Apr 27, 2016

Ikat Habis ke, Ikat Tepi?



Salam.

Sekali lagi.
Tajuk entri tak ada kaitan dengan isi.
Hahahahahahahahaha.






Haiih *bunyi mengeluh*
Cerita rambut lagi si cEro ni.
Tak ada idea lettew.

Mesti ada antara kalian kata,
"Kalau rambut panjang nak ikat tapi terkeluar-keluar,
maknanya rambut tu tak cukup panjang untuk diikat."
Aku sangat setuju.

Masa rambut pendek dulu, aku potong layer supaya rambut tak nampak kembang,
so bila rambut panjang ni rambut tu jadi panjang tak sama,
maknanya ada yang panjang ada yang tak cukup panjang.
Jadi sangat bermasalah bila nak ikat rambut yang tak cukup panjang ni.
Terkeluar sana sini macam orang baru kalah judi.

Hehehe.

Tapi rambut panjang memang susah.
Panas.
Rambut asyik basah sebab berpeluh panas.
Tak cukup ketiak nak basah, rambut pun nak basah.
Maka hujung hari aku berbau masam sebab basah peluh.

Solusi? Potong rambut. Huhu
Tapi aku buang sikit je, tak buang sampai tahap rambut askar.
Sikit je, dalam seinci dua gitu.
Fikir balik macam alahai, sama jugak panasnya...
Rugi je potong.


Kalian pula?
Tak rimas ke rambut panjang?
Nak jaga lagi, nak basuh lagi.
Belum cerita nak buat rawatan ke, trim ke, rebonding ke.
Long hair is hard work.

Kalian suka ke lelaki ikat rambut?




.

Apr 20, 2016

Anda Tanya cEro Jawab. #AskcEro



Salam.

Jika anda sedang membaca ayat ini, sila tepuk tangan anda
kerana menurut Blogger Draft, ini adalah post ke-800 dalam blog #cerolian ini.
Oh, harap kalian tak terlalu gigih mengira kerana angka 800 tu termasuk sekali beberapa post yang aku revert balik jadi draft, jadi sila jangan kecam.

Page Facebook Empire State of cEro juga sudah melepasi 800 likes.
Semasa aku taip ayat ini, angkanya ialah 816.
Harap-harap angkanya akan terus meningkat lagi lagi dan lagi.

Juga,
blog #cerolian ini juga menyambut ulangtahun ke-7 pada 22 April,
dan blog ini akan memasuki tahun ke-8 penubuhan.
Niat hati nak buat giveaway,
tapi aku dah nekad entri tEka-tEki seterusnya akan menjanjikan hadiah.
Dua giveaway berdekatan adalah terlalu berat untuk poket
jadi aku putuskan, untuk ulangtahun kali ni tiada giveaway.

Pengulangan angka 8 yang berkali-kali tu
membuatkan aku rasa eh eh macam special entri kali ni,
so aku berkeputusan untuk menjadikan entri kali special dengan menjadikannya tempat rasmi sesi Q&A bersama cEro.

Special kan? Special kan?
Hohoho!





Caranya cukup mudah.
Kalian tanya apa sahaja soalan di ruang komen, aku akan jawab.
Aku janji aku tak akan tipu,
tapi kalau mana yang aku tak boleh nak jawab atas sebab-sebab prinsip,
aku akan bagitahu aku tak boleh jawab. Ok? Deal?

Jadi, untuk memeriahkan suasana,
biar aku yang mulakan sesi Q&A bersama cEro.
Aku tanya aku jawab. Hohoho

*************************

Soalan:
cEro yang kacak bergaya, sebenarnya kau ni lelaki ke perempuan?

Jawapan cEro:
**pandang dalam seluar sendiri**
Hmmm...untuk soalan itu, aku memilih untuk tidak menjawab.
**kenyit mata**

*************************

Soalan:
Kau ingat kau artis fofular ke sampai nak kena ada sesi Q&A bagai?

Jawapan cEro:
Chill bruthur! Chill!
Sebab aku tak popular laa aku bukak sesi Q&A.
Sebab kalau yang bertanya tu 9 orang je, aku masih mampu menjawab.
Cuba bayangkan kalau aku ni popular.
Datangnya beribu-ribu soalan, sudah tentu tak termampu dah nak jawab.
Kan? Kan? Kan?
Lagipun bukan ke syarat wajib orang popular adalah untuk tidak melayan soalan peminat?
Kan? Kan? Kan?

*************************

Soalan:
Apakah makanan kegemaran kau? Nanti aku nak masak dan pos ke rumah.

Jawapan:
Hmmm...Soalan ni soalan feveret aku dari kecil.
Makanan kegemaran aku berubah-ubah.
Untuk waktu semasa entri ni ditaip,
makanan kegemaran aku adalah chicken green curry (kari hijau ayam).
Kalau ada makanan ni dalam menu, aku takkan pilih yang lain dah.
Hehehe

Tapi macam aku cakap, itu untuk waktu ini.
Mungkin juga selepas dua tiga minggu selera aku berubah?
Aku suka makan nasi goreng ikan masin ke? Siapa tahu...kan?

