan segiempat biru dalam kotak yang pecah.
Cuba kalian teka gambar apa?

Jan 29, 2011

Thank You Haters!



Ada orang bagi komen kata blog aku dah bosan.
Dan ada jugak Anonymous super-hebat kata aku bodoh dan stupid.

Untuk bosan, aku nak kata sesuatu..
Aku bukan penghibur, menghiburkan korang bukan kerja aku.

Untuk yang kata aku bodoh dan stupid,
aku ada buat sesuatu special untuk anda.
Aku rakamkan satu video khusus untuk anda

Oh ya, video ni agak berat, jadi kalau nak cepat tengok,
klik video tu dan tab baru akan muncul.
Ini khusus kepada yang kata aku bodoh dan stupid je.
Yang lain, aku merayu sangat, JANGAN TEKAN!




Hm, sekali-sekala layan haters best gak!

postquam-scriptum:
Maaf, tiada video dalam entri ini.
Maaf kerana berbohong.
Sebab kenapa ada haters dalam blog ni ialah diorang tak baca sepenuhnya apa yang ada dalam blog ni.
Kan aku dah tulis dalam ruangan Penafian dalam sidebar tu, kalau tak senang tekan Alt+F4.
Apa-apa pun, i love you all..

Jan 28, 2011

Merah-Kuning-Hijau

Aku tak tahu sama ada aku terlalu banyak berfikir
atau aku memang tak ada hala tuju kehidupan,
aku selalu ingin tahu sebab kepada sesuatu yang remeh.

Soalan seperti
"Kenapa buku dipanggil buku? Kenapa bukan dipanggil pensel?"
seringkali muncul dari mulut aku.
Padahal, jika aku tahu jawapannya sekalipun,
tak membawa perubahan langsung kepada apa-apa entiti di dunia.

Satu hari,
aku dapat ilham satu soalan semasa menunggu lampu isyarat merah bertukar hijau.





Balik rumah,
aku bertanya kepada semua yang memandu atau menunggang,
abah, abang, kakak, adik, jiran, dan beberapa kawan terdekat.

Soalannya:

"Kita semua tahu lampu isyarat yang tegak disusun dari atas sebagai merah, kuning, dan hijau.
Dengan kata lain, kalau kita nampak lampu atas yang bernyala, maka ianya merah dan kita kena berhenti."

Sampai bahagian ni, 100% dari responden akan angguk kepala tanda setuju.
Aku tersenyum kecil.

"Tapi, kalau kita tengah memandu / menunggang,
dan dari jauh kita nampak lampu paling bawah sedang bernyala.
Tapi ianya menyala warna merah, bukannya hijau seperti sepatutnya.
Agaknya, kita perlu berhenti atau jalan??"

Memeranjatkan, tak ada siapa berani menjawab dengan tepat.
Semua main selamat dengan berkata (lebih kurang macam ni..)
"Kita perlahankan kenderaan dan lihat lampu isyarat yang lain..
Kemungkinan besar lampu tu rosak..
Kalau rosak, jika selamat, kita jalan terus.."
(duh!!! play safe!!)

Ok, itu soalan dari segi lisan..
Jadi, aku teruskan bertanya dengan menunjukkan gambar yang aku lukis dalam henset guna application PaintPad.



Aku tanya,
"Apa tindakan kita kalau nampak lampu dengan gambar A?
Gambar B pula?"

Memeranjatkan, 80% dari responden menjawab,
"Sudah tentu yang A akan berhenti, dan yang B akan jalan.."


Aku sangat berminat nak buat eksperimen ini di atas jalanraya sebenar,
tapi ianya mustahil kerana melibatkan nyawa dan keselamatan manusia, kan?

Jadi,
agaknya, apa pengajaran dari soalan yang aku tanyakan ini?
Kalau kalian pula, agak-agak apa tindakan kalian jika sedang memandu / menunggang dan nampak lampu isyarat seperti di rajah A dan B di atas?


postquam-scriptum:
Otak manusia sangat menakjubkan di mana otak akan memilih sesuatu yang mudah untuk diproses dan diterima sebagai memori. Dalam kes lampu isyarat ini, otak kita lagi suka memproses input mengenai 'warna' berbanding 'kedudukan'. Maka, majoriti akan terus jalan untuk rajah A, dan berhenti untuk rajah B.
Cuba tanya diri sendiri, semasa di jalanraya, adakah kita ambil perhatian di mana kedudukan warna lampu isyarat. Apa yang kita mahu lihat hanyalah warna lampu, kan?
Sebab itu, jika kalian mahu diberi perhatian dalam satu majlis keramaian, pakailah pakaian yang berwarna cerah dan menonjol. Macam aku, aku lagi suka berpakaian selamat seperti coklat, biru gelap dan hitam.
Bila diingat balik, kalau ada dinner, yang bermekap tebal paling diingat.

postquam-subscriptum:
In the end, aku rasa entri ni hanya omong kosong dari aku. Tak ada isi! *sigh*

Jan 26, 2011

Cerita Kedai Kopi

Aku mahu entri kali ini sependek yang boleh,
sebab lagi banyak aku tulis, lagi bercelaru fakta..



