Nov 23, 2016

Terowong Kecil Itu...



Salam.

Secara peribadinya, aku masih tak pasti sama ada laluan khusus motosikal di lebuhraya adalah satu idea yang bagus ataupun tidak.

Dari segi keselamatan bab terasing daripada kenderaan lain itu bagus.
Tapi tahukah anda laluan motosikal di lebuhraya makan kilometer lebih banyak daripada laluan utamanya?
Aku bagi contoh, dari rumah aku ke Shah Alam kalau ikutkan meter kereta hanya berjarak 27km tapi kalau tunggang motosikal ikut laluan khusus, jaraknya jadi 33km.

Kenapa lagi jauh?
Sebab bila di lebuhraya ada bertemu persimpangan, laluan motosikal akan dibuat lencongan mengelilingi persimpangan itu.
Kalau sekali lencongan makan 500m, kalau dah 10 kali?

Hmmm...tak faham kan?
Aku pun tak pandai nak terangkan bagi faham tapi itulah realiti.







Satu lagi sebab kenapa aku rasa laluan khusus motosikal di lebuhraya bukan idea yang bagus ialah kedudukannya yang terpencil dan meningkatkan kemungkinan orang untuk berbuat jahat.

Baru-baru ni ada kes di mana seorang peronda lebuhraya kena jerat samun yang dipasang di terowong kecil laluan motosikal. Rentang dawai melintang, bila moto lalu tak nampak, dawai tersangkut di leher dan jatuh. Lepas jatuh, orang jahat yang menunggu akan datang dan samun mangsa. B*ngsat gila perangai.

Dah laa kes dawai lintang tu kena dekat lebuhraya yang aku pakai harian.
Alhamdulillah tak kena pada aku.
Tapi tiap kali aku lalu terowong, aku akan jadi seriau memikirkan apa yang berlaku.

Tapi kes itu bukan baru.
Cerita orang pasang jerat untuk samun penunggang motosikal memang tak asing di kalangan penggiat arena tunggangan tanahair.

Kes tabur paku tak payah cerita semua dah tahu. Dah basi.
Tabur paku di laluan motosikal lepas tu bila tayar pancit, datang samun.
Ada pulak yang nak cari rezeki, tabur paku, bila tayar pancit dia datang sebagai pomen padahal dia yang tabur awal-awal tadi.

Pada aku, laluan khusus itu sudah bagus,
tapi kenalah ada tindakan susulan seperti pemantauan keselamatan, penyelenggaraan jalan, dan kalau boleh janganlah buat jalan itu terpencil sangat.
Aku pernah jumpa babi lintas laluan motosikal tau...
Punyalah hutan rimba sampai yang melintas jalan itu adalah babi.

Tapi itulah...
Aku dapat rasa nyawa penunggang motosikal nilainya macam kelas ketiga.
Tiap-tiap hari boleh aku kata aku nampak kemalangan melibatkan motosikal
tapi dalam surat khabar dan berita yang jadi sensasi hanyalah kemalangan yang melibatkan kenderaan bertayar lebar.

Aku rasa aku dah cakap tapi aku nak ulang.
Tak kira siapa, kerajaan atau pembangkang,
siapa yang masukkan peningkatan keselamatan jalanraya untuk penunggang motosikal di dalam manifesto mereka, aku akan undi.
Dan aku akan berkempen kepada orang lain juga supaya mengundi calon itu.
Muktamad!

We all have someone yang bermotosikal sama ada abah, abang, adik atau diri sendiri.
Nak ke satu hari nanti di sijil mati mereka tertulis tempat mati ialah di lorong motosikal lebuhraya?





.

26 comments:

  1. huu.. ngerinya komik kali ni :(

    Abang chik pun seorang penunggang tegar. tak suka bawak kereta sampai kalau naik kereta pun dia lebih suka wife yg drive, haha. sy ada ramai ahli keluarga yg prefer naik motorsikal. Jadi sy hormati setiap penunggang. Sy bayangkan kalau mereka ahli kelurga sy. so sy treat mereka accordingly. Sebolehnya akan bagi laluan kepda penunggang.

    oh berckp psl laluan khas. di Penang ada satu lebuhraya tanpa tol. ada disediakan lorong motorsikal. tp selalu je motor tak masuk lorong tu sbb ada dua traffic light (kenderaan lain lalu flyover atas traffic light), dan pernah jugak selalu nampak penunggang yg engkar ni kena saman atas flyover, huhu.

