Dec 7, 2016

Comel Gila!


Salam,
siapa sini pernah duduk depan cermin lepas tu puji diri sendiri kacak/cantik/comel?

**cEro angkat tangan**





Okey,
ini kisah versi panjangnya.

Aku ada dua ikat rambut.
Satu jenis getah kain, satu jenis getah sintetik.

Aku selalu ikat rambut guna yang getah sintetik kalau nak menunggang motosikal sebab jenis getah macam tu pegang kuat dan tak senang tercabut.
Jadi rambut takkan menggerbang kena tiup angin.
Keburukan dia pula, bila nak buka, rambut tersangkut-sangkut.

Yang jenis getah kain pula aku selalu pakai waktu santai lepak-lepak keluar jalan.
Jenis ni lebih selesa sebab tak rasa tertarik.
Tapi kelemahan jenis ni ialah cepat kendur.
Baru pakai smeinggu dua dah membesar macam rambut aku ni besar sanggul mak datin.

Baru-baru ni ikat rambut aku yang getah sintetik itu putus.
Itulah natijah bila lelaki dapat getah. Tak reti nak tarik elok-elok.
Dulu beli banyak, tapi sebab pakai satu je jadi yang lain aku tak pasti dah campak mana,
cari pun tak jumpa.
Maka,
aku pun pakailah yang jenis getah kain semasa menunggang moto.
Habis tunggangan, buka helmet terus rambut menggerbang macam Kak Ros.
Barulah aku perasan yang ikat rambut aku jatuh di tengah jalan.

Jadi,
habislah aku tak ada satu pun ikat rambut.

Tak boleh jadi.
Aku kemudian ke pasaraya nak beli ikat rambut.
Banyak juga habis masa di bahagian ikat rambut (aksesori wanita).
Pelik promoter dekat situ tengok aku belek-belek barang bahagian perempuan.
Tapi demi rambut, aku butakan sahaja hahaha.

Sebab tak jumpa jenis getah sintetik,
aku beli dua set ikat rambut getah kain.

Bila ikat rambut sudah banyak ni,
balik rumah aku pun cuba ikat rambut dua, twintails.
Ohhhh maaaaiiii....!!!
COMEL GILA! **puji diri sendiri**
Kalau aku jumpa perempuan macam aku, dan aku lelaki,
aku mesti akan jatuh hati dekat diri sendiri hahahaha (apa aku taip ni?)



Masa mula-mula tulis blog ni beberapa tahun lalu,
aku ada terfikir banyak perkara untuk aku ceritakan di blog.
Tapi tak pernah terlintas di fikiran aku yang satu hari aku akan bercerita tentang ikat rambut dan puji diri sendiri comel dalam entri yang sama macam hari ini.




Oh ya,
aku pernah dapat hadiah ikat rambut daripada seseorang.
Masih tersimpan elok dalam sampul yang dia berikan.
Aku sangat menghargai hadiah itu.

Soalannya, sebagai tanda menghargai,
patutkah aku pakai ikat rambut itu
ataupun lebih baik aku simpan dengan baik sebagai sebuah hadiah?






.

27 comments:

  1. Puji diri sendiri depan cermin tu selalu. Tp bila tengok camera fon jadi nope nope nope.

    Lepasni beli crocodile jaws pulak utk pakai kat rumah, hahah. Selamat jatuh cinta kat diri sendiri C.

    Uuu ada awek bagi hadiah. Pakailah

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra yang first

      Hehe selalu ek? Tak pernah sebenarnya puji diri sendiri even depan cermin seorang2 pun. This was my first time hahaha. Maybe kurang self-esteem kot hahaha

      Ooh, itu namanya crocodile jaws ek? Punya laa tak tahu apa nama dia. Dari dulu panggil kepit je hahaha.

      Hehehe

      Delete
  2. hahaha. aku guna getah ikat sayur je. nak cabut tu sakit sikit. tapi kemas dan padu.

    aku pun selalu puji diri sendiri cEro, sebab takde siapa nak puji kan. sep sikit hahaha.

    ada laki mmg sexy rambut panjang. auww haha

    kalau aku, aku simpan kot sbb tau nak hilang tu senang benda cmtu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Rambut licin lawa okey laa pakai getah sayur sebab nanti senang cabut. Tapi kalau rambut macam mop macam aku, nangis oo nak cabut satu pun hahaha.

      Ah, kau. Ramai je orang puji kau. Kau je tak ambik port orang puji kau hahahaha.

      Sexy mana pun kalau muka pecah rumah tak jadi jugak hahaha.

      Itulah. Itu laa alasan kenapa sampai sekarang aku tak pakai pun ikat rambut tu hahaha

      Delete
  3. Aku selalu puji diri aku hensem sebab aku tak rasa muka aku macam pompuan.. Kalau aku tak bertudung, mesti orang ingat aku lelaki dah.. tudung menyelamatkan aku..haha..

    takpe aku paham, aku pun selalu jatuh hati kat diri sendiri..haha..

    apesal sama nasib kita ni..? aku guna gelang getah yang patut pakai kat tangan, buat ikat rambut.. Aku pakai dua, dua-dua putus eventually dan sekarang aku pakai getah sayur..that'll make do la.. *sigh.*

    Hmmmmm, aku punya penghargaan hadiah adalah pakai..create more memories with the gift, dude.. UvUd

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh, nombor apa kat cermin tuh....eheeee.. XP

      Delete
    2. >Lee

      Hahaha. Patut laa OC kau pun macam lelaki hehehe.

