Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Mar 10, 2010

Jawapan tEka-tEki #5 Permainan Bahasa

this is seventieth...
...and I'm sorry..


Jika anda belum baca lagi tEka-tEki #5 Permainan Bahasa,
sila klik di sini..

**********************

Tahap kesukaran C
Bahasa Mansi


Anda tak perlukan kursus bahasa untuk jawab ini.
Hanya pensel, kertas dan sebuah organ bernama OTAK..

Jawapan:
  • atsatn at = 405

  • nolsat nopel xot = 76

  • ontellowsatn ontellowxujplow = 819

  • 58 = xotlow nopel nollow

  • 80 = nolsat

  • 716 = nollowsatn xotxujplow


*********************

Tahap Kesukaran D
English Riddle



What gets wetter as it dries?
(Mengering ia basah?)


Jawapan:

Towel (tuala)


*********************

Senang kan??
Komen membina dan menjatuhkan amatlah dialukan...

Klik gambar untuk sumber.

Mar 8, 2010

"Nama saya Tembikai, dan saya COMEL!"

this is sixty-ninth..
..and I'm sorry!


Tanggal 29 Januari yang lalu,
Tembikai lahir ke dunia,
tidak seperti baby yang lain, kelahirannya membawa erti yang besar kepada alam..
Kenapa?
Kerana Tembikai adalah seekor Tapir.


Gambar Ken Bohn

Semasa dilahirkan di Zoo San Diego,
Tembikai mempunyai berat 13 pounds (lebey kurang 5.89kg)
Namun setelah hampir sebulan semasa gambar ini diambil
beratnya mencecah 30 pounds (lebey kurang 13.61kg)
Huyooo!!!

Kiut kan??
Rase nak wat tidur je, nak jadi bantal peluk..
Tapi,
sebelum pape
sila baca beberapa fakta tentang
Tembikai dan tapir:

  1. Ibu Tembikai bernama Chantek, berumur 25 tahun semasa melahirkan Tembikai.

  2. Umur 25 tahun dianggap sudah lewat untuk melahirkan (bagi tapir) tapi syukur, Tembikai sihat

  3. Tak sampai sebulan, Tembikai sudah boleh makan makanan pejal.

  4. Tembikai adalah dalam species Malayan Tapir (Tapirus indicus), species terbesar antara hanya empat (4) spesies tapir di dunia.

  5. Walaupun nampak macam menyerupai babi, tapi tapir lebih hampir dengan kuda dan badak dalam taksonomi.

  6. Baby tapir memang comel (macam Tembikai), bulu perang dengan titik-titik dan belang putih sesuai untukk penyamaran dalam gelap.
    Namun, bila mencecah usia 7-8 bulan, bulu menjadi hitam dan akan timbul band putih seperti tapir dewasa (yang dh tak comel) sebagai tanda sudah matang untuk buat sex! (ayat siot!!)

  7. Tapir SANGAT rabun, tapi hidung dia SANGAT sensitif.

  8. Tapir adalah haiwan yang solo. Ibu hanya menjaga anak sehingga anak mereka dah tak comel (bila timbul band putih tanda dewasa)

  9. Tapir adalah spesies dalam kategori EN dalam pengkelasan IUCN Senarai Merah yang bererti Endangered (terancam dalam kawasan liar dengan angka populasi yang rendah).

  10. Ramai yang tak tau, Tapir adalah perkataan English. Dalam BM, tapir disebut sebagai Cipan, Tenuk dan lebih hormat Badak Tampong.



Ini mungkin rupa Tembikai selepas 3 tahun.

*********************

Kalau kawan anda panggil anda Cipan,
tanya dia balik,
"Cipan dewasa ke, cipan baby?"
Kalo dia sebut baby, maknanya dia puji anda..
Kalo dia sebut dewasa, sila tampar dia di pipi..

sumber: punca Facebook Azham, maklumat NationalGeographic Blog, fakta Wikipedia

Mar 7, 2010

Arca yang seakan-akan hidup!

this is sixty-eighth..
and I'm sorry..


Sedang tengah menyelam dalam lautan maklumat di Google,
terjumpa satu website design nih..
Dia bercerita tentang Photorealistic Sculpture.

Photorealistic Sculpture ialah dalam bahasa kita dipanggil arca gambaran realistik adalah satu seni ukiran yang dikerjakan oleh seorang artis dipanggil
'photorealist' di mana mereka akan sedaya upaya mengukir satu arca supaya nampak realistik dengan definisi ketelitian yang tinggi.

Ok,
baling batu kat maklumat yang panjang...
kita layan gambar-gambar ni dulu,
then baru nilai, yek!!

Saksikan
















********************

Apa macam?
Cool tak??
Perlu diingatkan, ini semua adalah arca
bukan betul punya tau...
Ini adalah hasil kerja hebat artis ternama Ron Mueck, Evan Penny, Jamie Salmon, Duane Hanson, Sam Jinks dan Adam Beane..

Tak puas?
Nak lagi?
Singgah laa di sini..
Web Designer Depot


p/s:
Hm, nak kuar jap..
nak cari mane2 kayu nak wat mangsa utk ukiran pertama aku..
untung-untung boleh jual kt e-bay..
Hahahahaha!!!


sumber: Web Designer Depot
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License