Apr 27, 2016

Ikat Habis ke, Ikat Tepi?



Salam.

Sekali lagi.
Tajuk entri tak ada kaitan dengan isi.
Hahahahahahahahaha.






Haiih *bunyi mengeluh*
Cerita rambut lagi si cEro ni.
Tak ada idea lettew.

Mesti ada antara kalian kata,
"Kalau rambut panjang nak ikat tapi terkeluar-keluar,
maknanya rambut tu tak cukup panjang untuk diikat."
Aku sangat setuju.

Masa rambut pendek dulu, aku potong layer supaya rambut tak nampak kembang,
so bila rambut panjang ni rambut tu jadi panjang tak sama,
maknanya ada yang panjang ada yang tak cukup panjang.
Jadi sangat bermasalah bila nak ikat rambut yang tak cukup panjang ni.
Terkeluar sana sini macam orang baru kalah judi.

Hehehe.

Tapi rambut panjang memang susah.
Panas.
Rambut asyik basah sebab berpeluh panas.
Tak cukup ketiak nak basah, rambut pun nak basah.
Maka hujung hari aku berbau masam sebab basah peluh.

Solusi? Potong rambut. Huhu
Tapi aku buang sikit je, tak buang sampai tahap rambut askar.
Sikit je, dalam seinci dua gitu.
Fikir balik macam alahai, sama jugak panasnya...
Rugi je potong.


Kalian pula?
Tak rimas ke rambut panjang?
Nak jaga lagi, nak basuh lagi.
Belum cerita nak buat rawatan ke, trim ke, rebonding ke.
Long hair is hard work.

Kalian suka ke lelaki ikat rambut?




.

32 comments:

  1. apa kata guna syampu utk gadis bertudung? (tetiba) hahaha..

    mungkin sbb perempuan fitrahnya rambut pnjang jd tak rasa rimas mana. atau mungkin sbb dh terbiasa. kami yg bertudung ni sepatutnya lagi panas dan basah, tapi tak pun? mungkin awk patut bertudung, wahahahah!

    suka jugak lelaki ikat rambut, tp kdg tak suka rambut yg sleek diikat kemas. tgok org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra

      Syampu gadis bertudung wangi sangat laa awak.
      Berbunga-bunga rasa kepala. )Tahu sebab pernah try...hahaha)

      Sebab perempuan dah terbiasa kot. Laki ni kan asyik rambut pendek je, jadi bila panjang sket dah start mula rasa rimasnya. Huhuhu

      Hahaha. Rambut sleek kemas berkilat bukan igauan para gadis ke? Hehehehe

      Delete
  2. Woo ikat rambut, den xpenah ikat rambut. Pergh
    Ala2 samurai tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. >budoxe lee

      Hahaha...Ada laa terperasan macam samurai jugak, tapi bila nak pakai helmet je terus tak boleh masuk kepala, jadi terpaksa bukak balik ikatan rambut. Hehehehe

      Delete
    2. Hmmm... kalau hg ikat tocang kat bawah macam style ankel, mungkin boleh.

      Delete
    3. >plain83

      Sama je P. Kalau buat toncet kat belakang pon susah nak pakai helmet, nanti helmet tu terjongket ke depan.
      Hahahahaha

      Delete
  3. Kalian suka ke lelaki ikat rambut?
    Ikut muka. Lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. >ben osman

      Maka...
      Muka kurang kacak macam aku ni confirm tak digemari ramai bila ikat rambut panjang. Hehehehe

      Delete
  4. suka rambut pendek tapi tak suka bila dia dh start pnjg and yes x boleh diikat sempurna. tak berapa suka laki rmbut pnjg :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NADIA

      Hahahahah...
      Habis laa semua lelaki rambut panjang pergi potong rambut.
      Huhuhu

      Delete
  5. hahaha whoever lelaki tu... dia mesti nampak cool. tak kisah rambut panjang atau pendek. yeah~!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kei Konves

      Tapi cool tu kan subjektif.
      Apa definisi cool pada kau?
      Hehehhe

      Delete
  6. Tak suka lelaki rambut panjang. Rambut aku pun potong layer jugak tahun lepas. So tahun ni dah panjang dan nampak cantik dan beralun dan ikal mayang. Serious lagi ok dari rebonding. Harap maklum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kon

