Dec 28, 2016

Nama Aku cEro.





Salam.

Tiada komik minggu ini.

Ini adalah entri terakhir tahun 2016
dan aku secara rasminya berjaya post entri pada rabu setiap minggu tahun ini.
TAHNIAH BUAT AKU.

Mulanya aku mahu minta maaf dahulu.
Kalau kalian perasan, aku semakin jarang reply komen dan juga singgah blog kalian yang membaca kebelakangan ni.
Aku nak salahkan sambungan internet yang siput di tempat aku ini
tapi aku akan salahkan sepenuhnya kepada diri sendiri kerana kurang ambil inisiatif lain.

Maafkan aku.

Disebabkan ini adalah entri terakhir 2016,
biar aku kongsikan sesuatu peribadi tentang diri sendiri.




Nama aku cEro.
cEro adalah alter ego yang sudah lama aku pakai bermula beberapa tahun dahulu.
Dan beberapa tahun selepas itu aku buat keputusan untuk memisahkan cEro dan diri aku sebenar atas beberapa sebab yang tidak mahu aku senaraikan.

Semasa ambil keputusan untuk menjadikan cEro sebagai satu entiti/identiti berasingan,
aku sudah dapat agak segalanya bukannya mudah.

Dalam satu episod Criminal Minds ada memberitahu,
seorang perisik (spy) hanya boleh ada dua identiti lain selain dirinya pada satu tika yang sama.
Miliki identiti lebih daripada itu akan menjadi bebanan kepada minda dan psikologi dan mungkin akan menggugat kesihatan mental si perisik.

Aku mula faham kenapa begitu boleh berlaku.

Aku tak kata aku spy, aku juga tidak menidakkan.
Tapi memiliki satu kehidupan normal sebagai diri sendiri dan dalam masa sama wujudkan satu cerminan diri yang bernama cEro sedikit sebanyak bukanlah perkara yang mudah.

Mungkin kalian tak rasa susahnya kekalkan alter ego cEro kalau cEro sekadar cerminan maya diri sendiri.
Ya, aku adalah cEro.
Kebanyakan cerita cEro dalam blog ini adalah cerita benar diri aku walaupun memang wujud elemen tokok tambah untuk perasaan dramatik.

Dengan kata lain, aku adalah cEro tapi cEro tak semestinya aku.



Biar aku beri beberapa contoh:

Kalian mungkin tahu aku terlibat dengan penghasilan komik indie di bawah nama Buasir Otak: The Komik?
Jilid pertama komik itu sudah memasuki pasaran mainstream di mana Alaf21 sukacita untuk menerbitkan dan memasarkannya ke kedai buku.

Satu hari aku ke kedai buku dengan kawan dan terlihat buku Buasir Otak: The Komik dipamerkan di rak jualan. Perasaan melihat nama 'cEro' tertulis di muka depan kulit sebaris dengan nama pelukis komik yang lain sangat mengujakan aku. Terasa sedikit bangga di dalam diri. Aku snap dua tiga gambar untuk kenangan. Aku sangat mahu beritahu kawan aku tadi bahawa buku itu ada nama aku tapi...

...takkan aku nak umum aku adalah cEro? kan?
Jadi aku kena tahan keterujaan yang ada dan pura-pura tidak jumpa apa-apa.




Kejadian itu tidak terhad terhadap aku ke cEro tapi juga sebaliknya untuk cEro ke aku.

Atas sebab-sebab tertentu, nama aku tertera naik di kaca TV atas satu pencapaian yang aku lakukan. Pada kali pertama ternampak nama aku naik TV, aku rasa bangga sangat, juga snap beberapa gambar. Aku sangat mahu bercerita tentangnya di blog ini tapi...

...yang naik itu nama aku. Kalau aku cerita di blog samalah macam aku umumkan nama sebenar aku siapa, kan?
Maka sekali lagi aku terpaksa tahan keterujaan diri dan pura-pura tiada benda membanggakan berlaku pada diri aku.




Dan disebabkan aku dan cEro menghuni di dalam otak yang sama,
maka aku selalu sedikit tidak percaya bila orang kata sukakan aku.
Bila seseorang kata dia suka aku, aku tak pasti dia suka aku sebagai aku atau suka aku sebagai cEro. Dan bila aku tanya mana satu, mereka tidak mampu beri jawapan yang memuaskan hati aku. Kalau dia suka cEro, maka kemungkinan besar dia tak suka aku yang sebenar dan kalau dia suka aku, mana mungkin dia suka aku sebab aku tak banyak reveal tentang diri sendiri macam mana nak suka orang yang kita tak tahu dan tak kenal, jadi kemungkinan besar dia maksudkan dia suka cEro.

cEro aku gambarkan sebagai orang yang berkeyakinan tinggi tapi diri aku sendiri sebenarnya bukanlah sebegitu jadi you cannot like me for the attributes I show in cEro. Kami serupa tapi kami tak sama.

See? Complicated kan?




Begitu juga berkawan.

Kita semua seronok berkawan dengan orang yang suka minat yang sama.
Aku suka melukis dan komik. Malangnya orang sekitar aku bukan dalam kelompok itu.
Namun dengan menggunakan nama cEro, aku dapat kenal ramai orang yang mempunyai minat yang sama dengan aku. Aku sangat gembira dapat kawan baru yang boleh bertukar-tukar idea, tapi...

...disebabkan aku mahu kekalkan anonimiti diri, aku terpaksa pilih kawan.
Ikutkan hati aku nak kawan dengan semua orang, berjumpa dengan semua orang tapi malangnya lagi ramai orang aku kenal rapat bermakna lagi tinggi risiko rahsia aku akan terbongkar.

Aku sudah beberapa kali sertai meet up atas kapasiti sebagai cEro.
Banyak yang tanya aku soalan peribadi. Ikutkan hati aku boleh sahaja tipu tapi kalau tipu aku berdosa. Kalau aku jawab benar pula aku seolah-olah bongkar rahsia sendiri jadi aku ambil keputusan untuk tidak menjawab mana-mana soalan bersifat menggali.

Bukan. Aku tak kata kalian mulut tempayan,
tapi memang wujud situasi di mana orang 'tidak sengaja bercerita' tentang diri aku sebenar tanpa dia sedar. Hal ini berkali-kali sudah berlaku. Setakat ini aku boleh kawal tapi aku tak pasti di masa hadapan apatah lagi bilangan orang yang tahu rahsia siapa cEro semakin bertambah.




Terlanjur bercerita tentang rahsia,
di sini aku nak ingatkan secara mesra, kepada kawan-kawan yang kenal siapa cEro, aku harap-harap-harap-harap sangat dan merayu agak kalian supaya simpan rahsia itu tidak kira apa pun berlaku. Pisahkan aku dengan cEro. Lihat kami sebagai dua entiti berbeza yang tiada kaitan dan jangan sesekali panggil aku cEro di alam nyata dan jangan sesekali panggil nama aku di alam maya.

Aku beri kepercayaan tinggi kepada kalian si pemegang rahsia.
Tolong simpannya sebagai amanah walaupun kita mungkin ada perselisihan faham sana sini.

Aku paling risau dengan spesies begini:
"Aku ada satu rahsia tapi kau jangan beritahu orang lain tau."

Aku sudah bertemu dengan banyak spesies begini dan ada di kalangannya adalah rakan baik aku tapi aku terpaksa senaraihitamkan mereka kerana spesies beginilah yang kadang-kadang menjadi agen menyebaran rahsia tanpa mereka sedar.

Dan aku minta maaf kalau orang itu ada di kalangan kalian yang sedang membaca ini.

Aku ada sebab kenapa aku perlu rahsiakan identiti diri.
Walau apapun sebabnya, tidak kira masuk akal atau tidak,
tidak kira sebabnya kecil ataupun melibatkan soal nyawa
aku sangat harap kalian boleh simpan rahsia itu.




Dan aku cukup tak suka orang ugut aku dengan rahsia aku,
"Aku tahu kau siapa jadi ikut kata aku hahahahaha"
Maaflah.
Kau tahu rahsia aku sebab aku juga tahu sebahagian rahsia kau.
Kau betul-betul ingat aku beritahu rahsia aku dekat kau senang-senang ke?
Contohnya, orang yang tahu muka aku bermakna aku juga tahu muka dia.
Orang yang tahu nama aku bermakna aku juga tahu nama dia.
Orang yang tahu nombor telefon aku bermakna aku juga tahu nombor telefon dia.
Ini namanya pertukaran sama nilai.
Satu perkara yang aku tahu aku sangat bagus lakukan ialah menggali maklumat.
Jadi fikir dua kali dulu sebelum ugut aku dengan rahsia aku.




Aku sudah nekad tidak akan wujud saat di masa akan datang di mana aku akan reveal siapa cEro yang sebenarnya dan ambil tampuk identiti cEro sambil mengumumkan nama sendiri.

Jadi kalau satu masa nanti semua ini tidak lagi berada di bawah kawalan aku, aku hanya ada pilihan untuk meninggalkan salah satu identiti.

Aku tidak mungkin akan tinggalkan identiti diri sendiri, jadi pilihan yang tinggal adalah meninggalkan identiti cEro.

One day, kalau keadaan memaksa, cEro mungkin akan aku hilangkan dari alam maya.





Nama aku cEro.
cEro adalah alter ego yang sudah lama aku gunakan.
Gembira dapat berkenalan.
Jumpa lagi di tahun hadapan.





.

Dec 21, 2016

Cukup Kuat Untuk Menempuhnya.



Salam

Beberapa hari lalu abang aku ada buat sedikit sambutan hari lahir anak dia merangkap anak buah aku.
Semua ahli keluarga dapat berkumpul meraikannya.

Maka dapatlah aku bertemu dengan anak buah aku yang berumur 7 tahun seorang ni.





Anak buah aku gelar diri dia Abang sebab dia ada adik.
Semua orang panggil dia Abang, aku je tak panggil dia Abang sebab aku rebel.
Aku bahasakan diri sebagai Uncle kepada dia,
jadi bakal isteri aku akan dipanggil Auntie (info tak penting!)

Abang ni tahu aku suka Lego.
Dia selalu selongkar bilik simpanan Lego aku bila balik ke rumah Mak Abah aku.
Selalu dia pujuk aku suruh bagi dia satu dua Lego Minifigure aku,
tapi sebab aku ni kedekut sayangkan koleksi aku,
aku pekakkan je telinga buat tak dengar permintaan dia.
Kalau dia desak juga, aku akan kata suruh Daddy dia belikan kat dia.
Bila sebut pasal Daddy, dia terus tak nak minta sebab Daddy dia garang (kot)

Sekali Daddy dia hadiahkan dia set Lego Classic yang ada 1000 pieces masa sambutan hari jadi dia yang lepas.
Original pulak tu.
Pastu tayang-tayang dekat aku adoyaiiiiii
Kalaulah dia bukan anak buah aku dah lama aku buat smackdown!

Tapi disebabkan dia hadapi saat susah sepanjang tahun 2016 ini
aku rasa hadiah mahal yang mampu buat dia tersenyum lebar memang berbaloi.
Tak sangka abang aku (Daddy kepada Abang) boleh tahan penyayang juga orangnya.
Padahal dulu masa kecik asyik bergaduh kalah main guli dengan aku hahahahaha.

Aku pernah cerita tentang anak buah aku si Abang ini di sini.
Aku tak pernah bertanya direct dengan Daddy Umi dia tentang perkembangan Abang
tapi dari apa yang aku dengar dari adik beradik lain,
aku dapat agak zaman kanak-kanak si Abang ni bakal dihabiskan dengan berulang alik ke hospital.

