Jan 27, 2016

From C to Z.



Salam.

Aku sepatutnya publish entri ini lebih awal,
tapi oleh sebab minggu lepas mood tak berapa nak okey,
jadi aku tak mahu entri ini termasuk sekali ke dalam dark week aku itu.

Maka, terterbitlah entri ini hari ini.


Awal Januari yang lalu (lebih tepat lagi 4 Januari 2016),
Zyra dari blog ZyraRoxx telah menerbitkan satu entri mencabar aku dan Plain83 untuk melukis OC (original character) Zyra si rambut biru.

Baca entri cabaran tersebut di sini.
Zyra juga melukis OC aku dengan comelnya di dalam entri itu seperti gambar yang aku curi di atas.

Untuk nota,
original characters (OC) bermaksud watak rekaan sendiri mengenai sesuatu (selalunya spin-off dan fan fiction untuk sesebuah cerita yang sudah sedia ada). Tapi dalam kes ini, OC adalah representasi diri si pelukis sendiri dalam bentuk maya. Sesetengah kita gelarnya sebagai avatar.

So,
challenge accepted!
*muka Barney Stinson*

Plain sudahpun dengan jayanya menyiapkan cabaran tersebut.
Baca entri Plain di sini.

Sekian introduction, masuk isi utama.


First of all,
I don't usually do tags.
Kecuali bila aku rasa perasaan 'macam menarik je kalau buat', so aku buat.
Untuk tag (aku sebut sebagai cabaran) kali ini, aku diminta untuk melukis.
Disebabkan melukis adalah antara perkara yang aku suka buat, jadi aku buat.

Tapi,
melukis sahaja bukannya perkara mudah.
Apatah lagi aku perlu melukis OC orang lain.
Kalau lukis OC sendiri, pejam mata pun boleh buat.
Tapi sebab kena lukis OC orang lain, banyak perkara aku kena consider.

Berikut adalah cabaran yang aku lalui untuk melukis OC Zyra.

1.     Perlu diingatkan, seperti pelukis kartun lelaki yang lain, kelemahan nyata aku ialah aku tak pandai lukis perempuan. (Tapi Aujinz power lukis perempuan. Boleh jatuh cinta oo tengok awek bertudung yang Aujinz lukis) Jadi nak lukis Zyra yang obviously perempuan, itu satu cabaran yang sangat mencabar.

2.     Setiap OC, atau mana-mana watak lukisan itu sendiri, terdapat ciri-ciri khusus yang membuatkannya spesifik dan istimewa untuk watak itu. Contohnya, kita kenal Naruto dengan rambut kuning, mata biru dan ada tiga garisan di pipi kiri dan kanannya. Kita kenal Spongebob dengan tubuh kotak berwarna kuning dan badan berporos. Kita kenal cEro (hahaha, siapa 'kita' tu?) dengan rambut pusing di depan dan berbaju kuning.

3.     Jadi mula sekali, aku perlu mengenalpasti OC Zyra. Apa yang menjadikan Zyra, Zyra. Setelah beberapa jam mengkaji, pertama yang sudah obvious ialah Zyra berambut biru. Zyra juga keluarkan vibe seorang 'emo girl' dalam OC dia dari cara pemakaian dan rambut yang menutup sebelah mata.

4.     Meletakkan pengenalan Zyra itu sebagai penanda aras, aku draft watak Zyra guna komputer dan terhasillah lukisan seperti di bawah:




5.     Kalau kalian perasan, lukisan di atas lebih kurang sama dengan lukisan di header blog ni, kan? Sudah tentulah sama, sebab aku guna tracing base lukisan yang sama dan masukkan characteristics Zyra (rambut biru, baju emo dsb) ke dalamnya. Hehehe.

6.     Tapi ia tidak habis di situ. Lukisan di atas hanya guna basic profiling dan aku tidak masukkan gaya lukisan aku. Maka aku kembali ke kertas putih kosong dan mula melukis dengan menitikberatkan segala characteristics Zyra yang ada. Lukisan ini perlu ada gaya lukisan aku sendiri tanpa perlu meniru 100% gaya lukisan Zyra.

7.     Kalian sedia maklum, aku tidak lukis terus ke komputer (dengan menggunakan tablet atau mouse), sebaliknya proses aku ialah lukis atas kertas guna pen, scan ke komputer guna scanner, edit dan warna guna software. Proses itu makan masa 3-4 kali ganda lebih lama daripada guna tablet dan mouse terus. But I'm okay with it.

