Dec 31, 2014

Memori Silam Meresap Malam.


Hello buLan,

Biar saya beritahu sesuatu.
Saya selalu ingin bertanyakan khabar awak di sana,
tapi saya tidak pasti bagaimana.
Apa yang saya pasti ialah awak akan sentiasa disayangi.
Awak memang begitu.
Awak sentiasa membuatkan orang yang melihat awak akan menyayangi.
Naluri azali mereka akan melindungi.
Mereka akan tenang dengan awak.
You are lovable.
It's, somewhat, like a superpower you possessed.

If you ask how am I doing, I'm just okay.

2014 sudah menjadi sejarah.
Walaupun saya mulakan tahun itu dengan semangat yang berkobar-kobar,
tapi tetap ianya bukanlah tahun untuk saya.
Saya masih di takuk lama.
Takuk yang semakin hari semakin selesa walau bagaimanapun badai melanda di sekitarnya.
Takuk yang semakin lama semakin dalam saya gali.
Semakin lama semakin tinggi untuk saya daki.
Saya sedar tentangnya.
Selagi saya di sini, selagi itu saya tidak dapat pergi.
Pergi mencari sesuatu erti yang bakal memandu diri.

Even a Sandshrew will eventually evolve to Sandslash,
but Sandslash curls up into a spiny ball when threatened.
Should I curl too?

Tapi dalam tahun itu saya ada buat satu keputusan.
Keputusan yang selama ini saya was-was untuk putuskan.
Saya berhasrat mahu sambung pelajaran.
Sesuatu yang baru, atau sesuatu yang lebih maju,
itu saya akan perincikan kemudian.

It will be hard.
Tapi itu keputusan saya. Saya lelaki.
Dan lelaki tidak akan tarik kata-kata sendiri.

Seperti ada pemberat yang menjadi sauh cangkuk menghalang saya ke depan.
Adakah pemberat itu memori kita yang tersimpan?
Ya, memori kita.
Tapi ianya bukan pemberat. Ianya penguat.
Saya pasti amat.

Keluarga sudah bertanya tentang jodoh.
Saya tergelak kerana di alam sejajar yang lain, kita mungkin sedang bersama.
Tapi itu tidak berlaku di realiti ini.
Saya bodoh. Hodoh.
Dalam realiti ini, jodoh tidak pernah menjadi kerisauan.
Namun, jam biologi tidak pernah menunggu si tuan.
Satu hari satu masa saya tetap kena fikirkan.
Mungkin masanya ialah sekarang?
Mungkin juga masanya tidak akan datang?

Soalannya,
bagaimana mahu berdua jika yang pertama tidak terjaga?

Hidup ini seperti berlegar dalam gelung moebius tanpa kesudahan.
Ianya tidak teruk, tapi juga pastinya tidak bagus.
Tiada jalan keluar. Bagaimana?

Mungkin selama pra-2015 ini saya terlalu fokus pada diri.
Mungkin untuk pasca-2014, saya perlu lebih membahagiakan orang lain dengan harapan kebahagiaan kembali berbalik kepada sendiri.
Seperti bulan yang malar dalam keadaan jatuh ke bumi namun masih tidak mencecah tanah, tapi dalam usahanya mengejar batu ketiga itu masih mampu memantulkan cahaya bola suria pada malam yang indah dan berseri.

Gelaklah.
Aku sedang bercakap dengan bulan.
Kerana seperti bulan, aku juga begitu.
Satu sisi sentiasa menghadap.
Satu sisi lagi sentiasa bergelap.





.

Dec 24, 2014

Sepintas Lalu Ku Terkenangkanmu.


Sekali lagi tajuk yang dipilih tiada kaitan...

Sebenarnya,
komik dalam entri ini adalah kesinambungan dari entri seminggu lepas....
Tapi aku asingkan sebab
1) Ada dua isu yang berbeza; dan
2) Aku ada satu tabiat buruk di mana apa yang aku tulis lari dengan apa yang aku lukis. Hehehe



Musim hujan hujung tahun seperti sekarang,
aku sangat teringin nak main hujan macam aku selalu buat kecik-kecik dulu...

Tapi,
hujan di Kuala Lumpur tak seperti dulu.
Hujannya kini mampu buat dinding luar rumah bertukar warna dan lekang.

Lagipun,
aku sangat tak mahu kena kanser kulit disebabkan hujan yang berasid.
(^telahan tanpa ilmu saintifik. Believe at your own risk!)

So, tell me...
Apa yang kalian suka buat masa hujan?
Dan apa yang kalian harap boleh buat semasa hujan?
Kalau ada pasangan boleh cuddle-cuddle, kan?

Jyeeeahhh!




.

Dec 17, 2014

Angin Bayu Membawa Diriku...


Tajuk tak ada kena mengena.

Ahad lepas sudah diterbitkan jAwapan untuk tEka-tEki #21.
Kali ini, izinkan aku merungut tentang sesuatu...



Biar aku beritahu,
air lopak hujan rasa masin.
Dan lepas kau tertelannya, kau akan sakit perut.



Aku suka menunggang motosikal. Suka sangat.
Dua perkara yang aku rasa aku tak akan tinggalkan walaupun pada ketika itu aku sudah ada anak lapan sekalipun ialah membaca komik dan menunggang motosikal.
Kalau bakal isteri aku boleh terima dua perkara tu,
rasanya dia dah cukup terima aku seadanya.

