Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Apr 9, 2010

That's Lust not Love!

this is ninety-second,
and I'm sorry!!



Tergelak seketika bila aku teringat,
suatu masa lalu, dalam laman web sosial
Facebook aku
ada si kawan bujang perempuan ni update status dengan berkata lebih kurang begini..
"If a guy really loves a girl, he will not touch her.."

Ok, bukan nak sangkal ayat tu,
memang betul,
lelaki sepatutnya melindungi wanita kesayangannya.
'
Touch' yang dimaksudkan adalah tidak melindungi (dalam aspek bujang)..
Maka, lelaki yang
'touch' wanitanya,
bermakna dia tidak sayang wanita tersebut..

Yang menggelikan hati aku,
adalah komen selepas itu..
Penyataan itu membawa kpd berpuluh-puluh komen balas..
Dan salah satunya berbunyi,
"Agreed, that's LUST not LOVE.."

Orang yg balas penyataan dia atas, aku kenal..
Kenal sangat, sbb masa dia bercinta dengan bekas pakwe dia dulu,
laki dia hanya suka pegang tangan dia sambil berjalan kat shopping mall,
tapi yang si gadis ni pulak lebih suka laki tu rangkul pinggang dia sambil berjalan..
YUP!! Mengelinapkan tangan ke pinggang si gadis sambil berjalan..

Nak dijadikan lawak,
si gadis ni kononnya sangat baik..
Kononnya keluarganya terpelihara...
Namun, pada pandangan aku,
mcam tak berapa terpelihara je..

Bukan nak condemn penyataan dia..
Cuma, kalo nak nasihat, kita cuba ubah dulu..
Bukan tak boleh nasihat,
cuma ianya akan buat orang macam aku terfikir,
"Apahal dia nak kata camtu padahal aku tau dia bukan camtu"

Ok!!
Aku tahu banyak yang takkan bersetuju dengan aku..
Aku tak kata SALAH!!!
Aku kata
LAWAK!!!

Peace!!!

˙˙˙ʎpoqʎɹǝʌǝ ǝʌoן


p/s:
Mungkin dia baru tahu makna
LUST kot..
Biasa laa, orang baru tahu ni selalu nak tunjuk je yang dia tahu..
hehehehe!!!

Apr 8, 2010

I Bet Parit Raja can get 100 000 Fans before any other Malaysian place

this is ninety-first..
..and I'm sorry!!


Buka Facebook,
selalu aku terpandang tab Suggestions kat wall aku..
dan setiap kali aku pandang,
aku tergelak sorang-sorang
(gilo hapo)..
aku gelak sebab banyak benar pages yang dicipta,
dan amatlah menggelikan hati aku..

Ini aku nak cerita pasal satu fan page ni..
Eh, bukan satu tapi 14 pages..
Bernama
'I Bet ______ can get 100 000 Fans before any other Malaysian State'
(sila isi tempat kosong dengan negeri anda, pasti ada..)




Yup,
sume negeri ada,
14 termasuk Wilayah Persekutuan...
Baru ditubuhkan dalam 24 Mac 2010 yang lalu..
Sangat mendapat sambutan...

Ini adalah keputusan terkini pada
jam 0000 8 April 2010..

Sarawak mendahului, huyoooo..

Mungkin niat suka-suka..
Tapi macam agak menggalakkan kenegerian sket..
Aku tak nak sampai dalam fan page tu,
ahli-ahli kutuk negeri-negeri lain..
Memang belum ada, tapi mane laa tau kan..

Aku nak observe je..
Nak tau keputusan..
Negeri mana menang..
Dan aku nak tau, sape yang menang tu,
akan dapat apa sebagai ganjaran..
Lawak betul fan pages camni, tp menghiburkan..
HAHAHAHAHA

Di bawah adalah link terus ke fan pages tersebut..
Klik laa negeri anda dan jadilah fan (kalo berminat laa)..


Apr 6, 2010

Graffiti : Seni atau Masalah?

this is ninetieth..
..and I'm sorry!!


Graffiti adalah dari perkataan itali Graffitio bermaksud 'lorekan' atau 'scratched'..
Ianya satu seni yang telah wujud dari zaman Greek Purba dan Empayar Roman lagi..
Namun,
di zaman moden ini, tiada lagi lorekan,
tetapi lebih kepada penggunaan bahan moden seperti cat spray, cat air dan marker.
Kebanyakan graffiti mengenengahkan pandangan mereka tentang situasi seperti politik, ekonomi dan sosial.


Ini adalah antara graffiti terawal, yang bercerita tentang peristiwa Jesus disalib, terletak di Bukit Palatine, Rom.


Mari kita hayati antara contoh graffiti di atas muka bumi ini:









Untuk lebih lagi Graffiti menarik, sila ke sini.
Untuk tahu lebih lanjut tentang perihal Graffiti, sila ke sini.


************************

Graffiti dianggap masalah kepada sesetengah pihak
kerana kebanyakkannya dilakukan secara haram tanpa kebenaran tuan dinding..
Lihat saje graffiti di tebing Sungai Klang dan Sungai Gombak kat KL..
Sesetengahnya tak lawa mana pon,
wat cacat pemandangan je..
Namun,
bagi aku, kalo disalurkan ke tempat yang betul,
kita boleh memanfaatkan seni Graffiti ni sebaiknya..


What say you??

sumber:
Web Designer Depot
Wikipedia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License