Jan 4, 2011

Bagaimana Aku Boleh Kawan Baik Dengan Budak Gemuk Busuk!

"..terus kwan baik? hahaha.. mcm mana pulak tu?"
komen WZulhilmi dari entri yang lepas.

susulan cerita "Kisah Aku dan Budak Gemuk Busuk". Baca laa ni dulu, serius tak rugi!

Sejak peristiwa hari pertama dengan budak gemuk busuk tu,
aku dan dia tak bertegur sapa langsung.
Serius!
Aku dengan budak lain OK je, tapi bila dengan dia macam 'hek-eleh, watpe aku nak baik dengan mamat yang kenakan aku paa hari pertama sekolah!'...



Suatu hari, waktu PJ.
Cikgu PJ yang aku lupa nama dia dari hari pertama dia perkenalkan diri berkata,
"Kamu semua bebas nak main sukan apa pun di padang!"

"Huurayyy!!!"
kelas bersorak sebab sebelum ni PJ bosan sebab asyik kena senamrobik laa, main lompat kon gelung rotan bla bla bla boring...

Natijahnya,
yang perempuan ramai main tali skipping 'umah terbakar panggil bomba..',
yang laki pulak, ambil bola dan main bola tengah padang..

Aku merasakan agak bosan sebab semua budak laki nak tunjuk power nak jadi striker.
Bila bola ke kanan, semua 20 orang budak laki pulun belah kanan.
Bila bola ke kiri, semua 20 budak laki pulun belah kiri.

Aku pandang tepi padang.
Ada budak gemuk busuk tu tepi padang. Tak main.
Aku pergi tegur...

"Apsal ko tak main, weyh??"
"Aku lelah, semput..Aku takleh penat-penat sangat.."

Sebab muka dia macam 'WTF bosan habis nih' (WTF = where's the fun),
aku cadangkan dia main satu game dengan aku.
Game bernama, KONDA-KONDI..



Kepada yang zaman kanak-kanak dia bosan main nintendo dan patung barbie dan tak pernah kenal apa tu konda-kondi,
just google it and ada 1001 descriptions tentang konda-kondi..
Secara ringkasnya game ni melibatkan dua batang kayu dan sekurang-kurangnya boleh main 2 orang sebagai lawan.

Si budak gemuk busuk tu SETUJU!
Dia kata, "aku power main konda-kondi!!"
Aku balas, "aku tak power, tapi aku akan kalahkan ko, gemuk!!"

Yang menarik,
dari dua orang, ada 3 orang perempuan datang join.

Since, salah sorang pompuan tu macam paling hot dalam kelas,
sekelompok budak laki pulak join..

Bila dah bising laki pompuan,
yang lain tengah main bola dan tali skipping '..bomba datang berlumba-lumba..' pun dengki dan datang join.
Sedar-sedar je, satu kelas main konda-kondi tu.
Dan bola dibiarkan di tengah padang..kesunyian...

Sejak dari tu,
mungkin sebab aku berjaya menghilangkan bosan budak gemuk busuk tu,
dia dah layan aku dengan baik..
Belanja kerepok durian masa rehat,
bagi aku salin jawapan latihan matematik dia waktu pagi sebelum bunyi loceng kelas..
sebab seronok, aku pon layan je dia...
Last-last jadi kawan baik selama setahun!

Dari situ aku sedar satu hal,
kanak-kanak begitu kudus,
kudus sampaikan hanya kerana perkara kecil,
persengketaan besar boleh dilupakan sekelip mata.

Kita yang dewasa patut belajar dari kanak-kanak!


postquam-scriptum:
Agak kasar bila aku ngaku dia kawan baik aku dan aku tetap panggil dia 'Si Budak Gemuk Busuk', kan?
Seriously, memang aku panggil dia nama tu..
Dan dia bangga dengannya..
Sebab aku singkatkan 'gemuk busuk' jadi 'gebu'...
Sapa tak bangga kena panggil gebu, kan???

=================

Sekali lagi aku sisipkan di sini FB Page blog ni..
Saja nak promote..Harap-harap kita boleh lebih berinteraksi dengan kerap di Facebook!
Like laa yek!!!