Zaman kanak-kanak adalah yang paling indah bagi sesetengah manusia kerana zaman itu adalah masa di mana kita sangat kudus dan tidak dipengaruhi anasir jahat luar.
We had nothing to worry. Our mind were free!

Main guli, main askar dalam longkang, main kereta Tamiya,
panjat pokok, main polis sentri, baling selipar,
jenguk rumah crush dekat tingkat 3,
tersipu-sipu nampak crush masa dekat pasar malam,
bayangkan,
semua ini si Abang mungkin tak dapat nak rasai sebab sibuk berulang alik untuk rawatan sakitnya.

Dan disebabkan sakit dia,
dia sudah tidak ke sekolah.
Sekarang aku jadi risau dengan pelajaran dia.

Tapi melihat dia dapat mainan kegemaran dan terus buka ajak Uncle dia main sama,
melihat dia tekun membina entah apa dari timbunan 1000 blok Lego yang ada,
melihat dia mampu siapkan sebuah lori ciptaannya tanpa bantuan orang dewasa,
aku tahu masa depan Abang masih jauh lagi untuk dia tempuhi
dan dia cukup kuat untuk menempuhnya.



Lego seribu ketul, kalau hilang 100 pun tak perasan, kan?
Hehehe
**niat jahat gosok-gosok tangan**




.

Dec 14, 2016

Ayam, Abah dan 'Inilah Kehidupan'.



Salam,

Tak ada komik sebab cuti panjang jadi aku pun berseronok bercuti.




So if you read my blog (which is you should)
beberapa minggu lepas aku bercerita tentang ayam jantan yang dibela Abah aku yang diberi nama Ayam.

Baca tentang Ayam di sini.

Baiklah aku tahu kalian sibuk tak ada masa nak ulangkaji cerita Ayam jadi aku ringkaskan: Abah aku bawa balik ayam dari kampung sebab nenek (dipanggil Tok) pindah rumah dengan niat awalnya mahu disembelih buat lauk tapi disebabkan sudah beberapa hari jaga jadi Abah aku terasa sayang nak sembelih dan dia buat keputusan untuk jadikan ayam itu sebagai haiwan peliharaan di rumah.

Apa yang bakal kalian baca selepas ini ialah sequel kepada cerita Ayam itu.

Nak disambung cerita,
alhamdulillah Emak dan Abah dan Tok dan adik dapat peluang untuk menunaikan umrah.
InsyaAllah kalau ada keizinan-Nya mereka akan berangkat pada awal tahun depan.
Beberapa hari sahaja nak masuk tahun depan,
jadi sekarang semuanya sedang sibuk bersiap.

Satu isu besar sebelum pergi adalah jagaan Ayam.

Tak seperti haiwan peliharaan lain (kucing contohnya),
Ayam perlukan jagaan manusia.
Bawa keluar sarang, kasi lepas bebas di laman belakang dan bila masuk waktu beri makan dedak, semua itu diuruskan Abah dan kadang-kadang Emak.
Jadi bila mereka tiada di rumah, maka tiada siapa boleh jaga Ayam.




Hujung minggu lalu Abah bertanya,
"Ada idea nak selesaikan isu Ayam?"

Emak menjawab.
"Kita sembelih sahaja buat lauk."

Muka Abah berubah.
Dia betul-betul sudah sayangkan Ayam tapi rasanya dia sedar itu adalah jalan terbaik.

Lalu,
Abah memandang aku seraya berkata,
"Ang sembelih laa, boleh?"

Mungkin Abah tak sampai hati nak sembelih sendiri ayam kesayangannya.
Pada dasarnya aku tahu sembelih ayam,
tapi aku sendiri pun sudah terasa attached dengan Ayam ni jadi aku segera gelengkan kepala tanda tidak mahu.

Aku kata,
"Kalau tolong pegang bolehlah. Tapi nanti lauk tu Alang takkan makan tau."

Emak aku pula berkata,
"Sebijik perangai macam arwah Tok Wan dulu."

Emak beritahu, lepas arwah Tok Wan bersara dan tamat tugas sebagai ketua kampung, dia bekerja sembelih ayam di pasar basah di pekan. Arwah tidak akan makan ayam yang disembelihnya. Itu prinsip dia dan jangan ditanya kenapa.
Sama macam aku juga, aku tak akan makan haiwan yang aku sembelih atau aku nampak disembelih.
Sebab tu aku kurang berminat nak tolong orang sembelih lembu ketika musim Raya Korban (walaupaun alasan utamanya ialah MALAS).

Kemudian,
Abah buat satu cadangan yang sangat brilliant,
"Beberapa hari lagi Abah dan Emak akan balik ke kampung menjenguk Tok dan selesaikan dokumen umrah dia. Apa kata kita bawa Ayam balik sama dan beri Ayam kepada orang lain di kampung tu. Sama ada mereka nak ambil buat jaga atau nak sembelih, itu terpulang kepada mereka."

Emak dan aku angguk tanda setuju.






Abah dan Emak akan balik ke kampung bersama Ayam pada hari ini (14 Disember) bermakna cuti hujung minggu lepas adalah hari terakhir aku boleh bermain dengan Ayam.

Aku duduk mencangkung sebelah Ayam.
Dulu dia lari sebab tak kenal, tapi kali ini dia menghampiri aku.
Aku rasa dia sudah mula kenal aku.
Ada beberapa kali dahulu aku pernah bagi dia makan.
Haiwan ni, tak kira haiwan apa pun, akan kenal dengan mereka yang beri mereka makan,
jadi kalau Ayam kenal aku pun aku tak terkejut.

Aku sentuh badan dia, kepala dia.
Kekadang dia tak selesa dia geleng-geleng kepala.
Kekadang dia rasa suka dia terkepak-kepak teruja.
Fikir balik, ayam comel yang berketok-ketok ni adalah cucu cicit langsung Tyrannosaurus Rex yang merupakan raja daratan satu zaman dahulu.
T-Rex tu ganas, tapi Ayam ni comel.
Kontra sangat. Tergelak kecil aku.

Tapi memikirkan juga itu adalah kali terakhir kami akan bertemu
dan selepas ini sama ada dia akan jadi peliharaan orang lain
atau menjadi lauk makanan orang lain,
membuatkan aku sedikit syahdu tersentuh.

Bila difikirkan balik (lagi), Ayam cuma seekor ayam.
Kalau dia bercampur dengan ayam jantan lain,
aku yakin aku tak dapat beza pun mana satu Ayam mana satu bukan.
Sedangkan manusia pun aku cukup susah nak cam, apatah lagi ayam.

Tapi itulah kehidupan.
Ramai yang datang dalam hidup kita (mungkin manusia mungkin ayam),
keluarga, saudara, kawan,
tapi pasti satu masa semua itu akan pergi.

Ada yang pergi bersebab, ada yang pergi tanpa sebab.
Tapi apa-apa pun kita yang tinggal ini perlu terus hidup ke depan.





Aku sedikit rasa sugul menaip entri ini.
Sungguh aku tak sangka seekor ayam pun mampu membuatkan aku terkesan sebegini sekali.

Tapi aku tak nak akhiri entri ini dengan perasaan tak best.
Jadi,
apa kata kita main satu game.
Game ini aku dapat dari internet.
Game ini dinamakan Chicken Game.
Game ini seperti di bawah:




Siapa kalah?
Angkat tangan! Hehehehe





.


Dec 7, 2016

Comel Gila!


Salam,
siapa sini pernah duduk depan cermin lepas tu puji diri sendiri kacak/cantik/comel?

**cEro angkat tangan**





Okey,
ini kisah versi panjangnya.

Aku ada dua ikat rambut.
Satu jenis getah kain, satu jenis getah sintetik.

Aku selalu ikat rambut guna yang getah sintetik kalau nak menunggang motosikal sebab jenis getah macam tu pegang kuat dan tak senang tercabut.
Jadi rambut takkan menggerbang kena tiup angin.
Keburukan dia pula, bila nak buka, rambut tersangkut-sangkut.

Yang jenis getah kain pula aku selalu pakai waktu santai lepak-lepak keluar jalan.
Jenis ni lebih selesa sebab tak rasa tertarik.
Tapi kelemahan jenis ni ialah cepat kendur.
Baru pakai smeinggu dua dah membesar macam rambut aku ni besar sanggul mak datin.

Baru-baru ni ikat rambut aku yang getah sintetik itu putus.
Itulah natijah bila lelaki dapat getah. Tak reti nak tarik elok-elok.
Dulu beli banyak, tapi sebab pakai satu je jadi yang lain aku tak pasti dah campak mana,
cari pun tak jumpa.
Maka,
aku pun pakailah yang jenis getah kain semasa menunggang moto.
Habis tunggangan, buka helmet terus rambut menggerbang macam Kak Ros.
Barulah aku perasan yang ikat rambut aku jatuh di tengah jalan.

Jadi,
habislah aku tak ada satu pun ikat rambut.

Tak boleh jadi.
Aku kemudian ke pasaraya nak beli ikat rambut.
Banyak juga habis masa di bahagian ikat rambut (aksesori wanita).
Pelik promoter dekat situ tengok aku belek-belek barang bahagian perempuan.
Tapi demi rambut, aku butakan sahaja hahaha.

Sebab tak jumpa jenis getah sintetik,
aku beli dua set ikat rambut getah kain.

Bila ikat rambut sudah banyak ni,
balik rumah aku pun cuba ikat rambut dua, twintails.
Ohhhh maaaaiiii....!!!
COMEL GILA! **puji diri sendiri**
Kalau aku jumpa perempuan macam aku, dan aku lelaki,
aku mesti akan jatuh hati dekat diri sendiri hahahaha (apa aku taip ni?)



Masa mula-mula tulis blog ni beberapa tahun lalu,
aku ada terfikir banyak perkara untuk aku ceritakan di blog.
Tapi tak pernah terlintas di fikiran aku yang satu hari aku akan bercerita tentang ikat rambut dan puji diri sendiri comel dalam entri yang sama macam hari ini.




Oh ya,
aku pernah dapat hadiah ikat rambut daripada seseorang.
Masih tersimpan elok dalam sampul yang dia berikan.
Aku sangat menghargai hadiah itu.

Soalannya, sebagai tanda menghargai,
patutkah aku pakai ikat rambut itu
ataupun lebih baik aku simpan dengan baik sebagai sebuah hadiah?






.

Nov 30, 2016

6 Benda Luar Jangkaan Yang Pernah Aku Nampak Di Atas Jalan Raya.


Salam.

Mungkin ramai yang perasan aku banyak bercerita tentang pengalaman aku sebagai penunggang motosikal untuk kebelakangan minggu ni, kan?
(Ke...tak ada siapa perasan?)
Itu adalah kerana aku meraikan tahun ke-10 sebagai penunggang motosikal yang serius di atas jalan raya.
Sebenarnya masuk tahun ke-10 pada bulan Oktober lalu
tetapi masa Oktober aku lupa jadi aku dedikasikan November sepenuhnya untuk itu.

10 tahun atas jalan raya bukanlah satu masa yang singkat.
Ikutkan meter jarak di motosikal aku (Si Kuda Putih),
jarak laluan aku sudah mampu mengelilingi Bumi ini sebanyak 1.7 kali.




