Nov 16, 2016

Melambung-Lambung Seperti Esok Tiada Lagi.


Salam.

Salah satu cabaran utama penunggang motosikal ialah jalan yang tidak rata.
Macam aku beritahu di entri lepas,
motosikal tak ada suspension yang cukup hebat macam jenis kenderaan lain,
jadi bila jalan tidak rata, perasaan melambung itu memang over sikit macam masuk wayang roller coaster 6D.

Untuk faham betapa teruknya jalanraya tak rata dekat negara kita ni,
biar aku beritahu yang aku pernah hilang DUA KALI henfon
yang jatuh keluar dari dalam poket seluar semasa menunggang motosikal
hanya sebab jalanraya tak rata yang melambung-lambung seperti esok tiada lagi.







Tempat aku tinggal dipanggil Bandar Besi.
Tapi Bandar Besi tak wujud di peta Malaysia,
itu sekadar codename yang aku beri kepada tempat ini.
'Bandar Besi' kedengaran lebih ganas berbanding nama sebenar dia hahahaha

Ada satu jalan ni, pada asalnya jalan ini elok.
Tapi sebab ada pembinaan rumah kedai berdekatan,
jalan ini dilalui lori keluar masuk dengan kerap.
Jalan mula pecah, dan ada beberapa spot ada tumpah konkrit.
Hasilnya, jalan SANGAT tak rata.

Entah selepas aduan yang ke berapa juta kali,
barulah pihak berkuasa tempatan baiki jalan itu.
Bukan baiki sangat pun, sekadar turap balik dengan tar sahaja.
Tapi okeylah, asalkan jalan jadi rata walaupun jalan jadi tebal.

Tapi,
hanya selepas beberapa jam sahaja diturap tar,
aku ulang; BEBERAPA JAM SAHAJA
jalan itu kena korek balik.
Katanya 'perlu tanam kabel bawah tanah'
tapi neraka apakah yang mereka fikirkan?
Kenapa tak tanam SEBELUM jalan diturap?
Kenapa tunggu turap elok baru nak korek balik tanam kabel?

Hasilnya,
selepas tanam kabel, jalan itu dikambus balik dengan tidak kemas
menjadikan jalan yang sepatutnya 'baru', jadi tidak rata balik.
Bertampung sana sini macam seluar orang gelandangan kena jahit kain perca sebab koyak.

Bila jalan tidak rata, maka akan menyebabkan air bertakung.
Air bertakung maksudnya jalan mudah pecah dan tidak selamat.

Oh, did I mention yang hanya 200 meter ke depan jalan 'tampal' itu adalah pintu pagar sekolah tempat budak-budak keluar masuk?
Jalan tidak selamat berdekatan sekolah, adoooiii...
Lost faith in authority sungguh!

Sila ingatkan aku supaya tidak mengundi wakil rakyat tempat ini di PRU akan datang.







.

31 comments:

  1. Huhuhu abang penah lost iphone sbb terjatuh sungai masa naik motor. Another one pulak retak seribu lepas jatuh atas jalan tar. Padan muka dia, muahahah!

    Kerja turap jalan lepastu korek balik ni sgt sinonim sejak Zyraroxx masih pakai lampin lagi. Agaknya dpt duit lebih kot buat kerja dua kali

    Tahniah sbb jadi suri hati Neelofa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra

      Sedih ooo bila cehck poket masa turun moto tetiba tak dapat jumpa henfon hahahaha

      Memang banyak dengar ketirisan dalam kerja korek tampal jalan ni, tapi sebab tak ada bukti sangat so tahu speculate je hahaha.

