Oct 12, 2016

Ayam, Abah dan 'Saya Tidak Tahu'.




Salam.

Entri kali ini sepenuhnya cerita.
Mungkin sedikit ilmiah, atau sedikit satira bergantung kepada pembaca.
Poinnya, tiada komik.




Abah aku bela ayam. Seekor. Ayam jantan tua balung besar.
Abah dapat ayam tersebut daripada nenek aku di kampung.
Nenek aku pindah rumah, tapi rumah baru dia tiada reban ayam.
Jadi Abah bawa balik seekor ke rumah sini.
Pada mulanya niatnya nak sembelih buat lauk.
Tapi selepas tiga hari bela belakang rumah, Abah aku dah naik sayang jadi dia buat keputusan untuk terus membela.

Abah aku namakan ayam itu Ayam.

Sepanjang minggu lepas aku demam.
Masuk wad, keluar wad, cuti seminggu,
kemudian aku balik ke rumah parents aku.
Berhari-hari asyik terlantar sahaja atas katil.
Tatap dinding, tatap siling, tatap kipas, tatap masa depan.
Nak bergerak tak larat, tapi asyik baring pun tak produktif.
Jadi banyak masa aku habiskan dengan tidur sahaja.

Satu tengahari,
sedang aku baring atas katil, terdengar bunyi Ayam.
Kokok Ayam biasa sudah dengar. Ketok-ketok dia pun biasa sudah.
Tapi kali ini aku rasa bunyi Ayam lain sikit.
Bunyi pendek-pendek tapi tidak berhenti. Bertalu-talu. Macam distress call.
Aku mula rasa pelik.
Jadi aku turun ke bawah rumah untuk bertanya.
Gigih turun ke bawah rumah dua tingkat padahal badan lembik lagi.
Abah ke surau solat Zohor berjemaah.
Tinggal Mak sedang kemas bilik.
Aku beritahu Mak tentang Ayam.
Mak dan aku bergegas ke belakang rumah meninjau.
Pada masa itu, suasana sudah diam tiada lagi kidung Ayam.

Bila keluar tinjau tempat Ayam ditambat,
hanya tinggal tali rafia yang sudah tercarik-carik.
Ayam sudah tiada.

Bila kami pusing keliling kawasan, kami ternampak kelibat sesuatu di dalam parit belakang semak sana. Ada biawak sedang berenang menjauhi kawasan. Besar saiznya, macam anak anjing. Mungkin besar lagi.

Sebagaimana manusia tipikal lain, kami pun 'connect the dots'.
Satu kesimpulan yang kami dapat buat ialah:
BIAWAK DATANG TELAN AYAM BUAT LAUK.

Abah balik dari surau.
Kami ceritakan segalanya. Muka Abah berubah, nampak sedih.
Ayam yang dibelanya sudah jadi lauk biawak.
"Biawak punya biawak," kata Abah.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxx



Beberapa hari lepas aku ada terlayan satu video di YouTube.
Video tentang satu soalan psikologi kepada orang ramai.
Soalannya berbunyi:
'Antara merah dan kuning, mana lagi berat?'

Kedengaran tak masuk akal, kan, soalan itu?
Tapi ramai yang jawab soalan ni.
Ada yang kata merah lagi berat sebab kuning warna lebih terang (lighter), jadi kuning lagi ringan. Ada juga yang jawab kuning lagi berat sebab spektrum cahaya, panjang gelombang kuning lagi pendek (dan rapat) berbanding warna merah.

Sebenarnya,
soalan itu tiada jawapan.
Yang bertanya soalan hanya mahu uji berapa ramai responden menjawab 'tidak tahu'.
Hasilnya, memang sangat sikit yang jawab tidak tahu.
Kebanyakannya akan cuba cari jawapan menggunakan sebanyak mana logik yang ada.

Ada kajian menyatakan, 'sorry' bukanlah perkataan paling susah disebut manusia seperti yang dicanang dalam lagu 'Sorry Seems To Be The Hardest Word' tapi sebenarnya 'I don't know'.
Okay, maybe 'I don't know' bukanlah satu perkataan, tapi you all get the point, right?