Pada yang tidak pernah tunggang motosikal, biar aku beritahu,
view (pandangan) antara seorang penunggang motosikal dengan pemandu kereta sangatlah tidak sama walaupun berada di jalan yang sama.
Untuk kereta, kita seperti berada di dalam kotak,
hanya nampak apa yang boleh dibenarkan nampak sahaja.
Tapi untuk penunggang, view lebih luas dan fleksibel,
kami mampu untuk melihat benda bawah enjin motosikal kami ketika menunggang jika kami mahu.

Cukup bebelan mukadimah,
mari kita mulakan entri terakhir November ini dengan mengupas satu isu bertajuk
'ENAM BENDA LUAR JANGKAAN YANG AKU PERNAH NAMPAK DI ATAS JALAN RAYA.'



Sudah tentu ikan itu bukanlah Magikarp melainkan kalian adalah karakter di dalam siri Pokemon.


Aku pernah jumpa ikan besar melintang laluan motosikal semasa sedang aku menunggang.
Ya, secara logik mungkin ada seseorang tercicir ikan tersebut semasa melalui jalan itu, dan itu sahaja alasan masuk akal yang ada.
Tapi biar aku tekankan di sini bahawa ikan tersebut betul-betul melintang di tengah laluan dan lagi pelik, tiada calar langsung seperti tanda terjatuh pada badannya.

Gigih sungguh kalau ada manusia yang sengaja nak letak ikan tengah jalan.



Ya. Pink! Tapi aku tak pasti milik lelaki atau perempuan.


Seluar dalam jatuh di tengah jalan raya mungkin bukanlah pelik.
Mungkin ada angin kuat bertiup di balkoni rumah sesiapa dan kemudian melayangkan seluar dalam yang tergantung di ampaian.
TAPI,
laluan di mana aku jumpa seluar dalam ini ialah di atas lebuh raya yang kelilingnya hanya ladang sawit berekar-ekar. Sudahlah kedudukan dia cantik tertebar di lorong kedua. Warna pink di atas jalan tar kelabu, siapa tak perasan, kan?

Hmmm...ada orang buat projek atas jalan raya ke?
Hardcore sungguh! Savage!




Limau mandarin sangat popular bila hampir Tahun Baru Cina.
Memang pada waktu aku jumpa ini pun memang dekat dengan hari perayaan tersebut.
TAPI,
4 biji limau tersusun membentuk piramid berada di tengah lorong paling kiri sangatlah tidak masuk akal kalau nak kata tidak disengajakan, kan?

Yang pelik,
siapa yang sangat gigih bina piramid daripada limau di tengah jalan?
Lagi pelik, UNTUK APA?



Biar aku jujur di sini bahawa semasa aku tulis entri ini baru aku tahu bahawa stiletto adalah sejenis pisau, kasut perempuan yang dipanggil stiletto adalah kasut tumit tinggi yang runcing tajam tumitnya, dipanggil stiletto heels.


Seperti seluar dalam tadi,
stiletto ini berada di lorong kedua sebuah lebuh raya.
Kedudukannya tegak terpacak bersebelahan sepasang, menunjukkan itu bukannya terjatuh tetapi sengaja diletakkan.
Sudahlah warna merah, tinggi, terletak lawa atas jalan.
Dari jauh sudah nampak merahnya.

Masalahnya,
siapa yang letak, bila dan kenapa?
Lorong kedua kenderaan laju, gigih betul berhenti dan letak di situ.
Mahal kot stiletto, jadi apa keperluan perbuatan itu?



Tulisan 'HELP!' ditulis besar di atas laluan motosikal.


Okay,
ini pada aku adalah gurauan melampau yang tak masuk akal.
Bayangkan kau seseorang yang perlukan bantuan di tepi jalan,
macam mana menulis perkataan 'HELP!' dengan kapur di atas jalan laluan motosikal dapat membantu kau?
Kau ada masa dan kudrat untuk menulis besar dengan kapur sehingga tebal bermakna kau ada masa dan kudrat untuk pergi minta pertolongan di jalan raya besar yang jaraknya dekat situ sahaja.

Dan kalaupun kau perlu sangat bantuan,
bila ada orang baca dan berniat nak membantu, macam mana dia nak bantu?
Maksud aku, ada penunggang motosikal nampak HELP! kau tu dan dia berhenti nak tolong, apa pula lepas tu?
Kau ada tunggu di situ ke untuk ditolong?
Kalau ada, maknanya tak ada fungsi laa HELP! kau tu, kan?



Kenapa aku dapat tahu itu kasut bayi?
Sebab aku ada anak buah yang sebijik seketil kasut dia macam kasut yang aku nampak itu.


Berada di lorong ketiga jalan raya empat lorong,
walaupun keadaannya sama macam stiletto tadi; sepasang terletak elok di tengah jalan,
tapi isunya jauh lebih serius daripada stiletto itu.

Pada aku,
kau boleh buat prank guna stiletto walaupun apa tujuan kau.
Tapi bila wujudnya kasut bayi, maknanya ada bayi yang telibat.
Mana ada ibu bapa budak nak letak kasut bayi mereka saja-saja.
Bermakna, sama ada kasut itu dicuri, ataupun dibeli.
Kalau kasut itu dicuri, maka ada bayi yang kehilangan kasut.
Kalau kasut itu dibeli, maka ada bayi yang tidak dapat memiliki kasut.

Lagipun,
apa fungsi letak kasut bayi di tengah jalan raya?
Kelakar apa yang dia nak buat ni?
Tak sampai laa....Tak sampai.




xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxx


Ini hanya 6 benda tak masuk akal yang pernah aku nampak di atas jalan raya.
Ikutkan, atas jalan raya ni banyak benda.
Kulit durian, kotak rokok, tayar lori, beg sekolah.
Mungkin pada sesetengah orang jalan raya adalah tong sampah besar mereka.
Tapi biar aku beritahu satu hal,
batu sebesar penumbuk budak kecil pun mampu buatkan motosikal pada kelajuan biasa hilang keseimbangan, apatah lagi kulit durian.
Sampah yang kita buang itu mungkin penyebab kematian kepada penunggang yang lain.

Beringat-ingatlah.

Mengakhiri entri ini,
apa benda paling pelik/ tak masuk akal/ luar jangkaan pernah kalian nampak di atas jalanraya?

Aku pernah nampak penunggang lelaki dan pembonceng perempuan tak pakai baju atas jalan. Hanya berhelmet dan berseluar.
Betul-betul cuci mata aku waktu tu. Tak berkelip. Hahaha
Entah apa cerita di sebalik peristiwa tu.
Mungkin tengah projek dekat ladang sawit lepas tu kena kejar si hidung penyek kot.

Sekian.





.

Nov 23, 2016

Terowong Kecil Itu...



Salam.

Secara peribadinya, aku masih tak pasti sama ada laluan khusus motosikal di lebuhraya adalah satu idea yang bagus ataupun tidak.

Dari segi keselamatan bab terasing daripada kenderaan lain itu bagus.
Tapi tahukah anda laluan motosikal di lebuhraya makan kilometer lebih banyak daripada laluan utamanya?
Aku bagi contoh, dari rumah aku ke Shah Alam kalau ikutkan meter kereta hanya berjarak 27km tapi kalau tunggang motosikal ikut laluan khusus, jaraknya jadi 33km.

Kenapa lagi jauh?
Sebab bila di lebuhraya ada bertemu persimpangan, laluan motosikal akan dibuat lencongan mengelilingi persimpangan itu.
Kalau sekali lencongan makan 500m, kalau dah 10 kali?

Hmmm...tak faham kan?
Aku pun tak pandai nak terangkan bagi faham tapi itulah realiti.







Satu lagi sebab kenapa aku rasa laluan khusus motosikal di lebuhraya bukan idea yang bagus ialah kedudukannya yang terpencil dan meningkatkan kemungkinan orang untuk berbuat jahat.

Baru-baru ni ada kes di mana seorang peronda lebuhraya kena jerat samun yang dipasang di terowong kecil laluan motosikal. Rentang dawai melintang, bila moto lalu tak nampak, dawai tersangkut di leher dan jatuh. Lepas jatuh, orang jahat yang menunggu akan datang dan samun mangsa. B*ngsat gila perangai.

Dah laa kes dawai lintang tu kena dekat lebuhraya yang aku pakai harian.
Alhamdulillah tak kena pada aku.
Tapi tiap kali aku lalu terowong, aku akan jadi seriau memikirkan apa yang berlaku.

Tapi kes itu bukan baru.
Cerita orang pasang jerat untuk samun penunggang motosikal memang tak asing di kalangan penggiat arena tunggangan tanahair.

Kes tabur paku tak payah cerita semua dah tahu. Dah basi.
Tabur paku di laluan motosikal lepas tu bila tayar pancit, datang samun.
Ada pulak yang nak cari rezeki, tabur paku, bila tayar pancit dia datang sebagai pomen padahal dia yang tabur awal-awal tadi.

Pada aku, laluan khusus itu sudah bagus,
tapi kenalah ada tindakan susulan seperti pemantauan keselamatan, penyelenggaraan jalan, dan kalau boleh janganlah buat jalan itu terpencil sangat.
Aku pernah jumpa babi lintas laluan motosikal tau...
Punyalah hutan rimba sampai yang melintas jalan itu adalah babi.

Tapi itulah...
Aku dapat rasa nyawa penunggang motosikal nilainya macam kelas ketiga.
Tiap-tiap hari boleh aku kata aku nampak kemalangan melibatkan motosikal
tapi dalam surat khabar dan berita yang jadi sensasi hanyalah kemalangan yang melibatkan kenderaan bertayar lebar.

Aku rasa aku dah cakap tapi aku nak ulang.
Tak kira siapa, kerajaan atau pembangkang,
siapa yang masukkan peningkatan keselamatan jalanraya untuk penunggang motosikal di dalam manifesto mereka, aku akan undi.
Dan aku akan berkempen kepada orang lain juga supaya mengundi calon itu.
Muktamad!

We all have someone yang bermotosikal sama ada abah, abang, adik atau diri sendiri.
Nak ke satu hari nanti di sijil mati mereka tertulis tempat mati ialah di lorong motosikal lebuhraya?





.

Nov 16, 2016

Melambung-Lambung Seperti Esok Tiada Lagi.


Salam.

Salah satu cabaran utama penunggang motosikal ialah jalan yang tidak rata.
Macam aku beritahu di entri lepas,
motosikal tak ada suspension yang cukup hebat macam jenis kenderaan lain,
jadi bila jalan tidak rata, perasaan melambung itu memang over sikit macam masuk wayang roller coaster 6D.

Untuk faham betapa teruknya jalanraya tak rata dekat negara kita ni,
biar aku beritahu yang aku pernah hilang DUA KALI henfon
yang jatuh keluar dari dalam poket seluar semasa menunggang motosikal
hanya sebab jalanraya tak rata yang melambung-lambung seperti esok tiada lagi.







Tempat aku tinggal dipanggil Bandar Besi.
Tapi Bandar Besi tak wujud di peta Malaysia,
itu sekadar codename yang aku beri kepada tempat ini.
'Bandar Besi' kedengaran lebih ganas berbanding nama sebenar dia hahahaha

Ada satu jalan ni, pada asalnya jalan ini elok.
Tapi sebab ada pembinaan rumah kedai berdekatan,
jalan ini dilalui lori keluar masuk dengan kerap.
Jalan mula pecah, dan ada beberapa spot ada tumpah konkrit.
Hasilnya, jalan SANGAT tak rata.