      AKu ingat masa beli ikat rambut tu ada banyak dalam satu set, tapi aku pakai satu je pastu tak tau mana aku campak yang baki banyak tu. Mesti kau pun macam tu, kan? Hehehe

      Hadiah tu, kalau pakai nanti buruk. Hehehe

      Nombor kat cermin? Cuba laa teka kod apa hehehe.

      Delete
  4. pakai je getah hadiah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Angah

      Tapi sayang. Nanti cepat buruk. Hahaha

      Delete
  5. Replies
    1. >BLee

      Hahaha. Ye laa. Tak perasan pulak hahaha.

      Delete
  6. hahahahhaha...boleh tahan masuk air jugak kau ni...tp bagus lah ada rasa jatuh cinta dgn diri sendiri..
    aku pun tak pernah ada getah yang setia...selalu sgt hilang. tapi kalau guna yg org lain punya, tahan pulak..


    bagi aku, kalau hadiah tu tak kekal bentuknya slps kita guna, aku takkan guna-sbb sayang-macam pemadam, minyak wangi, makanan...
    (aku masih simpan lagi cloud 9 yg kawan aku kasi masa tahun 2008, sbb sayang nak makan..dan pengeluaran cloud 9 tu dah xde skrg..)

    tp kalau bentuk dia tak berubah dan potensi utk rosak tu tipis, aku akan guna-contohnya mug, botol air, tabung, sejadah..

    terpulanglah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie

      Hahaha. Entahalh. Aku ni jarang puji diri sendiri tapi bila puji menggunung jugak laa pergi hahaha.

      Hmmm...betul jugak cara kau ni kan.
      Kalau jenis yang cepat buruk atau hilang bentuk memang sayang nak guna hahaha.

      Cerita cloud 9 kau tu buat aku teringat. Dulu aku ada simpan choc bar pemberian ex aku tapi bila dah jadi ex, aku buang dalam tong sampah hahahahaha

      Delete
  7. hahahhahaha nak tergelak baca. XD u're not the only one. tapi kekadang je la puji diri sendiri T^T

    selalu guna yg kain bercorak2 tu, sebab senang detect BV punya n susah hilang (maybe sebab bercorak?! dan semua kepala kat rumah nie pakai yg biasa2) XD

    kalau rasa taknak guna, jangan guna. simpan elok2. :D tu ikut diri sendiri sebenarnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Hehehe. AKu jarang nak puji diri sendiri tapi kalau selalu pun rasanya tak luak pun hehehe

      Tak boleh laa nak pakai yang bercorak sebab takut nanti orang meragui jantina aku pulak hahahaha

      AKu lebih ke arah tak nak pakai, tapi tak pasti pula orang lain sebab mungkin dengan guna itu lebih menghargai? Entah...hahaha

      Delete
  8. Replies
    1. >Ben

      Selalu juga cuba nak menyanggul, tapi bila sanggul rambut aku jadi sanggul kecik hahahaha huduh aku rasa

      Delete
  9. Wakakaka dayyum sumpah aku tergelak baca entry nih, ohmaiii tetiba aku terpikir pasal watak awek red indian yang minat kat Peterpan tu, si Tigerlily. Hang boleh tukar nama ke Cerolily la C, nama khas bila hang ikat rambut tocang dua macam tu X3

    Uuuu... kalo pakai kat rumah je ok kot? ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >P

      Hahahaha. Aku memang teringat dekat female indian tapi tak terkenang pulak Princess Tiger Lily.
      Bagus jugak idea buat alternate character C versi tocang dua tu hahahaha

      Kat umah aku tak selalu sikat rambut hahahaha.
      Habis rambut masuk dalam makanan eeeeewww

      Delete
  10. comelnya haha. cuba ikat toncet jadilah ankel jonni haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Boss Noob

      Takleh lawan ANkel, boss.
      Ankel lejen. Hahahha

      Delete
  11. err tak terfikir ke nak gunting rambut? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Cik Ekin

      Terfikir tu banyak kali.
      Tapi belum terlaksana je hahahaha

      Delete
  12. Tu la.. Jarang nak tengok kau puji diri sendiri. Baguslah kau dah redha dan happy dgn diri kau. Haha..

    Tak rimas ke rambut panjang? Aku kalau panjang sikit pun dah rimas n susah nak adjust rambut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Hahahaha.
      Cari happiness dari orang lain tak dapat, jadi bagi laa happiness utk diri sendiri hehehe

      Aku lagi rimas kalau rambut medium pendek sebab lagi tak ikut kata, nak belah tepi nanti dia tetiba terbelah tengah dengan sendiri hahahaha

      Delete
  13. Hmm kalau sayang simpan aja getah tu. Kalau nak guna jugak make sure tak hilang. Aku jenis macam tu lah. HAHHHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nanadhoi

      Itulah juga yang aku buat.
      Tak pakai, tapi simpan.
      Yang aku pakai semua yang buruk-buruk beli sendiri kat kedai. Hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026