Kalau tanya kepada manusia tipikal atau kawan-kawan satu kepala anda, mesti mereka akan kata semua itu bertitik tolak kepada sikap ego manusia. Manusia tidak mahu nampak lemah, bodoh, dan gagal dengan sebut perkataan 'I don't know' atau sekadar mengaku tidak tahu. Belum lagi tanya siapa lagi banyak jawab 'saya tidak tahu' sama ada lelaki atau perempuan. Yang lelaki mesti cakap perempuan, dan yang perempuan mesti tuding ke lelaki.

Jangan nafikan. Aku pun begitu.

Berita baiknya, 'saya tidak tahu' adalah ayat paling susah disebut tidak ada kena mengena dengan ego. Ia adalah lumrah manusia. Atau lebih tepat mekanisma otak untuk terus hidup.

Begini, otak kita memang sudah diprogram untuk sentiasa mencari jawapan. Otak kita akan sentiasa mahu 'tahu' segalanya. Ia adalah ciri unik otak yang membuatkan spesies kita dapat hidup lama dalam alam ini.

Sebab itulah kita nampak titik bertindih dan penutup kurungan sebagai muka orang tersenyum :)
Sebab itu juga baju belang melintang kononnya menampakkan kita lebih gemuk.
Sebab itu juga kita nampak bayang dalam gelap sebagai lembaga hantu sedangkan ia sekadar seluar yang tergantung di pintu.

Sebab itu juga wujud fenomena pareidolia di mana kita nampak lampu dan bumper kereta sebagai muka. Ini kerana waktu nenek moyang kita dulu sedang gigih nak hidup luar dari gua, dapat kesan muka haiwan dalam semak samun akan memberikan kelebihan untuk mereka lari dahulu sebelum jadi lauk haiwan pemangsa. Itu bagaimana kita survive.

Semuanya adalah persepsi.

Otak kita sudah di-hardwired-kan supaya sentiasa mencari jawapan.
Dengan kata lain, otak kita tidak suka tidak tahu.

Kalian tahu kan perangai tipikal dalam drama melayu bila si awek ternampak pakwe dia berjalan dengan perempuan lain lepas tu terus tuduh lelaki itu curang dan tak setia main campak-campak barang semua, kan?
Itu memang berlaku, dan berlaku kepada semua orang, bukan sekadar drama.

Aku dulu percaya semua itu hanyalah 'tanggapan' dan 'assumption' daripada hati orang itu sendiri yang kurangnya nilai percaya dalam hubungan tapi kini aku mengaku aku silap. Itu bukan sekadar 'assumption'. Lebih tepat lagi, assumption bukan suatu pilihan, tapi adalah mekanisma otak mencari jawapan. Pendek kata, semua orang assume.

It is how we live.

Otak kita memang tidak mudah mengaku TIDAK TAHU KEBENARAN dan sentiasa mencari jawapan.
Otak kita tidak mahu berfikir 'ahh, aku tidak tahu', sebaliknya dengan sendiri mencari jawapan dan tidak peduli sama ada jawapan itu adalah kebenaran ataupun tidak.
Kadang-kadang bila sudah dijelaskan sekalipun, sesetengah mekanisma otak tidak mahu menerima jawapan tersebut kerana kalau terima maknanya otak (pemikiran) kita itu adalah salah. Otak tidak suka mengaku salah.

Bila lihat dari sudut lain, sebenarnya agak tepat bila kita kata semua itu EGO.
Tapi yang ego bukannya jantina, bukan lelaki, bukan perempuan, tapi otak itu sendiri.

Ilmu kajian otak, pada aku, sangat menarik.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxx



Berbalik kepada cerita Ayam,
Abah masuk ke rumah dengan hampa.
Ayam yang sudah mula dia sayang, kini dirembes asid di dalam perut biawak.

Beberapa jam kemudian, riuh kedengaran bunyi kanak-kanak berlari di belakang rumah.
Bila ditinjau, rupanya mereka teruja melihat ada seekor ayam di seberang parit.
Budak bandar, dapat tengok ayam hidup memang akan riuh satu taman.
Selalu nampak ayam KFC je.