Entah selepas aduan yang ke berapa juta kali,
barulah pihak berkuasa tempatan baiki jalan itu.
Bukan baiki sangat pun, sekadar turap balik dengan tar sahaja.
Tapi okeylah, asalkan jalan jadi rata walaupun jalan jadi tebal.

Tapi,
hanya selepas beberapa jam sahaja diturap tar,
aku ulang; BEBERAPA JAM SAHAJA
jalan itu kena korek balik.
Katanya 'perlu tanam kabel bawah tanah'
tapi neraka apakah yang mereka fikirkan?
Kenapa tak tanam SEBELUM jalan diturap?
Kenapa tunggu turap elok baru nak korek balik tanam kabel?

Hasilnya,
selepas tanam kabel, jalan itu dikambus balik dengan tidak kemas
menjadikan jalan yang sepatutnya 'baru', jadi tidak rata balik.
Bertampung sana sini macam seluar orang gelandangan kena jahit kain perca sebab koyak.

Bila jalan tidak rata, maka akan menyebabkan air bertakung.
Air bertakung maksudnya jalan mudah pecah dan tidak selamat.

Oh, did I mention yang hanya 200 meter ke depan jalan 'tampal' itu adalah pintu pagar sekolah tempat budak-budak keluar masuk?
Jalan tidak selamat berdekatan sekolah, adoooiii...
Lost faith in authority sungguh!

Sila ingatkan aku supaya tidak mengundi wakil rakyat tempat ini di PRU akan datang.







.

Nov 9, 2016

Bonggol-Bonggol Itu.



Salam.

Kalian tahu apa benda yang paling hitler sekali atas jalanraya?
Bonggol jalanraya aka speed bump.





Alkisahnya,
hujung minggu aku akan berada di rumah parents aku di satu ceruk Selangor ni.
Balik sana sebab nak makan masakan Emak yang superb.
Perumahannya tidaklah urban, tapi tidaklah rural sangat.
Mungkin dipanggil suburb kot.

Dari rumah ke lampu isyarat paling hampir tidak kurang daripada 2 kilometer jaraknya.
TAPI...

...dari rumah nak ke lampu isyarat paling hampir,
aku kena lalui 12 bumper jalan.
4 daripadanya berada di depan sekolah jadi aku faham fungsi dia.
Tapi ada dua berada di simpang cabang tiga.
Setahu aku, speed bump ni fungsinya nak elak pengguna jalanraya daripada memandu laju terutamanya di jalan lurus, jadi ada DUA dekat simpang cabang tiga yang sama sedikit WTF!

Aku tunggang motosikal.
Moto biasa je pun, bukannya superbike ke hape.
Moto macam tu mana nak ada suspension power sangat.
Jadi,
tiap kali nak menempuh bumper tu, melambung juga laa punggung.
Salah landing, terhimpit oo kilang zuriat.
Boleh bergenang ooo...

Macam aku dah biasa layan moto atas lebuhraya, bawa laju.
Tetiba masuk kawasan suburb kena terbertemu dengan bumper tanpa diundang,
makanya terbanglah aku seketika di udara.

Dan aku kena harungi 12 bumps untuk 2 kilometer itu.
Belum cerita lagi jalan yang tak rata dan berlubang-lubang.

Tapi demi masakan Mak, ku relakan jiwa...


#DiariSeorangPenunggang



.

Nov 2, 2016

Lelaki Yang Menunggang Motosikal.



Salam.

Bila dikira balik,
2016 adalah tahun di mana sudah 10 tahun aku menunggang motosikal secara serius.
Ikutkan aku sudah ada lesen B2 lebih awal daripada itu lagi,
tapi aku kira serius bermotosikal sejak dapat motosikal aku a.k.a Si Kuda Putih
dan usianya sudah pun memasuki fasa dua angka.

Jadi untuk itu,
apa kata kita berborak tentang isu menunggang motosikal.





Oleh sebab boleh tahan lama juga aku asyik bermotosikal,
jadi orang keliling aku anggap aku tidak pandai pandu kereta.
More like diorang tak pernah nampak aku memandu, so diorang assume aku tak pandai memandu.

Ya, aku tak ada kereta sendiri,
tapi aku bukanlah tak pandai langsung pandu kereta.
Manual, auto, van, even lori pun boleh aku pandu tanpa masalah (walaupun aku tiada lesen lori)

Just a fun fact about cEro;
Semasa ujian ambil lesen dulu, aku ulang ujian motosikal 3 kali, sedangkan kereta sekali uji sudah lulus dengan cemerlang.

Tapi yang untungnya orang anggap aku tak pandai memandu ni
adalah orang tak akan suruh aku pandu.
Diorang akan suruh aku jadi penumpang sahaja.
Mestilah suka kalau aku tak payah bersusah payah ingat jalan untuk memandu.
Aku ni dah laa boleh tahan selalu juga sesat orangnya.

Berbalik kepada motosikal.

Aku suka terbang.
Kalau aku ada kuasa luarbiasa, terbang adalah salah satu pilihan aku.
Jadi perkara normal yang murah dan paling dekat dengan terbang ialah menunggang motosikal.
Perasaan angin laju menyapu pipi masa menunggang memang paling WIN.
Sekali sekala perasan diri dalam suit Iron Man.
Pandangan ke depan tanpa kerangka besi, lepas tu meluncur laju atas jalanraya.
Uuuuuhhhhh. Fikirkannya pun sudah menyeronokan.

Tapi angin laju di hutan konkrit bermakna habuk pun banyak melekat di pipi.
Malanglah untuk bakal isteri aku nanti.
Tiap kali nak cium pipi mesti kena sapu habuk dulu.

View semasa menunggang motosikal dan memandu kereta sangat berbeza.
Perasaan pun berbeza.
Atas moto, kita boleh rasa kelajuan.
Kalau sangat laju, badan jadi berat untuk ke depan.
Tekanan pada badan itulah yang buat menunggang seronok.

Tapi kalau pandu kereta,
bawa sampai 120 pun belum tentu rasa laju.
Angin yang dapat pun hanya rasa kalau buka tingkap.
Itupun kalau kau bawa laju, angin takkan kena ke muka kau, tapi kena dekat muka orang yang duduk belakang kau.

Another fun fact about cEro;
Aku pernah tunggang motosikal pada kelajuan 140 km/j di Lebuhraya Persekutuan pada jam 3 pagi dan dapat kekalkan kelajuan itu selama 30 saat. **bad*ss**



10 tahun bermakna Si Kuda Putih kesayangan aku sudahpun menghampiri limitnya sendiri.
Memang ada niat dalam hati nak bertukar kasih (#ewah) tapi apakan daya, aku ni setia orangnya (selling point).

Aku sangat sukakan menunggang motosikal sehinggakan aku letak syarat supaya bakal isteri aku tak halang kesukaan aku itu.
Lagi best kalau dia sekali join sekali tunggang bersama-sama.
Tunggang moto sebelah-sebelah laa maksud aku.
Naik belakang aku tak berapa berminat sangat.
Aku tak pernah nampak orang bawa isteri/awek/chikaro dekat belakang sebagai sesuatu yang sweet.
Ke korang rasa itu sweet?

On another note,
kalian tak rasa ke perempuan yang menunggang motosikal itu sangat menarik?


Sebagai penutup entri, aku ada soalan:
Apa pendapat jujur kalian tentang lelaki yang menunggang motosikal?
Aku akui memang ada segelintir yang perangai serupa bangs*t atas jalanraya.
Tapi secara umumnya, apa pendapat kalian?
Cuba jujur sikit aku nak tahu.
Tak apa. Segala yang di sini habis di sini.

#DiariSeorangPenunggang




.

Oct 31, 2016

Lelaki Yang Sukakan Teka-Teki.



Salam.

Wow! A non-rabu punya entri!
Ini sesuatu yang rare kalau kalian kenal si pemalas bergelar cEro tu macam mana.
Mesti ada perkara penting yang cEro nak ceritakan ni sampai tak sempat nak tunggu rabu.

Entri ini mungkin panjang bergantung kepada individu, jadi be prepared or be gone.



Kalian mungkin sudahpun tahu yang aku sukakan teka-teki.
Tapi mungkin ramai yang salah sangka (dan buruk sangka) dengan beranggapan cEro suka share teka-teki sebab nak tunjuk pandai.
Aku hanya suka teka-teki macam sesetengah orang suka baca novel dan suka layan muzik K-pop.

Kau tak kata orang yang suka baca novel English sebagai pakar dalam grammar dan English literature, kan?
Kau juga tak kata orang yang minat muzik K-pop tu tahu bahasa Korea dan layak untuk masukkan Korean Language sebagai 'known language' dalam profile Facebook dia, kan?
Sama juga macam aku.
Aku hanya suka teka-teki, kenapa pula aku kena label suka tunjuk pandai?

Kalau kalian tahu latar belakang akademik aku,
mungkin tak akan terlintas langsung nak label aku tunjuk pandai.

Okaylah. Cukup cakap kosong.



Aku suka teka-teki.
Dalam blog pun sudah beberapa puluh entri tEka-tEki sudah aku terbitkan.
Tapi disebabkan trafik ke blog semakin merudum,
dan yang tinggal pun tak ramai yang minat teka-teki sangat,
jadi aku kurang bermotivasi untuk buat teka-teki lagi.

Kisahnya,
teka-teki bukannya solo game. Paling kurang perlu ada dua peserta.
Pemberi teka dan yang akan menjawab.
Kalau aku sahaja beri, tapi tak ada siapa jawab, maka bukan game laa namanya lagi.

Jadi beberapa bulan lalu,
selama 10 minggu berturut-turut aku sediakan teka-teki untuk page
Facebook Buasir Otak The Komik.
Untuk makluman, page Buasir Otak The Komik adalah page yang berkongsi karya komik (kebanyakannya satu muka) para pelukis amatur Malaysia yang mahu mencuba nasib.
Jadi pada aku, komik dan kemudian diselangi soalan mencabar minda adalah idea yang bernas, kan?

Slot teka-teki itu diberi nama 'Teka Buasir',
10 soalan setiap rabu dan jawapannya pada keesokan hari.
Niat aku pada mulanya supaya user page itu dapat manfaat,
bukan sekadar hiburan dari komik.
Aku juga mahu tangkap audiens yang lebih besar,
at least mesti ada yang tersangkut sukakan teka-teki.
Mana tahu boleh jadi bff aku ke, sama-sama jawab teka-teki.
Best jugak tu.

Jadi, inilah soalan pertama yang sediakan:


Walaupun bukan original, tapi tahap kesukarannya cukup rendah untuk tangkap minat pembaca.
Soalan yang tidak perlukan IQ tinggi, tapi masih elegan tanpa loyar buruk.
Pada aku, it's a good start...

...until some sh*tty comments came around.
Antara yang sangat beri kesan pada aku ialah komen yang berbunyi begini:

"Manusia yang cipta teka-teki ini mungkin obses dengan lubang. Mungkin."

Tidak kisahlah apa yang dia cuba nak sampaikan,
walaupun bukan aku yang 'cipta' teka-teki tu,
tapi hati aku sangat terluka dengan komen itu.
Pada masa itu aku sudah rasakan,
"Ini tidak seseronok yang aku fikirkan..."



Soalan kedua muncul seminggu kemudian.
Niat aku nak naikkan sedikit demi sedikit tahap kesukaran soalan,
jadi soalan ini memang perlu fikir jauh sikit.