Sedang aku makan malam di sebuah restoran mamak,
dengan hidangan Nasi Lemak Ayam Kampung dengan Teh Halia,
aku terdengar perbualan dua lelaki dua meja belakang aku..

Lelaki A : Ko tengok couple tu..Yang awek, perghhh...HOT!! Yang laki tu pulak aduhai..bapak hodohnya..

Lelaki B : Alaa, mesti lelaki tu kaya..Perempuan zaman sekarang ni, kalau muka tak hensem, kocek kena tebal weyh..

Dialog itu memang biasa aku dengar..
Tapi, tak sangka pulak pemikiran sebegitu agak tersebar luas.
Begitukah harga seorang wanita masa kini?

postquam-scriptum:
Walaupun aku tak setuju dengan apa yang mereka katakan,
tapi secara peribadi, ianya bukan 100% salah.

Apa pendapat kalian?

Jan 25, 2011

Kita Nampak Apa Yang Kita Mahu Lihat

We see what we want to see.
We think what we want to think.
We believe what we want to believe.

Lihat gambar di bawah.

Arnab atau Itik?

Aku rasa semua orang pernah lihat gambar ni.
Sama ada yang ini, atau alternatif kepada ini.
Atau gambar orang kepala orang tua yang nampak macam perempuan muda sedang berpaling tu.
Atau gambar lembu yang nampak macam peta kawasan tu.

Apa yang aku nak tekankan,
kita percaya apa yang kita rasa nak percaya.

Masa sekolah menengah dulu,
malam Ahad sepatutnya adalah waktu santai di asrama.
Semua orang melepak kat asrama membuat onar sendiri.

Yang rajin, akan naik ke sekolah untuk studi
padahal prep class adalah wajib tiap-tiap malam selain malam itu.

Suatu hari, aku yang malas,
buat keputusan nak baca komik malam minggu tu.
Tapi malangnya, komik aku berada di kelas,
aku sorok bawah locker buku sebab hari tu ada spotcheck.
Nak tak nak, aku kena naik ke kelas amik komik tu.

Asrama dan sekolah dipisahkan dengan seluas kawasan gelap tanpa lampu.
Yang ada lampu hanyalah laluan gajah menyusur (tempat pejalan kaki).

Bukan sekolah asrama laa kalau tak ada cerita hantu.
Tapi, seeing is believing kononnya...
Aku dengan gagah naik sorang-sorang ke kelas meredah kegelapan.
Deng, jantung aku berdegup sama laju macam selepas larian merentas desa.

Tengah cemas berjalan, pandang kiri kanan,
aku terlupa nak pandang satu kawasan, iaitu BAWAH!

Tiba-tiba,
aku terpijak satu objek lembik.
Orang tengah cuak pastu terpijak pulak mende camtu,
dah tentu aku terkejut dan lari dengan pantas seolah-olah esok kiamat.
Tapi, dalam milisaat aku sempat berpaling dan tengok apa yang aku pijak..



Sampai di kelas,
adalah kawan-kawab aku yang super-rajin tengah studi sejarah yang bosan.
Aku yang termengah-mengah datang bercerita apa yang terjadi.

"Aku terpijak labah-labah besar.
Sebesar tapak tangan, bentuk macam tarantula.
Aku terpijak sampai terkeluar cecair badan hijau dia..."

Demmit aku kena gelak..
Diorang tak percaya, kata aku perbesarkan cerita.

Aku berani sumpah apa yang aku nampak.
Tapi 'sumpah' adalah perkara taboo di sekolah aku,
jadi aku tak ucapkannya..

Nak redakan keadaan,
seorang kawan aku cadangkan kita sama-sama pergi ke tempat kejadian dan lihat apa yang telah aku pijak.
Cadangan diterima.

Pelik!
Sampai di tempat kejadian, tiada apa-apa.
Tak ada kesan langsung.
Dan tentunya, aku kena gelak berdekah-dekah..
and for the next 7 consecutive days, aku kena bahan.

Tapi, aku berani jamin,
aku memang ada pijak sesuatu.
Tapi.....APA??


Mungkin aku terlalu takut
sampai aku percaya apa yang aku nak percaya
sedangkan tak ada apa-apa.



postquam-scriptum:
Di sini aku ada jumpa satu imej hebat untuk dikongsi.
Gambar di bawah adalah satu imej yang memanipulasi pemikiran prasangka. (Preconception)
Bagi kanak-kanak (atau dewasa yang masih kudus), mereka akan melihat sekumpulan dolfin sedang bermain-main di air.
Sedangkan, kebanyakan orang dewasa hanya akan nampak sesuatu yang lucah.
Satu imej untuk difikirkan.



Ingat, 'kita nampak apa yang mahu kita lihat'..

Jan 24, 2011

Tanpa Tajuk

Dalam keamanan rumah aku,
tiba-tiba satu yang gempar telah berlaku..
Ada tikus dalam rumah aku!



Dah hampir 15 tahun lebih kami sekeluarga tinggal di rumah ini,
ini adalah kali pertama terjumpa tikus.
Bukan nak kata rumah kami tak bersih,
tapi kami simpulkan di sini bahawa tikus ini sesat!
Sebab, dalam pemerhatian, tiada satu pun tikus pernah dilihat dalam lingkungan kawasan perumahan kami waima di rumah sampah yang bertimbun sampahnya disebabkan lori Alam Flora tak boleh masuk hasil dari double-parking.