Menunggang motosikal (bawa moto) ni banyak kelebihannya.
Minyak isi penuh satu tangki pun murah.
Tak stres sampai botak bila musim harga minyak naik.
Dalam trafik pun lancar. Kalau ada sesak boleh selit-selit.
Belum cerita harga nak maintain. Bengkel moto berlambak.
Road tax murah. Insuran murah.
Kalau difikirkan, banyak syoknya bawa moto ni...

Tapi yang aku paling best sekali ialah perasaan angin meniup pipi.
Bunyi siulan bila angin lalu celah helmet.
Bunyi deruan enjin empat lejang yang mengancam.
Feeling tu mahal sekali, tak akan sama jika pandu kereta.

Tapi semua itu ada kontranya tersendiri.

Pada aku, kita tak akan kenal erti diskriminasi sebenar dalam masyarakat membangun selagi tidak menjadi penunggang motosikal.

Pengguna jalanraya yang lain semua langsung tak mahu hormat penunggang motosikal.
Bak kata cikgu kelas memandu aku,
"Semua orang benci moto di jalanraya. Even pejalan kaki pun benci mereka."

Sebagai contoh,
kalau bawak moto di lorong kanan, kita akan dihon oleh kereta laju.
Kalau bawak moto di lorong kiri, kita berkongsi lorong dengan lori.
Tahu tak, kadang-kadang naik ngeri bila tayar lori sama besar dengan satu moto kita.

Bila kemalangan yang melibatkan kereta dan moto,
MESTI si moto yang akan dipersalahkan. MESTI.
Sekali lagi aku ulang, MESTI!
Tak ada siapa tanya, "Okey tak?"
Orang lain peduli apa kau tangan patah ke, kepala calar ke, kau akan tetap dipersalahkan.
Alasan kuatnya, "REMPIT!"

Bila masuk kawasan komersil,
bila ada moto parking dalam lot kereta, akan kena maki.
Alasannya "Itu tempat parking kereta, moto parking tempat lain.."
Padahal satu kotak parking kereta boleh muat dekat enam motosikal.
Kadang-kadang bukan nak parking lama pun, nak tekan duit di ATM je.
Memanglah ada tempat parking moto, tapi selalunya terletak di hujung bangunan, berkongsi tempat dengan rumah sampah dan ada anjing liar mencari makan.

Tapi
bila ada pula kereta masuk dalam kotak parking moto,
dan bila penunggang moto tegur, akan dibalasnya
"Suka hatilah. Kami bayar cukai lagi mahal tau..."
Padahal dia tak tahu satu kereta dia tutup habis hampir 10 kotak parking motosikal.

Bangsat ke tak bangsat?

Belum cerita kisah awek dan bakal mak mertua yang mensyaratkan 'memiliki kereta' sebelum boleh masuk meminang.

Entahlah,
selagi isu diskriminasi penunggang motosikal ini dipandang enteng,
selagi itu jangan mimpi nakkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial.

On that note,
aku rasa aku patut jadi Perdana Menteri dan hapuskan diskriminasi terhadap penunggang motosikal.

Kalau pejuang hak kesaksamaan wanita dipanggil feminist,
agak-agak pejuang anti-diskriminasi penunggang motosikal dipanggil apa ek?

Motorist? Motocyclist? Bikist?




.

Dec 14, 2014

Jawapan tEka-tEki #21 Rantai dan Pautan



Kini, sudah sampai masa untuk jawapan tEka-tEki.
Adakah anda sudah bersedia untuk jawapannya?



Baiklah.
Kepada yang belum bersedia untuk membaca jawapannya
dan mahu ke entri soalan, sila klik sini.
Anda akan dibawa ke entri soalan tEka-tEki #21.

Ketahuilah,
yang menarik tentang tEka-tEki bukanlah jawapannya
tapi usaha kita untuk mendapatkan jawapan tersebut.


Ok.
Kita akan terus ke jawapan.





Cabarannya,
anda memiliki empat rantai dengan setiap rantai memiliki tiga pautan.
Anda mahu mennggabungkan keempat-empat rantai itu menjadi satu rantai berbentuk bulatan.

Soalannya,
berapakah jumlah terkecil pautan yang perlu anda buka untuk menyambungkan kesemua rantai menjadi satu rantai berbentuk bulatan?

Jawapannya, tiga (3) pautan.

Caranya;
Ambil salah satu dari empat rantai besi yang ada.
Buka ketiga-tiga pautan dari rantai besi tersebut.
Jadikan setiap satu pautan yang sudah terbuka itu sebagai penghubung antara tiga lagi rantai besi yang tertinggal.
Tutup pautan itu semula

dan TAHNIAH! Anda sudah memiliki satu rantai besi berbentuk bulatan.



xxxxxx

Jadi,
siapa antara kalian yang dapat jawab dengan betul dan tepat?


Sebagai penutup,
biar aku petik satu bidal dari barat.

"Some of the best lessons are learned from past mistakes.
The error of the past is the wisdom of the future."
.

Lagi tEka-tEki dalam koleksi:


Kenali wira anda, The Error.



.