Tapi aku sedar, jumlah user yang cuba menjawab turun mendadak,
tak semeriah soalan satu.
Yang ada komen pun lebih banyak nak buat loyar buruk lawak bodoh daripada betul-betul cuba menjawab.

Pada soalan ini aku sedar satu golden rule in social media interaction:
'People don't want to look stupid in social media.'
Yang tahu jawapan akan jawab sebab nak nampak hebat.
Yang tidak tahu, atau malas nak fikir akan diam dan tidak mencuba.
Yang tidak tahu tapi masih nak nampak hebat pula akan buat komen yang (pada mereka) 'witty'.



Soalan ketiga aku sudah sediakan lebih awal,
jadi tiada masa untuk ubah tahap kesukaran.
Maka sekali lagi user dihidangkan dengan soalan pada tahap kesukaran sedikit tinggi berbanding sebelumnya.

Soalan kali ini juga membuktikan inferens aku pada soalan kedua.
Makin ramai yang tidak mahu mencuba jawab kerana tidak mahu nampak tidak pandai.
Dan bilangan komen yang tiada kaitan dan sekadar loyar buruk pun makin meningkat.

Internet penuh dengan trolls.



Jadi soalan minggu keempat aku rendahkan tahap kesukaran HANYA untuk buktikan poin aku.

Andaian aku betul.
Walaupun andaian aku betul, tapi aku tak gembira.
I secretly wished for the opposite.
Ada seseorang cakap pada aku,
"Soalan terlalu senang, mesti ada trick lain yang tersembunyi, kan?"

Maaflah.
Aku terpaksa mudahkan tahap soalan hanya kerana mahu tarik semula minat user.
Maruah aku sedikit tercalar, sebab niat aku dari mula nak naikkan kesukaran sedikit demi sedikit.

Baru minggu keempat ni. Ada enam minggu lagi aku janji untuk selesaikan.





Soalan minggu kelima dan soalan keenam dibuat semasa aku berada di lowest point of motivation.
Masa ni aku hanya buat untuk habiskan 10 minggu yang aku janjikan.
Aku tidak kisah pun siapa komen betul siapa komen loyar buruk.
Siapa like siapa share langsung aku tak ambil peduli.

Tapi pada akhir minggu keenam,
ada orang cakap pada aku,
"Aku suka teka-teki kau. Walaupun sedikit susah tapi aku tetap rasa nak selesaikan sendiri tanpa melihat jawapan."




Ayat yang diucapkan seseorang itu membuatkan aku gigih siapkan sepenuhnya sampai ke minggu ke-10 dan hanya menunggu untuk diterbitkan sahaja.
Pada aku, tak apalah tiada ramai yang sukakan teka-teki aku,
tapi ada seorang pun yang dapat manfaat daripadanya, dah cukup dah.
Dah cukup bersyukur dah.

Soalan minggu ketujuh dan kelapan bertujuan untuk menguji sejauh mana tahap fleksibiliti user untuk menjawab soalan.
Soalannya sangat familiar dan popular, ramai user bagitahu pernah baca at one point of their life tapi tak ramai yang betul-betul faham konsep untuk selesaikannya.
Sekali pandang seolah-olah ia soalan ulangan,
tapi pernah jawab tak semestinya dapat jawab tidak kira berapa kali aku ulang tanya, kan?

Pada minggu ni aku nampak ramai yang struggle untuk jawab.
Aku suka.
Aku suka bila nampak kegigihan orang untuk menjawab.
Jawapan salah atau betul itu soal lain,
tapi kesungguhan tu yang buatkan aku sedikit tersentuh.

Tapi satu komen yang aku dapat untuk dua soalan ini ialah
'terlalu banyak teks, user lagi suka kalau lebih image-oriented'

Okay.



Jadi inilah soalan 'image-oriented' yang aku sudahpun sediakan.
Masih juga ramai yang tinggalkan komen bersifat loyar buruk dan bukannya cuba menjawab.

Mungkin usaha aku nak memanfaatkan masyarakat cukup setakat ini sahaja, kot.
Masyarakat Facebook secara amnya tidak suka untuk mencabar otak.
Mereka mahu isi yang lebih santai dan tidak memenatkan kepala.



At first aku ada sediakan soalan terakhir yang sangat KEBABOM,
kononnya sebagai penutup supaya pembaca dan user akan rasa nak lagi,
tapi sebab nakkan 'image-oriented', aku toss yang lama dan buat yang ini.

Soalan simple, tapi masih mampu sampaikan perasaan aku.
Aku akhiri Teka Buasir di page Buasir Otak The Komik dengan caption bertanyakan perlukah slot itu diteruskan, dan aku dapat jawapannya.

Jawapannya, biarlah aku pendamkan sahaja.







===================================================


Baru-baru ini aku compile kesemua 10 soalan dan jawapan ke dalam satu album
dan publish di page Empire State of cEro.

Klik link ini kalau berminat nak lihat : Senam Otak

Aku juga tambah TIGA lagi soalan extra dalam album itu,
menjadikan jumlah soalannya ialah 13.
Dan untuk soalan ke-13, aku tidak sediakan jawapan hanya kerana aku nak kekalkan keseronokan berteka-teki di situ.

Aku juga rebrand nama daripada Teka Buasir ke Senam Otak atas alasan:

1) Buasir adalah trademark Buasir Otak dan Buasir Otak The Komik, jadi kalau aku guna Teka Buasir macam tak best pula padahal publish dekat page sendiri.

2) Aku nak buang pandangan skeptik orang tentang teka-teki. Bila kata teka-teki mesti ingat akan muncul soalan macam 'dalam banyak-banyak mi, mi apa yang tak boleh dimakan'. Soalan aku lebih kepada uji minda jadi aku buang perkataan 'teka' dan masukkan perkataan 'otak' supaya lebih tepat merujuk kepada jenis soalan yang aku sediakan.

Jemputlah singgah dan selesaikan, ya.


Sekali lagi aku ulang,
aku buat teka-teki bukan mahu tunjuk pandai.
Semuanya sekadar suka-suka, walaupun aku ada niat nak cari calon isteri yang mempunyai minat dalam teka-teki juga, or at least dia boleh main tic-tac-toe dengan aku tanpa menyerah kalah di pertengahan permainan.


Sekian bebelan aku.
Terima kasih kerana sudi baca sampai habis.

Oh, untuk soalan 'dalam banyak-banyak mi, mi apa yang tak boleh dimakan' tu,
agak-agak apa jawapannya?
Jawapan aku BUKAN MISAI sebab kalau aku sumbat mulut korang dengan misai dan paksa kau telan, kau masih boleh dianggap makan misai, kan?

Hehehe






.

Oct 26, 2016

Diari Seorang Lelaki.



Salam.

Untuk teruskan membaca (tiada komik hari ini),
kalian perlu tahu 2 perkara tentang aku:

1) Aku mildly introvert, jadi selalunya akan mengelak daripada bertemu dengan orang. Jika perlu keluar, aku akan berpakaian biasa (biasanya selekeh) demi untuk mengelak interaksi dengan orang yang tidak dikenali. You know that one guy yang masuk kedai gift lepas tu staff kedai tu ikut rapat je dengan dia sebab muka dia suspicious? That's me. Untuk cerita kali ini, aku hanya berbaju T kolar bulat (Captain America), berseluar jeans lusuh dan ikat rambut ponytail tinggi dekat belakang. Untuk tambahan, muka aku macam mat rempit kena sagat pipi atas jalan, so yeah! I'm not that attractive at all.

2) Aku bukan seorang pembaca novel. Ya, aku suka membaca. Tapi bahan bacaan aku pelbagai, daripada komik tempatan ke komik antarabangsa, buku non-fiction, Nat Geo, Majalah Mastika, label dekat belakang roti sardin Gardenia, tarikh luput di bawah botol Calpis sehinggalah ke fakta nutrisi pada pembungkus gula-gula. Tapi novel bukan salah satu bahan bacaan aku. Novel perlukan komitmen. Untuk buku non-fiction, aku boleh baca satu bab lepas tu sambung dua minggu kemudian tanpa masalah, tapi novel tak boleh buat macam tu.


Dengan mengetahui dua perkara di atas,
kalian boleh teruskan membaca cerita yang aku akan sampaikan di bawah.





Hujung minggu lepas aku habiskan masa keluar meninjau mainan Lego di pasar karat di dalam sebuah kompleks membeli-belah. Kompleks berkenaan berada di tepi Lebuhraya Persekutuan, jadi kadar parkir dia memang macam haram mahalnya, ikut jam.

Untung aku datang dengan kuda putih aku (dibaca: motosikal).
Parking belakang bangunan, selamat, malah yang penting PERCUMA.

Setelah pusing meninjau, beli mana minifugure yang berkenan di hati,
aku buat keputusan untuk masuk ke kedai buku.
Kedai buku ini memang murah, terkenal dengan pesta buku bermaskotkan musang jahat besar tu.

Tempat pertama aku tuju ialah ruangan komik.
Pelbagai komik Marvel dan beberapa komik Amerika lain menarik minat aku,
tapi aku jenis tak beli kalau tak baca dari awal,
jadi sekadar belek-belek mengagumi bakat pelukisnya yang aku harap aku ada.

Melangkaui bahagian komik, aku sampai ke bahagian novel bahasa inggeris.
Sebab masa masih banyak, aku single tak ada siapa tunggu, dan sekadar suka-suka,
aku gigih baca setiap tajuk buku yang ada di rak itu dari kanan ke kiri.

Adalah beberapa novel yang biasa aku dengar.
Life of Pi, The Kite Runner, Lotus Eater, Pride and Prejudice...
Tapi kebanyakannya aku tak pernah dengar.
Ada satu tajuk yang menarik perhatian aku:
'The Man with the Compound Eyes'
Katanya penulis dari Taiwan, jadi gaya bahasa bukan macam penulis barat yang lain.
Aku baca summary, wow, macam best!
Tapi aku tak beli sebab aku tahu best macam mana pun aku takkan habis baca.

Ruangan novel itu penuh dengan orang.
Masa aku datang tadi macam tak ada pun orang.
Tetiba sedar-sedar kiri kanan ramai muncul.
Makcik-makcik, remaja, belia, semua ada.

Aku sudah mula rasa tidak selesa. Mildly introvert, ingat?

Tapi tiba-tiba ada gadis menghampiri aku di sebelah dan mula buka mulut,
"Kalau saya tidak pernah baca novel, tapi saya nak mula membaca, rasanya tajuk mana yang awak boleh cadangkan?"

Gadis itu good looking.
Kalau aku mencari, mungkin dia adalah jenis yang aku suka.
Suara dia sedap, bau dia wangi (creep alert)
Yang penting dia tengok mata aku bila bercakap dengan aku.
Trait itu susah nak cari zaman sekarang ni.

Look.
Aku sedar penampilan aku.
Aku tak nampak macam orang yang membaca pun.
Baju t-shirt biasa, jeans lusuh, kasut aku dari warna krim asalnya, kini warna kelabu.
Kulit aku warna tipikal lelaki Melayu, tak jambu.
Sebelah sana ada lelaki yang lebih kelihatan layak menjawab soalan itu.
Malah sebelah sini pula ada auntie yang rasanya sangat gemar membaca dan tahu semua jenis novel yang ada.
Selang dua rak pula sudah boleh capai kaunter pertanyaan,
boleh berinteraksi dengan pekerja kedai yang sentiasa ramah.

TAPI KENAPA PILIH AKU?