Maka,
kes terpencil macam ni membuatkan kami menggelabah..
Aku memang dah biasa bunuh tikus di makmal,
tapi nak bunuh tikus liar yang kotor dan berbau adalah satu perkara yang lain.
Tambahan pula, risiko dijangkit penyakit boleh melambung tinggi
terutamanya diri aku yang sedia lemah ni..
Kami sekeluarga pening tak tahu nak buat apa
sedangkan tikus tu terperangkap dalam lubang jamban.

Mak aku kata,
"Kita tak mampu nak bunuh seekor tikus pun,
agaknya macam mana perasaan orang yang bunuh orang tu?"

Semua terdiam. Tiada jawapan.

Busuk. Kotor.
Sibuk masing-masing tolak menolak sesama sendiri suruh hapuskan tikus sesat tu,
dan bila dilihat kembali, dia (tikus itu) sudah tiada!
Mungkin dia menyelam ke dalam lubang jamban.

Lalu mak aku berkata,
"Agaknya dia selamat tak selam dalam lubang jamban?
Boleh survive ka??"

Semua terdiam. Tiada jawapan juga.

Lebih mengejutkan, mak aku guna perkataan 'survive',
satu perkataan yang tak pernah dia guna.
Malah kali ni, dia kata 'survive' dalam loghat utara.
Way to go, MAK!!

---------------------------

Jam di katil tepat pukul 2.30 pagi,
telefon aku berbunyi...

Dari 'Private Number'

Apakah neraka?,
dalam bilik yang gelap,
hanya diterangi cahaya dari laptop,
kedengaran angin meniup dedaunan pohon di luar tingkap,
tiba-tiba ada panggilan tepat jam 2.30 pagi,
dari 'Private Number'..

sudah tentu aku tak jawab!
Seram kot!!!
Siapa yang bertanggungjawab boleh tolong mengaku tak??

postquam-scriptum:
Semalam aku akhiri hari dengan layan Vlog Lisa Surihani dari FBPage dia.
Dia cium seorang (budak) lelaki, aku dengki...


Jan 22, 2011

Soalan Dari Seorang Kawan













Agak-agak kalian tahu tak jawapannya??

postquam-scriptum:
Selamat hujung minggu.

Jan 21, 2011

Mereka Gelakkan Kelelahan Aku



Bertempur dengan satu pihak yang konon ada kuasa memang susah.

"Awak patut bertanggungjawab dengan kelalaian awak.."
"Saya sedar perkara itu, tapi saya yakin masih ada ruang.."


"Bukan awak yang berkuasa letakkan ruang dan peluang, itu pihak kami.."
"Ya, saya tahu. Dan sebab itulah saya datang dan merayu.."


"Tapi saya rasa rayuan awak tak cukup sempurna.."
"Jadi bantu saya untuk sempurnakannya.."


"Awak nak kami pula buatkannya untuk awak??"
"Bukan itu maksud saya..Maksud saya, kalau ada cacat cela dalam segala prosedur yang telah saya ikuti, bolehlah saya diberitahu supaya saya mampu diperbaiki..."


"Ini kesilapan awak, awak sendiri patut selesaikan dan bertanggungjawab.."

Dan perbualan kami berpusing-pusing di tempat yang sama.


Manusia sekarang suka fokus kepada masalah.
Kita patut fokus kepada penyelesaian.

Dan lagi mengecewakan, yang berkata begitu hanyalah kerani.
Bila diminta peluang untuk berjumpa pihak yang lebih tinggi,
mereka melenting dan kata "tidak perlu sampai ke tahap itu..."

Bila ada rakan sekeranian lain bertanya apa yang berlaku,
dia berpusing dan berkata
"..ada budak nak buat rayuan, tapi kertas rayuan pun macam karangan budak tadika.."
dan ketawa memecah suasana.

They laughed at my pain.
..and I am half inches more to giving up...

postquam-scriptum:
Masa perkara ini berlaku, aku menggunakan jari membuat simbol pangkah di atas angin.
Kerana suatu hari nanti, jika mereka gelakkan kelelahan aku,
aku akan pastikan mereka dapat satu keychain yang diperbuat dari bebola mata mereka sendiri.

Jan 19, 2011

Manifestasi Manusia Murah

Ketika ini...

inilah perasaan aku



Walaupun orang lihat aku berdiri tegak,
tapi pada dasarnya aku melihat diriku sedang berpusing-pusing dalam dunia dipanggil realiti.
Satu perasaan yang (aku rasa) amat TAHI.



inilah ekspresi aku



Seringkali kita terpaksa menukar topeng muka
kerana isi yang teruk dan buruk harus dihias dengan luaran yang elok
hanya kerana kita tak mahu orang tahu apa yang tersimpan di dalam.




inilah yang aku mahu



Hanya sepasang sayap yang aku perlukan
untuk aku terbang ke awan kebebasan
dan hilang dari belenggu rantai besi yang bernama kekejaman.