Abah, Emak dan aku membuat kepastian.
Ayam yang diriuhkan itu memang adalah Ayam.
Ayam sedang berdiri di atas rumput, seberang parit sebelah sana.
Rupanya liat nyawa Ayam ni.

Abah pun bergegas pusing keluar taman perumahan untuk ke seberang parit.
Ditangkapnya Ayam dan dibimbitnya pulang ke rumah dengan riang gembira.

Kami simpulkan,
Ayam nampak biawak menghampirinya dan kemudian meronta-ronta sehingga terputus tali rafia yang menambat. Bila sudah bebas, dia lari sepuas hati menyelamatkan diri. Itu cara otak kami 'connect the dots'. Tidak pernah sekalipun kami mengaku 'kami tidak tahu' walaupun secara dasarnya kami tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi.

Misterinya sekarang adalah,
bagaimana Ayam dapat merentasi parit yang bukan sahaja lebar dan dalam, malah mengalirnya air yang deras dan dihuni oleh pelbagai makhluk pemangsa?





Terima kasih kerana baca sampai habis.






.

34 comments:

  1. nama ayam adalah Ayam hahahaha comel.
    cEro, kau tak sihat kenapa? Get well soon okayyy!
    Menarik la cerita kau pasal otak tu, sangat menarik. Thankyouuuu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Comel kan? Macam letak nama anak sebagai Anak. Hahaha

      Aku kena denggi seminggu, Nad. Nasib baik ujian darah kata bukan Zika, kalau tak dah jadi statistik Zika dah aku, masuk berita.

      Delete
  2. Panjang sungguh essay awak ni. Cikgu bagi A+.

    berbincang mengenai ego dan sikap xnk mengaku tak tau. Kah, rasa kena tumbuk kat muka sebab sangat tepat. Aku sendiri sebolehnya cuba jugak sebolehnya konon-konon tau. bila kantoi taktau, malu bukan kepalang.

    beralih ke topik assumption pulak..Assuming is not wrong. It's the basis of making a hypothesis. But when the assumption is considered as inference without sufficient support to the claim, it is reckless..

    makanya jangan samakan "anggapan" dengan "kesimpulan".

    tamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mon

      TERIMA KASIH, CIKGU! *sambil tunduk hormat*

      Semua orang camtu, Mon. Aku pun. Bila tak tahu, kita akan cari jawapan sendiri sampai tahu. Tapi bila kantoi tu memang malu dia aduuussssss

      Yup. Dulu aku ingat 'assuming' itu boleh dikawal. Aku cukup tak suka orang suka assume. But then, yang tak eloknya ialah assume dan presume assumption itu sebagai fact, itu yang tak betul.

      Sekian :)

      Delete
  3. Soalan merah atau kuning lagi berat,aku jawab, merah kot, ENTAH.. haha.. Pada aku, kalau aku taktau aku jawab jek disusuli dengan jawapan ENTAH, yang bermaksud taktau dalam kamus hidup aku..

    Interesting..! Suka betul aku baca blog informative ni, banyak benda orang pemalas macam aku ni dapat belajar.. Good job, cEro..!

    And yeah, get well son, dude..! Asyik sakit je tapi takpe, sakit tu kifarah..

    Hmmmmmmm, misterinya tuh.. Ayam boleh terbang to certain distance, ENTAH.. haha..XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee

      Itulah. Most human akan bagi jawapan dulu sebelum mengaku tak tahu. Ikut logik pun, tak mungkin dapat dibuktikan mana lagi berat, merah atau kuning.

      Hehe. Thanks Lee. Kau baca sampai habis pun kita bagus dah. Most people akan skip-skip baca hehe.

      Kali ni sakit teruk sikit, so yeah aku pun merendah diri menempuhnya wahahahaha

      Aku sedar fact that ayam boleh terbang walaupun tak jauh, tapi entahlah. Maybe will to survive dia tinggi kot, dapat seberang parit tanpa masalah :)

      Delete
    2. Pada akula, kalau aku jawab taktau, nampak macam aku langsung tak berusaha untuk berfikir.. satu lagi, didikan jugak kot.. Mak aku marah betul kalau tanya pape, jawab taktau..nanti dia kata, semua taktau, abeh, apa yang hang tau? Hahaha..

