May 4, 2016

Aku dan 3 Anak Kucing.


Salam.

4 Januari 2016 yang lepas,
kucing aku melahirkan 3 anak kucing yang comel kiut miut rasa nak picit.





Ibu kucing yang melahirkan itu sebenarnya berbadan kecil,
jadi sedikit merisaukan bila dapat tahu dia mengandung dulu.
Ye laa,
badan kecil, dibuatnya melekat 4-5 anak tak ke sengsara nak mengusung perut?

Tapi kekuatan kehidupan,
dia berjaya melahirkan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi.

Tiga anak kucing.
Seekor berbulu hitam penuh, dua lagi sama pattern dengan emaknya, berbulu campur warna hitam putih dan jingga.
Yang hitam jantan, dua lagi betina.

Kami namakan mereka Blacku (disebut black-ku), Tim dan Tip.


Aku tak pasti naluri keibubapaan aku makin melonjak akibat faktor usia,
ataupun memang semua kucing dilahirkan begitu,
tapi yang pasti, anak kcuing sangat comel.

Aku ikuti perkembangan mereka bertiga daripada bulu masih jarang berbadan pink,
mula mengiau meminta susu badan ibu mereka,
mula berjalan terketar-ketar menjelajah keliling sangkar,
mula membeliakkan mata melihat alam sekeliling,
mula bergomol bergurau sesama mereka...

..aduh.
Melihat anak kucing seperti satu penghilang stres yang amat berkesan,
tambahan pula awal tahun ini banyak dugaan yang berhadapan.

Aku ingat lagi kali pertama mereka bertiga dibawa keluar menjejakkan kaki ke tanah di luar rumah.
Masing-masing muka tercangak-bangak macam bertukar dimensi.
Tapi beberapa saat kemudian,
naluri pemburu dalam gen mereka membuak-buak,
terus seronok bermain di celahan rumput yang tidak meninggi.
Walaupun langit panas terik disinar mentari, aku tak peduli.
Itu adalah saat yang aku perlu ada dan lalui untuk diperhati.

Blacku, selaku satu-satunya jantan, lebih suka bersendiri dan memerhati.
Dia seperti ninja.
Bila dicari tak jumpa. Sedar-sedar sedang berdiri tegak di tengah laman.
Namun sekali sekala dia juga bersama adik-beradiknya yang lain bermain.

Tim dan Tip seperti kembar. Sama. Sebiji. Copy paste.
Tidur bersama. Bermain bersama.
Tapi Tim lebih kepada mangsa bulian si Tip.
Tip lebih agresif dan suka bergurau kasar.

Semakin membesar, mereka suka memanjat.
Panjat meja, habis semua barang ditolak mereka.
Panjat sofa, mereka sudah mula pandai mengasah kuku bercakar.
Panjat langsir umpama ahli bomba memanjat tali.
Waktu paling aman adalah ketika mereka tidur.

Aku selalu perhati gelagat mereka tidur.
Selalunya, hidung terkemut-kemut.
Telinga bergoyang-goyang.
Tangan tergedik-gedik secara tiba-tiba.
Entahlah. Mimpi rasanya.
Bila mereka mula sedar aku sedang memerhati, tetiba terus dipusingkan badan ala-ala manja.
Kucing, kalau dia tunjukkan perut mereka, tandanya mereka percaya.


Namun,
ibu mereka bukanlah dari baka yang elok.
Nenek moyang mereka adalah kucing yang kami kutip dari pasar, kelaparan.
Dibawa ke rumah, dibela sampailah bertukar generasi.
Baka domestik liar, sudah tentu ada masalahnya.

Hasil dari pemerhatian aku beberapa generasi ini,
pada awal 3-4 bulan pertama selepas dilahirkan,
anak kucing aku akan melalui fasa kritikal.
Mereka akan mudah diserang penyakit,
sama ada selesema, sakit mata atau kecacingan.
Banyak yang kecundang pada usia seawal 2-3 bulan, tapi yang mana dapat lepasi tempoh 3-4 bulan itu akan membesar dengan sihat dan gagah.



Bila mula masuk bulan April, aku jadi risau.
Blacku dan Tim mula menunjukkan perubahan sikap.

Blacku, dia makan paling banyak, tapi badannya tetap kecil.
Tak pasti pergi mana makanan dia, tapi bila dipegang badannya,
terasa tulang belulang yang ada.
Dia terlalu kurus untuk seekor kucing yang makan banyak.