postquam-scriptum:
Maafkan aku semua rakan yang membaca. Kebelakangan ini aku terpaksa me'monolog'kan tulisan aku dalam setiap terbitan hanya kerana aku tak mahu kalian juga turut dibebani segala keberatan hati. Aku percaya Tuhan Yang Maha Esa sedang menguji aku sepenuh-Nya dan Dia takkan membebankan aku lebih dari yang aku mampu. Percayalah, aku sedang mengutip serpihan diri yang bertaburan agar aku kembali seperti biasa. Sekiranya ianya selesai, kalian (yang aku sayangi)lah manusia pertama yang tahu bahawa aku tidak apa-apa. Percaya atau tidak, blog ini adalah satu-satunya tempat aku luahkan ketidakpuasan hati, sedangkan di luar aku masih senyum, berjenaka dan bergelak ketawa.


postquam-subscriptum:
Disebabkan aku tak reti lukis sayap sebab aku tak pernah lukisnya sebelum ini,
lukisan sayap di imej ketiga di atas kelihatan seperti sayap kustom Cardcaptor Sakura.

Jan 18, 2011

Memadam Gelap Kewujudan Bintang Masa Depan

Biar aku bagi amaran, entri kali ni memiliki unsur negativiti yang tebal.
Jika anda tidak suka cEro yang negatif, sila tinggalkan blog ini dengan segera.




Apabila manusia kerdil menentang organisasi yang besar dan berpengaruh,
kita sudah tahu siapa menang siapa kalah tanpa mengira kebenaran dan keadilan.


Masalah dalam perasaan bukan satu-satunya masalah aku awal tahun ini,
aku juga bermasalah dalam akademik dan masa depan.




Birokrasi dan proses berprosedur adalah masalah besar dalam organisasi.
Sangat besar sampaikan ianya memberi kesan kepada golongan sasaran.


Bayangkan, sebagai contoh,
apabila organisasi seperti sebuah universiti berbangga dengan sistem mereka,
sehinggakan kononnya mereka diiktiraf dengan ISO bla bla bla yang mengesahkan kecekapan dan ketelusan sistem mereka,
dan tiba-tiba ada kes terpencil pelajar yang jarang,
mungkin hanya satu setiap 5 tahun,
mereka akan menutup kes itu umpama menutup bangkai kucing yang dilanggar di tepi jalan dengan surat khabar yang dikutip berterbangan di tepian longkang.


Dan bagi organisasi begini,
cara mereka adalah dengan menggunakan kaedah BIROKRASI dan PROSEDURAL.
Mereka akan kata "awak harus berurusan dengan pihak ini bla bla bla.."
seterusnya di pihak berikut, "..ini urusan pihak itu bla bla bla..."
dan akhirnya di pihak satu lagi, "..ini bukan urusan kami, kenapa awak ke sini??"


Umpama bola, perkara di atas mampu membunuh masa depan seseorang.


Oleh kerana sesebuah organisasi semakin lama semakin mengejar nama dan pangkat,
pengiktirafan dan kenamaan,
mereka kadang-kadang lupa bahawa tujuan asal mereka ditubuh pada satu ketika dahulu
adalah untuk MENOLONG!


Dengan menutup kes terpencil dari pandangan umum dan mengatakan itu adalah akibat dari kesalahan diri yang perlu ditanggung,
sebuah bintang masa depan di langit telah dinafikan kewujudannya.




Aku manusia.
Kuat bagaimana sekalipun, aku tetap manusia.
Hati aku bukan dibuat dengan galian mampat bawah tanah.
Sampai tahapnya, berjuang bagaimana hebat sekalipun, kalau tiada yang angkat kepala,
aku tetap akan terduduk kecewa.




postquam-scriptum:
Giving up is not an option.

Jan 15, 2011

C'est La Vie



Lidah yang terluka boleh menyembuh sepenuhnya dalam masa 24-48 jam.

Luka paling kecil di jari boleh hilang sakitnya paling cepat selepas 45 minit.

Ingatan ikan emas bukan hanya 3 saat seperti yang umum war-warkan.
Ianya mampu berpanjangan selama 3-6 bulan.

Blog ini bertukar warna latar 14 Jan yang lalu dan kembali ke warna asal selepas 24 jam kemudian.

Namun, kenangan bersama insan istimewa adalah terbaik,
tetap kekal walaupun kadang-kadang tidak berakhir dengan sempurna.



postquam-scriptum:
Aku ucapkan terima kasih atas segala sokongan.
Percayalah, jika aku mampu, aku mahu peluk erat semua jasad.
Tapi, jangan ditanya sama ada aku OK atau tidak,
kerana aku TAK OK!

Jan 13, 2011

Metafora Kegagalan



Sedang tengah makan di medan selera Tesco,
oleh sebab tak lalu makan akibat banyak masalah nak fikir,
aku tengok keliling..

Nampak ada budak kecil baru pandai berjalan.
Ibubapanya hanya tengok dari jauh.
Jalan dua-tiga tapak, jatuh ke lantai.
Bangun semula.
Jalan dua-tiga tapak lagi, jatuh ke lantai.
Bangun semula.

Situasi itu berlanjutan beberapa kali.
Dan sangat membanggakan, budak itu tidak menangis.
Malah, setiap kali jatuh, wajahnya nampak lebih ceria.

