Feb 10, 2016

Muka Kosong?



Salam.

Dalam entri acah-acah seram yang aku tulis sebelum ini,
aku ada kata yang cerita tersebut 'dekat' dengan aku.
Bukan sebab aku pernah alaminya.
Bukan sebab wataknya (Trisha dan Foziah) ada kena mengena dengan aku.
Juga bukan sebab aku pernah masuk bilik study aspuri.

Sebabnya ialah
hantu muka kosong merupakan momokan zaman kanak-kanak aku yang paling aku takuti.






Kita semua ada momok yang menjadi igauan zaman kanak-kanak kita.
Ada yang takutkan hantu di bawah katil sampai perlu tidur berselimut satu badan.
Ada yang takutkan pocong putih melompat-lompat di waktu malam.
Ada yang takutkan bayang-bayang daripada lilin di dalam bilik gelap.

Aku pula, menghuni carta paling atas antara momok-momok paling ditakuti zaman kanak-kanak aku adalah hantu muka kosong.

Ya, aku tahu.
Hantu muka kosong tak sepopular pocong, langsuir, hantu penanggal dan pontianak.
Tapi idea hantu berbadan normal tapi bila dipandang mukanya kosong tanpa mata, hidung dan mulut sangat menyeramkan (at least pada aku).

Bayangkan,
wajah-wajah familiar macam keluarga, jiran dan hero kegemaran TANPA MUKA.

Bayangkan juga,
kita menegur abang kita dari belakang.
Dan dengan perlahan dia pusing menampakkan mukanya
hanya untuk mendapati yang muka dia itu KOSONG!

Ya, momok yang paling aku takuti bukannya berwajah hodoh dan bergigi tajam
tapi yang tiada wajah langsung.

Thanks to my Abah sebab semai benih ketakutan muka kosong itu walaupun aku tahu Abah tak berniat buruk.

Masa aku kecil dulu,
hanya sebut 'muka kosong' sahaja sudah mampu membuatkan aku menangis ketakutan.
Even masa taip entri ni pun aku rasa sedikit tak selesa.

Walaupun sekarang usia sudah purba dewasa,
tapi sedikit sebanyak 'muka kosong' agak terkesan dalam diri aku.
Aku tak suka melukis orang tanpa muka sepenuhnya.
Paling kurang perlu ada satu garisan untuk mulut.
Lukisan muka tanpa mata dan mulut sedikit mengganggu pemikiran dan emosi aku.
Even satu smiley emoji pun kena ada at least titik dan garisan, kan?

Tapi itu momok zaman kanak-kanak aku,
kalian pula bagaimana?
Apakah momok/hantu yang pada kalian paling menakutkan pada zaman kanak-kanak dulu?






.

43 comments:

  1. Hmmmmmmmmmm.. Aku taktau aku ada momok yang paling ditakuti/digeruni atau tak.. *berfikir-fikir...dan fikir.*

    Tapi mungkin hantu bawah katil koooooottt..yeeee, rasanya yang tu dah.. Tu yang paling paling ditakutilah walaupun perasaan takut tuh tak kuat mana even masa kecik dulu..tapi aku tak suka biar kaki/tangan/kepala terjuntai dari katil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee-kun

      Sebab kecik dulu aku tak ada katil, just hampar tilam dekat lantai dan tidur, jadi aku tak takut langsung hantu bawah katil. Hahahahaha

      Tapi aku saaaaaaangat tak suka kalau ada lipas keluar dari bawah katil. Hahahah

      Delete
  2. Dalam banyak2 momok, entahla, aku rasa aku paling meremang bila terbayang pocong dengan penanggal -___- *meremang*

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Ben

      Masa belajar dulu aku selalu terfikir macam mana penanggal boleh tertanggal dan terpasang balik dari sudut biologi.
      Hahahaha

      Delete
  3. Hmmmmm. Saya pula banyak sangat takutnya. Tapi, paling takut dengan pontianak dan penanggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Dulu takut pontianak. Tapi lepas terlayan Pontianak Harum Sundal Malam 1&2, terus tak takut langsung dah...hahahaha

      Delete
  4. seram weh muka kosong. dulu kat sekolah aku ada bebudak kena histeria berantai. first-first dorang nampak muka kosong tu la menyebabkan dorang jerit dan terkena histeria. wallahualam betul ke tak. tapi memang seram!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NADIA

