Feb 3, 2016

Misteri Bilik Study Jam Tiga Pagi.

Salam.

Bertemu kita sekali lagi di dalam Siri Angker.

Seramnya sesebuah cerita itu tidak hanya bergantung kepada isi dan jalan ceritanya sahaja. Malah terdapat juga faktor luar lain yang memain peranan. Antara faktor luar yang dapat aku kenal pasti ialah faktor ketinggian imaginasi pendengar, suasana persekitaran ketika mendengar, dan juga perasaan ‘dekat’ dengan cerita yang disampaikan.

                Untuk minggu ini, aku akan berkongsikan sebuah cerita yang (pada aku) sangat dekat dengan diri aku. Cerita ini disampaikan oleh seorang kenalan perempuan yang pernah menginap di asrama puteri (aspuri) di sebuah sekolah berasrama penuh.

Sudah menjadi kebiasaan, pelajar di sekolah berasrama akan berkongsi menggunakan kemudahan yang tersedia ada di asrama untuk kehidupan seharian. Bilik basuh, bilik TV, bilik mandi dan bilik belajar (bilik study) tidak menjadi hak milik sesiapa, semuanya dikongsi tidak kira oleh pelajar senior mahupun pelajar junior.

Semakin menghampiri waktu peperiksaan, sama ada peperiksaan besar, peperiksaan penggal mahupun sekadar ujian bulanan, bilik study akan menjadi tumpuan ramai. Dek kerana peraturan keras asrama melarang sebarang lampu dibuka selepas jam 12 malam, hanya di bilik study sahaja pelajar dibenarkan menyambung usaha menelaah buku pelajaran dan menyiapkan tugasan persekolahan.

Cerita bermula apabila Trisha dan Foziah merancang untuk mengulangkaji pelajaran di bilik study selepas jam 12 malam nanti.

“Kena cepat tau, Tri. Kalau lambat nanti tak dapat meja bawah kipas,” kata Foziah.

“Alaa, Fo. Kau pergilah chop dulu letak buku ke, botol air ke. Aku nak lipat baju yang aku baru angkat dari ampaian tadi dulu,” balas Trisha.

Mereka berdua bukannya selalu menghabiskan masa di bilik study. Kalau diikutkan, tidur lebih menyeronokkan. Tapi memikirkan ujian bulanan yang hampir tiba, dan masih banyak lagi bab dari subjek Sains Tingkatan Tiga yang belum mereka kuasai, nikmat tidur terpaksa diketepikan dahulu.

Jam menunjukkan pukul 12.30 pagi.

Bilik study penuh dihuni pelajar yang ingin mengulangkaji. Hampir setiap kerusi yang disediakan diduduki pelajar. Meja juga dipenuhi dengan buku-buku pelajaran. Suasana sedikit hingar-bingar kerana ada pelajar yang masih berbual-bual dan belum memulakan aktiviti mengulangkaji. Kadang kala terdengar suara meminta keadaan supaya diam, tapi diamnya takkan bertahan lama. Maklumlah, bila berkumpul sesama kawan, ada sahaja topik perbualan yang mahu diceritakan.

Trisha berjalan laju dari dormnya menuju ke bilik study. Dia sedar dia sedikit lewat. Dalam hatinya terbayang wajah tidak puas hati Foziah dan seribu alasan yang bakal dikeluarkannya. Sesampai sahaja Trisha di bilik study, merayap matanya mencari kelibat Foziah. Nampaknya Foziah gagal mendapat kedudukan strategik di bawah kipas kerana ketiga-tiga spot bawah kipas sudah dikuasai pelajar-pelajar yang lebih senior. Lalu mata Trisha tertumpu ke arah satu kelompok meja di sebelah tingkap. Ternampak susuk badan Foziah tertunduk membaca nota dengan telinganya disumbat fon telinga.

“Woi, sorry lambat. Banyak pula baju kena lipat tadi,” sergah Trisha. Melihat Trisha di sebelah kirinya menarik kerusi untuk diduduki, Foziah menanggalkan sebelah fon telinganya dan kemudian berkata;

“Ah, banyak kau punya alasan. Sudahlah kita tak dapat tempat bawah kipas. Kena pula duduk tepi tingkap. Tak best tahu, duduk tepi tingkap. Banyak cicak.”