Melihat situasi begitu,
aku tersentuh.
Adakah aku begitu masa kecil dahulu?
Kenapa aku tidak begitu sekarang?


postquam-scriptum:
Hidup banyak dugaan.
Tapi, tanpa dugaan, hidup kosong.
Aku patut bersyukur.

Jan 12, 2011

Metafora Kegusaran



Printscreen di atas aku ambil dari Formspring aku di http://www.formspring.me/mrcero

Aku tak respon pon penyataan itu.
Tapi, lebih mengejutkan,
bila aku baca ayat dia
mata aku bergenang.

Maafkan aku,
belakangan beberapa hari ni aku agak kurang terurus.
Tak dapat fokus,
pukul 9 nampak macam pukul 11,
termenung ke luar tingkap selama 2 jam,
tak blogwalking,
kurang baca blog kawan-kawan,
lebih teruk, komen dalam blog ni pun aku tak reply..
I even asked for lunch in the time of dinner..

Semuanya sebab masalah yang aku ceritakan di entri
Dua Jalan Yang (Sudah Tentu) Bakal Mengubah Hidup Aku tu..

Aku nak sangat berkongsi dengan kalian apakah masalahnya..
Tapi, kalau aku ceritakan di sini,
bolehkah kalian JANJI takkan bangkitkannya di mana-mana media??
Sama ada Facebook, Twitter, Blog atau lagi teruk, depan aku secara realiti??
Boleh kalian janji??

Kalau boleh, nanti aku kongsi..


postquam-scriptum:
Kalau aku adalah jenis yang cepat tumbuh jambang,
dah tentu aku dah jadi macam Tom Hanks dalam Cast Away [2000]
cuma dia tu hensem banyak dari aku...
aku tak hensem...

Jan 10, 2011

tEka-tEki #15 Berapa Banyak Segiempat Sama



Satu hari aku berjalan di pusat membeli-belah di ibu negara.
Aku berselisih dengan seseorang lelaki yang menarik,
dia BERAMBUT MERAH!

Walaupun ramai akan cemuh dia,
tapi aku respek sebab dia berani!

Bila nampak kepala dia,
aku teringat satu tEka-tEki,

tEka-tEki, atau lebih tepat puzzle, ini adalah untuk kalian selesaikan.



Aku gunakan 40 batang mancis dan susun menjadi 16 segiempat sama.
(seperti rajah di atas)
Walaupun aku kata 16 segiempat sama,
tapi aku tahu budak tadika pun tahu ada lebih dari itu.

Soalan 1:
Berapakah jumlah segiempat sama dalam rajah di atas?

Soalan 2:
Dengan mengeluarkan 9 batang mancis,
jadikan rajah di atas kepada tiada segiempat sama langsung.

Jawapannya mudah,
kalau susah nak dapat batang mancis,
kalian boleh cuba dengan menyusun 40 batang straw,
atau 40 batang pen,
atau 20 pasang selipar jepun,
atau just conteng je atas kertas macam orang normal buat.

Sebab tEka-tEki ni lebih kepada berbentuk praktikal
sedangkan kalau kalian nak jawab,
kalian kena taip kat komen,
jadi, aku telah labelkan setiap batang mancis tu dengan nombor.

Jadi, kalau nak jawab,
hanya perlu taip 'keluarkan batang mancis bernombor 2, 3, 40, bla bla bla...'
Tiada alasan untuk tidak mencuba!

GOOD LUCK!


postquam-scriptum:
Apa kaitan lelaki berani berambut merah dengan tEka-tEki ni?
jawapannya gambar di bawah:

Jan 9, 2011

Dua Jalan Yang (Sudah Tentu) Bakal Mengubah Hidup Aku

Suatu masa dahulu,
seorang penyajak warga Amerika menulis sebuah sajak mengenai kesukaran membuat pilihan.
Sajaknya dikatakan memberi inspirasi kepada berjuta orang yang membacanya.
Hingga kini, masih ada yang turut terkesan dengan sajaknya.
Dia adalah lelaki yang mempu menyentuh hati orang lain.



Kini aku mengalami situasi yang, pada aku, agak sama..
Tapi tahap kesukarannya tidak seringkas 4 rangkap sajaknya.


Aku mahu bertanya,
jika kalian diberi dua pilihan;

    Satu
    Anda yang merupakan manusia biasa diberi kuasa super luarbiasa. Namun setiap kuasa datangnya tanggungjawab. Maka, anda bertanggungjawab bukan sahaja memelihara keamanan dan harta orang lain, juga bertanggungjawab besar menjaga sesuatu yang bernilai, lebih bernilai dari nyawa sendiri. Tapi harga untuk kuasa itu ialah, anda kena tinggalkan segala impian anda sebagai manusia biasa kerana, sudah tentu, anda sudah bukan manusia biasa.

    Dua
    Terus menjadi manusia biasa dan berpeluang mengejar impian dengan hasil titik peluh anda sendiri. Impian yang selama ini anda tulis di atas kertas dan tampal di atas syiling tepat dengan tempat tidur anda sebagai pembakar semangat setiap kali anda bangun dari tidur tanpa dibebani dengan tanggungjawab berat lain. Tapi harga untuk kehidupan ringkas itu ialah anda berkemungkinan besar kehilangan sesuatu yang selama ini anda anggap lebih bernilai dari diri sendiri.