Masa macam berhenti seketika.
Aku cuba nak cari sebab kenapa dia tanya aku.
Ada beberapa andaian, tapi hanya sekadar andaian.
Mungkin kawan dia cabar dia untuk bercakap dengan aku yang nampak tak mesra ni.
Mungkin juga dia salah anggap aku ni kawan dia yang muka mirip-mirip.
Mungkin juga dia ingat aku pekerja kedai walaupun pekerja kedai berbaju T berwarna hitam berkolar sedangkan aku jelas berbaju T kolar bulat warna biru gelap dengan bintang Captain America di tengah dada.

Dalam masa berhenti ini juga aku ada terfikir apa jawapan yang patut aku beri.
Dia cantik, jadi mengaku bukan pembaca novel akan jatuhkan saham aku. (lol)
Aku boleh sembang kencang dengan cadangkan dia bermula dengan novel dari rak English Literature, mungkin novel seperti Tom Sawyer, Huckleberry Fin, ataupun Lord of the Flies boleh dijadikan sandaran (yes, I know a few literature books walaupun tak baca)
Aku juga boleh capai buku 'The Man with the Compound Eyes' tadi dan borak panjang berkenaan isinya sebab aku baru sahaja baca summary buku tu.

There's like 10 ways I could initiate a good talk,
tapi tetiba ayat cikgu Kemahiran Hidup aku dulu bermain di kepala:

"Segalanya yang bermula dengan penipuan tidak akan berakhir dengan kebaikan."

Lalu aku pun jawab,
"Saya tak baca novel. Saya datang sini saja tengok-tengok, sekadar nak isi masa lapang."

Ya. Muka dia berubah.
Kecewa, aku tak pasti. Tapi mungkin jawapan aku bukanlah jawapan yang dia sangka.
Tapi dia tak terus bail out.
Kami ada berbual untuk seketika dan lepas tu aku decide untuk berlalu pergi.
Sebelum pergi aku ada beri cadangan,
"Mungkin awak boleh mula dengan buku yang tidak terlalu tebal. Kalau takut cerita tak best, cuba baca dulu summary yang selalunya ada tulis di kulit belakang buku."

Dia pun senyum.
Dari senyuman itu, aku tahu,
aku sudah buat perkara yang betul untuk tidak menipu.

Tapi sampai sudah aku tak pasti apa yang membuatkan dia memilih aku daripada beberapa pilihan lain yang jauh lebih baik untuk ditanyakan soalan.

Sesetengah soalan memang tidak mungkin dapat dijawab, kan?





Kalian rasa?
Kenapa dia pilih aku?
Jangan kata sebab aku kacak sebab aku tahu aku tak.


Oh, untuk tambahan,
gadis itu berbangsa Cina.
Gadis Cina menghampiri lelaki Melayu asing yang tidak dikenali di kedai buku untuk mula bertanyakan soalan, walaupun kedengaran seperti plot menarik untuk permulaan sebuah novel cinta, tapi pada aku, adalah satu situasi yang sangat 'rare' dan janggal.
Dan aku bertuah kerana ia berlaku kepada aku.

Ah, rugi pula tak tanya nama, atau minta nombor telefon.



Terima kasih kerana baca sampai habis.
#DiariSeorangLelaki



.

Oct 19, 2016

Nombor Dua!


Salam.






Quick updates of my life:

1. Aku kini sudah tak ada roommate. Maka, bilik aku milik aku seorang.

2. Aku sedang berat mempertimbang untuk menyertai satu pertandingan melukis komik, tapi semua idea yang aku ada melibatkan watak perempuan. Seperti yang semua sedia maklum dan tidak boleh dipertikaikan lagi, aku lemah lukis perempuan.

3. Aku sudah buat keputusan yang tidak boleh aku tarik balik lagi untuk mula lukis watak perempuan dalam komik aku mulai sekarang. Jadi sila bersedia untuk mencabul pandangan kalian dengan lukisan watak perempuan yang tidak menjadi.
Wahahahaha.



Nampak tak betapa hebatnya aku tulis entri yang tak sentuh langsung tentang fakta bahawa aku tak flush jamban sendiri seperti yang aku kongsi di komik?

Kepada yang nak kata 'tak busuk ke tak flush?' biar aku beritahu,
lid jamban duduk bila ditutup dapat halang bau busuk najis,
kecuali kalau najis kalian sangat busuk sehingga lid pun tak mampu nak bendung.
Makan apa sampai busuk tahi satu bilik lekat? Hahaha
Tapi sekali dua je ya aku tak flush jamban sendiri.
Jamban awam aku mesti flush, or at least tak biarkan kapal selam tidak meninggalkan pengkalan.

Bak kata makcik cleaner bangunan tempat aku singgah tempoh hari,
"Home is where you berak comfortably."


Soalan cepu-cemas kali ini:
Antara jamban duduk dengan jamban cangkung, mana lebih anda pilih?
Huraikan.
[10 markah]







.

Oct 12, 2016

Ayam, Abah dan 'Saya Tidak Tahu'.




Salam.

Entri kali ini sepenuhnya cerita.
Mungkin sedikit ilmiah, atau sedikit satira bergantung kepada pembaca.
Poinnya, tiada komik.




Abah aku bela ayam. Seekor. Ayam jantan tua balung besar.
Abah dapat ayam tersebut daripada nenek aku di kampung.
Nenek aku pindah rumah, tapi rumah baru dia tiada reban ayam.
Jadi Abah bawa balik seekor ke rumah sini.
Pada mulanya niatnya nak sembelih buat lauk.
Tapi selepas tiga hari bela belakang rumah, Abah aku dah naik sayang jadi dia buat keputusan untuk terus membela.

Abah aku namakan ayam itu Ayam.

Sepanjang minggu lepas aku demam.
Masuk wad, keluar wad, cuti seminggu,
kemudian aku balik ke rumah parents aku.
Berhari-hari asyik terlantar sahaja atas katil.
Tatap dinding, tatap siling, tatap kipas, tatap masa depan.
Nak bergerak tak larat, tapi asyik baring pun tak produktif.
Jadi banyak masa aku habiskan dengan tidur sahaja.

Satu tengahari,
sedang aku baring atas katil, terdengar bunyi Ayam.
Kokok Ayam biasa sudah dengar. Ketok-ketok dia pun biasa sudah.
Tapi kali ini aku rasa bunyi Ayam lain sikit.
Bunyi pendek-pendek tapi tidak berhenti. Bertalu-talu. Macam distress call.
Aku mula rasa pelik.
Jadi aku turun ke bawah rumah untuk bertanya.
Gigih turun ke bawah rumah dua tingkat padahal badan lembik lagi.
Abah ke surau solat Zohor berjemaah.
Tinggal Mak sedang kemas bilik.
Aku beritahu Mak tentang Ayam.
Mak dan aku bergegas ke belakang rumah meninjau.
Pada masa itu, suasana sudah diam tiada lagi kidung Ayam.

Bila keluar tinjau tempat Ayam ditambat,
hanya tinggal tali rafia yang sudah tercarik-carik.
Ayam sudah tiada.

Bila kami pusing keliling kawasan, kami ternampak kelibat sesuatu di dalam parit belakang semak sana. Ada biawak sedang berenang menjauhi kawasan. Besar saiznya, macam anak anjing. Mungkin besar lagi.

Sebagaimana manusia tipikal lain, kami pun 'connect the dots'.
Satu kesimpulan yang kami dapat buat ialah:
BIAWAK DATANG TELAN AYAM BUAT LAUK.

Abah balik dari surau.
Kami ceritakan segalanya. Muka Abah berubah, nampak sedih.
Ayam yang dibelanya sudah jadi lauk biawak.
"Biawak punya biawak," kata Abah.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxx



Beberapa hari lepas aku ada terlayan satu video di YouTube.
Video tentang satu soalan psikologi kepada orang ramai.
Soalannya berbunyi:
'Antara merah dan kuning, mana lagi berat?'

Kedengaran tak masuk akal, kan, soalan itu?
Tapi ramai yang jawab soalan ni.
Ada yang kata merah lagi berat sebab kuning warna lebih terang (lighter), jadi kuning lagi ringan. Ada juga yang jawab kuning lagi berat sebab spektrum cahaya, panjang gelombang kuning lagi pendek (dan rapat) berbanding warna merah.

Sebenarnya,
soalan itu tiada jawapan.
Yang bertanya soalan hanya mahu uji berapa ramai responden menjawab 'tidak tahu'.
Hasilnya, memang sangat sikit yang jawab tidak tahu.
Kebanyakannya akan cuba cari jawapan menggunakan sebanyak mana logik yang ada.

Ada kajian menyatakan, 'sorry' bukanlah perkataan paling susah disebut manusia seperti yang dicanang dalam lagu 'Sorry Seems To Be The Hardest Word' tapi sebenarnya 'I don't know'.
Okay, maybe 'I don't know' bukanlah satu perkataan, tapi you all get the point, right?

Kalau tanya kepada manusia tipikal atau kawan-kawan satu kepala anda, mesti mereka akan kata semua itu bertitik tolak kepada sikap ego manusia. Manusia tidak mahu nampak lemah, bodoh, dan gagal dengan sebut perkataan 'I don't know' atau sekadar mengaku tidak tahu. Belum lagi tanya siapa lagi banyak jawab 'saya tidak tahu' sama ada lelaki atau perempuan. Yang lelaki mesti cakap perempuan, dan yang perempuan mesti tuding ke lelaki.

Jangan nafikan. Aku pun begitu.

Berita baiknya, 'saya tidak tahu' adalah ayat paling susah disebut tidak ada kena mengena dengan ego. Ia adalah lumrah manusia. Atau lebih tepat mekanisma otak untuk terus hidup.

Begini, otak kita memang sudah diprogram untuk sentiasa mencari jawapan. Otak kita akan sentiasa mahu 'tahu' segalanya. Ia adalah ciri unik otak yang membuatkan spesies kita dapat hidup lama dalam alam ini.

Sebab itulah kita nampak titik bertindih dan penutup kurungan sebagai muka orang tersenyum :)
Sebab itu juga baju belang melintang kononnya menampakkan kita lebih gemuk.
Sebab itu juga kita nampak bayang dalam gelap sebagai lembaga hantu sedangkan ia sekadar seluar yang tergantung di pintu.

Sebab itu juga wujud fenomena pareidolia di mana kita nampak lampu dan bumper kereta sebagai muka. Ini kerana waktu nenek moyang kita dulu sedang gigih nak hidup luar dari gua, dapat kesan muka haiwan dalam semak samun akan memberikan kelebihan untuk mereka lari dahulu sebelum jadi lauk haiwan pemangsa. Itu bagaimana kita survive.

Semuanya adalah persepsi.

Otak kita sudah di-hardwired-kan supaya sentiasa mencari jawapan.
Dengan kata lain, otak kita tidak suka tidak tahu.

Kalian tahu kan perangai tipikal dalam drama melayu bila si awek ternampak pakwe dia berjalan dengan perempuan lain lepas tu terus tuduh lelaki itu curang dan tak setia main campak-campak barang semua, kan?
Itu memang berlaku, dan berlaku kepada semua orang, bukan sekadar drama.

Aku dulu percaya semua itu hanyalah 'tanggapan' dan 'assumption' daripada hati orang itu sendiri yang kurangnya nilai percaya dalam hubungan tapi kini aku mengaku aku silap. Itu bukan sekadar 'assumption'. Lebih tepat lagi, assumption bukan suatu pilihan, tapi adalah mekanisma otak mencari jawapan. Pendek kata, semua orang assume.