      Tak dapat jadi pilot, jadi suri hati untuk isteri Mr. Pilot pun jadilah #eh

      Delete
    2. Tahu sedihnya cemana. Penah jugak hilang dua bijik fon dan tablet.. Huhu

      Delete
    3. >Zyra

      Sebenarnya yang buat sedih bukannya henfon sangat walaupun henfon tu mahal ke murah, tapi isi dalam henfon tu. Gambar-gambar, kenangan, video, lagu-lagu huhuhu

      Delete
  2. jalan malaysia ni memang begitu. lubang sana sini. line putih tak repaint, bumpy. dah ada accident teruk baru nak ambil tindakan, dah nak pilihanraya baru nak ambil tindakan. kalau tak asyik gaduh yb mana beli rumah lagi mahal. zzzz

    miscommunication antara jabatan jugak menyebabkan jadi kes yang korek balik lepas berapa jam diturap. fail! fail!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD yang dah tak first dah hahaha

      Betul sangat tu.
      Masalah jalan bumpy tak rata bertampal pecah sana sini memang masalah sejagat dekat Malaysia ni. Untuk laa ada YB baiki jalan masa nak pilihanraya, ada jenis YB ni yang waktu kempen pum pang pum pang nak baiki itu ini tapi lepas menang entah mana pergi hilang pun tak tahu hahaha

      Betul. Banyak dengar cerita macam tu dari kawan. Jenis masing-masing tak pandai nak berinteraksi selesaikan masalah adoiii

      Delete
    2. Ooh, okay okay lepasni kasi Nad jadik yang first. Sorry kacau daun, hahhahahha *terbang

      Delete
    3. >Zyra

      Wait...What? Why?

      Delete
  3. memandangkan cero bukak topik rider, meh aku nak kongsi kisah aku yang pagi tadi..cita fresh gitue...damn aku masih geram pada motor besar yang cuba potong aku di sharp corner..aku x kisah moto tue nk potong aku, tpi, x boleh tunggu ke lepas corner..dah la sharp corner, pastue dia ambik jalan aku pulak... kalau ada keta sebelah aku, mmg terlenyek la tadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Penunggang jenis macam tu laa yang selalu buat buruk nama penunggang lain. Jenis yang buat jalanraya ni macam ayahanda bonda dia punya hahaha.

      Bersabarlah selagi boleh sabar ye :)

      Delete
  4. yup tgk fon den jatuh mcm mana kat sini
    http://budoxesquire.blogspot.my/2016/09/jodoh-tak-lama.html?m=0

    ReplyDelete
    Replies
    1. >budoxe lee

      Arrrghhh!!!
      Bertabahlah BLee!
      I feel you bruh!!

      Delete
  5. Teruk sgt dah tu...jangan smpai ada kes baru sibuk nak turap jalan bagai...
    Tunggu kecoh dkt media sosial baru nak baiki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Hakikatnya memang selalunya begitu. Bila ada kes barulah nak pandang berat padahal sebelum ni buat apa pun tak tahu huhu

      Delete
  6. Masalah dengan local authority kat Msia adalah diorang tak communicate sesama sendiri. Kalau bab korek cable ni, sape yang korek, dia la kena tampal tapi mana ada orang nak tampal elok-elok ikut spesifikasi JKR? Mahal katanya. Padahal quote harga utk buat kerja gali lubang tutup lubang tengah jalan semua dh price in sekali dengan kerja turap balik jalan. Tak fishy kat situ? Nak harap JKR datang check jalan memang tak la. Ko tunggu mereput dulu tepi jalan pun belum tentu dia jeling.

    Mengadap jela kita rakyat marhaen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shitto... faith in authority crushed >:(

      Delete
    2. >Mon

      Aku selalu dengar cerita ketirisan tu. Contract bagi dekat syarikat besar, lepas tu syarikat tu bagi portion dekat sub tapi dia simpan sikit. Yang sub kasi dekat sub lain pastu dia simpan sikit, last-last duit yang sampai dekat pelaksana layak beli bahan murah je untuk buat kerja adoooiiii

      Masalahnya kalau dah dari akar umbi pun main simpan dalam poket pastu bagi kat sub, macam mana nak pantau kualiti huhuhu

      Delete
  7. Demmm... teruknya keadaan jalan tu... aku yang sekadar baca ni pun rasa panas hati semacam, apatah lagi mereka yang terpaksa menghadapinya hari-hari >:(

