Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 11, 2013

Ajaran #23 - Ketagihan adalah Perkara yang Kita Asyik Ulang Walaupun Sedar Keburukannya.



Tahu tak apa itu ketagihan?
Ketagihan adalah perkara buruk yang diulang walaupun diketahui keburukannya oleh si pelaku.




Sering kali kita dengar manusia merungut,
"Nama smartphone, tapi battery tak smart pon. Kena cas setiap malam."
"Bangang punya phone, time urgent camni battery low plak."
"Dude! Bateri sel cucuk duit satu sen dekat lemon pun lagi kuat dari bateri phone ni."
Antara yang kuat merungut pasal hayat bateri untuk phone yang dilabel 'smart' ni adalah AKU.

Tapi,
aku selidik kembali.
Apsal bateri aku selalu cepat habis?
Bila muhasabah diri semasa bertonggeng dalam jamban, aku dapat jawapan.
Ianya sebab banyak sangat game apps yang aku main tiap-tiap hari.

Phone Nokla dulu, aku selalu tibai game lastik burung dan ninja potong buah.
Phone Samseng kali ni pula, aku asyik main game lari atas landasan dan gesek gula-gula hilang.
Kekerapan?
Bila diingat balik, bila aku tak ada kerja (merangkap masa lapang),
aku mesti tekan icon game tu dan main.

Dalam sehari, dekat 50 kali aku rasa aku ulang game lari-lari atas landasan tu.
Sampai tahap sekarang, aku dah pecah record sendiri dengan kedudukan #1, hampir 10 kali ganda beza mata dengan player di tempat #2.
Nasib baik game gesek gula-gula tu ada limit nyawa 5 je, kalau tak sure aku tak berhenti nak main.
Pastu, baru-baru ni aku install plak game makhluk kuning kutip pisang sambil buat huru-hara.
Nampak gayanya, kalau phone aku boleh bercakap, dah lama kena maki dengan dia.
"Get a life you shiftless-nimrod!"

Aku rasa...aku rasa...
aku dah tahap ketagih.
Pantang phone ada dekat tangan, mesti nak tap icon game tu.
Walaupun niat sebenar nak call bomba sebab ada kebakaran jamban depan mata sekalipun,
jari mesti dengan sendirinya TERtekan icon tu.
Habis hangus jamban, baru aku sedar aku tak call bomba dan terlalu asyik dengan game je.
Contoh.

Korang tahu kan tabiat orang zaman sekarang yang suka main handset masa berada di meja makan?
Sampai tahap masa berbual sesama famili pun tak ada. Anti-sosial.
Ada yang sibuk tweet, facebook.
Ada yang sibuk whatapps, wechat, line.
Ada yang berpusing-pusing amik gambar makanan untuk share ala-ala vintage polaroid.
Aku?
Aku sibuk melompat-lompat atas gerabak keretapi kutip syiling.
Memaki hamun bila terlanggar palang atau tertangkap dek si polis berperut buncit.
Akulah tu. Anti-sosial macam bangang.

Sebelum tidur,
patutnya baca doa tidur,
aku pula sibuk letup-letupkan gula-gula sama kaler.
Sibuk nak naik level, kejar member lain.
Bila tak dapat naik level, menjerit macam pondan kena raba.
Akulah tu.

Aku rasa...aku rasa...
aku memang dah tahap ketagih.
Game-game dalam phone ni buat aku jadi tak bercampur.
Jauh dari orang. Jauh dari kawan.
Jauh dari hidupan. Jauh dari kehidupan.
Anti-sosial. Super-skewed-introvert-MOFO.

Aku benci diri aku yang ini.
Aku betul-betul perlukan bantuan dari ketagihan.
Tapi, wujudkan hospital rehabilitasi untuk ketagihan seperti ini?





Yes, please help to kill me.



.


18 comments:

  1. KAH KAH KAH...
    payah dah nie bro..
    aku pon ketagih main Minion Rush..
    tapi setiap kali aku Game over, aku sentap, tak main dah game tue selama beberapa jam.. kakakkaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Sebab henset aku kurang power, Minion Rush aku jd tersangkut2 lagging...
      kalo smooth, sure aku pon ketagih Minion Rush..heheh

      Delete
  2. Apa kata kau pegi gym bina badan plak... kihkihkih pasni mesti ketagih pakai baju sendat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. @fISZ
      errr...dulu ada member pernah ajak pegi gym...
      tp tak minat laa...tak minat badan ketak-ketak...hahaha

      Delete
  3. HAHA3 aku pon mngalami sindrom ni..gesek2 gula2 hilang..
    tp aku tgh frust sbb ssh yg 1 level ni so aku bia gitu jaa..haha3
    kwn aku mmg x suke klu g kdai mkn msing2 men hp sbb tue die xde smartphone! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Miss Comot
      makin tinggi level, makin kena bergantung kepada nasib, bukan skill...
      tu yg buat tekanan tu...hehehe
      Aku pon tak suka bila org lebih pandang henset dr manusia masa dkat meja makan...

      Delete
  4. hahahaa

    tiada ketagihan candy crush, minion rush etc.

    tapi ketagih berladang kat hay day hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @.::WaNiE::.
      Hahaha, ni lain pulak ketagihan dia ni...hehehe

      Delete
  5. Macam aku pulak jenis tak berapa suka nak main game yang ramai sangat manusia dok main sampai ketagih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Yousof Ngadi
      Kekalkan, Sop. Jangan masuk ke dlm kancah ketagihan mcam aku...hehehe

      Delete
  6. Senang je bro. Apa kata ko tukar tepon kpd tepon pesen lama lama? Black n white tu. Setel problem.

    Satu lg cara..ko cari titik minat ko. Cari kawan kawan yg sama minat. Join lepak sama mereka. Bila ko bahagia dgn manusia manusia yg ko suka, ko akan kurang memberi perhatian kpd gadget yg ada hati game itu. Got what i mean?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @chirpy chummy
      Henset hitam putih tak boleh tweet...hehehe
      Aku pernah jgak cari org yg sama minat, tp tak jumpa...
      Minat aku agak lain rasanya, tak ada geng langsung nak buat sesama...hehehe

      Delete
  7. cero-kun... shikarishite kudasai!! go out cycling, play badminton, bowling or something... orzz kalo aku duduk dekat2 area ko, akan aku ajak/paksa ko gi main bowling or badminton skali skala, tp apakan daya huhuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      cycling, badminton n bowling tu mcam kena ada geng satu kepala, lgpun kena kuar duit...hehehe
      Kalo ko duduk dekat, apa salahnya sekali sekala berbowling...hehehe

      Delete
  8. kalau nak life utk main gesek gula2 tu, lpas dah hbis life tukar setting tarikh (cepatkan sehari). lepas tu pergi balik kat game, and check life dah pnuh belum. kalau dah penuh, tkar balik setting tarikh . pastu, smbung main

    ok. ini tak membantu membuang ketagihan. menambah adalaaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @missha
      apakah ini? saje je nak aku jadi lagi ketagih ek???
      Tp nice tips...nanti aku try...
      SEKARANG aku try...hehehe

      Delete
  9. aku entah..main jugak tapi xdelah ketagih2..kalau boring aku main, kalau stuck, aku benti buat kije lain..hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nazha anua
      hahaha, okey laa tu dapat kawal diri...
      org lemah macam aku yg tak mampu nak kawal diri ni, senang sgt ketagihnya...hahaha

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License