Tim pula, walaupun selalu jadi mangsa buli Tip,
tapi kebelakangan ni dia selalu sangat tidur.
Kucing seusia dia patut keluar bermain dan menjelajah.
Tapi Tim lebih suka bergulung dan tidur.
Bila makan, jenuh dipanggil baru sampai.



25 April lalu, Blacku mati dalam tidurnya di dalam sangkar.
Tiada lagi ninja.
Tiada lagi si kuat makan.
Aku tidak pasti apa sakitnya, tapi kalau perlu deduksi, rasanya kecacingan.
Makanan yang masuk tidak sampai ke badan, hanya sampai ke parasit di dalam badan.

30 April seterusnya, Tim pula pergi.
Badannya terlampau kurus dan tidak bermaya sebelum hilang kesedaran.
Sebelum ini, dia tidak makan, tidak minum, hanya tidur.
Sepanjang minggu aku risau, tapi nampaknya risau sahaja tidak mengubah apa-apa.

Maka, kini, sehingga entri ini ditulis,
tinggallah Tip seorang diri.
Tunggal.
Tiada adik-beradik.
Tiada teman sepermainan.














Entahlah.
Aku jadi sangat cepat sayu apabila melalui fasa kehilangan kucing peliharaan.
Tambahan pula jika peristiwa kehilangan itu berturutan seperti ini.





.

43 comments:

  1. The three musketeers! Teringat cerita pendek puss in boots and the three diablos. Comel tak hingat.

    Aaaa.. ingatkan happy ending, huhu. Seronok kan tgok keletah diorg. Even dlm tido pun pndang tak jemu. Hidung gerak2. Lidah keluar sikit, aa comel.

    Takziah, moga Tip dan C tabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra

      Hahahaha. Three diablos tu bukan setakat comel, tapi lincah plak tu. Huhuhu

      Tak berapa nak happy sangat endingnya. Maaf~

      C memang tabah, tapi si Tip tu nampak lonely sikit. Main sorang2 dengan sepit baju. :(

      Delete
  2. syahdu betul la entry ko ni cEro. Tabahlah mendidik Tip menjadi kucing yang berjaya. Barang yang lepas jangan dikenang.

    Teringat pulak Kembang, kucing tua aku kat kampung. Raya ni tah hidup lagi ke tak la nenek tu. Haih

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mon

      Thanks Mon. Akan kudidik Tip menjadi kucing yang berbakti kepada masyarakat. Hehehe

      Aku pun pernah ada kucing bernama kembang. Laa ni dah jadi tanah belakang rumah :(

      Delete
  3. Replies
    1. >budoxe lee

      *melambai-lambai ke langit sambil lap air mata*

      Delete
  4. auww sedihnya. kesian Tip, mesti dia rindukan Tim.

    Aku suka tengok gelagat anak2 kucing, memang menghiburkan kdg2 menyakitkan hati sebab semua benda nak ditangkapnya hatta kaki manusia yang berjalan.

    tabahlah cero, itulah lumrah menjaga yang bernyawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Nadia

      Kannn?
      Anak kucing sangat comel gelagatnya.
      Tapi bila besaq semua jadi malas asyik tidur je kerjanya.
      Yang jantan tak habis-habis nak memancut. Hahahaha

      Delete
  5. -Ayat-

    Cerita dan perkara ni memang dah banyak kali aku lalui, dari generasi ke generasi kucing yg pertama dtg kat rumah aku. Setiap keturunan mesti tinggal seekor je.

    Sekarang tambah lagi 3 ekor anak kucing, entahlah seekor dah nampak tak bermaya...
    Thanks cEro, this story really relatable...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Ayat

      Sama-sama.
      Baka kucing domestik biasa memang tak kuat sangat.
      Tak cari yang baka baik tak ada pulak. Huhuhu
      Aku pun berkali-kali dah bersedih dengan anak kucing yang tak dapat survive, tapi kali ni sangat terkesan sebab tengok perkembangan diorang dari kecil lagi. :(

      Delete
  6. siannya Tip sesorang T^T
    kucing2 kat rumah bg BV kira kecik jugak la badan dia, yuko dan menyek. dedua dah selamat bersalin bulan mei nie tadi. yuko dulu bersalin. pastu baru si menyek. dorang bradik dan anak dedua pun 4ekor sekor. so, anak2 kucing kat rumah sekarang dah masuk 8ekor. :D jenuh nak bagi nama sekor2 XD harap la semua selamat membesar :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Waahhh!!
      Dalam bulan yang sama dari 2 ekor ibu terus jadi 10 ekor, 8 anak 2 ibu? Meriah rumah tu nanti. Hahahaha.
      Masa kecik selalunya dilema nak bagi nama apa, semua nama fancy keluar. Last-last panggil ikut warna je, 'hitam' 'putih' 'tompok' 'belang'...
      Hahahahah