      Wow, kes histeria berantai.
      Aku sentiasa berminat dgn cerita histeria berantai. Mana-mana cerita yang aku dengar semuanya tak sama. Hehe

      Delete
  5. Tak takut lagi la dgn momok or hantu or langsuir or hantu pocong sbb seriously aku tak pernah jumpa lagi la mende2 ni dan mintak2...mmg tak nak jumpa pun. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kon

      Jumpa lain Kon daripada diberitahu (dimomokkan).
      Aku jadi takut dgn muka kosong sebab dimomokkan je, kalau jumpa rasanya tak hidup dah aku...hahahhaa

      Delete
  6. takut semua hantu melayu. maksudnya hantu2 yg masyarakat melayu tau. hahahhaa. seram pulak bila fikir2 pasal muka kosong nie kan. kira macam takdak bentuk muka kan? kosong je T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Hantu melayu macam pontianak, langsuir, pocong dll kan?
      Dulu pernah terbaca pasal lagenda hantu Jepun. Walaupun fizikal mereka tak laa seseram mana (contohnya macam payung berkaki dan bermata satu = kelakar), tapi plot cerita hantu mereka lagi seram dari kita. Hehe

      N yes, muka kosong tu muka dia kosong, tapi still ada lekuk-lekuk mata pipi, dahi dan dagu.

      Delete
  7. kau kata kalau sebut muka kosong agak mengganggu emosi kau kan? tapi kalau Si Kosong kau takut tak?

    parents aku dulu rasanya pernah momokkan pasal hantu pocong/ pontianak/ hantu raya... kot. hohoho =.="

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Haryz Khairuddin

      Kalau Si Kosong yang kau maksudkan ialah si gagal dari Lawak Kampus, itu pun aku takut. Takut nanti aku ketawakan dia sampai terburai isi perut. Hahahahaha

      Pocong, ponti dan hantu raya kureng sikit pada aku. Sampai laa ni aku tak pasti bentuk fizikal gambaran sebenar hantu raya. Hehe

      Delete
  8. Aku mungkin takut kuntilanak.. mungkin la sebab aku tak pernah nampak hantu. Macam mana nak tau takut ke tidak. Hmm.. toyol pun mungkin menakutkan. Nak-nak kalau kantoi dengan cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mona

      Maafkan aku kalau aku salah, tapi kuntilanak dengan pontianak tu sama kan? Cerita hantu perempuan rambut panjang mati anak, kan?

      Ok, komen toyol kau tu sangat plot twist. Tak sangka komen pun boleh plot twist. Hahahahahaha

      Delete
    2. Baru aku tau, Mona bukan saja pandai jual pisang cheese, malahan pandai letak twisties kat komen.. wkwkwkww

      Delete
    3. >Aujinz

      Kan?
      Banyak bakat betul Mona ni. Hehe

      Delete
  9. semua jenis momok seram aku takut..even topeng muka scream pun aku takt juga..memang sejak azali penakut..ubat gigi darlie pun aku takut sebab orang yg jadi maskot dia tu warna hiam and nampak mcm hantu..siap taknak gosok gigi bila emak beli ubat gigi darlie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >mashy_entah

      Seriusly ke kau takut kat simbol muka Darlie tu?
      Hehehe. Itu macam kronik je. Hahaha.
      Macam adik aku laa, semut yang ada belang pun dia dah menjerit kata semut kena rasuk. Hahahahahahaha

      Delete
  10. kisah plg seram di asrama. tgh study d bilik prep lewat malam. ada la member teman. duk borak2 sampei ke pagi. pastu aku naik la dulu kat bilik. tgk2 member tengah lena kat bilik. pastu aku cakap dgn sapa tadi??? meremang bulu roma. bab2 hantu ni xtkt sgt dbb kita mmg dah tau tu hantu kan. yg seramnya kita igt borak dgn member tapi.......bukan orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >budoxe lee

      Uih!
      Dapat terasa seramnya tu. Memang betul, yg buat seram kekadang tu bukan muka hodoh atau buruk, tapi the fact that kita berinteraksi lama dengan 'sesuatu' yang tak sepatutnya...Uih, fikir pun dah seram.