Maka,
mana satu pilihan kalian?


Terlalu rumit untuk difahami?

Bayangkan satu dacing.
Sebelah kiri adalah sesuatu bernilai tinggi yang anda mahukan.
Sebelah kanan adalah impian anda tanam sejak dari kecil.



Untuk teruskan hidup, anda perlu pilih hanya satu bahagian.

Jika anda pilih kiri, anda bakal kehilangan matlamat hidup,
dan sudah tentu, anda ada matlamat baru iaitu tanggungjawab.

Jika anda pilih kanan, anda akan kehilangan peluang pantas meningkatkan taraf hidup,
dan kemungkinan besar, anda bakal kehilangan sekeping bahagian hati.

Mana satu pilihan kalian?



Sajak 'The Road Not Taken' karya Robert Frost sekalipun gagal menggambarkan keadaan sebenar aku.
Aku dan segala dilema.
Walaupun aku berkias di permukaan, tapi harap sangat dapat pendapat dari kalian.


=============================
50) [link] Pitch Black
49) [link] SNAP dan EPIK!
48) [link] Suatu Ketika...
47) [link] 17 Minit Percuma Hidupku
46) [link] Sampai #3 Jika
45) [link] Sampai #2 Kenapa?




...lebih dalam Si Gadis Kasut Converse

Jan 6, 2011

Kesian Bakal Isteri Aku!

dua-sembilan-lapan


Al-kisah,
seorang lelaki yang boleh dianggap 'loser'.
Sangat loser, begitu loser
sehinggakan dia tak tahu stail rambut sendiri,
tak dapat beza kiri dan kanan
dan lagi menyedihkan,
dia ditipu oleh cermin almarinya sendiri.

Terimalah,
kisah benar seorang cEro.



cEro adalah alter ego kepada aku.
Tak payah laa korang tahu aku ni siapa.
Kepada yang tahu, bila bukak blog ni,
harap korang pura-pura tak tahu..

Kebanyakan cEro dalam blog ni diwakili oleh satu imej.
Iaitu imej di bawah:


Aku sedaya upaya cipta satu imej cEro di mana ianya menyerupai aku.
Tapi realitinya aku berlipat kali lebih gelap dari imej itu,
dan muka aku berganda lebih tak licin dari imej tu.
Tapi aku cuba sedaya upaya aku untuk 'sebaik mungkin' menyerupai diri.

Perasan rambut imej tu?
Ianya potongan tepi, dari kiri ke kanan.
Kebanyakan imej cEro memang berambut dari kiri ke kanan..

Tapi, dalam realiti,
aku berambut potongan kanan ke kiri!

Semua gara-gara cermin.
Cermin membuatkan aku percaya bahawa rambut aku berpotongan kiri ke kanan.
Sebab, satu-satunya masa aku nampak diri sendiri adalah semasa di hadapan cermin.
Aku lupa prinsip cermin adalah bertentangan dengan realiti.

Aku sedang aku silap belah rambut imej cEro hanya selepas aku baca buku Doraemon cerita mengenai dunia dalam cermin yang 'inverted' dengan realiti.

You see? komik Doraemon lebih berguna dari aku.




Satu masa dulu,
aku pernah nak tunggang skuter milik kawan aku.

Bagi yang tak tahu,
skuter tak ada brek kaki.
Maka, kedua-dua brek tayar depan dan tayar belakang berada di handle kanan dan kiri.

Oleh sebab aku tak dapat beza kanan dan kiri dengan pantas,
maka, untuk memungkinkan aku tunggang skuter tu,
aku telah buat sesuatu perkara yang bodoh.

Aku telah tulis di belakang penumbuk kanan aku dengan perkataan DEPAN,
dan belakang penumbuk kiri aku dengan perkataan BELAKANG,
sebagai panduan kepada aku.
Sebab kalo kata 'brek kanan untuk tayar depan'
aku pasti mengambil masa lama nak digest!



Dan lagi pathetic,
untuk tulis entri ni,
aku terpaksa tanya beberapa kawan yang bawak skuter
(termasuk laa cik mirafiqa)
sama ada brek kanan untuk tayar depan atau belakang..
Sebab segala yang berkaitan kanan dan kiri,
aku mesti akan lupa tanpa aku sedari...
dan sampai sekarang aku tak yakin kanan untuk depan atau belakang.
Pathetic!

See?



postquam-scriptum:
Aku terlalu 'loser' sampaikan aku kesian kepada bakal isteri aku yang bakal aku kahwini..
Hm, ntah-ntah tak kawin sampai sudah!!
Huwarrgh!!!!!!

Jan 5, 2011

Vice Versa

Pak Saari (sudah tentu bukan nama sebenar) baru balik dari solat Isya' berjemaah di surau perumahannya.
Dia seorang yang cukup lantang bab agama,
sentiasa menjaga kawasan perumahannya dari segala kecacatan perihal keagamaan.