Ya. Keburukan duduk di tepi tingkap ialah kewujudan cicak yang kadang kala tak peduli akan kehadiran manusia. Sama ada mereka mahu bergaduh, bernyahtinja, mengawan, mahupun sekadar duduk diam tanpa gerakan, langsung tidak dipedulikan manusia yang berada berhampiran.

Tanpa membuang masa, Trisha terus membuka buku Sains dan memulakan sesi menelaah. Secara peribadi, Sains bukanlah satu subjek kegemaran baginya. Dia lebih gemarkan subjek bahasa dan sejarah. Namun bab pertama subjek Sains Tingkatan Tiga sangat menarik perhatiannya. Sekali sekala terdengar Trisha tergelak kecil melihat entah apa rajah di buku rujukannya itu.

Jam sudah menunjukkan pukul lima minit selepas satu pagi.

Belum pun habis satu bab, mata Trisha sudah menjadi berat. Syaitan bergayut di bulu mata membuatkannya terasa mahu memejam. Trisha berpaling ke arah Foziah di sebelah yang kelihatan sangat fokus dengan apa yang dibacanya.

“Fo, aku mengantuklah. Ada gula-gula tak?” Tanya Trisha.

“Tak adalah, Tri. Minumlah air masak yang aku bawa ni.” Foziah menghulurkan botol air mineral yang dibawanya. Trisha meneguk dua tiga kali dengan harapan dapat menghilangkan rasa mengantuknya, tapi ia hanya bertahan selama dua tiga minit sahaja.

“Fo, aku rasa aku nak nap sekejap. 5 minit. Nanti kau kejut aku boleh?” pinta Trisha.

“Okey,” jawab Foziah, ringkas.

Trisha pun menolak bukunya ke tepi. Berbantalkan lengan, dia merebahkan kepalanya ke meja dan selepas beberapa saat, hilang diulik mimpi.

Lima minit sudah berlalu, Foziah mengejutkan Trisha dari tidurnya.

“Tri, dah lima minit dah. Bangunlah. Kata nak sambung study.”
Merasakan tidurnya masih belum cukup untuk dihabiskan, Trisha meminta tambahan 5 minit. Foziah hanya menggelengkan kepala, menurut saja kehendak Trisha itu.

Jam sudah menunjukkan pukul 1.45 pagi.

Trisha terjaga dari tidurnya sendiri tanpa dikejut Foziah. Dengan mata kuyu, dia memerhatikan sekeliling bilik study. Jumlah pelajar sudah berkurangan, mungkin sudah ramai yang menghabiskan sesi ulangkaji mereka dan pulang ke bilik dorm masing-masing. Trisha kemudian menjeling ke arah Foziah di sebelah. Foziah mengadap ke tingkap sambil bertongkatkan lengan kirinya membaca nota di tangan.

Melihat Foziah yang tekun mengulangkaji, Trisha senyum seorang diri. Namun desakan matanya yang semakin layu memaksa Trisha untuk kembali berbantalkan lengan dan menyambung nap-nya.

“Lima minit lagilah,” ujar hati Trisha kepada diri sendiri.

Setelah beberapa ketika, Trisha sekali lagi terjaga dari tidurnya. Melihat sekeliling, tiada lagi pelajar lain yang berada di bilik study itu selain dirinya dan Foziah di sebelah.

“Alamak, aku terlajak tidurkah?”
Trisha melihat jam di dinding. Jarum pendek ke arah angka tiga manakala jarum panjang tegak di angka dua belas. Sudah pukul 3 pagi.

“Fo, dah pukul tiga dah. Kenapa kau tak kejut aku, wei?”
Trisha menolak bahu Foziah tanda tidak puas hati. Masakan tidak, satu bab pun tidak dihabisnya mengulangkaji. Sedar-sedar saja sudah pukul tiga pagi.

Tindakan Trisha itu tidak diendahkan Foziah. Foziah masih lagi bertongkatkan tangan kirinya mengadap tingkap di sebelah kanan sambil membaca nota.

