Salam.
Aku percaya aku adalah orang yang bermasalah.
Ya.
Semua orang ada masalah.
Tapi masalah orang lain adalah masalah orang lain.
Masalah aku adalah masalah aku.
Aku tidak mahu masalah aku terlibat dengan orang lain
sebagaimana aku tidak mahu terlibat dengan masalah orang lain.
Disebabkan hidup normal yang aku impikan kelihatan semakin jauh,
maka mungkin kini aku perlu terima realiti bahawa hidup aku tidak mungkin boleh jadi normal seperti mana yang aku impikan.
Masalah boleh dilihat sebagai cabaran,
namun ia tidak mengubah bahawa ia masih satu masalah.
Batu yang diberi nama kekabu tidak akan berubah menjadi lembut.
Hantuk ke kepala berdarah juga.
Ikuti cEro di media sosial:
.
No comments:
Post a Comment
"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026