Dec 15, 2013

Rambut Oh Rambut #5 [Oh Rambut Idaman]




Hello,
nama aku cEro.
Sebutannya 'se' (seperti dalam tosey) dan 'ro' (seperti dalam semberono)
Lagi bagus kalau sambil sebut tu kalian masukkan sekali slang Asturian atau Spanish.
Sedap sikit dengar.

Aku adalah pemilik tunggal blog ini.

Jika kalian baca blog aku dari dulu,
kalian akan perasan antara isu yang selalu timbul dalam blog ini selain dari kisah cinta yang tidak kesampaian, entri-entri lukisan yang disulami dengan lawak yang kurang memberangsangkan dan cerita tentang diri yang tidak siapapun peduli
ialah isu rambut.



Di atas adalah karakter yang aku selalu pakai untuk mewakili diri aku sendiri.
Rambut yang aku lukis untuk karakter tersebut adalah yang paling hampir dengan keadaan rambut aku sekarang.
Rambut aku lurus tak lurus, kerinting tak kerinting.
Yang pasti, hujungnya akan bergulung ala-ala rambut palsu hakim mahkamah.
Aku suka rambut aku.
Tambahan pula, aku tak berapa minat sikat rambut.
Rambut aku yang tak tersikat masih lagi kelihatan boleh diterima orang.
Jadi, aku OK.

Namun,
aku pun ada rambut idaman.







Rambut Belah Tengah

Rambut belah tengah adalah rambut idaman aku masa sekolah rendah.
Tak salah aku, masa tu memang 'in' habis rambut ni.
Katanya, semua disebabkan BackStreet Boys yang cukup popular waktu tu.
Siapa tak kenal Nick Carter kan?
Tapi, aku lebih terpengaruh dengan Future Trunks dari Dragon Ball.

Tapi, sebab masa tu aku sekolah rendah lagi.
Peraturan sekolah rendah, rambut tak boleh lebih kening.
Selaku pengawas yang berdedikasi, aku kena ikut peraturan.
Barulah boleh tangkap budak yang rambut panjang masa perhimpunan.
Hahaha.







Afro

Believe it or not, ada satu tahap dalam hidup aku di mana aku sukakan rambut afro.
Afro, rambut kembang besar bulat yang selalunya bouncy.
Since aku pun tak berapa nak putih, jadi aku rasa rambut afro sangat kena dengan aku.
Ada tengok filem Ada Apa Dengan Cinta?
Ingat kawan sekelas Rangga yang cool gila rambut afro tu?
Dialah pencetus minat aku dengan afro.

Tapi, malangnya.
Rambut afro kena bermula dengan kinky hair, rambut kerinting ala-ala orang afrika.
Orang yang tak berambut kinky, kalau nak buat afro, susah nak maintain.
Kena rajin. Aku tak rajin.
Jadi, idaman tinggal idaman.







Dreadlocks

Dari sejarahnya, Dreadlocks terbentuk apabila rambut yang memanjang tidak disikat dan dibasuh, membuatkan rambut tersebut terbelit dan terlilit sesama sendiri.
Tapi rambut jenis ini juga boleh dibuat di salon.

Dreadlocks mula menarik minat aku selepas aku baca manga Eyeshield 21.
Salah satu watak dalam cerita tersebut bernama Agon.
Agon seorang genius dalam sukan American Football, seorang pemain serba boleh, mampu berada di mana-mana posisi.
Disebabkan kegeniusan dia, dia menjadi seorang yang bongkak, sombong dan kaki perempuan.

Agon Kongo berambut dreadlocks.
Aku, sebenarnya, nak jadi macam Agon.
Tapi, rambut dreadlocks untuk orang macam aku,
sama ada akan dihalau keluar dari rumah ataupun kena putus keluarga.