      Mesti baca abeh, entri best.. ^^

      Yeah, most likely.. Ayam ada flight or fight response tak? hehehe..

      Delete
    3. >Lee

      Betul jugak tu.
      Mungkin sebabkan didikan, masyarakat kita dah terbiasa untuk tak mengaku tak tahu. Assume game is really dangerous. Bayangkan kita buat-buat tahu perkara yang libatkan nyawa. Tak ke bahaya hehhehe.

      Ayam ada flight or fight tu aku tak pasti. Tapi rasanya mestilah kena ada kan? Kalau tak ayam akan jadi macam sloth yang melepak atas pokok je hahaha

      Delete
  4. Dia terbang lah kot sebab terlalu takut ataupun ayam yang jumpa balik tu bukan ayam abah kau cuma kaler bulu tu jek sama haaa aiyokk kot2 ayam orang lain haaa seram ke idok senafas jek baca komen aku ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kon

      Oheemgee tak terfikir pula aku sama ada ayam tu ayam sama atau tak sebab dari mata aku semua ayam sama je wahahaha aku pun cuba balas komen kau dengan satu nafas je semput weyhhhh

      Delete
  5. Memanglah ayam namanya ayam. Dan memanglah biawak sifatnya seperti biawak.. Kau ni buat aku tergelak sorang-sorang depan lappy.. T_T

    Masa kerja, kau tak boleh jawab tak tahu. Pantang bos kau dengar tahu tak? Kena jawab tahu walaupun sebenarnya kau tak tahu apa-apa pun. Huhu.. Itu pengalaman den lah.

    Misteri jugak ayam ayah kau tu ye. Tak dapat den nak memikio apa puncanya kejadian tu berlaku. Mungkin sesetengah perkara dlm dunia nih hanya perlu diterima, bukan utk difahami. Mwehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Gee Lion

      hahaha. Apa nak buat. Ayam adalah ayam, biawak adalah biawak. Hehehe

      Certain Boss je kot macam tu, tapi ada je boss yang suka bila pekerja dia kata tak tahu dan nak belajar. Hehe

      Itulah. Mungkin ada misteri dalam dunia ni yang lebih baik tidak terus difikirkan hehehe

      Delete
  6. Smart la Ayam apak ko, C. Lukisan ayam tu memang refer pada si Ayam tu ka? Hahaa nice :D

    Kalau tanya soalan "Merah atau kuning, mana lagi berat?" tu, aku terbayang hemoglobin dan plasma darah, dan otak aku akan fikir merah itu lagi berat (atau lebih tumpat), padahal soalannya tanya pasal warna, bukannya pasal darah. Hahaa... the brain is still a rather mysterious organ. Jawapannya, aku tak tahu :p

    Pasal kejadian ayam dan biawak kat rumah ko tu, kalau laa rumah ko ada pasang cctv, atau ada saksi yang boleh dipercayai, or better yet, if Ayam can talk and tell you the whole thing (assuming Ayam is trustworthy and doesn't have any hidden agenda), baru boleh tahu kejadian sebenar-benarnya tu macam mana. Point di sini ialah "cari bukti" after connecting the dots. Macam ko kata, kita tak boleh "presume the assumption as a fact (or conclusion)", and I totally agree with this one. Sebab tu pada aku, lepas buat apa-apa assumption or hypothesis, langkah seterusnya ialah selidik dan cari bukti, termasuklah bertanya pada pihak yang dapat mengesahkannya. Tuduhan melulu is a no-no, especially when it comes to pointing fingers to someone "likely" when something fishy is happening.

