Oct 5, 2016

How Long, How Long Will I Slide...



Salam.

Aku ada satu soalan:
Huruf jawi apa yang paling jauh sekali?





Baru-baru ini seorang kawan datang bertanyakan teka-teki seperti dalam komik di atas.
Dia tahu aku suka teka-teki, jadi dia datang direct dekat aku bertanya.

Aku sangat sure aku pernah baca (dalam 9gag or something) versi English untuk teka-teki tu, tapi kawan aku itu sangat tekankan yang perkataan itu adalah dalam BM, jadi aku jawab 'tanggungjawab' sebab itu sahaja kata dasar terpanjang yang aku tahu selain 'hidroelektrik'.

BAM!
Dia kata jawapannya BATUK.

Aku tak pasti nak terhibur atau nak marah.
Aku sangat sure yang dia tahu aku suka teka-teki tapi bukan yang jenis loyar buruk macam ni.

Tapi bila dia kata dia olah teka-teki tu dari teka-teki English yang sama macam pernah aku baca dulu, aku rasa kagum pula sebab dia mampu olah teka-teki itu ke BM dengan jayanya. Kudos to you, my friend!



Bagi yang tak tahu teka-teki itu dalam versi English,
aku buat khusus untuk kalian di bawah:




There's no secret yang aku sangat suka teka-teki yang mencabar minda.
Walaupun sudah lama fikirkannya,
aku bercadang nak keluarkan buku dalam bentuk zine tentang teka-teki.
Aku tahu niche agak kecil, tapi sebab aku nak fotostat dalam angka yang kecil
jadi rasanya tak rugi pun kalau aku buat, kan?

Soalannya,
kalau aku buat, kalian nak beli tak?
Berapa range harga terbaik yang kalian sanggup keluarkan untuknya?
Suka jenis yang mencabar minda ataupun sekadar teka-teki yang fun?
Rasa-rasa berapa mukasurat baru best?

Banyak soalan kan entri kali ni?
Gigih tak nak menjawab semuanya?
Hehehe





.

27 comments:

  1. kalau aku buat, kalian nak beli tak?
    Beli..! Tanda sokongan and aku suka teka-teki gak..!

    Berapa range harga terbaik yang kalian sanggup keluarkan untuknya?
    *shrug* Tengok ketebalan and isi.. Randomly mungkin antara RM 12.00 ke RM 25.00?

    Suka jenis yang mencabar minda ataupun sekadar teka-teki yang fun?
    Campur-campur? Takla berkerut je sepanjang masa.. XP

    Rasa-rasa berapa mukasurat baru best?
    20-50 (Ikut range harga)

    Banyak soalan kan entri kali ni?
    Banyak.. aku copy paste soalan pastu jawab le.. XP

    Gigih tak nak menjawab semuanya?
    Gigih..! Hah, reward untuk aku jawab soklan mana?!

    Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow Lee, took the words right out from my mind. Aku bukan tiru jawapan ko tau, jawapan aku sama dengan ko, maka aku takyah la repeat komen yang sama ni. Hehee...

      Delete
    2. Welp, I don't mind at all, Plain-sama.. I'm honoured.. UvUd

      Delete
    3. >Lee

      Thanks sebab gigih menjawab soalan aku. Hahaha
      Tapi kau tertinggal satu soalan, teka-teki yang aku tanya di awal entri. Hehehe

      Delete
    4. >plain83

      Takpa plain, aku faham.
      Dah tinggalkan komen pun aku dah bersyukur dah hehehe

      Delete
  2. kalau aku buat, kalian nak beli tak?
    beli, kalau buat dlm btk komik..macam komik yang kau buat dulu tu.

    Berapa range harga terbaik yang kalian sanggup keluarkan untuknya?
    bergantung pada ketebalan isi, jenis kertas & cover page.. estimet dlm rm10 - rm30 kira ok la kot.

    Suka jenis yang mencabar minda ataupun sekadar teka-teki yang fun?
    campur2. evendoh aku x berapa pandai berteka-teki. byk uji minda yg kau buat aku x dpt jawab. hahaha...