Rambut belah tengah, rambut afro dan rambut dreadlocks.
Ketiga-tiganya merupakan rambut idaman aku.
Tapi, ketiga-tiga jenis rambut ini hanyalah idaman yang bermusim.
Sekarang dah tak idaman dah.
Tapi, aku ada satu rambut idaman sepanjang zaman, sampai sekarang....


...iaitu,




Macam kenal je..Macam kenal je..

Mohawk

Semua orang tahu rambut Mohawk macam mana.
Tapi tak ramai orang tahu, Mohawk ada banyak variasi.
Mohawk yang kononnya orang muda buat ala-ala tarik rambut tegak ke tengah tu dipanggil fauxhawk, dahulu pernah dipopularkan oleh David Beckham.
Sesetengah peminat mohawk anggap fauxhawk itu bukan mohawk sebenar.

Tapi, mohawk yang aku minat lebih radikal.
Aku minat 'fanhawk', mohawk berbentuk kipas.
Kalau bahasa aku dulu-dulu, aku panggil rambut trojan.
Tapi mungkin tidaklah sebegitu keras macam berus macam kita selalu nampak budak-budak punk buat.
Sekadar cukup selesa untuk berada di atas kepala, sudahlah.

Tapi, aku sudah dewasa.
Apa yang menghalang aku dari memiliki rambut mohawk idaman?


Faux Pas

Dari empat jenis rambut di atas, tiga daripadanya adalah faux pas.
Rambut afro, dreadlocks dan mohawk secara umumnya tidak diterima dari segi sosial.
Sesiapa yang mempunyai rambut sebegini akan dipandang masyarakat.
Pandangan yang diberikan termasuklah pandangan positif dan (terutamanya) pandangan serong.
Hakikatnya, manusia memang menilai seseorang dari pandangan luaran.
Dengan kata lain, kalau ingin memiliki rambut seperti ini,
keyakinan diri kena tinggi.
Kena tahan pandangan mata yang sentiasa memerhati.
Kena tahan kata cemuh yang sentiasa dilempari.

Selain itu,
di dunia ini seperti ada satu 'unspoken rule'
di mana apabila berbicara tentang lelaki kemas,
kita akan mula terfikir lelaki yang berambut pendek.
Lelaki yang tidak berambut pendek akan dilabel tidak kemas.
Syarikat-syarikat korporat mengkehendakkan semua pekerja lelaki berambut pendek.
Sektor awam ada peraturan tentang tatacara dan etika pemotongan rambut.
Mak mertua sentiasa mencari bakal menantu lelaki yang berambut pendek.
Awek-awek jenis kontrol selalu suruh pakwenya potong rambut bila rambut panjang.

Dengan kata lain,
lelaki berambut afro, dreadlock dan (real) mohawk akan dipandang rendah masyarakat.

Aku pun tak tahu kenapa.
Seperti perempuan dilabel sebagai pemandu yang teruk,
lelaki pula dikehendaki berambut pendek untuk diterima di setiap peringkat sosial.

InsyaAllah,
bila aku berjaya tawan dunia ni,
aku akan ubah peraturan tersebut.

BERIKAN KEBEBASAN RAMBUT KEPADA LELAKI.






Lagi Rambut Oh Rambut:
Rambut Oh Rambut #4 [Diari Rambut Ahad]
Rambut Oh Rambut #3
Rambut Oh Rambut #2
Rambut Oh Rambut

Lagi mengenai rambut:
Cikgu Anita dan Epal Washington
Pendek? Bengong!
'Spiky' jadi 'Spooky'




.

24 comments:

  1. hahahhaha.... ermmm.. aku pun minat rambut belah tengah terjuntai di dahi.. malangnys, rambut aku jenis degil dan tak ikut kata

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Rambut aku pon degil jugak...tp bila pendek je dia degil...
      Kalau rambut panjang ok je ikut kata...hehehe

      Delete
  2. i vote for rambut mohawk.. hehe

    ReplyDelete
  3. aku lak teringin rambut mcm ikat tocang kecik2 mcm negro tu. Xtau plak namanye ape. tp sape lak nak tlg ikat.