    Biawak memang la pemangsa, dan image pemangsanya itu memang mudah untuk buatkan dia kena tuduh membalun apa-apa binatang yang boleh jadi makanan dia pada bila-bila masa. A samseng is always a samseng, haha... nope, not always, not all the time, and there are always other samsengs who can do the crime. It's a matter of catching the right culprit of that particular crime, and... the world is not flat ;3

    p/s: Sorry kalau komen ni panjang sangat, idea tetiba datang nak komen panjang. Nice writing by the way, leka aku membacanya ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain

      Thanks P. Aku tangkap gambar close up, pastu lukis as reference dr henfon. Hehehe

      Kan? Sekali imbas, kepala mesti ada jawapan untuk semua soalan, even yang tak ada jawapan. Jadi pada aku, dapat admit kita tak tahu tu macam power laa sebab boleh overcome apa yang otak dicipta untuk buat. Hehehe

      Presume assumption as a fact sentiasa menjadi masalah pada aku. Lagi bertambah masalah bila walaupun kita dah jelaskan, tapi orang yg presumed tu tak nak percaya dan terus nak berpegang kepada 'fact' dia. Itu masalah. Jenis macam ni aku tak boleh handle, even macam mana pun orangnya.

      Dari POV biawak, maybe dia hanya nak cari makan je. Kebetulan ayam ada berdekatan, jadi biawak mana yang nak menolak rezeki, kan? Hehehehe

      p/s: Takpe. Aku sentiasa suka orang komen panjang lebar, tambahan jenis komen yang berisi macam ni. Hehehe

      Delete
  7. Mula-mula baca, sedih amat. Nasib baik lepas tu happy ending.

    Mengenai 'saya tidak tahu', dulu seseorang pernah nasihatkan saya, jangan jawab tak tahu. Nampak tak professional. Kena jawab 'saya kurang pasti' kemudian, tambah apa-apa yang lain sebagai jalan penyelesaian. Sampai sekarang saya ikut je nasihat tu. Contoh kepada situasi cero tadi, jika saya di tempat tu, kena jawab begini: "saya kurang pasti apa jadi kepada Ayam. Tapi tadi nampak biawak. Risau dia sudah ditelan biawak"

    Soal merah kuning. Mengingatkan kepada maskot saya. Baju merah kuning. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Haha. Ayam je kot, Amna. Tapi nasib baik happy ending hehehe.

      Sebenarnya ia terpulang kepada situasi. Kalau kita seorang cikgu sains tapi bila ditanya soalan kita tak tahu, adalah lagi baik jangan sebut 'saya tidak tahu' sebaliknya cakap 'saya kurang pasti' dan seterusnya pergi check fakta.

      Tapi kalau dia orang biasa, ditanya soalan tentang quantum physics, kan lagi elok dia terus jawab 'saya tidak tahu' dari mereka cerita. hahahaha

      Hahaha. Kita kan geng baju merah. Seluar je cEro warna biru. Hehehehe

      Delete
  8. kur kur kur kuuuuur

    dulu mase kecik2 rumah den penuh ayam

    ReplyDelete
    Replies
    1. >budoxe lee

      Aku selalu kekonon nak panggil ayam guna bunyi kur kur kur tu tapi tak pernah menjadi pon. Ayam tak pernah nak datang hahahaha

      Delete
  9. Benda baru aku belajar pasal otak manusia tu. Nice one. Memang kalau boleh kita nak try gak macam mana pun untuk jawab soalan walaupun tak tahu. Tapi kadang2 aku jawab je tak tahu kalau memang tak boleh nak hentam jawapan yg logik. Kalau setakat nak jawab merah ke kuning lagi berat senang sangat nak hentam...haha.... Cuba tanya aku pasal Companies Act, memang aku jawab tak tahu je...

    So, aku rasa betul la otak akan sentiasa mencari jawapan, tapi pada masa yg sama otak jugak akan berfikir sama ada proper tak untuk hentam soalan tu atau better jawab tak tahu je...complicated otak ni sebenarnya...huhu..

    Ayam tu terbang, orang sakit kaki masa desperate macam nak lari dari kena ombak kuat pun dia tiba2 jadi boleh lari, mesti ayam ni pun boleh terbang jauh gila sebab desperate...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Jawab 'tak tahu' tu aku rasa bergantung kepada keadaan situasi. Maybe on default otak akan mengelak jawab tak tahu, tapi kalau ada self control ataupun benefit lebih, maka tak tahu adalah jawapannya.

      Otak memang complicated. Tapi sebabkan kerumitan itulah otak adalah antara organ paling menarik dalam badan manusia, kan?

