Jan 19, 2011

Manifestasi Manusia Murah

Ketika ini...

inilah perasaan aku



Walaupun orang lihat aku berdiri tegak,
tapi pada dasarnya aku melihat diriku sedang berpusing-pusing dalam dunia dipanggil realiti.
Satu perasaan yang (aku rasa) amat TAHI.



inilah ekspresi aku



Seringkali kita terpaksa menukar topeng muka
kerana isi yang teruk dan buruk harus dihias dengan luaran yang elok
hanya kerana kita tak mahu orang tahu apa yang tersimpan di dalam.




inilah yang aku mahu



Hanya sepasang sayap yang aku perlukan
untuk aku terbang ke awan kebebasan
dan hilang dari belenggu rantai besi yang bernama kekejaman.




postquam-scriptum:
Maafkan aku semua rakan yang membaca. Kebelakangan ini aku terpaksa me'monolog'kan tulisan aku dalam setiap terbitan hanya kerana aku tak mahu kalian juga turut dibebani segala keberatan hati. Aku percaya Tuhan Yang Maha Esa sedang menguji aku sepenuh-Nya dan Dia takkan membebankan aku lebih dari yang aku mampu. Percayalah, aku sedang mengutip serpihan diri yang bertaburan agar aku kembali seperti biasa. Sekiranya ianya selesai, kalian (yang aku sayangi)lah manusia pertama yang tahu bahawa aku tidak apa-apa. Percaya atau tidak, blog ini adalah satu-satunya tempat aku luahkan ketidakpuasan hati, sedangkan di luar aku masih senyum, berjenaka dan bergelak ketawa.


postquam-subscriptum:
Disebabkan aku tak reti lukis sayap sebab aku tak pernah lukisnya sebelum ini,
lukisan sayap di imej ketiga di atas kelihatan seperti sayap kustom Cardcaptor Sakura.

14 comments:

  1. xpe cero..perlahan2..
    satu hari nanti kegembiraan akan jd milik ko jugak..
    dugaan tu Tuhan bg utk kite byk2 bersabar dan berdoa kepadaNya..
    insyaAllah..ade rahmat disebalik setiap kejadian..

    ReplyDelete
  2. cero the wingman
    itu yang kita mahu:D

    ReplyDelete
  3. still ad karakter comel d ctue..
    >>cardcaptor sakura..

    ReplyDelete
  4. bukan senang nak lupa bnda penting dalam hidup kita. perlahan2 cEro. lama2 nanti kau akan jumpa topeng gembira itu. aku yakin. nak kawan borak, cari je aku kat YM k. :)

    ReplyDelete
  5. kuat cero..senyuman kadang2 meyorokkan duka di hati..da lame aku x tgk cite sakura tu..=)

    ReplyDelete
  6. Take ur time. :) When ur ready u can be soo much better person afterwards.

    ReplyDelete
  7. besau nye sayap. kelakar haha.
    cero, jangan la sedih2, stress..
    takmo takmo (:

    ReplyDelete
  8. hrpnya sayap itu tdk bmaksud dunia yg 1 lg

    ReplyDelete
  9. bertahan...
    sabar...
    Insyaallah...

    ReplyDelete
  10. yep , be tough .

    chaiyok , cero ! u can do it .
    fighting !
    *pompom girl ? -_-"


    btw , love this entry :)

    ReplyDelete
  11. topeng itu hanya perlu sedikit pengubahsuaian.dan kesemua topeng itu bisa bertukar menjadi topeng gembira.

    hey,live ur live :)

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026