      Delete
  11. Aku banyak kot. sebab duduk dekat berek polis, rumah flet, so banyaklah hantu katanya. dekat tangga, dekat lif, dekat tong sampah. Hantu paling aku takut ialah hantu raya dengan hantu pocong. sebab dua ekor tu selalu ada dalam list hantu hantu di kawasan flet aku. sampai nak lalu tangga lepas balik mengaji waktu malam pun, aku kena turun meluncur (hanya mereka yang duduk rumah flet je tau kot, turun tangga style meluncur cane. kah!). gila. gila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >~* chirpy_chummy *~

      Jangan Mar. Aku pun membesar dekat quarters polis...hehe
      Tapi bab hantu raya memang selalu aku dengar area rumah aku. Tapi sampai sudah aku tak pasti camne description hantu raya tu. Dia besar, hodoh dan berbadan hijau ke?

      Delete
    2. orang kata hantu raya berbulu sebadan (ini yang aku dengar dari kecik la). aku selalu bayangkan macam godzilla. hahahaha

      Delete
    3. >~* chirpy_chummy *~

      Berbulu satu badan? Wow!
      Tetiba aku rasa macam nak selidik lanjut tentang hantu raya ni, terutamanya kenapa dia dipanggil hantu raya. Dia kacau waktu nak dekat raya ke camane...hehehe

      Delete
  12. Lol. Aku baru je up entri dgn watak bermuka kosong. Sorry la weh terseramkan kau. Kahkah...

    Lukis kalau x payah ada mata n mulut kan lg senang. Hehe..

    Aku rasa kalau aku sendiri jumpa someone tg bermuka kosong memang aku takut gak la. Pada aku yg seram ni, hantu yg menyerupai kita tp dia ada 'unik' sikit dari manusia normal. Tu yg seram tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      hahahaha...sedar pon kau.

      Memang laa lukisan tanpa muka tu senang, tapi mengganggu tahu tak. Hehehe

      Kaan? Pada aku hantu muka hodoh kurang seram kalau nak dibandingkan dengan jenis yang menyerupai orang kita kenal ni...Seram dia lain macam sikit...

      Delete
  13. hahaa glamer juga hantu dok atas loker kalau kat asrama..
    rasa cis betul kalau terjaga tengah malam, tertengok plak atas loker... padahal xde pon bendalah tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. >padin no

      Sebab feeling kena menjenguk ke atas ternampak hantu bertenggek atas loker macam dramatik sikit, sama dramatik dengan feeling kena menunduk menjenguk ke bawah katil. Hehehe

      Delete
  14. Dari dulu aku dok fikir pasal satu benda ni...

    ...
    ..
    .
    .
    ......apa beza tabika dengan tadika? lelz

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      Soalan power. Sini aku bagi jawapan.

      Tabika = Taman bimbingan kanak-kanak
      Tadika = Taman didikan kanak-kanak
      Taska = Taman asuhan kanak-kanak
      Tabitha = Nama kucing Calico Tabby dalam Neko Atsume
      **tetiba**

      Delete
    2. >Aujinz

      Tasuka = Taman susuan kanak-kanak? Aww yiisss!

      Delete
    3. Hahahah tenusu betul ojinz nih...

      Delete
  15. Ada juga... Nanti saya nak buat post kesinambungan dari post ni. (sebab kena lukis untuk terangkan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Dah nampak naik dalam feed, tapi tunggu esoklah baru baca.
      Sure takut jugak ni...hehehehe

      Delete
  16. Hmm.. fikir2 takut apa. Dulu kecik penah takut tengkorak tp sekrg tengkorak is bae.

    Hm, penah tgok drama melayu lelaki muka terbakar buruk gila. Sampai takut nk g toilet. Itu lg seram dr cerita seram slapstik.

    Actually, rupa hantu tak penting. Apa yg ia buat tu lg penting. Kalau tindih kita sampai kelu lidah nk baca fatihah, lupa segala surah, itu sgt seram!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra

      Hahahaha. Comel je takut tengkorak. Sy dr kecik sentiasa rasa fascinated dengan tengkorak, tu yg jadi student bio tu. Hahahaha

      Betul. Rupa kurang penting berbanding pengalaman tu sendiri. Kekadang muka orang senyum pun boleh jadi seram kalau rasa tak kena pada tempatnya.

      Delete
  17. first time dengar. kat selangor tak famous kot hantu spesis ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nurul rasya

      Kat mana-mana pun tak famous rasanye sebab my Abah main cakap spontan je masa tanya dulu...hahahahah

      Delete
  18. hahaha.. tak sangka ada spesis hantu mcm ni XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. >xeranthemum annuum

      Hahaha. Rasanya ini sekadar spesies rekaan, takkan tercatit dalam mana-mana ensiklopedia hantu. Hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026