      Delete
  7. huwaaaaa! sedihnya entry ni ! Rasa macam kucing2 tu semua macam manusia pulak. sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Nur Haziqah Mohd Rosli

      Tu laa psal. Bila dah anggap diorang sebahagian daripada keluarga, layan pun macam keluarga. Kekadang terguna perkataan macam 'seorang' instead of 'seekor'

      Delete
  8. Kucing rumah aku pun macam tu, dah 5 kelahiran, dalam 5 anak, 1 je hidup sihat. Kadang2 selalu rasa berdosa sebab biar kucing mati macam tu hukhuk. (banyak kubur kucing belakang rumah)

    soalan:

    macam mana nak bezakan kucing tu jantan ke betina tanpa tengok tempat yang sepatutnya? :)

    -kudozu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >kudozu

      Aku pon rasa camtu jugak. Rasa berdosa pulak biar kucing yang kita sayang mati tanpa betul2 usaha :(

      Jawapan:
      Hmmm...Aku selalu tengok je dia punya belakang kalau nak beza jantina. Tapi kalau kucing tu ada bulu 3 warna - putih, hitam dan oren, maka selalunya dia betina (walaupun ada yg jantan tapi ianya rare case dan selalunya mandul dan tak sempat besar sihat)

      Delete
    2. yeaaa tahniah. memang biasanya tengok bulu. lebih dari 2 warna ialah betina (aku taktau fakta mana orang amik ni)

      -kudozu

      Delete
    3. >kudozu

      Kan masa belajar biologi sekolah menengah dulu ada ajar?
      Bulu kucing (kecuali warna putih) dikawal oleh X-chromosome. Satu kaler satu kromosom.
      Kalau kucing tu ada dua kaler (selain putih), biasanya hitam dan oren, maka dia ada dua X-chromosome indicate that dia kucing betina dengan sex-chromosome XX.
      Kalau kucing jantan, sbb diorang XY, maka ada satu kaler je (selain putih) biasanya oren ATAU hitam. :)

      Delete
    4. wow thanks bg jawapan.
      disebabkan aku ni bukan budak fokus dan tak pandai, maka aku tak ingat apa aku belajar dulu hahaha!

      -kudozu

      Delete
    5. >kudozu

      Hahaha. Aku pun samalah, bukannya pandai sangat.
      Kebetulan benda tu yg aku ingat.
      Yang lain tak ingat pun. Hahahaha

      Delete
  9. jap nak komen. header tu kenapa wolverine? kenapa tak kapten amarika atau iron man? eheh

    -kudozu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >kudozu

      Hahahaha.
      Sebab Captain America: Civil War tayang 28 April. Header tukar masa awal bulan May. 19 May ada X-Men Apocalypse pulak. Dalam trailer X-Men tu ada Wolverine (walaupun rasanya cameo je kot), hence Wolverine. Hehehe

      Delete
  10. Emosi aku berubah-ubah baca entri ni.. Teringat kucing2 kat rumah, samala kesahnya, dah beberapa generasi dah macam tu.. Mesti tinggal sekor jek setiap generasi, itu pun nasib baik dahla tu..

    Paling takleh blah, kucing aku yang diberi nama Dusky, mati beranak.. Masa dia nazak, aku tunggu tepi, menangis macam budak kecik, taknak dia rasa dia mati keseekoran walaupun perangai kucing nak mati jauh-jauh dari tuan.. (kan?)

    Sedih.. RIP Blak-ku, Tim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh...Aku suka Wolverine.. UvUd

      Delete
    2. >Lee-kun

      Hmmm...
      Tetiba kau buat aku teringat dekat kucing-kucing aku yang lama. Ada seekor dua yang mati kena langgar. Tengah parah mengesot datang ke rumah minta tolong. Dua hari aku menangis sebab rasa diri ni sangat hopeless.

      Aku pun pernah dengar yang kucing selalunya nak mati jauh-jauh dari tuan sebagai tanda tak nak menyusahkan. Kebanyakan yg mati dalam rumah tu sebabnya dah tak ada tenaga nak bergerak dah. Kalau ada tenaga lagi, mesti akan keluar pergi cari tempat jauh untuk mati.