“Kenapa kau tak kejut aku, Fo. Habislah aku. Banyak lagi tak baca ni…”

“Kau dah bangun?”
Suara garau dari Foziah itu sedikit mengganggu Trisha.
“Aku bukan tak nak kejut kau, tapi aku suka tengok kau tidur tadi.”

Tangan kiri Foziah diturunkan ke atas meja. Kepalanya masih memandang ke kanan. Perlahan-lahan kepala Foziah berpaling ke arah Trisha di sebelah.

“Tapi malangnya aku tiada mata untuk tengok kau tidur dengan nyenyaknya, Trisha.”

Trisha terkejut melihat wajah Foziah. Wajah Foziah yang memaling ke arahnya itu tidak mempunyai mata, hidung dan mulut. Wajahnya kosong. Namun walaupun wajah itu kosong, tapi jelas di permukaan kulitnya, wajah itu sedang tersenyum dan tepat memandang ke arah Trisha.

“Kau sambunglah tidur. Biar aku teman kau di sini lagi.”

Dari cerita penghuni aspuri yang lain, terdengar jeritan yang kuat memecah hening pagi dari arah bilik study pada jam tiga pagi. Trisha dijumpai kaku keseorangan di bilik study keesokan paginya. Foziah tidak pernah datang ke bilik study pada malam itu kerana tertidur di katil di bilik dorm-nya.


Selamat mengulangkaji pelajaran di waktu malam. Pastikan anda kenal siapa yang menemani anda di sebelah.




Lagi di dalam Siri Angker:

#1 Misteri Jiran Rumah Atas.
#2 Misteri Peristiwa Di Koridor Sekolah.
#3 Misteri Bilik Basuh Blok B.




.

54 comments:

  1. Ahahaha ini angker siot!

    Rajin bebenau budak-budak form 3 study tengah-tengah malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku dok umah jek time tuh, dok guling guling tengok tv dengan seronoknya tanpa rasa bersalah..XP

      Delete
    2. >Mona

      Hahaha. Bukan yang selalunya tak rajin ialah lelaki ke?
      Sekolah aku dulu ujian biasa je pun budak perempuan semua study tak hengat dunia, yg laki sibuk tunggu giliran baca komik Wira Tunggal. Hahaha

      Delete
    3. Berdasarkan telahan kau, agaknya aku ni lelaki sebab aku pun tunggu giliran baca komik Jengking Merah time tu. Sambil tu duk giir-gilir baca Siri Maskeret Cinta. Hahahaha.

      Pendek kata..
      Aku pun malas, bro..
      Dulu..
      Kini..
      dan selamanya..

      Delete
    4. >Mona

      Siri Maskeret Cinta WIN!
      Teringin nak baca sekarang, mana boleh dapat entah...hahahah

      Delete
    5. Aku mengklasifikasikan diri aku sebagai genderless/agender so dedua pun aku ada.. Nak baca, jemputla datang ke rumah..hahaha..

      Delete
    6. >Lee

      Jangan jemput sebarangan Lee.
      Aku datang betul2 nanti. Hahahaha

      Delete
    7. Haha..kau mention wira tunggal teringat pulak dulu aku suka baca. Yang paling aku ingat hero dia mesti leher besar n badan besar pastu awek semua mesti rendah parat dada hero je. Haha..

      Delete
    8. >Bro Ley

      Pastu yang perempuan semua muka lebih kurang sama, warna rambut je lain. Pastu semua hot belaka. Hahahah

      Delete
  2. Another version of hantu bilik study...hahaha..

    Aku tak rasa keangkerannya sangat sebab tak pernah pi stay up study kat bilik study..so tak rasa dekat gittew.. XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee

      hahaha. Aku tau apa yang boleh angkerkan kau. Makcik jual kuih dekat tingkap bilik kau, kan? Hehehe

      Delete
    2. SALAH..!!! Ahahahaha..

      Paling angker pada aku ialah kalau tengah melepaskan hajat, pocong muncul teman kat sebelah.. =~= Angker dari segala sudut weyh..