      Hahahaha. Walaupun komen kau ada titik, tapi aku tetap baca dalam satu nafas.
      Masa potong layer hari tu aku rasa ia satu idea yg bernas, tapi laa ni aku macam ada regret sikit sbb rambut aku jadi tak sama panjang. Hahahahha

      Delete
  7. tertakluk gak lah...kdg rmbut pjg pun ok, rmbut pendek pun ok...yg penting selesa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Satu perkara tentang rambut pendek yg aku kurang minat ialah tak tahu nak sikat style apa...hahahahaha

      Delete
  8. aku time kerja buat rambut skema..time dating bini je buat pacak haha..ko gondol je senang..selesai masalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nazha

      Aku bila rambut pendek tak tahu nak style cemane.
      Buat pacak nanti pakai helmet, rambut penyet balik.
      Kalau rambut panjang, adjust guna jari je, takyah sikat...hahahahha

      Delete
  9. Laki rambut pnjg pastu ikat(kemas2 la), nak2 pulak jambu, memang kacak huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >udez huda

      Hahahhaa...Jap nak check.
      Rambut ikat kemas = tak.
      Muka jambu = tak.
      Nampak gayanya, tak kacaklah aku. Hhuhuhuh

      Delete
    2. haha..kehenseman lies in the eyes of beholder.meh pm gambar kekeke

      Delete
    3. >udez huda

      Hahaha. nice try.
      Tapi kalau kau nampak muka aku dalam gambar, takut tak tidur malam pulak sbb kalau tidur nanti mimpi ngeri. Huduh. Huhuhu

      Delete
  10. thor tak ikat rambut pun hensem..inikan cero. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Hafiy Halim

      Hahahahaha.
      Bandingkan aku dengan Thor, terasa kembang hidung jap.
      Hehehehe

      [img]https://4.bp.blogspot.com/-IH9-sVxmkN8/VyHt2J0tFvI/AAAAAAAAG2M/B36jQx9t4tcAViJpZoGsMon__qjcQpc1gCKgB/s200/huhuhu.png[/img]

      Delete
  11. memang susah jaga rambut panjang. paling2 sedih gila bila rambut asyik gugur T^T lelaki rambut panjang diikat nampak unik. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Tapi memang betul. Tambah2 musim panas macam sekarang ni banyak plak rambut gugur. Nak kena jaga kulit kepala elok2 rasanya. Hehehehe

      Delete
  12. Aku tak suka sgt simpan rambut panjang. Rimas weh.. Kalau rambut aku nampak mcm panjang je tu sbbnya aku malas nak g kedai potong rambut. Tapi, aku tak berapa suka rambut panjang.. Haha..

    Pada aku lelaki ikat rambut x style la... Kalau x kena dgn muka nampak mcm perempuan atau nampak annoying. Haha.. Biar je la lepaskan rambut tu... Tp bg nampak kemas la.. Perempuan xpe la nak ikat2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Aku pon rimas sebenarnya. Tapi sebab nak jugak merasa rambut panjang, sbb bila fikir balik dah kawin nanti, or dah tua ke, takkan nak rambut panjang plak, kan?
      Sekarang je laa nak merasa...hehehe

      Rambut panjang lepas okay dah, tapi itulah isunya.
      Bila lepas nanti panas. Hehehehe

      Delete
  13. I personally think that long hair is such a hassle especially masa dekat Malaysia. Maybe I'm biased kot sebab dah biasa hidup dekat sini.

    Masa duduk dekat sini, tak payah nak ikat rambut sebab cuaca sejuk je. Tapi masa dekat Malaysia, rambut tu kalau boleh ikat lagi tinggi lagi bagus sebab rimas sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Betul!
      Panas oo rambut panjang kat tempat bercuaca panas ni.
      Kalau panas sahaja takpe, tapi panas dan lembab, tu yg buat peluh berada di mana-mana (celah) pun. Hahahahaha

      Delete
  14. Tak suka lelaki ikat rambut. Lebih suka rambut panjang dibiarkan lepas. Hehe.. sekadar pendapat saya seorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Kalau terurus, lepas rambut memang lagi lawa.
      Tapi kalau tak terurus, lepas rambut boleh nampak macam bekas rocker bertukar jadi gelandangan ooo..
      Huhuhu

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026