    tapi motor tak perlu hadap jem la, hehe. Stay safe C and take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra

      Betul. Most org yg tak nampak penunggang motosikal ni sebagai manusia yang sama macam dia juga ialah orang yang tak pernah tahu apa yang dialami penunggang itu sendiri. All we need is just respect. Hehe

      Itu nasib si penunggang. Aku sendiri pernah ingkar tak lalu laluan moto dan kena saman. Apa nak buat. Itu salah sendiri sebab ingkar peraturan jalanraya tidak kira apa pun alasannya, kan?

      Walaupun tak perlu hadap jem, tapi time jem kena mencelah-celah kenderaan lain tu pun tingkatkan risiko jugak walaupun cepat sampai hehehe.

      Thank you :)

      Delete
  2. Paham pasal laluan khusus tuh, apesal jadi panjang..

    Hmmm, seram sejuk tengok panel last.. Tapi bila pikir pasal headless rider, bunyi cool pulak.. Apa-apa pun, perangai bangsat yang bangsat buat kat riders, memang bangsat.

    Ayah aku mat motor jugak, adik lelaki aku pun. Kalau tengok orang naik motor terus aku teringat ayah aku. Naik motor ke kereta ke public transport ke, semua manusia..nyawa sama nilainya..

    Okeyh, aku tolong ko ngundi calon tuh jugak.. UvUd

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee

      Hehehe baguslah faham. Aku rasa kalau aku baca aku pun tak faham hehehe.

      The fact is, leher manusia tak semudah itu untuk terputus hanya dari dawai melintang. Aku rasa pada kelajuan 80kmj, at least akan tinggalkan birat merah je dekat leher, kalau laa kena dekat leher hehehe

      Betul tu. Nyawa semua sama tidak kira siapa dan apa yang guna sebagai kenderaan. Tapi itulah...nak kata orang yang pandnag rendah penunggang ni tak wujud sebenarnya memang wujud huhuhu

      Hehehe. Marilah mengundi calon penyayang hahaha

      Delete
  3. adoyai ngeri nya ilustrasi kau sampai terputus kapla. betul apa kau ckp tu. lngkh2 keselamatan kene perketatkan. motor memang terdedah lebih pd kemalangan dan ancaman keselamatan. be safe cEro. bawak pocket knife. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Itulah. Penunggang memang selalu dipandang enteng. Para pemimpin lagi pentingkan yang poket tebal padahal aku rasa penunggang punya percentage lagi banyak dari pengguna kenderaan lain.

      Thank you. I'll be safe. My fist is also as sharp as knife hapeee hehehehe

      Delete
  4. Sekarang, fahamlah saya kenapa abah cukup larang saya naik moto. Take care cero.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Kalau aku ada anak perempuan pun aku takkan kasi dia naik moto unless dia betul-betul mahir huhuhu.
      Thank you. cEro will take care huhu

      Delete
  5. Sepatutnya letak cctv lah aku rasa. Husband aku pun gi kerja naik motor. Lepas solat subuh jek terus gerak dalam pukul 5.50 am. Mahu kauuuu time tu gelap lagi kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kon

      CCTV mungkin satu solution yang bagus tapi mungkin dari segi kos dan penyelenggaraan adalah tinggi jadi biasalaaaahhh konsesi lebuhraya bukannya suka sangat keluar duit untuk penunggang ni hahaha.

      Pesan husband kau supaya berhati-hati. Memang betul awal pagi dan malam adalah waktu target para bangsat negara itu hahaha

      Delete
  6. Yup. Agak bahaya malam2. Biasanya malam blee xmasuk dh jalan moto. Kene saman lebih baik dari kene rompak

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BLee

      Kebanyakan lebuhraya memang bagi kelonggaran sikit bila masuk malam kalau tak guna laluan motosikal pun, tapi itulah...
      Bagi kelonggaran sahaja pun tak guna, kan?
      Hehehe

      Delete
  7. wahh headless, blh geng ngan celty sturluson. joke~

    memang bahaya la kalau lalu terowong terutama kalau waktu malam. patut kena ambil banyak tindakan keselamatan sebab melibatkan nyawa dan keselamatan orang awam. mohon 'pihak tertentu' take note dan apply.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Peminat Durarara!! detected. Hehehe
      Cukup minat dengan helmet ada nekomimi macam Celty tu hehehe.