    E eh lg 10 hr la ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @fISZ
      Kan? Menarik kan rambut tu...Lama tu masa nak amik utk ikat je. Reshmonu dulu pernah kata paling cepat 3 jam. PALING CEPAT tu.

      Delete
    2. Jap jap...
      10 hari lg ape? hehehe

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. bila ko cakap psl hasrat untuk menawan dunia, tetiba2 aku terfikir pasal uchiha obito... hohoho ^^

    bagi aku, org yang berambut panjang adalah orang yang rajin bab2 menguruskan diri, sbb rambut panjang ni perlu penjagaan yang rapi... untuk diri aku sendiri, aku suka keep my hair short, sbb cepat kering (x perlu guna hair dryer), senang nak urus dan tak mudah gugur... aku phobia tengok rambut luruh dengan banyak... arghhh, tidakkk!!! Nuuuu!!! (">A<)~

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      kaaannnn??
      org malas jaga selalunya rambut pendek je. Lagi malas jaga, akan botak terus.
      Tp rambut gugur memang laa perkara paling stress sekali..

      Delete
  6. rambut mohawk tu macam cyborg no 16 ke 15 entah dalam cerita dragonball..haha..

    unspoken rules remain unspoken until someone speak it out loud..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nazha anua
      Cyborg No.16, yg mati dengan sadisnya tu..hehehe
      Unspoken rule ni kdg2 menyusahkan je lebih...
      Bila tentang, nanti ada yg kata "takkan tak tahu kot..."

      Delete
  7. Mcm2 style ada,tp pling x suke style mohawk tu..
    Singgah + follow cni

    ReplyDelete
    Replies
    1. @atien zuraidah
      Mohawk laa paling cool...heheheh

      Delete
  8. tapi akhirnya kongo agon gunting rambut jadi botak macam kembar dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @rayenyson.
      mula2 kena sagat dgn mesin pemotong rambut dr pemain AmeFuto team askar, pasti geram2 terus cukur botak jd sami macam kembar dia...hehehe

      Delete
  9. banyak2 rambut yg sy teringin nak pegang adalah dreadlock, orang kata kalau nak jd macam tu xpayah mandi sampai bila2.. huahua.. ermm yeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @DYSHA
      antara salah satu cara nak dpat dreadlocks mmg tak payah mandi, tak payah sikat rambut, seperti yg org2 hippies dan hobo buat, tp itu bukanlah satu2nya cara.
      Ada cara yg lebih sesuai, bersih dan wangi boleh kita buat...hehehe

      Delete
  10. ahaha hensem seyh rambut ko.

    kalau kau duk upload pasai rambut, aku duk stress pasal tudung. ak tak reti pakai shawl dan sangat pelik apabila menggayakannyaaaa T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. @shada wentz
      hehehe, aku rasa semua org ada masalah dgn penampilan diri.
      Lelaki dgn rambutnya, perempuan dgn tudungnya...heheh

      Delete
  11. hurm..btul ke dreadlocks boleh wat kat saloon?? kbnyakkan gaya rmbut ni llaki yg buat.. rasa-rasanya klaw perempuan buat camner??

    ReplyDelete
    Replies
    1. @misz lia
      mmg ada salon yg buat dreadlock dkt area rumah aku...
      perempuan pun rasanya boleh buat jugak...
      tp masalah dgn rambut dreadlock tu, kita kena ada org sekitar yg open minded dan supportive, sbb dreadlock akan dipandang pelik oleh masyarakat...
      kan?

      Delete
  12. bro, nak copy psl unspoken rule tu boleh tak. .rangkap2 kata2 tu buat saya terharu la. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Wind
      Hahaha, silakan...
      Bak kata Nazha Anua, "Unspoken rules remain unspoken until someone speak it out loud..."

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026