Tengok gambar kawan aku dalam Facebook pergi berkunjung ke Zoo Negara bergambar dengan rusa mengingatkan aku dengan satu haiwan yang aku pernah buat kajian satu ketika dulu.
Memperkenalkan, Rusa Irish (Irish Elk, Wiki ).
Dikatakan sejenis spesies rusa terbesar pernah wujud, Rusa Irish ini masih berlegar di muka bumi sebelum didapati pupus sejak 7,700 tahun dahulu. Rusa ini terkenal dengan tanduknya yang besar dan lebar mampu mencecah 3.65 meter, walaupun badan mereka juga besar dengan ketinggian 2 meter.
Jadi, apa yang membuat haiwan hebat ini pupus 7,700 tahun yang lalu?
Konsep Pemilihan Semulajadi (Natural Selection) dalam kehidupan membuatkan Rusa Irish ini berevolusi. Untuk mendapat pasangan, Rusa Irish jantan perlu berlawan dengan jantan yang lain. Rusa yang berbadan besar dan bertanduk lebar akan menang dalam pertempuran merebut rusa betina, menyebabkan rusa yang berbadan kecil dan bertanduk pendek tidak mampu meneruskan zuriat. Akibatnya, generasi Rusa Irish berkembang sinonim dengan badan besar dan tanduk lebar.
Namun, sesuatu yang dianggap kelebihan pada mulanya, memakan diri dimana Rusa Irish dipercayai dek kerana mempunyai badan yang besar dan tanduk yang lebar, gagal melakukan aktiviti normal harian seperti mencari makanan, mahupun menyorok dari haiwan pemangsa yang lain. Malah, tanduk yang besar dan lebar dengan berat mencecah 90 pound (40++ kilogram) di kepala dipercayai antara punca haiwan ini pupus. (Ye laa, siapa mampu tanggung 40 kg beban di kepala seumur hidup?)
Kenapa blog peribadi yang bosan ni nak bertambah bosan dengan menonjolkan haiwan yang sudah pupus 7700 tahun dulu?
Aku hanya nak bercerita, dek kerana pernah terlalu obses buat kajian tentang haiwan ni dulu, aku sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi.
Aku mimpi, aku menunggang rusa besar ni berjalan-jalan di padang rumput luas seperti di Prairie. Indah. Lagi menyeronokkan bila bukan seekor, tapi banyak ekor rusa ini di keliling aku.
Tapi, itu hanya mimpi....
Sekarang, haiwan ini hanya boleh dipotrait oleh para pelukis hanya berbekalkan fossil tulang dan lukisan gua.
Cuba bayangkan, satu hari nanti, harimau, gajah, zirafah, dan beberapa haiwan lain yang sekarang simbol kehebatan, hanya dapat digambarkan ke generasi seterusnya hanya dengan gambar dan video yang dirakamkan.
Itu, buat aku sangat sedih.
Mari sokong cEro menjadikan dunia tempat yang lebih baik:
Lagipun, Kita Hanya Ada SATU BUMI.
#1 Save Water, Save The World
#2 Dunia Hebat Tanpa Beg Plastik
#3 A Billion Acts of Green®
#4 Harimau dan Panda Merintih dalam Facebook
#5 Kita Pelihara Dunia Untuk Pewaris Di Masa Akan Datang
yeah. aku sokong ko cEro. jgn smpai ayam pun pupus lak nanti. lol~
ReplyDeletemalam ni penyu lawan rusa...
ReplyDeletepenyu akan menang!he he he
ak percaya manusia pun penyumbang haiwan ni pupus.
ReplyDeletewhat a great creature isn't it?
best la cero... aku tak penah tau pun pasal rusa sebesar giant nih.. n its does not boring at all..
ReplyDeletebagus!!!
semakin pupus kan?
ReplyDeleteterbawa dlm mimpi? huish. mmg betul taksub kau ni..
ReplyDeleteaku bkn tanak sokong ko cero tapi tak semua nak jadi macam kau.
ReplyDelete-kudozu
@Anonymous
ReplyDeletekudozu, do care to elaborate more?
Aku tak suruh jadi macam aku, tp kalau kita betol2 fikirkan tentang masa depan, anak cucu kita akan datang, tak rasa kesian ke?? Kesian..
Ini je yg aku mampu untuk masa ni, utk masa depan, kalau aku mampu lebih, aku akan berusaha lebih.. Kita boleh salahkan org lain utk semua perkara, tp stakat salahkan dan kita tak buat apa2, apa fungsinya?
Tak jadi mcm kau maksud aku,tak ramai yg nk bertekad buat mcm kau.yg mcm ko ckp,stakat di mulut je tp xda tindakan,pe fungsinya?sama mcm promote peace not war.kite byk wat banner,wat konsert keamanan,salah 1 tindakan la tu tp sejauh mana benda 2 berkesan?melainkan kite ke medan perang cube hentikan perang.sebanyak mane guts manusia utk buat semua tu?
ReplyDelete-kudozu
huhu..info baru.. :)
ReplyDelete