22 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. heheh..bgus2..mase kanak2 ni hati suci lagi..
    cube dh beso skit..
    pandai dah berdendam...

    ReplyDelete
  3. kanak-kanak begitu kudus,
    kudus sampaikan hanya kerana perkara kecil,
    persengketaan besar boleh dilupakan sekelip mata.

    Kita yang dewasa patut belajar dari kanak-kanak!


    LIKE!!!!!!! true!!!

    ReplyDelete
  4. budak2 kecik ni hati dorang suci murni..hehe..ak suke bab yg ko tulis kt postquam-scriptum..hehe..

    ReplyDelete
  5. habis berlubang padang ko korek. Hahaha.. Tapi mmg betul budak2 mmg cepat lupa apa salah yang lepas. sbb kudus. :D org besar bwk sampai ke mati! Hahaha

    ReplyDelete
  6. konda kondi? zaman aku sekolah rendah. semua perempuan. balik2 bola jaring, skipping bomba td la. ting2 kee, rebut tiang laa. isk. aku tak pernah main konda kondi

    ReplyDelete
  7. @mr delirium
    hahaha, where's the fun???

    @pu3aan
    hahaha, perli aku ek???
    hahahah

    @Sophie Al-yahya
    kan??
    bile dh besar, semua nk dendam sgala bagai, termasuk aku...

    @tulip
    hahaha, dia tahu aku panggil dia gebu sbb gemuk-busuk!

    @WZulhilmi
    hahaha, org dewasa skang kejenye asyik nk gaduh je...
    tgk je laa parti politik yg ada...

    @m i r a f i q a
    tapi ko tau tak konda-kondi tu ape???

    ReplyDelete
  8. betul, gaduh sbb perkara kecil, baik pun sbb perkara kecil

    ReplyDelete
  9. kih3. gemuk busuk = gebu.
    comel je. hee :)

    ReplyDelete
  10. konda kondi mesti fofular masa zaman tu.. zaman kanak2,, free, x de apa yg peningkan kepala..

    ReplyDelete
  11. @.::WaNiE::.
    budak kecik kudus...
    ntah sejak bila ntah kudus tu dah hilang bila naik dewasa...

    @luvly mya
    hahaha, kan?? kan??

    @liyanaziz
    game paling senang nak main sebab semua bahan dah ada kat keliling..

    ReplyDelete
  12. time zaman budak2 memang macm tu kan? gaduh2 manja kate org..hahaa

    ReplyDelete
  13. Budak-budak bergado..
    esok-esok lusa leh bertego sapa..

    mak bapak begado..
    esok-esok..
    buat bodo..
    xdeknya nak betego sapa..

    kesian kan?

    ReplyDelete
  14. wahh!! konda-kondi!! rindu gila! lama x men :<

    ReplyDelete
  15. @::ienafazlyna::
    haha, gadoh mcam power, tp takde yg simpan dlm hati, kan???

    @Sellynna
    ish ish ish, lg terok kalo yg smpai cerai berai dan guna alasan 'tak sehaluan'..

    @Amir Auxin
    hahaha, kalo ko tanye aku, aku pon dh lupa dh camne nk main...
    hahahah

    ReplyDelete
  16. ko sbut konda-kondi tp kat tmpt aku dulu pggil len tp aku dh x igt da...aku slalu men tepi umah aku ngn abg, kwn2 n spupu-papat aku...
    pergh! sronok msa kecik dlu...men polis entri, ice water, patung n pe lgi...bdk2 skg mn men...diorg tau men PSP, PS3 pe agi ek....DOTA!!! haha3

    ReplyDelete
  17. @Miss Comot
    susah dah skang ni nak cari bdak2 yg main game2 camtu...
    even kt kmpung pon tak ramai dah..

    ReplyDelete
  18. @Amir Auxin
    tu laa, hal camni mmg susah nak lupa!

    ReplyDelete
  19. seriously,aku xpernah main konda kondi.tp teringin nk main.ajar weyh.

    ReplyDelete
  20. @iemaZAIMAH
    secara keseluruhannya aku pon dh lupa...
    tp kalo ko nk main, ape kate ko organize satu event permainan rakyat kt tmpat ko..

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026