8.     Hasil bertungkus-lumus beberapa jam kemudian, maka wujudlah lukisan Zyra seperti di bawah:




9.     The color is not always true. Gaya lukisan aku kebanyakkannya dipenuhi dengan warna yang contrast dan hue yang tinggi, jadi aku tidak celup direct warna daripada lukisan asal Zyra, sebaliknya aku masukkan warna sendiri namun tidak menafikan warna yang sedia ada. (Aku harap kalian faham dengan penerangan ini sebab aku tak ada ayat yang lebih baik untuk menerangkannya. Maafkan BM saya)

10.     Dan lukisan di atas tiada background sebab...penyakit utama aku. Aku pemalas.


Jadi,
apa pendapat kalian tentang lukisan OC Zyra hasil titik peluh masin aku ni?
Yaay or naay?

Challenge accomplished?

Ada ke sesiapa berminat nak lukis OC cEro?





.

50 comments:

  1. Yaaayyyy!!Style la cero.. Gigih sungguh. Dan hasilnya juga cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Dea Day

      Kegigihan kan sentiasa akan membuahkan ganjaran. Hehehe
      Thanks Mon :)

      Delete
  2. Tak pandai komen sebab buta seni. Tapi, rasa lain pula bila tengok OC Zyra tu sebab dah biasa tengok yang Zyra tu punya sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Faham. Hehe.
      Tapi kalau dapat kenal itu Zyra walaupun bukan dilukis Zyra, kiranya berjaya laa kan? :)

      Delete
  3. Haaaaa... sebab lukisan gaya cEro kann.. jadi opkoslah approved. Hahahaha

    Aku termiss entri zyra yang itu. Huhuhu...

    Walaupun aku suka lukis awek bertudung, tapi melukis awek bertudung paling susah baq angg.. especially awek bertudung bawal. Tapi aku sangat suka awek bertudung bawal, sebab tu aku gigih lukis jugak. Wkwkwkw..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Aujinz

      Haha. Thanks Jinz.

      Kau termiss tapi still boleh buat lagi. Takkan pernah terlambat. Hehe

      Baiklah gadis-gadis di luar sana, kita dah tahu Aujinz suka yang pakai tudung bawal, so apa lagi? Tulis dalam buku nota sebagai rujukan. Borang boleh PM aku. Hahaha

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. wiki wiki wau wau! Aku suka.. cEro lukis zygha jadi ayu! AHHAHA. Terserlah keperempuanan zygha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Yura Yu

      Hahaha. Thanks Yus. Susah oo nak lukis perempuan. Aku cukup tak pandai nak lukis perempuan. Hahahaha

      Delete
  6. Zyra ayu gila baq hang. Aku jatuh chentaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. >ben osman

      Ben. Kau pun kena lukis Zyra gak...Ngan aku sekali.
      Wajib!
      Hahahaha

      Delete
  7. Zyra ayu gila baq hang. Aku jatuh chentaaaa

    ReplyDelete
  8. mestilah jawapannya yeaa..

    aku pernah lukis watak ko dulu masa aku promot buku KAMI!
    rupanya tu OC..baru tahu huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nazha

      Aku ingat! Aku siap print saiz A4 lagi nak frame & gantung dlm bilik tapi tak jadi sebab takut nanti orang aku cEro. Hahahaha

      Delete
  9. setiap pelukis memang ada seni tersendiri kan. means aku tgk lukisan zyra ni aku tau kau yg lukis hehe. gambar 1st buat aku gelak sebab kelakar. langsung tak nampak emo girl yg selalu zyra tampilkan sebelum ni.

    lukisan kedua dah mcm avatar kau versi perempuan hehe.

    nice job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NADIA

      Itu orang panggil 'touch', patutnya tiap yang melukis kena ada touch sendiri. Bila orang kenal touch kita, barulah lukis apa pun orang akan tahu itu lukisan kita.

      Thanks Nad :)

      Delete
  10. 'Setelah beberapa jam mengkaji'
    Sgt terharu.. haha thanks untuk DUA (2) OC Zyraroxx cEro-style.

    Thanks sebab tak giveup lukis perempuan dan thanks sebab 'mengayukan' Zyraroxx. Hahahaha. Baru perasan aura emo. Selama ni bajet rock. Hahaha..

    Ingat nak tag Aujinz, tapi dulu dah penah suruh tapi tak dihiraukan *sniff

    Thanks again!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra

      hahaha..sendiri punya OC pun tak perasan emo? Nasib tak kulit pale dan mata pakai celak tebal je. Hehe.

      Thanks Z atas semua pujian. Kalau nak yang versi HD bgtau laa tau.