      Cuba kalau perangkap yang (lebih kurang) sama dibuat dekat orang atas jalanraya biasa, mesti nanti kecoh masuk surat khabar suruh ambil tindakan. Ni sebab berlaku pada penunggang jadi 'pihak tertentu' tak berminat nak ambil tindakan pun :((

      Delete
  8. Orang akan amik kesempatan bila ada ruang dan spesies yang paling terer bab amik kesempatan adalah penyangak yang tak kisah orang lain mati asal dia dapat apa dia nak. Middle fingers to these fuckers

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mon

      Aku baca komen kau dengan skali nafas hahaha.

      Entahlah. Sebab ada ruang dan peluang, sebab tu muncul orang macam ni. Pihak berwajib kenalah tutup ruang dan peluang tu barulah aman hendaknya.

      Delete
  9. xmboh xmau xnak!!! apak scary dowh! takutnya...ini menyebabkan tahap kerisauan aku pada penunggang motosikal semakin tinggi tahap maximum nih! sudahlah risiko naik moto tu dah tinggi, laluan dia pulak berisiko...mak aih...dimana jaminan keselamatan penunggang motosikal kalau begini jadinya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Tahu takpe. Sudahlah naik moto dah berisiko tinggi, ada pulak puak yang nak lipat gandakan lagi risiko yang ada.
      Manusia jenis apa entah diorang ni.

      Apa yang boleh kita (aku) buat hanyalah berhati-hati di atas jalan dan sentiasa fokus dengan persekitaran terutamanya bila masuk tempat-tempat yang berisiko tu huhuhu

      Delete
  10. Arrgh seriau aku terbayangkan leher terputus macam tu, aku terbayang bunyi dia 'pop' instead of 'shrappp', entah kenapa... arghh ( "TT w TT)

    Bangsat2 opportunistic scumbags ni takkan pupus rasanya, selagi takde cara efektif untuk bagi spesis bangsat ni betul(x10) takut dengan tindakan undang2 (yang lebih ganas), selagi tu la setan2 ni akan buat hal. Tapi itu lah, 'penguatkuasaan' yang 'berintegriti serta efektif' tu macam susah gila jer nak diaplikasikan dalam negara kita ni... banyak jer halangan serta alasan yang ada... hmphh

    ReplyDelete
    Replies
    1. >P

      Hahaha. Aku lebih bayang bunyi dia macam 'zing' atau 'swunkk' hahaha

      Betul sangat. Selagi ada pihak yang rasa ini bukan isu besar dan perlu diambil berat, selagi tu para peninjau peluang ni akan bertindak sesuka hati. Entahlah. Mana-mana jenis kerajaan pun aku rasa sama je tak boleh harap hmmm

      Delete
  11. memang terpencil. lagi2 kalau gelap. ntah apa yang menunggu di sebalik kegelapan tu. lebih baik jumpa hantu daripada jumpa penyamun aku rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >aswadz

      Betul sangat!
      Baik lagi jumpa hantu dari penyamun.
      Paling tak hantu tak bawak parang nak samun kita hahaha

      Delete
  12. Masalah betul la manusia macam ni. Dah takde rasa bersalah dah buat benda bahaya camtu. Haiihh.. Nasib baik aku pergi kerja takde kena lalu terowong2 laluan motosikal ni.

    Mula2 aku tengok komik kau tu, aku ingatkan terowong tu pendek sangat sampai tak lepas kepala.. Haha.. Rupanya ada manusia tak guna buat jerat daa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Kaaannn.
      Masalah betul spesies manusia macam tu. Seronok kot dapat duit dari hasil samun orang yang dia aniaya.

      Hahaha.
      Susah sebenarnya aku nak tunjuk kat situ ada dawai dalam bentuk komik hahahah

      Delete
  13. rasa kelakar ngan kesian entry ni. tulah. ramai xpeka. rasa macam semua patut ambil lesen motor.. supaya mereka boleh berpikir tentang pembonceng motor ketika memandu kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Tahu takpe.
      Ramai yang ambil mudah isu ni sebab tak kena dekat batang hidung sendiri. Padahal sama je jahatnya jenayah ni dengan jenayah2 lain di luar sana, kan?

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026