It is how we live.

Otak kita memang tidak mudah mengaku TIDAK TAHU KEBENARAN dan sentiasa mencari jawapan.
Otak kita tidak mahu berfikir 'ahh, aku tidak tahu', sebaliknya dengan sendiri mencari jawapan dan tidak peduli sama ada jawapan itu adalah kebenaran ataupun tidak.
Kadang-kadang bila sudah dijelaskan sekalipun, sesetengah mekanisma otak tidak mahu menerima jawapan tersebut kerana kalau terima maknanya otak (pemikiran) kita itu adalah salah. Otak tidak suka mengaku salah.

Bila lihat dari sudut lain, sebenarnya agak tepat bila kita kata semua itu EGO.
Tapi yang ego bukannya jantina, bukan lelaki, bukan perempuan, tapi otak itu sendiri.

Ilmu kajian otak, pada aku, sangat menarik.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxx



Berbalik kepada cerita Ayam,
Abah masuk ke rumah dengan hampa.
Ayam yang sudah mula dia sayang, kini dirembes asid di dalam perut biawak.

Beberapa jam kemudian, riuh kedengaran bunyi kanak-kanak berlari di belakang rumah.
Bila ditinjau, rupanya mereka teruja melihat ada seekor ayam di seberang parit.
Budak bandar, dapat tengok ayam hidup memang akan riuh satu taman.
Selalu nampak ayam KFC je.

Abah, Emak dan aku membuat kepastian.
Ayam yang diriuhkan itu memang adalah Ayam.
Ayam sedang berdiri di atas rumput, seberang parit sebelah sana.
Rupanya liat nyawa Ayam ni.

Abah pun bergegas pusing keluar taman perumahan untuk ke seberang parit.
Ditangkapnya Ayam dan dibimbitnya pulang ke rumah dengan riang gembira.

Kami simpulkan,
Ayam nampak biawak menghampirinya dan kemudian meronta-ronta sehingga terputus tali rafia yang menambat. Bila sudah bebas, dia lari sepuas hati menyelamatkan diri. Itu cara otak kami 'connect the dots'. Tidak pernah sekalipun kami mengaku 'kami tidak tahu' walaupun secara dasarnya kami tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi.

Misterinya sekarang adalah,
bagaimana Ayam dapat merentasi parit yang bukan sahaja lebar dan dalam, malah mengalirnya air yang deras dan dihuni oleh pelbagai makhluk pemangsa?





Terima kasih kerana baca sampai habis.






.

Oct 5, 2016

How Long, How Long Will I Slide...



Salam.

Aku ada satu soalan:
Huruf jawi apa yang paling jauh sekali?





Baru-baru ini seorang kawan datang bertanyakan teka-teki seperti dalam komik di atas.
Dia tahu aku suka teka-teki, jadi dia datang direct dekat aku bertanya.

Aku sangat sure aku pernah baca (dalam 9gag or something) versi English untuk teka-teki tu, tapi kawan aku itu sangat tekankan yang perkataan itu adalah dalam BM, jadi aku jawab 'tanggungjawab' sebab itu sahaja kata dasar terpanjang yang aku tahu selain 'hidroelektrik'.

BAM!
Dia kata jawapannya BATUK.

Aku tak pasti nak terhibur atau nak marah.
Aku sangat sure yang dia tahu aku suka teka-teki tapi bukan yang jenis loyar buruk macam ni.

Tapi bila dia kata dia olah teka-teki tu dari teka-teki English yang sama macam pernah aku baca dulu, aku rasa kagum pula sebab dia mampu olah teka-teki itu ke BM dengan jayanya. Kudos to you, my friend!



Bagi yang tak tahu teka-teki itu dalam versi English,
aku buat khusus untuk kalian di bawah:




There's no secret yang aku sangat suka teka-teki yang mencabar minda.
Walaupun sudah lama fikirkannya,
aku bercadang nak keluarkan buku dalam bentuk zine tentang teka-teki.
Aku tahu niche agak kecil, tapi sebab aku nak fotostat dalam angka yang kecil
jadi rasanya tak rugi pun kalau aku buat, kan?

Soalannya,
kalau aku buat, kalian nak beli tak?
Berapa range harga terbaik yang kalian sanggup keluarkan untuknya?
Suka jenis yang mencabar minda ataupun sekadar teka-teki yang fun?
Rasa-rasa berapa mukasurat baru best?

Banyak soalan kan entri kali ni?
Gigih tak nak menjawab semuanya?
Hehehe





.

Sep 28, 2016

Apakah Aku Terlalu, Terlalu Banyak Berkelana?



Salam.

Tiap hari adalah hari baru.
Tiap hari baru, mesti ada pelajaran (pengajaran) baru.
Maka, baru-baru ini aku baru tahu satu lagi perkara baru tentang diri aku.






Ya.

Aku baru tahu satu lagi kelemahan aku.
Selain daripada tak pandai bersiul, tak cam muka orang dan senang sesat,
aku juga cepat lupa hutang dengan orang.
Sama ada orang hutang aku atau aku hutang orang.

Baru-baru ni seorang kawan minta hutang dekat aku.
Mengenal diri dia, aku tahu mesti susah nak kuatkan tekad untuk minta hutang dekat aku.

Jangan salah sangka, aku bukan macam orang tipikal yang buat-buat lupa bila berhutang dengan orang (masuk bakul angkat sendiri), tapi aku betul-betul lupa.
Jenuh kawan aku itu terangkan apa jenis hutang aku pada dia.

Kalau memori aku tak mengkhianati,
ada juga rasanya orang lain berhutang dengan aku.
Tapi malangnya (atau bertuahnya), aku tak ingat siapa dan berapa banyak.
Aku boleh ingat nama cikgu darjah satu aku dulu, **Cikgu Salmi**
tapi hutang baru minggu lepas aku tak boleh nak register dalam otak.

Maka,
sesiapa yang rasanya ada aku berhutang kepadanya, bagitahu aku.
Kalau nak halalkan pun bagitahu juga senang sikit aku nak kenang budi.
Tapi pada sesiapa yang berhutang dengan aku,
anggap je laa aku halalkan.
Tapi kalau banyak, gantikan dengan sebiji iPhone 7 pun aku terima dengan dada berbulu terbuka.

Tapi lepas baca ni,
kalian jangan pula tetiba bagitahu aku ada hutang pula.
Tapi aku tahu, pembaca blog ni mana suka ambil kesempatan, kan?
Kan? Kan? Kan? **goyang-goyang kening**

Okaylah, soalan penamat entri;

Bagaimanakah cara terbaik untuk meminta kawan membayar hutang anda? (5 Markah)







.

Sep 21, 2016

Mengapa Waktu Tak Pernah Berpihak Kepadaku...







Salam.

Sebenarnya,
aku sudahpun schedule satu entri lain untuk minggu ini.
Tapi aku terpaksa reschedule sebab aku nak cerita sesuatu.
Sesuatu yang pada aku penting.
Jenis kisah sedikit peribadi macam ni selalunya aku kongsi di blog satu lagi, tapi kali ini aku buat pengecualian.

Begini.

Bayangkan kau suka pelangi. Dari waktu kecil lagi kau selalu menonton kartun di televisyen di mana karakternya dapat memegang pelangi, menggelongsor menuruni pelangi, malah ada yang bermandikan cahaya pelangi. Kau juga mahu begitu. Kau juga mahu menikmati keseronokan bersama pelangi. Disebabkan itu, setiap kali kau nampak pelangi, kau menjadi begitu teruja.

Kau berimpian mahu menjadi teman pelangi.

Namun kau sedar sesuatu. Pelangi dengan kau sentiasa jauh. Setiap kali kau nampak pelangi, mesti ada jarak yang memisahkan. Bagaimana mahu jadi teman pelangi kalau sentiasa ada jarak? Bagaimana mahu pegang pelangi, gelongsor turun pelangi dan bermandikan cahaya pelangi kalau pelangi sentiasa jauh?

Jadi, kau buat keputusan untuk menjadi pengejar pelangi.

Tiap kali kau nampak pelangi, kau mesti akan sedaya upaya menghampiri. Kau bersiap fizikal supaya kau boleh berlari laju untuk mengejar pelangi. Kau anggap kalau kau lagi laju daripada pelangi, maka lama kelamaan kau pasti akan dapat kejar juga pelangi tersebut.

Namun kau sedar sesuatu perkara lagi; pelangi muncul terlalu sekejap. Bila kau bersemangat mengejarnya, sedar tidak sedar kau sudah kehilangannya. Makin dekat, makin malap dan seterusnya hilang dari pandangan. Bagaimana kau mahu kejar pelangi kalau kemunculannya terlalu sekejap untuk kau tangkap?

Jadi, kau buat keputusan untuk memahami pelangi sepenuhnya sebelum kau terus mengejarnya.

Dengan gigih kau belajar semua ilmu yang ada berkenaan pelangi. Mekanismenya, sifatnya, keadaannya. Demi impian kau untuk memegang pelangi, bermain bersamanya, dan mandi dengan cahayanya, kau rasa tidak mengapa untuk mengambil masa, bukan sedikit, untuk memahaminya.

Kini kau tahu semua perkara tentang pelangi. Tiba-tiba kau juga tahu tentang satu kebenaran. Kau baru tahu bahawa untuk pelangi wujud, bukan sahaja perlu adanya titisan air di udara dan cahaya putih di persekitaran, malah satu faktor terpenting juga perlu supaya pelangi dapat wujud.

Faktor itu adalah diri kau sendiri. Lebih tepat, mata yang melihat.

Kau mula sedar, selama ini kerja kau mengejar pelangi adalah sia-sia. Pelangi sentiasa berjarak jauh kerana ia perlukan sudut tertentu untuk kelihatan. Kalau kau bergerak, apatah lagi mendekati, sudut akan terganggu dan pelangi akan hilang. Tidak kira betapa hebat fizikal kau, kau tidak akan mampu memendekkan jarak antara kau dan pelangi.

Pelangi juga mempunyai hayat yang pendek kerana mediumnya adalah titisan air di udara. Jika titisan itu berlalu disebabkan angin, ataupun jatuh dek kerana graviti, atau hilang disebabkan kepanasan matahari, maka pelangi juga
tidak akan kelihatan lagi. Dengan atmosfera yang sentiasa berubah, adalah mustahil mengekalkan sesuatu yang sangat tidak senang untuk dikawal.

Juga, tanpa diri sendiri, tanpa mata sendiri, pelangi juga tidak akan wujud. Kerana adanya diri kau, mata kau, barulah cahaya putih yang tersebar dek biasan titisan air dapat masuk ke retina mata dan menjadi pelangi. Tanpa kau yang melihat, pelangi juga tidak akan dapat dilihat.

Kini, kau sedar kau tidak akan boleh menjadi teman pelangi. Ia adalah mustahil. Kau hanya boleh selamanya menjadi pengejar pelangi.








Aku juga begitu.

Aku ada impian. Lelaki seperti aku, apa yang aku ada adalah impian. Namun, baru-baru ini aku dapati satu kebenaran. Kebenarannya, aku tidak akan mampu capai impian aku itu. Ada satu faktor menjadikannya mustahil untuk aku kecap impian tersebut. Ia tiada kaitan dengan berapa banyak aku usaha, tapi tentang norma dan semulajadinya kehidupan bahawa aku tidak akan langsung mampu untuk merealisasikan impian aku itu.