      Delete
    3. Aku terbayang hantu kak limah... huhuhu

      Delete
    4. >Lee

      Hahahaha. Mencicit aku lari keluar jamban kalau camtu.
      Potong stim je orang nak berhajat, dia pulak buat jahat.
      Hahahaha

      Delete
  3. Warghhh!! meremang bulu tengkuk walaupun membaca di pagi hari..hampes!! seb baik aku dh xsekolah..hahahah!!

    _pu3aan_

    ReplyDelete
    Replies
    1. >pu3aan

      Hahaha. Siapa kata lembaga takde muka tu kacau budak sekolah je? Hehehe

      Delete
  4. Mak aihhhh, nasib baiklah dulu sekolah harian je. Kalau tak, mahu menangis kalau benda ni terjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Aku ada cerita seram jugak untuk sekolah harian.
      Nanti aku try kongsi. Maybe beberapa bulan lagi. Hehehehe

      Delete
    2. Takpelah cEro. Terima kasih ya. Tak nak dengar or baca cerita seram. *tutup mata dan tutup telinga*

      Delete
    3. >Farah

      hahahaha. Farah jangan macam tu.
      Kang nanti sampai sudah tak berkunjung ke blog ni. Hehehe

      Delete
  5. Sains tingkatan tiga mmg sgt menyeronokkan *ketawa kecil

    Memandangkan ketinggian imaginasi agak rendah, suasana persekitaran ketika membaca di siang hari, dan juga perasaan ‘jauh’ dengan cerita yang dibaca membuatkan tak rasa seram.

    (Poodah Zyra yang kau terketar bawah comforter lepas terbaca novel sambungan the Ring tu pekebende)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra

      Hahahaha Z. Bab imaginasi rendah tu macam tak caya je.
      hahahah

      Delete
    2. >Zyra

      C'mon girl. You read books and you draw yourself blue hair, takkan nak kata imaginasi rendah plak? Hehe

      Delete
  6. msa form 3 xde nye study tgh2 mlm. haha. form 5 pon berjaga sbb terpaksa je. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. >najwa zahid

      hahahaha. Masa sekolah dulu pon sama jugak. Last minit je study tu pon tahan 45 min je. Hahaha

      Delete
  7. aih.. ni cerita seram lah.. saya baca gelak pulak dah. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna Shark

      Jahatnya Amna, gelakkan certia seram orang...
      Hehehehe

      Delete
  8. tri dan fo ada tak kawan nama wan, tu dan fai? haha.

    setiap asrama penuh memang ada cerita angker nya yg tersendiri. histeria berantai la, basuh baju dengan 'kawan'la *meremamang pulak type ni* hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NADIA vs BERON

      Sebut psal histeria berantai, nak sangat duduk berbual dengan sesiapa yang pernah alaminya. Pernah jugak cari dan nak dapat dah, tapi orang yang pernah alami histeria berantai lebih tak nak mengaku dan sorok kebenaran, so sangat susah nak kaji kes camtu :(

      Delete
    2. Peh..baru aku perasan lepas baca komen nadia. Hari tu cerita hantu ada Wan & Tu...
      Kali ni citer hantu ada Tri & Fo pulak...

      Dah boleh agak dah lepas ni mesti Fai & Sik. Hahaha...

      Delete
    3. >Bro Ley

      Hahahaha. Itu semua hanyalah konspirasi teori. Tak ada bukti yang sah. Hahahahaha

      Delete
  9. err..seram ni, rase mcm takut plak nak tgk muka org sebelah skg ni ;/

    ReplyDelete
    Replies
    1. >namy yul

      Hahaha. Jangan bayang yang bukan-bukan sudahlah :)

      Delete
  10. Aku saje jek nak baca time malam supaya aura keseraman itu menusuk jiwa. Dah k bye nk tgk tv. Hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Miss Fireflies

      Hahaha. Jadi? Apa macam penangannya?