    Hmm, yep... boleh dah tu jadi jaguh motocross... (*facepalm)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >P

      Memang teruk weii. Masalahnya mengadu dekat wakil rakyat pun macam tak ada efek pun, buat donno je dia. Rakyat laa kumpul duit sama-sama gi lantik kontraktor sendiri baiki jalan tapi nanti JKR marah pulak buat projek tak ada kelulusan adoiiii

      Doakan aku woi. Mana tau jadi sungguh aku ni jaguh motocross, boleh tackle Neelofa hahahaha

      Delete
  8. dugaan penunggang motor macam kita ni =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. >At-Tarmizi

      Bertabahlah!
      Bersama-samalah kita sebagai penunggang menjaga keselamatan yang ada :)

      Delete
  9. Jalan Gombak area rumah aku tu pun, kalau ikutkan dah plus plus dah nak dekat lebih 10 tahun akan rosak ok rosak ok tapi skang sebab kerja, lalu jalan sama maka aku rasa jalan rosak tu never ending tambahan tengah ada construction demi construction (juga nevervending sampai habis tempat lapang kot baru takde) so.. redha je buat masa sekarang.

    Malaysia Maju 2020.

    -kudozu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >kudozu

      Aku dapat rasa yang masalah ni masalah sejagat, kat mana-mana pun ada. Diorang ghairah nak bina itu ini sana sini tapi benda yang sedia ada tak jaga betul-betul. Bukan payah pun, suruh buat jalan elok-elok lepas tu kalau pecah dibaiki sampai elok, tu je.

      Wawasan 2020 mana kereta terbang? Hahahaah

      Delete
  10. nak katakan jalan kat tempat ko tak rata, jalan kat tempat aku pon sama jugak, eksiden sebabkan jalan rosak ni usah di kira lah. mungkin ini trademark untuk negara barangkali.
    (boleh pinjamkan aku suratkhabar tu tak, nk tgk page 25, nk baca gosip tu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Korn El Jr

      Hahaha Boleh jadi juga tu. Trademark Malaysia ialah jalanraya yang melambung wahahaha.

      Paper tu edisi paling hot tahun ni tau, gara-gara mukasurat 25 je hahahaha

      Delete
  11. lawa lukis aksi penunggang tu. Tapi nampak macam sangat bahaya naik moto.

    Otosan, itu bahasa jepun kan? Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Hahaha. Itu lukisan je. Realitinya bawak moto ni tak adalah bahaya mana kalau tahu limit. Kekadang penunggang yang jadi mangsa ni akibat kecuaian pengguna jalanraya lain. Huhuhu

      Hehehe. Dapat tangkap ek hidden joke kat situ.
      Otosan okasan hehehe

      Delete
  12. Sama je jalan kat rumah ni, beberapa kali jugak diturap tapi tak elok pon. Fedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lya Amie

      Faham sangat perasaan fedap tu.
      Report berkali-kali pun tak ada siapa pun nak ambil tindakan.
      Kalau ada pun nanti jalan rosak balik sekejap je. Adoooiii

      Delete
  13. Haha suratkhabar otosan kau ni best2 tajuk dia. Lagi2 gosip neelofa tu. Kau takde niat nak publish suratkhabar ke? Haha..

    Problem jalan rosak ni dah biasa kat malaysia. Org ramai buat aduan pun sama je camtu. Kalau tampal pun nak tak nak je. Hari ni tampal minggu depan rosak balik. Kalau dh selalu lori masuk tu patutnya buat je tar baru terus, tak payah tampal2. Penat je nak kena tampal byk kali problem tak settle2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Hahaha Nanti tunggu aku jadi kaya sikit aku buat suratkhabar sendiri, cerita berita benar je tak ada ampu kerajaan wahahaha

      Yang buat jalan cepat rosak ialah material bermutu rendah. Duit semua dah masuk poket manager-manager yang terlibat, jadi peruntukan yang ada hanya mampu beli material low quality je sebab tu sehari dua turap dah besar dah.

      Rasuah dan ketirisan di mana-mana...

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026