      Sedih :(((

      Delete
  11. Sedihnya bila baca sebab benda yang sama pun selalu terjadi dekat kucing-kucing saya! *Rindu kucing-kucing saya tetiba!*

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Sedih, kan? Bila kenang balik, banyak kali dah berlaku tapi kita tak tahu nak buat apa untuk mengubahnya.
      Sayangilah kucing kita sebelum terlambat :(

      Delete
  12. bila sesuatu tu pergi dari kita tiba-tiba masa kita dah start attched, memang akan berperassan mcm tu..

    sebab ada memori bersama..

    aku rasa, ni tandanya ko dah kena kahwin dan beranak pinak cepat haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nazha

      Hmmm....
      Aku pun rasa camtu gak. Hehe.
      Sebab naluri kebapaan aku tengah membuak-buak kot. Hahaha
      Apa lagi? Ada calon? hehe

      Delete
  13. Jagalah Tip seeloknya. Mak dia ada lagi tak? Mak dia je la jadi peneman dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      Mak dia ada lagi.
      Tapi mak dia ni, sejak putus susu, asyik keluar menggatal dekat luar je. Nanti bebila mesti bunting balik. Adoi...produktif sungguh kucing ni :|

      Delete
  14. Anak kucing masa kecik2 memang comel. Bila dh besar je dah kurang comel dan x berapa nak manja sgt...

    Kalau kucing tunjuk perut maksudnya dia percaya kita eh? Baru tahu... Kucing family aku dulu tido memang terbongkang habis la dgn kaki terangkat. X ingat dunia tido...Skrg dh xde sebab hilang, suruh org jagakan.

    Memang sedih kehilangan kucing yg kau sayang. Bertabahlah bro... Tapi aku ada kemusykilan la....

    Lahir 4 januari 2016
    25 Mei lalu Blacku mati
    30 Mei seterusnya Tim mati
    Macam nak logikkan cerita kau ni??
    Hari ni 5 mei...

    Jangan la sedih sgt cEro sampai x ingat tarikh dgn betul. Relax la bro... Haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Hahaha...Aku sendiri tak perasan aku tertaip Mei.
      Dah betulkan dah, thanks to you.
      Anggap je laa kau nak test siapa yang hebat boleh perasan yang aku ni datang dari masa depan naik mesin masa Doraemon. Hahahahahahahahaha

      Delete
  15. And that is why i have attachment/commitment issues. Haha puas dah bersedih psl kucing ni,sampai satu masa,aku jadi tak suka kucing (bukan dera ye)
    tapi haiwan ni bukan mcm manusia. So takleh compare. Dulu aku baca komik haiwan belum dikenal pasti tu ada episod psl bear yg waktu kecik mak dia dibunuh. Tp bila besar takdenye dia nk revenge,sbb haiwan tu instinct dia lebih faham tentang yg hidup akan mati.
    to Cero,focus on the living. Yg dah mati tu tak terseksa dah at least.
    maybe this is just my midnight rambling.
    -Star-

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Star

      Setuju sangat.
      Peristiwa di atas dah berlaku berkali-kali, tapi dalam bentuk yang berlainan. Nak tak nak aku tetap kena move on walaupun betapa berat pun perasaan masa sedang menghadapinya.
      Thank you :)

      Delete
  16. Anak kucing mudah diserang penyakit. Bila sekor kena, yg lain turut berjangkit. Saya dah lalui banyak kali kehilangan anak kucing... Anak kucing yg saya jaga sejak lahir, perhatikan pembesaran mereka, serupa macam yang cero buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Kan.
      Sebenarnya kisah anak kucing sakit dan mati ni dah banyak kali berlaku. Tapi walaupun dah lalui berkali-kali, rasa sedih tu tetap ada dan tetap berbeza setiap ekor. Macam tak boleh nak lali.

      Delete
  17. Aku hilang 2 daripada 4 ekor anak kucing pada hari yang sama. So, memang sangat memahami TT_TT Kembar warna putih, seekor ekor kontot, seekor lagi mata berlainan warna, biru kuning. Memo dan Meko. Mati pagi seekor, petang seekor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >RafiQ Umayra'

      Sedih, kan?
      Tapi nak buat macam mana. Kita tak ada kuasa. Buat yang terbaik untuk yang masih hidup supaya tak jatuh sakit. Jaga elok-elok.

      Delete
  18. Anak kucing aku pun mati sebelum masuk ramadhan nie. Mula2 ada lima ekor... Sekarang tinggal dua.. Sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Hafiy Halim

      Sedih kan? Rasa macam powerless sangat bila nampak satu, satu pergi. :(

      Delete
  19. aku nak nangess..
    (naluri keibuan overload)

    >pu3aan<

    ReplyDelete
    Replies
    1. >pu3aan

      Bertabahlah.
      Aku yang bujang pun terasa sayu je hati sampai seminggu.
      Huhuhu

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026