      Delete
  11. Dan aku baca ni tepat pukul 12.24 mlm ditepi sliding door yg masih belum berkunci. Naseb...another tough night! Pakat ramai2 la post cte hantu. TT__TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Yura Yu

      Hehehe. Bertabahlah Yus. Kau kena pakai selimut tebal kasi perlindungan kukuh sikit. Hehehe

      Delete
    2. Hahaha kesian yura. Tak jadi la aku nak up cerita angker malam ni (sebenarnya takut nak lukis hantu lepas baca cerita cero)

      Delete
    3. nasib hang baik Yura sebab aku takde cite2 angker ni, paling angker pun bila 'ditindih' oleh sesuatu dalam tidur. tp itu pun dah ada penjelasan saintifik jd takdelah angker, wahahaha.

      hm, best jugak main tindih2 ni

      Delete
    4. >ben

      Saiyaa maaahuuu nenek kebaya merah!!!
      Hehehehe

      Delete
    5. >Zyra

      Rasanya laa kan, boleh tak nak kata yang saintifik explanation untuk fenomena kena tindih tu sekadar sains cuba nak masuk akalkan apa yang berlaku je, sbb rasanya hanya orang yang pernah kena je tahu bagaimana keadaan sebenar dan betapa helpless-nye waktu kena tindih tu. Hehehe

      Delete
    6. @cEro

      Aku rasa yg kena tindih tu kau kena accept saintifik explanation dia. Sebab aku pernah kena and aku langsung xde rasa mcm aku kena tindih dgn makhluk halus pun.

      Tapi, aku still percaya jugak ada org masa kena tindih tu betul2 dia kena tindih dgn makhluk halus la... Cuma aku x pernah kena yg tu..,

      Delete
    7. >Bro Ley

      Aku macam pernah kena tapi tak pasti itukah yang orang kata kena tindih. Pada aku, kena keep calm je bila benda tu berlaku. Kalau lagi gelabah, lagi besar after effect dia nanti...hehehe

      Delete
  12. Aku tak rasa seram, tapi aku rasa kelakar. Huhuhu... sorry C. Aku sebenarnya agak susah nak rasa seram bila baca cerita2 anker, walaupun aku ada pengalaman anker sendiri. Nanti2 lah aku cerita kat blog kalau rajin... tapi aku rasa maybe cerita anker aku pun akan jadi kelakar jugak... meh

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      Neh. Aku study cerita seram dan elemen dalamnya.
      Aku tahu medium tulisan (cetak atau elektronik) adalah medium paling lemah dalam penceritaan unsur seram.
      Nak tahu apa medium paling berkesan?
      Lisan. Hehe

      Aku nak tahu jugak cerita angker kau tu.
      Seram tak seram itu cerita no. 459, yang utama cerita dulu. Hehehe

      Delete
  13. Nanti aku cerita pasal opis aku plak.. huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Aujinz

      hahahaha...
      Rasanya dari hari tu kau komen benda yang sama.
      Mana ceritanya, mana?
      (dlm twitter tak kira...hehehe)

      Delete
  14. tetiba teringat roomate. hhahhahaha. apakahhhh?? T^T
    suka betul buat cerita hantu yg dari kawan jadi hantu kan? hahahhaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Basic plot cerita angker asrama banyaknya berkisar macam tu laa, something biasa dan regular jadi out of expecatation.
      Sebab di zaman sekolah, kawan yang paling rapat, so kalau kawan jadi hanti, daya kesanan dia lebih sikit. Hehehe

      Delete
  15. Rasanya cerita ni x jadi seram sebab yg study tu form 3 kot. Aku rasa time form 3 kebanyakannya belum nak rajin sgt nak stay up lewat2. So, tak berapa nak dekat dgn aku cerita ni.

    Btw, hostel kau ada sediakan bilik study eh... Aku dulu study waktu prep je la kt kelas, kt hostel utk tido je...Tak pernah pulak aku nak pergi kelas kt sekolah tu malam2. Seram woo..

    Tapi yang paling aku seram kat hostel ni ialah kalau air xde, seksa betul..haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Hahahaha...Sekolah aku form 3 dah study malam dah, tambah2 lagi bila nak dekat test or exam.

      Hostel aku ada sediakan bilik study. Dua blok satu bilik bersaiz dua dorm. Tapi limit sampai pukul 2 je, kalau lebih nanti warden marah.

      Takde air memang paling seram..Bukan setakat muka seram tak mandi, bau pun tahap angker dah...hahahahaha

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026