      Logiknya Ayam tu memang terbang. Tapi nak fikir Ayam tu terbang seberang parit yang luas dan dapat daki tembok yang rasanya manusia pun tak mampu, sedikit meragukan. Tapi memang tak ada alasan logik lain selain terbang hahahaha. Mungkin betul kot dia desperate sangat nak hidup huhuhu

      Delete
  10. maaf sy cuma baca cite Ayam shj sampai habis. Otak terus tepu nak baca perenggan ke dua. huhu

    -Fisz

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Fisz

      Alaaaa, rugi laa.
      Sebab perenggan kedua laa perenggan paling best Hehehe

      Delete
  11. apak r!!! first expression aku baca entri ni adalah:
    "gilek hebatlah ayam kau..dah boleh buat story jaguh si ayam!"

    tapi mungkin betullah dgn bro ley ckp...dia terbang...syukur selamat...
    comelnya lahai ayam nih! komen ayam je, yg pasal otak tu, aku pun baru tahu lepas baca entri ko...hurm...nice sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Masa aku tahu Ayam tu hidup lagi, aku pun kagum gila. Dah laa boleh putuskan tali yang tambat kaki dia (unharmed) pastu dapat pula selamatkan diri ke tempat yang secara logik tak tersampai.

      Nyawa, bile meronta-ronta nak terus hidup, yang mustahil pun boleh dilakukan. Kan?

      Delete
  12. cerita ayam tu lawak. ayam yang namanya Ayam. wahh unik. :D
    fitrah manusia agaknya memang suka berfikir dan memberi pendapat walaupun tentang perkara yg tak diketahuinya. mungkin jugak sebahagian ego menghalang manusia menjawab taktahu. :3

    ayam tu terbang kot. ayam nie ada sayap kan? XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Memang fitrah. Sebabkan fitrah tu laa kita manusia boleh survive sejauh ni sedangkan dah banyak dah species lain yang tewas, pupus di telan persaingan ewah.

      Ayam memang terbang, tapi rasanya tak laa setinggi dapat seberang parit luas dan panjat pagar...kot?

      Delete
  13. ayam bukan boleh terbang for certain degree ke?? maybe not flight more like float? hahaha.

    tp part story I dont know itu memang deep. aku dah ponder for a while now

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Hafiy Halim

      Yup. Ayam boleh terbang walaupun tak tinggi dan jauh, tapi parit tu lebar, tu yang confuse tu. Maybe float pun boleh diterima walaupun parit tu penuh berisi haiwan pemangsa.

      Hahaha.
      Bila berkaitan otak, memang segalanya kena deep. Hehehe

      Delete
  14. wow. ayam tu. like how. haha
    Merah terasa berat sebab berkaitan dengan emosi. sebut je merah, emosi mesti naik. sebut kuning.emosi jadi tenang.so mungkin yang menjawab merah adalah orang yg kuat main emosi.

    I think lelaki selalu jawab mungkin dia .... jawapan related to mungkin

    perempuan pulak selalu jawab aq rasa dia memang....... jawapan direct to rasa memang .
    haha. just maybe

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Hahaha. Macam kena je kau punya pemerhatian tu.
      Perkataan 'mungkin' dan 'aku rasa' tu memang seolah-olah bagitau kebenaran padahal sebenarnya tak pasti, kan?
      Permainan bahasa pertuturan tu hehehe

      Delete
  15. Kalau aku, aku jawab "manalah aku tahu, dedua tu warna, cane aku nak timbang untuk tahu mana satu berat mana satu ringan". That's explain betapa malasnya aku nak berfikir dengan lebih mendalam. HAHHAH

    Hmm betul jugak. Aku pun rasa orang lagi susah nak cakap dia tak tahu dari minta maaf. Sebab aku pon kengkadang macam tu, nak nampak hebat. Biasalah manusia. HAHHAH

    Oh lepas ni aku boleh cakap, 'Sebenaqnya otak aku yang ego'. Hehhe

    ReplyDelete
  16. >nanadhoi

    Yup. It's a human thing, jadi semua orang memang ada ego regardless gender atau umur, cuma nak tak nak je kita kawal ego tu hehehe.

    Bernas idea jawapan kau tu hehehe

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026