      Kena desak si Ojin tu. Nanti baru dia buat. Hahaha

      Delete
  11. Suka dua2 yang cero lukis :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna Shark

      Thanks Amna. Amna tak nak lukis cEro ke? Hehehe

      Delete
  12. Cantik! Ni zyra dewasa. Aurmmm~ ^,-

    ReplyDelete
    Replies
    1. >~* chirpy_chummy *~

      Thanks Mar. Hahaha. Lain macam dah Aum kau tu. hehe

      Delete
  13. Cantik! Ni zyra dewasa. Aurmmm~ ^,-

    ReplyDelete
  14. comel je zyra versi cEro. eh. hahahaa.
    biasa dengan warna lukisan Zyra yg lembut2 dan bila macam nie, nampak unik dan comel lak. :D keep it up :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Sebab kena masukkan gaya sendiri, tu yang tukar warna dari lembut jadi sedikit striking tu. Hehehe
      Thanks BV :)

      Delete
  15. Salam Mr. cEro!!

    Chomey dh cik Zyra version cEro tu..tp disebabkan ko xpandai lukis pompuan Zyra jadik satu mata..(betul ke telahan aku nih??)..Lol!!

    ReplyDelete
  16. aik..nape komen aku xde nama aku kat bawahnye?? anyway that was me..

    -pu3aan

    ReplyDelete
    Replies
    1. >pu3aan

      Thanks Put.
      Betul laa tu telahan kau tu. Aku bukannya pandai pun nak lukis perempuan. Sebab tu jadi camtu. Hehehe

      Delete
  17. Z posing ala2 innocent instead of posing maut kat C. Haha, nice drawings C. Apsal lukis dia pegang daun musim luruh? Ada meaning? :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      Hahaha. Nice observation P.
      Aku saja nak ada warna kuning dlm lukisan tu, sebab tu aku taruh daun musim luruh, benda warna kuning yang paling logik boleh aku fikirkan dgn posing macam tu.
      Tak ada makna apa sangat pun. hehehe

      Delete
  18. Comel! Yg 1st tu cam psiko je haha. I am jealous dgn korang2 yg pandai lukis ni. Bak sikit talent tu!

    -Star-

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Star

      Hahahaha. Kalau ini kau kata talent, aku tak tau nak kata apa.
      Kalau betul2 talent, aku rasa aku buat semua ni dgn satu swift je, tapi untuk hasilkan dua lukisan ni je aku dah penat bersusah payah. Hehe
      Thanks btw :)

      Delete
  19. Mata dia sebelah takde lah..hahahaha ke kau lupa nak warna? Sungguh comel sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >mashy_entah

      Ruang dia terlalu kecik untuk aku lukis, so aku decided untuk tinggalkan je jadi kosong. Heehehe.
      Thanks :)

      Delete
  20. cero sambil aku baca entry ni aku kentut, bau..
    aku kene pergi berak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nelayan

      Sungguh tak senonoh kau ni nelayan oi.
      Sopan santun laa sikit. Hahahahahaha

      Delete
  21. CHUMILLLL...!!! Dedua puunn..! Untungla Zyraaaaa.. *mode jeles.*

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee

      Hahaha. Thanks Lee. Takde apa yang perlu dijeleskan.
      Kau pun boleh kalau nak lukis OC Zyra. Hehehe

      Delete
    2. Aku jeles tang lain.. Aku TAK NAK lukis, aku NAK dilukis..ahaha..XP

      Delete
    3. >Lee

      Alaaa, lukis laa dulu baru nanti akan dilukis.
      hehehe

      Delete
  22. CHUMILLLL...!!! Dedua puunn..! Untungla Zyraaaaa.. *mode jeles.*

    ReplyDelete
  23. Aku suka yg First kau lukis tu. Nampak mcm org x betul je zyra. Hahaha...

    Btw, memang hebat korg semua ni. Lukis OC org lain pun jadi je...tahniah2.

    Tp lukisan kau x obvious la bulu mata lentik zyra tu. Kalau kau bg obvious sikit bulu mata zyra tu, kau rasa jadi pelik x? Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btw,baru perasan. skemanya header.. :D

      Delete
    2. >Bro Ley

      Hahahaha. Ya laa. AKu lupa nak tangkap bulu mata lentik dia tu. Lagipun mata memang payah sikit nak lukis sbb aku tak pandai lukis saiz kecik. Hahaha

      Thanks Bro Ley :)

      Delete
  24. pergh zyra yg 1st tu cerilia version eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >budoxe lee

      hehehe. Itu saje saje je try.
      Sebab dalam laptop dah ada tracing untuk outline dia. Hehehe

      Delete
  25. Akhirnya berjaya tengok zyraa versi ayu ^^ .. chomeeelll , rasa mcm nak simpan dlm poket jeee zyraa yg pegang daun tuu. Yang mcm psycho tuu menakutkan sikit.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kim Chaa

      Hahaha. Simpan laa, kalau Zyra benarkan.
      Yang psycho tu sesaje je testing power.
      Tp betullah, nampak macam nak kerat kepala orang je mukanya...hahahahaha

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026