Seperti kau mustahil menjadi teman pelangi, aku juga mustahil untuk mencapai impian aku itu. At least not on this timeline, in this universe.

Tapi secara logiknya aku akan bersedih, kan?
Manakan tidak, impian yang sudah lama aku kejar tapi akhirnya ada satu realisasi bahawa ia adalah mustahil. Secara logik pemikiran manusia, mesti aku akan rasa kecewa, sedih dan murung yang teramat sangat, kan?

Tapi secara jujurnya, aku tak rasa sedih.
Sebaliknya, aku rasa lega.

Aku tidak pasti sama ada aku masih di dalam peringkat penafian, tapi aku betul-betul rasa lega. Selama ini, setiap hari aku akan persoalkan diri sendiri sama ada aku mampu atau tidak untuk mencapai impian aku itu. Boleh dikatakan setiap hari aku memikirkan untuk putus asa, tapi aku tangguh dulu putus asa itu dan terus berusaha. Namun dengan kebenaran tentang kemustahilannya ini, aku sebaliknya rasa lega.

Seolah-olah aku melepaskan tali yang tergantung dan memakan tangan. Lega dari kesakitan bergantung kepada sesuatu. Aku kita seperti jatuh bebas di udara tanpa nampak kelihatan dasar yang pasti. Perasaannya amat lega. Aku tidak perlu lagi berpenat memikirkan jalan menuju ke impian, tidak perlu lagi meronta dengan kegilaan permintaan duniawi yang tidak pernah masuk dek akal. Dapat lepas dari segala lelah yang ada, siapa tak rasa lega, kan?

Kalau aku tahu melepaskan adalah sebegini lega, sudah lama aku lakukan.





It's a closure.
It feels like a closure.
It's a closure.





.

Sep 14, 2016

Selagi Hobi Aku Melukis...



Salam.

Nothing interesting minggu ini.
Tapi sebelum terlambat, biar aku ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.
Sedap tak makan daging korban? Daging fresh memang terbaik, kan?





Macam ayat kedua aku di atas,
nothing interesting happened minggu ini
tapi kali ini, aku nak kongsi cerita tentang hobi melukis aku.

Beberapa bulan lepas aku sudah ada satu graphic tablet.
Graphic tablet adalah gadget tambahan untuk melukis di komputer.
Jangan keliru dengan alat komunikasi tablet.
This kinda tablet bukannya boleh hantar whatsapp pun.

Bagi yang sudah lama baca blog ini akan tahu bahawa aku pernah ada graphic tablet sendiri satu ketika dahulu.


Malangnya sebab aku malas untuk praktis, tablet itu rosak begitu sahaja.
Semuanya sebab aku ni lebih suka melukis atas kertas guna pen dan pensel,
maka tablet yang dibeli tak digunakan sebaiknya dan terabai sampai rosak.
Hilang satu harta.

Tapi baru-baru ini aku ada beli tablet terpakai daripada seorang kawan.
Sahaja tak nak beli yang baru.
Tujuannya supaya aku dapat serap essence dari tablet terpakai itu.
Tuannya sebelum ini adalah seorang pelukis/artist yang aku minati, kagumi dan hormati, jadi dapat guna tablet yang pernah dia guna dahulu adalah satu penghormatan.

Yes, I'm that superstitious.
I believe in objects carrying essences of past owners.
I recommend you all to read 'The 7 Laws of Magical Thinking' by Matthew Hutson.


Jadi,
ini adalah lukisan pertama aku menggunakan tablet itu.


Rujuk entri Aku dan 3 Anak Kucing.


Lukisan ini betul-betul first time.
Keluar dari kotak terus plug in.

Stroke pun ketar-ketar sebab noob.
Pada mulanya macam malu nak share dekat blog ni,
tapi for the sake of records and improvement, aku tebalkan muka.
Lantak laa orang nak kata buruk ke apa,
tapi aku nak satu hari nanti aku tengok balik lukisan ni dan tergelak.
Gelakan betapa jauhnya sudah aku improve dari lukisan ini.

Tapi disebabkan lukisan ini juga aku teringat balik faktor utama kenapa aku tak gigih praktis masa ada tablet sendiri dulu.
Sebabnya,
laptop aku purba. Lama.
Masa aku cuba melukis dengan tablet, dia jadi lagging.
Kita tarik satu strike, beberapa tika kemudian baru muncul dekat skrin.

Kalau kalian pelukis digital, kalian akan tahu lagging sangatlah annoying.

Tapi,
aku tak boleh putus asa lagi macam dulu.
Aku gigih kurangkan lagging yang ada dengan pelbagai cara.
Bila sudah optimum, apa yang aku buat adalah biasakan diri dengan lagging tersebut.
Conditioning. Itu bukan perkara mudah.

Lepas tu aku prktis dan praktis dan praktis lagi.
Banyak sudah lukisan buruk yang aku lukis tapi aku delete sahaja sebab aku sendiri malu dengan lukisan tu.
Hahahaha.

But then aku decide nak tackle satu demi satu skill yang ada.
Muncullah lukisan di bawah yang aku lukis daripada lukisan aku dahulu.


Ini lukisan komik satu panel yang aku lukis untuk page Buasir Otak The Komik
hasil lukisan semula dari lukisan di bawah.


Rujuk entri lama bertarikh 3 Julai 2012 Sebab Kenapa Aku Rasa Interview Itu Buang Masa.

Kalau kalian perasan, walaupun nampak lebih baik dari sebelumnya
tapi jelas garisan aku masih ketar-ketar.
Itu sesuatu yang sangat payah untuk aku baiki memandangkan tangan kanan aku pernah hilang dexterity satu ketika dahulu.

Tapi dalam lukisan ini, apa yang aku nak tekankan adalah fungsi dalam aplikasi melukis yang aku guna. Aku cuba fahami apa fungsi setiap tools yang ada dan sesuaikan dengan style lukis sendiri. Aku juga cuba biasakan diri dengan melukis dengan tekanan rendah sebab aku dah biasa lukis tekan kuat di atas kertas. Hahaha.

But at least aku cukup berani nak share dengan orang ramai.
Sedikit improvement di situ. Hahahaha **ketawakan diri sendiri**


Diri sudah rasa naik seronok dengan tablet.
Aku praktis lagi dengan menghasilkan lukisan di bawah:


Ini lukisan yang aku share di Instagram @cerolian

Ramai kagum dengan lukisan ini, tapi biar aku beritahu satu rahsia,
THIS IS NOT ORIGINAL.
Lukisan ini aku lukis guna reference dari satu panel dalam komik kegemaran aku.
Aku tukar design watak, tapi scene-nya masih sama.
So, aku tak dapat dan tak mahu ambil kredit untuk segala pujian yang orang lontarkan.

Dalam lukisan ini, aku cuba belajar guna toning.
Sebelum ini aku tone guna warna kelabu,
tapi dalam lukisan ini aku cuba guna screentone.
Maknanya, lukisan ini totally warna hitam dan putih, tiada kelabu.


Selepas itu aku cuba nak step up the game dengan melukis lukisan di bawah:




Lukisan ini aku lukis dari reference kepada gambar sebenar.
Kitagawa Keiko (aku ada mention dia dalam blog ini tapi tak ingat entri mana)
Gambar sebenar dia aku rompak dari IG dia, dan aku cuba lukis se'manga' yang boleh.
If you wonder dia pakai seluar ke tidak,
jawapan dia bahagian putih di kaki itu adalah kulit,
tapi di bawah baju besar dia tu mungkin ada seluar kecil yang tersorok.

Yes kalian boleh kata aku pervert or gilas or something else,
tapi aku yakin masa aku lukis ini tak tertimbul langsung nak bernafsu serakah,
jadi mari kita persoalkan otak siapa yang kuning sebenar-benarnya.
Hehehe

Dari lukisan ini aku belajar, guna screentone sangat tricky.
Sebab aku suka lukis dalam saiz besar, kemudian dikecilkan.
Jadi banyak screentone yang digunakan di imej besar akan hilang bila aku resize.
Ini disebabkan nature screentone tersebut dan bergantung kepada berapa peratus pixel hitam dalam design pattern dia, so adalah lebih baik untuk resize dulu sebelum apply screentone.

At least itu apa yang aku belajar.





Ini pula komik yonkoma (4 panel) pertama aku lukis guna tablet.
Diterbitkan baru-baru ini di entri Kini, Semua Orang Mampu Menyumbang Kepada Negara.

Yang perasan akan nampak jelas perbezaan dengan komik aku yang lain.
Ada yang kata lebih kemas, tapi secara peribadi aku tak suka.
Aku dapat rasa identiti lukisan aku hilang dalam komik ini.
Tapi aku tak benci komik ini.
Tapi aku tahu apa patut aku buat dan apa patut aku tak buat akan datang.
Dalam melukis komik, identiti adalah penting.
Lukisan lawa atau kemas itu satu perkara bonus sahaja.


Latest lukisan aku menggunakan tablet (setakat entri ini ditaip) adalah lukisan lembu di muka entri tadi, bersempena Hari Raya Qurban 2016 yang lepas (beberapa hari lalu).

Lukisan itu juga guna reference dari image lembu yang aku kutip dari internet, tapi melalui lukisan itu aku dapat simpulkan yang aku makin selesa menggunakan tablet.

Tablet ni,
yang bestnya bukan sahaja dapat potong banyak masa melukis, malah dapat menjimatkan logistik sebab aku tidak perlu lagi sediakan kertas A4 untuk melukis kemudian di-scan ke dalam komputer kemudian diedit.
Bila guna tablet, terus lukis. Dan kalau tak puas hati boleh edit terus tak payah guna liquid or pemadam.

Tapi hati aku masih lagi ke arah melukis atas kertas.
Perasaan melukis atas kertas sangat lain.
Kepuasan dia lain. Keseronokan dia lain.
Orang yang pernah rasa sahaja tahu perasaannya.

Dari awal aku melukis masa kecil dulu, ia hanya sekadar hobi.
Sampai sekarang, masih sekadar hobi.
Walaupun sudah disarankan berkali-kali,
tapi aku tidak ada rasa mahu maju ke depan dengan menjadikan hobi melukis ini sebagai sumber pendapatan.
Bukan aku pandang rendah kepada orang lain yang melukis sebagai kerjaya,
sebaliknya aku pandang tinggi mereka.
Aku sedar dengan tahap aku sekarang, aku masih belum layak untuk dibayar dengan melukis.
Skil, stroke dan kreativiti aku belum ke tahap layak.

Bukan merendah diri, tapi realiti.
Please don't sugarcoat aku dengan pujian sebab aku sendiri tahu tahap diri.

Macam yang pernah aku petik entah dalam entri mana entah dahulu,
aku tak pernah anggap dan label diri aku artist, or comic artist, or pelukis komik, or even pelukis.
Melukis hanyalah hobi aku sekarang ini.
Sebab itu blog, facebook dan instagram aku penuh dengan komik dan lukisan.

Tapi mana tahu esok lusa hobi aku bertukar ke bercucuk tanam pula,
maka pada waktu itu, blog, facebook dan instagram aku akan penuh dengan gambar tanaman pula.
Hehehe.

Tapi yang aku pasti, selagi hobi aku melukis,
selagi itu aku mahu terus maju dalam memperbaiki skil dan kemahiran melukis.
Dan dengan adanya tablet, aku rasa aku boleh lebih maju
(jika dan hanya jika aku tak malas. Hahahaha)



Majulah cEro untuk negara.







.