Dalam perjalanannya pulang ke rumah dengan moto kapcainya,
dia nampak kelibat dua anak remaja bersama di bawah lampu jalan yang malap.
Seorang berambut panjang, seorang berambut pendek.



"Ish, anak muda sekarang. Halal haram dah tak tau beza dah.." benak hatinya.

Pak Saari dari belakang meninggikan suara,
"Oi anak muda!! Buat apa berdua tempat gelap tu??
Bila berdua, pasti ada yang ketiga, iaitu Syaitan!!"

Seraya, yang berambut panjang menoleh ke arah Pak Saari dan berkata
"Maaf pakcik. Nak habis dah!!!"

Pak Saari terkejut!
Lelaki rupanya.
Yang berambut panjang tu rupanya seorang lelaki!

Pak Saari termalu.
Dalam diam, dia berlalu pulang.

Moral:
Kebanyakan yang berusia selalunya memikirkan hanya kerana mereka banyak pengalaman dalam hidup, segala yang dilakukan mereka adalah betul. Perlu diingatkan, ada masa, kita manusia akan berbuat silap. Dan kesilapan tak mengenal erti siapa tua siapa muda.



Cerita tak habis di situ.

Pak Saari baru tahu yang berambut panjang tu adalah lelaki,
walaupun kelihatan seperti perempuan dari belakang.
Namun, Pak Saari tak tahu bahawa yang berambut pendek disebelahnya itu adalah perempuan,
yang kelihatan seperti lelaki dari belakang.

Pendek kata,
Pak Saari tidak SILAP dalam perlakuannya untuk menegur,
cuma dia silap persepsi.

Moral:
Banyak dah aku perhatikan,
yang lelaki nak menyerupai perempuan,
yang perempuan nak menyerupai lelaki,
boleh tak kalian bersyukur dengan jantina kalian masing-masing?
Kerana setiap jantina ada kelebihan-kelemahan masing-masing.
Don't give up your sex! (er, betul ke ayat ni???)


postquam-scriptum:
Cerita ini aku dengar sendiri dari lelaki berambut panjang tersebut.
Dia merupakan kawan kepada kawan aku, yang kebetulan lepak sekali masa ngeteh kat mamak.
The best part was, he told the story as he was very proud with what had happened.
Er, bro! Bukankah yang buat salah di sini adalah kau??
Kenapa nak bangga pulak dengan kesalahan diri??


=================

Buat kali ketiga, aku sisipkan di sini FB Page blog ni..
Saja nak promote..Harap-harap kita boleh lebih berinteraksi dengan kerap di Facebook!
Like laa yek!!!


Jan 4, 2011

Bagaimana Aku Boleh Kawan Baik Dengan Budak Gemuk Busuk!

"..terus kwan baik? hahaha.. mcm mana pulak tu?"
komen WZulhilmi dari entri yang lepas.

susulan cerita "Kisah Aku dan Budak Gemuk Busuk". Baca laa ni dulu, serius tak rugi!

Sejak peristiwa hari pertama dengan budak gemuk busuk tu,
aku dan dia tak bertegur sapa langsung.
Serius!
Aku dengan budak lain OK je, tapi bila dengan dia macam 'hek-eleh, watpe aku nak baik dengan mamat yang kenakan aku paa hari pertama sekolah!'...



Suatu hari, waktu PJ.
Cikgu PJ yang aku lupa nama dia dari hari pertama dia perkenalkan diri berkata,
"Kamu semua bebas nak main sukan apa pun di padang!"

"Huurayyy!!!"
kelas bersorak sebab sebelum ni PJ bosan sebab asyik kena senamrobik laa, main lompat kon gelung rotan bla bla bla boring...

Natijahnya,
yang perempuan ramai main tali skipping 'umah terbakar panggil bomba..',
yang laki pulak, ambil bola dan main bola tengah padang..

Aku merasakan agak bosan sebab semua budak laki nak tunjuk power nak jadi striker.
Bila bola ke kanan, semua 20 orang budak laki pulun belah kanan.
Bila bola ke kiri, semua 20 budak laki pulun belah kiri.

Aku pandang tepi padang.
Ada budak gemuk busuk tu tepi padang. Tak main.
Aku pergi tegur...

"Apsal ko tak main, weyh??"
"Aku lelah, semput..Aku takleh penat-penat sangat.."

Sebab muka dia macam 'WTF bosan habis nih' (WTF = where's the fun),
aku cadangkan dia main satu game dengan aku.
Game bernama, KONDA-KONDI..



Kepada yang zaman kanak-kanak dia bosan main nintendo dan patung barbie dan tak pernah kenal apa tu konda-kondi,
just google it and ada 1001 descriptions tentang konda-kondi..
Secara ringkasnya game ni melibatkan dua batang kayu dan sekurang-kurangnya boleh main 2 orang sebagai lawan.

Si budak gemuk busuk tu SETUJU!
Dia kata, "aku power main konda-kondi!!"
Aku balas, "aku tak power, tapi aku akan kalahkan ko, gemuk!!"

Yang menarik,
dari dua orang, ada 3 orang perempuan datang join.

Since, salah sorang pompuan tu macam paling hot dalam kelas,
sekelompok budak laki pulak join..

