Jan 21, 2011

Mereka Gelakkan Kelelahan Aku



Bertempur dengan satu pihak yang konon ada kuasa memang susah.

"Awak patut bertanggungjawab dengan kelalaian awak.."
"Saya sedar perkara itu, tapi saya yakin masih ada ruang.."


"Bukan awak yang berkuasa letakkan ruang dan peluang, itu pihak kami.."
"Ya, saya tahu. Dan sebab itulah saya datang dan merayu.."


"Tapi saya rasa rayuan awak tak cukup sempurna.."
"Jadi bantu saya untuk sempurnakannya.."


"Awak nak kami pula buatkannya untuk awak??"
"Bukan itu maksud saya..Maksud saya, kalau ada cacat cela dalam segala prosedur yang telah saya ikuti, bolehlah saya diberitahu supaya saya mampu diperbaiki..."


"Ini kesilapan awak, awak sendiri patut selesaikan dan bertanggungjawab.."

Dan perbualan kami berpusing-pusing di tempat yang sama.


Manusia sekarang suka fokus kepada masalah.
Kita patut fokus kepada penyelesaian.

Dan lagi mengecewakan, yang berkata begitu hanyalah kerani.
Bila diminta peluang untuk berjumpa pihak yang lebih tinggi,
mereka melenting dan kata "tidak perlu sampai ke tahap itu..."

Bila ada rakan sekeranian lain bertanya apa yang berlaku,
dia berpusing dan berkata
"..ada budak nak buat rayuan, tapi kertas rayuan pun macam karangan budak tadika.."
dan ketawa memecah suasana.

They laughed at my pain.
..and I am half inches more to giving up...

postquam-scriptum:
Masa perkara ini berlaku, aku menggunakan jari membuat simbol pangkah di atas angin.
Kerana suatu hari nanti, jika mereka gelakkan kelelahan aku,
aku akan pastikan mereka dapat satu keychain yang diperbuat dari bebola mata mereka sendiri.

15 comments:

  1. sabo je la bro, idup ni tak seindah yang kite sangkakan.

    ada 1001 cara untuk berjaya, satu tertutup boleh guna cara yang lain.

    p.s: kalau semua nak jadi doktor, jurutera dan peguam, siapa yang nak jadi nelayan, petani dan peniaga?

    ReplyDelete
  2. berurusan dgn org bwhn kadangkala lbh susah daripada berurusan dgn org atasan.karenah org bwhn sendiri menyesakan urusan.aku memang manusia yg tak tahu sabar.kalau kene kt aku, mmg aku jumpa pengarah terus.lebih senang.tapi aku th kau penyabar lbh sikit dr aku.

    ReplyDelete
  3. dont give up.. yet cero..

    ReplyDelete
  4. sabar la bro..istighfar byk2..
    skrg mase ko dpt ssh..mase dorg dpt ssh nnti bru dorg tau teruknye diketawakn, ditengking dan diherdik..
    bukannye mendoakan yg tidak baik utk org lain..tp Tuhan tu Maha Adil..
    percayalah pada itu..

    ReplyDelete
  5. biasala tu org bawahan..dorg fkir boleh handle sume..so xyah jmpe org atasan..kalu jmpe nampak sgt yg die xreti buat kerja..lumrahnye..keje dorg tu menyakiti hati kite.

    taik tol..sesuke ati kate surat tadika@.@"

    ReplyDelete
  6. manusia, ada kuasa sikit nk berlagak. typical. xyah nk amek pot sgt ler..

    ReplyDelete
  7. i think they need a pair of glasses bg terangkan sikit mate tu..ingt bdk tadika x bole buat krgn yg baik ke??come on laa..buat malu kaum je mereka2 ini..huh..

    p/s: be strong cero!!! :)) ♥

    ReplyDelete
  8. Cero ko mesti tau apa yg akan aku ckp kan? keep on fighting!! Sebab aku tau hardship nak jumpa2 orang ni. Tapi bila dh berjaya mmg rasa puas. :)

    P/s= Bila tgk header ada gmbr kepak2 kt kepala. teringat kt Mr.2 dlm one piece. Wakakaka

    ReplyDelete
  9. cero..jgn sedih....teruskanlah!!!!
    -nekmo-

    ReplyDelete
  10. walaupun aku tak kenal ko cero
    aku nak kata "dont give up cero"

    ReplyDelete
  11. cero...biase lah sesetengah org kalo da berpangkat ckit..mule lah lupe daratan..tp aku rase kerani tu agak kurang ajar..x berlapis time bercakap..ini hari ko..esok lusa hari dorang plak..

    ReplyDelete
  12. mcm cEro kata...
    "be strong...just be strong..."

    jgn sedih2...(:

    ReplyDelete
  13. there always has a solution..
    always pray to HIM for the guidance~ :)

    ReplyDelete
  14. bkn xboleh tolong pun.

    once wise man said,dont call someone stupid unless u already teach/correct him.

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026