*************************

Baiklah.
Sekarang giliran kalian pula tanyakan soalan dekat aku.

Aku macam dapat agak ada satu soalan ni mesti akan ditanya,
jadi apakah soalannya?
Siapakah yang bakal menanyakannya?
Sama-sama kita nantikan...

**background suspense music fading out**




.

Apr 13, 2016

Suka adalah Satu Proses.




Salam.




Jadi,
apa pendapat kalian tentang masalah yang dibincangkan di atas?





.

Apr 6, 2016

"Kelip Sahaja Mata. Jangan Melawan."



Salam.

Bertemu sekali lagi dalam Siri Angker.

Salah satu elemen utama cerita seram adalah suasana gelap. Suasana gelap selalu dikaitkan dengan waktu malam. Sebab itu kebanyakan cerita seram menjadikan waktu malam sebagai latar belakang kisah. Gelap dan malam selalu dikhabarkan sebagai menyembunyikan 'sesuatu'. 'Sesuatu' yang tidak diketahui itulah yang menjadikan para audiens (pembaca) cerita seram tidak senang duduk.

Kali ini, aku ingin berkongsi satu cerita daripada seorang kawan yang juga menjadikan bilik study (bilik belajar) di waktu malam sebagai latar belakang cerita.

Umum tahu mengenai Doctor Who, satu siri TV dari Britain mengenai seorang alien pengembara masa. Salah satu spesis makhluk jahat di dalam siri tersebut dikenali sebagai Weeping Angel (Bidadari yang Meratap). Weeping Angel berbentuk seperti patung batu bidadari dengan wajah yang tenang dan bersayap. Tetapi jangan tertipu dengan wajahnya itu kerana dia akan 'makan' mangsa jika mangsanya berada dalam lingkungan dan kelip mata. Weeping Angel hanya akan bergerak dan menghampiri mangsa jika dia tiada di pandangan mangsanya. Untuk menghalang dari serangan Weeping Angel, mangsa perlu untuk tidak berkelip sehingga berada di jarak tertentu sebelum melarikan diri.

Satu hari di sebuah asrama, Faizal berniat untuk mengulangkaji pelajaran pada waktu malam. Walaupun jauh lagi waktu musim peperiksaan, tapi sebagai pelajar berdisiplin, Faizal mahu bersedia lebih awal supaya tidak kelam kabut di kemudian hari.

Malam itu, selepas jam sudah melepasi waktu wajib tutup lampu bilik iaitu pukul 12 tengah malam, Faizal terus bergegas turun ke bilik study.

"Huh!" Faizal mengeluh.

Sangkaan Faizal sangat tepat. Bilik study langsung tidak berpenghuni. Kesemua rakan sebaya dan pelajar tingkatan lain lebih gemar untuk ulangkaji pada saat akhir, paling tidak itulah anggapan Faizal. Padanya, lantaklah, tiada orang lagi bagus. Boleh fokus.

Faizal mengambil tempat di meja hujung sekali membelakangi dinding. Bilik study bersaiz gabungan tiga bilik dorm memanjang dengan 10 baris meja sebagai susunan. Dari tempat Faizal melabuh, pandangannya luas dapat melihat hingga ke hujung bilik.

Tanpa berlengah, Faizal membuka buku Fizik dan cuba memahami segala yang diajar gurunya siang tadi. Untuk memberi lebih fokus, dia mengeluarkan pemain mp3 miliknya dan menyumbat telinganya dengan fon telinga sambil memasang lagu-lagu pilihan. Trek pertama adalah lagu 'Pada Syurga Di Wajahmu' nyanyian Nash. Klasik, tapi masih menjadi kegemarannya.

Sedar tidak sedar, bilangan lagu silih berganti, jam sudah menunjukkan waktu pukul 2 pagi.

Faizal masih fokus dengan latihan fiziknya. Sekali sekala dia melihat keliling bagi menghilangkan penat tumpuan. Bila mata Faizal melihat ke hujung bilik study, dia ternampak seseorang sedang duduk di baris meja paling hujung.

"Eh, bila pula dia ada situ? Siapa tu?" ujar hati Faizal. Faizal kemudian melihat jam di tangannya. Dua lima minit pagi.

"Siapa yang baru nak mula study pukul 2 ni?" Faizal cuba mengecilkan matanya untuk memfokus wajah lelaki tersebut, manalah tahu kalau-kalau kenal.

"Eh, tak salah tadi dia duduk di meja hujung. Kenapa sekarang dia di meja tu?"

Kedudukan lelaki tadi sudah berada di meja baris kesembilan. Entah bila dia bangun dan berpindah meja.