    Rasa-rasa berapa mukasurat baru best?
    dalam 30 - 50 pages ok kot..

    p/s : Huruf jawi apa yang paling jauh sekali? (jawapan : huruf 'nun'.. sbb nun jauh di mata) betul x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok jawapan aku macam komen haryz. Kau buat macam komik layan sikit. Nampak unik sikit. Campur komik plus teka teki yg macam kat fb buasir otak tu pun ok gak.

      Yg lain2 ikut haryz punya jawapan. haha...

      Btw, lawak sebenarnya teka -teki atas ni. Cuma kadang2 rasa nak pukul je org yg bg teka teki camni sebab annoying. haha... Teringat kawan aku suka bagi teka teki loyar buruk camni...

      Delete
    2. >Haryz Khairuddin

      Thanks sebab bagi feedback tersebut.
      Nanti aku buat, mesti beli tau. Paksa. hahaha

      Yes, nun adalah jawapannya. Wahahaha

      Delete
    3. >Bro Ley

      Share laa sikit teka-teki loyar buruk kawan kau tu.
      NAk jugak aku tau hehehe

      Delete
  3. Replies
    1. >Kon

      Thanks. Nanti aku buat, jangan tak beli pula :)

      Delete
  4. Nun di sana.
    Beli.
    Fun lebih banyak dari serius.
    RM15 incl postage
    Mukasurat lagi tebal lagi bagus, minima 20 hoho.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra

      Thanks for the feedback.
      Minima 20 tu memang boleh diusahakan rasanya hehehe

      Delete
  5. aku akan beli. jika harganya dalam range rm20..tebalnya standard...yang penting isinya bisa buat hariku ceria dan terhibur..kira bahan bacaan yang ringan jika aku nak baca time balik kelas penat2 ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Thanks for the feedback.
      Susah jugak bila fikir-fikir nak masukkan keceriaan kat dalam teka-teki hehehe

      Delete
  6. uhuk2 uhuk~ batu............................(1mile).............................................................................................................k

    ReplyDelete
    Replies
    1. >budoxe lee

      uhuk2 uhuk~
      *(..................1 batu.........)k

      Delete
  7. Lawak jugak kawan kau tu.
    Berusaha dia nak buat kau gelak.
    Supportlah dia sikit walaupun jawapan dia bagi tu agak loyer buruk jugaklah.. =P

    Soalan kau :
    kalau aku buat, kalian nak beli tak?
    - mungkin. aku dah stop beli buku sejak duk rumah jaga anak.

    Berapa range harga terbaik yang kalian sanggup keluarkan untuknya? - depends pada content. kalau best, aku tak kisah berhabis pon.

    Suka jenis yang mencabar minda ataupun sekadar teka-teki yang fun?
    - mencabar mindalah.. sekadar fun-fun, aku google kat internet je berlambak keluar.

    Rasa-rasa berapa mukasurat baru best?
    - kalau best, berapa banyak mukasurat pun aku tak kisah..

    sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Gee Lion

      Hahaha. Aku pun sedikit terharu sebab dia berusaha nak bagi teka-teki dekat aku wahahah

      Thanks for the feedback. Nanti aku buat jangan lupa beli ye :)

      Delete
  8. aku sakit jiwa kalau tak dapat jawab dan aku tak suka sakitkan jiwa aku hahaha. so aku tak beli kot tapi aku akan tetap sokong minat kauu! *bawak sepanduk

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Jujur kau ni. Aku suka. Hehe
      Jangan risau, teka-teki aku tak akan buat sakit jiwa punya, apatah lagi jiwa kau. HEhehe

      Delete
  9. Cero, tolong buat. Saya nak beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Baiklah!
      Nanti dah siap, sila beli ye.
      Tapi bukan dalam masa terdekat laa tau hahahaha

      Delete
  10. Huruf Nun.
    Nak.

    - kudozu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >kudozu

      Tepat sekali. Nun.
      Baiklah. Nanti aku buat jangan lupa support ye :)

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026