Bila dah bising laki pompuan,
yang lain tengah main bola dan tali skipping '..bomba datang berlumba-lumba..' pun dengki dan datang join.
Sedar-sedar je, satu kelas main konda-kondi tu.
Dan bola dibiarkan di tengah padang..kesunyian...

Sejak dari tu,
mungkin sebab aku berjaya menghilangkan bosan budak gemuk busuk tu,
dia dah layan aku dengan baik..
Belanja kerepok durian masa rehat,
bagi aku salin jawapan latihan matematik dia waktu pagi sebelum bunyi loceng kelas..
sebab seronok, aku pon layan je dia...
Last-last jadi kawan baik selama setahun!

Dari situ aku sedar satu hal,
kanak-kanak begitu kudus,
kudus sampaikan hanya kerana perkara kecil,
persengketaan besar boleh dilupakan sekelip mata.

Kita yang dewasa patut belajar dari kanak-kanak!


postquam-scriptum:
Agak kasar bila aku ngaku dia kawan baik aku dan aku tetap panggil dia 'Si Budak Gemuk Busuk', kan?
Seriously, memang aku panggil dia nama tu..
Dan dia bangga dengannya..
Sebab aku singkatkan 'gemuk busuk' jadi 'gebu'...
Sapa tak bangga kena panggil gebu, kan???

=================

Sekali lagi aku sisipkan di sini FB Page blog ni..
Saja nak promote..Harap-harap kita boleh lebih berinteraksi dengan kerap di Facebook!
Like laa yek!!!

Jan 3, 2011

Kisah Aku dan Budak Gemuk Busuk!

Oleh kerana aku menulis blog setiap malam sebelum 12,
dan dijadualkan utk terbit selalunya pagi pukul 9,
ini merupakan entri pertama aku tulis dalam tahun 2011.


Duduk atas kusyen, layan Buletin Utama.
Ada satu liputan tentang budak darjah 1 masuk sekolah untuk orientasi.
Wartawan tanya "Besar nak jadi apa?"
Ada kata nak jadi pilot, cikgu dan lebih memeranjatkan,
ada jugak yang nak jadi ustaz.

Alhamdulillah!
Ada jugak generasi muda yang bercita-cita nak jadi ustaz.



Benda alah ni membuatkan aku terimbau kembali memori darjah satu aku.
Otak aku diajar agar tidak terlalu lama menyimpan perkara yang tak memberi manfaat terhadap diri,
ianya umpama survival skill of archiving memories in head something like that crap..
Akibatnya, hanya sedikit memori tentang masa aku darjah satu.
Antaranya, ialah cikgu bertanyakan cita-cita semasa hari pertama persekolahan.

Cikgu kelas aku bernama Salmi.
Dia cantik, dia manis, dia lembut.
Aku memang sangat sukakan dia.
(Nampak tak? Dari kecik aku tak gay, aku okey!)

Cikgu Salmi bertanya satu-satu pelajar tentang cita-cita mereka.
Ada yang kata doktor, pilot, cikgu...
ala, jawapan cliche kanak-kanak yang kudus dan mulus.

Sampai ke giliran aku,
"Sebut nama awak, dan cita-cita awak..."

"Nama saya _______"
Tetiba ada satu budak gemuk busuk dari belakang bersuara.

"Kenapa nama macam perempuan??"
Diikuti dengan gelak tawa yang kuat dari ramai orang!

Aku jeling dia.
Cikgu Salmi kawal keadaan supaya berhenti ketawa.
Uh! Dia betul-betul Wonder Woman aku...

"Awak nak jadi apa??"
"Saya nak jadi pegawai bank!" aku jawab!

"Dia ni gila duit!!"
Juga datang dari budak yang sama, dan diikuti dengan ketawa satu kelas.

Aku jeling dia lagi.

Waktu rehat,
semasa di kantin, aku nampak budak gemuk busuk tu dari jauh sedang makan.
Aku lalu sebelah dia, aku 'sengaja buat tak sengaja' tumpahkan gelas air sirap dia di atas meja dan mengakibatkan air tu tumpah di bahagian cawat seluar dia.

Selepas mintak maaf, aku berambus dalam senyuman.
Kena carut sekali dua tu, alaa, dah immune laa...

Bila waktu masuk kelas semula,
semasa budak gemuk busuk tu masuk kelas,
aku jerit dan berkata,
"Eh?? Asal seluar dia basah??? Kencing dalam seluar ke??"

Ketawa habis satu kelas.
Termalu budak gemuk busuk tu.
Terdiam!

Balas dendam terlaksana!





postquam-scriptum:
Sejak dari tu, budak gemuk tu dah tak mulut bising dah.
In fact, dia berkawan rapat dengan aku selama darjah satu,
sebab darjah dua aku dah berpindah ke Kuala Lumpur.

===================

Aku sisipkan di sini FB Page blog ni..
Saja nak promote..Harap-harap kita boleh lebih berinteraksi dengan kerap di Facebook!
Like laa yek!!!


Jan 1, 2011

YOUKOSO!! 2011!!

Selamat Tahun Baru
2011







Aku selalu berangan,
kalau 2010 ada bentuk manusia,
agak-agak dia laki ke perempuan?