"Kalau dia nak belajar, kenapa tak nampak ada bawa masuk buku? Duduk tegak je, apa dia nak buat?" Soalan demi soalan berlegar di fikiran Faizal.

Angin di luar bilik study bertiup menghasilkan bunyi desir di tingkap. Pandangan Faizal beralih ke langsir tingkap yang melayang-layang secara tiba-tiba.

"Uh, terkejut aku. Tiba-tiba ada angin, apakah?" Mata Faizal kembali ke arah lelaki tadi. Lelaki tadi kini berada di meja baris kelapan.

"Bangsat!" Menyedari lelaki itu semakin menghampiri, Faizal bertekad tidak mahu melepaskan pandangan mata darinya.

"Bila dia bangun dan ubah tempat? Dia saja nak kenakan aku ke? Adakah itu Sig? Sig saja yang rajin nak kenakan aku macam ni." Faizal mengecilkan matanya untuk melihat siapakah gerangan lelaki tersebut.

"Sig, kau ke tu?" Sig adalah teman baik Faizal di kelas.
"Sig. Jangan main-main, Sig. Pukul dua pagi ni..."

Lelaki itu diam seribu bahasa tidak menjawab. Dari pandangan mata Faizal, lelaki itu sedang tepat melihat ke wajahnya, tapi akibat pencahayaan lampu di atas kepala, Faizal gagal mengenalpasti siapa lelaki tersebut.

Faizal kelip mata kerana terlalu lama melihat jauh. Lelaki itu kini berada di meja baris ketujuh, selari dengan kedudukan Faizal.

"Celaka. Itu bukan manusia. Manusia takkan mampu bergerak sekelip mata macam tu."

Tanpa Faizal sedari, dia telah kelip mata sekali lagi luar kawalan. Lelaki itu berada di meja baris keenam.

"Dia bergerak menghampiri aku bukan sahaja waktu aku beralih pandangan, malah waktu aku kelip mata. Apa patut aku buat? Apa patut aku buat?"

Sekali lagi secara luar kawal, Faizal kelip mata. Lelaki itu kini berada di meja baris kelima.

Baris kelima sudah cukup dekat untuk Faizal meneliti wajah sebenar lelaki itu. Faizal memfokuskan bola matanya dan apa yang dia nampak ialah wajah seram seorang lelaki yang tidak dikenali sedang senyum lebar menampakkan gigi yang runcing diasah tajam.

Faizal terkejut. Dia mahu lari dari situ tapi badannya kaku. Matanya hanya tertumpu ke muka lembaga berwajah seram itu. Dia tidak mampu langsung menggerakkan sendi badannya akibat terlalu takut.

Hanya kelopak mata yang boleh bergerak.

"Aku tak boleh kelip mata. Nanti dia akan datang dekat lagi."

Merah mata Faizal menahan pedih tidak berkelip. Lembaga tadi masih keras tersenyum di meja baris kelima.

"Mata pedih. Kalau aku pejam sekali, dia akan bergerak ke depan..."
Baru sahaja mahu menyusun strategi, angin dari luar meniup masuk ke dalam bilik study menjadikan mata Faizal bertambah pedih. Dia terkelip tanpa disedari.

Lembaga tadi kini di meja baris keempat.

Peluh membasahi dahi dan leher Faizal. Perasaan sejuk datang menjengah seluruh badannya, mungkin itulah yang dinamakan seram sejuk rasanya. Dia panik, tapi kaku. Apa patut dia buat, itu yang bermain difikirannya.

"Kelip sahaja mata kau, Faizal. Jangan melawan."

Tiba-tiba ada suara datang entah dari mana membuatkan Faizal tersentak dari kerusinya dan terkelip beberapa kali.

Selepas itu, hanya jeritan memenuhi bilik study di awal pagi.




Esoknya, bilik dorm Faizal disinggahi Sig.

"Mana Fai? Kenapa dia tidak datang sekolah? Dia demam ke?" tanya Sig kepada salah seorang ahli dorm Faizal.

"Oh, kau tak tahu ke? Warden jumpa Fai pengsan di bilik study. Katanya belajar kuat sangat..." jawab salah seorang ahli dorm.
"Eh, pandai je. Kalau belajar kuat pun takkan sampai rambut jadi putih?"
"Orang kata malam tadi dengar jeritan dari bilik study. Jeritan Faizal kot?"

Sig garu kepala.
"Apa sudah jadi dengan kau, Fai?" ujar kecil Sig.



Selamat mengulangkaji pelajaran semua. Jangan kelip mata banyak sangat, takut ada yang mendekati.





Lagi di dalam Siri Angker #cerolian:

#1 Misteri Jiran Rumah Atas.
#2 Misteri Peristiwa Di Koridor Sekolah.
#3 Misteri Bilik Basuh Blok B.
#4 Misteri Bilik Study Jam Tiga Pagi.