Jun 8, 2014

Tanpa Tajuk #10


Hai, nama aku cEro.
cE berbunyi 'se' seperti dalam 'bola sepak',
ro berbunyi 'ro' seperti dalam 'road to brasil'.
Ini adalah entri tanpa tajuk ke-10.



Entri tanpa tajuk ialah entri ringkas berkisar tentang perkara yang berlaku sekeliling aku.
Perkara-perkara yang penting dan ringkas yang terlalu pendek untuk dijadikan satu entri khas tapi harus juga aku berkongsi dengan semua,
semuanya aku kumpulkan di dalam satu post.
(Sebenarnya Tanpa Tajuk adalah entri yang aku buat bila aku malas menterjemah idea dalam otak. GAH! GAH! GAH!)

Tanpa melengahkan masa,
mari kita mula....



1. Hotel K

Pendek cerita, aku ada terbeli satu buku kisah non-fiction bertajuk Hotel K.
Aku pernah terbaca sinopsisnya ntah dekat mana dulu, tapi aku tahu buku ni memang best.
Masa singgah kedai buku hari tu, aku ada terselak buku yang tak dibalut, so ada aku baca dua tiga muka surat.
Aku berminat, aku beli.

Walaupun aku sedar aku bukanlah pembaca buku yang bagus, tapi aku rasa aku nak habiskan buku ni sesegera mungkin.

Buku ni hasil tulisan seorang penulis biografi yang buat kunjungan ke sebuah penjara di Bali, Indonesia yang dipanggil Hotel Kerobokan (Hotel K).
Kisah dalam penjara ini bukan seperti kisah penjara lain. Mereka 'bebas' dan memiliki kehidupan sendiri seperti seks, dadah, keganasan dan pelbagai lagi.

Yup, itu yang berlaku bila kita kumpulkan para pelaku jenayah dari pelusuk dunia di bawah satu bumbung.

Apa yang membuatkan aku tertarik dengan buku ini ialah satu ayat dari bahagian 'foreword' buku ini yang berbunyi:

One of the prisoners in Nusakambangan told me that hearing a genuine laugh was 'better than sex', as it was so rare - the death row inmates surrounding him didn't have much to be joyful about.

Nusakambangan ialah bahagian penjara yang menempatkan penjenayah yang sedang menunggu hukuman mati.

Pada aku,
pengalaman sebegini sangat jarang dapat dibaca, apatah lagi kepada manusia seperti kita ini yang tidak pernah tahu bagaimana kehidupan di sebalik tembk tinggi dan tirai besi.

Ini pula ayat penulis tulis dalam 'dedication page':

This book is dedicated to anyone travelling to the tropical paradise of Bali.

Be careful. It could be a holiday you never forget.
Even one ecstacy pill could cost you tens of thousands of dollars
and a stint in the hellhole of Hotel Kerobokan.

Jadi, kepada backpackers di luar sana....
Hati-hati.








2. Selamat Tinggal Zombi...

Jika kalian baca entri lama aku yang ini,
kalian akan tahu betapa aku suka game zombi dalam telefon aku ini.

Tapi,
kini, setelah berbulan-bulan aku setia bermain,
aku harus mengucapkan selamat tinggal kepada game tersebut
kerana aku terpaksa uninstall game itu.

Sebab-sebab aku uninstall game yang aku suka ini ialah:

1. Kerana game itu, aku jadi anti-sosial.
2. Kerana game itu, waktu tidur aku jadi tunggang langgang.
3. Kerana game itu semakin berat, henfon aku jadi lambat.

Keputusan itu diambil selepas aku berfikir semasak-masaknya,
jadi aku rasa tidak akan ada penyesalan selepas ini.

Banyak memori manis tercipta bersama game itu.
Tapi aku yakin, banyak lagi memori manis boleh aku cipta selepas game itu tiada.

Goodbye Violet...
I'll miss you the most...







3. Yonkoma

Baru-baru ini,
aku berminat nak mendalami ilmu seni yonkoma.

Yonkoma adalah satu jenis format comic-strip yang mempunyai 4 kotak panel untuk satu jalan cerita.
Bahasa mudahnya,
yonkoma tu komik 4 kotak yang selalu kita baca dalam manga,
kadang-kadang dalam paper, kadang-kadang dalam majalah,
dan baru-baru ni ada dalam blog aku [klik sini]

Mula-mula aku fikir yonkoma ni mudah.
Alaaa, apa susah. Kena lukis komik 4 kotak je...
Sekali, bila aku cuba sendiri, yonkoma bukan semudah yang aku fikirkan.

Aku pun study penuh page wikipedia yonkoma dan segala link yang diberi di bawahnya...
(Kalaulah aku semangat macam ni masa study dulu...**mengeluh**)

Disebabkan jalan cerita kena diisi ke dalam 4 kotak sahaja,
maka jalan cerita kena pendek, kemas dan masih mempunyai poin-poin penting yang nak diceritakan.
Itulah cabarannya.
Memasukkan hanya poin yang penting dalam kotak yang terhad.
Malahan, setiap kotak ada peranan tersendiri.[Rujuk sini]

Contoh komik yang guna yonkoma ada banyak,
tapi yang paling mudah dan dekat dengan kita ialah komik Lawak Kampus oleh Keith.
Aku antara peminat komik Lawak Kampus, dan aku pasti korang pun sama.

Bila difikirkan,
sehingga entri ini ditaip, Keith sudah keluarkan 20 jilid komik Lawak Kampus dengan lebih kurang 110 muka surat berisi dua (2) yonkoma.
20x110x2 = 4400 yonkoma sudah dilukis Keith dengan lawak yang berkesan dan tidak berulang.
Sekarang, beritahu aku, 4400 yonkoma tu sikit ke banyak?

Dan untuk tujuan lebih mengenali yonkoma,
aku decide untuk baca Lawak Kampus dalam simpanan aku semua semula dari awal jilid 1.
Bertitik-tolak dari itu,
akan datang, mungkin lebih banyak yonkoma bakal aku lukis.
Dan kalian pun cubalah lukis yonkoma sekali...


xxxxxx


Baiklah, itu sahaja untuk kali ini.

Jumpa lagi di entri tanpa tajuk yang akan datang.
Dan ingatlah, selagi ada nyawa dikandung badan, tuntutlah ilmu.


Good luck!



.

28 comments:

  1. wow, yonkoma..pernah cuba buat, dan lepas tu aku sedar aku xde darah lawak..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Galah Panjang
      try lagi bro...
      Aku pon tak rasa aku lawak, tp aku rasa nak cuba jugak sbb aku suka...hehehe

      Delete
  2. Ganbatte cEro kun~ yosshaaa!! hehehhehe~ ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      sankyu~ Plain-san!
      Ko pun try laa yonkoma sama2...hehehe

      Delete
  3. Hai, nama aku cEro.
    cE berbunyi 'se' seperti dalam 'aiseyman',
    ro berbunyi 'ro' seperti dalam 'bro'.

    hehe sebelum ni aku bunyikan nama kau sebagai 'see' ro.

    Aku dalam usaha memantapkan minat membaca tapi belum tahap baca buku macam tu lagi.

    Teruskan ber-yonkoma. Aku antara penggemarrrnya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Yousof Ngadi
      I get a lot of 'see' ro sebenarnya.
      But i'm not even mad, sbb macam to'ma'to & to'may'to, dua-dua still tomato...hehehe

      Marilah kita bersama2 menanam minat membaca...hehehe
      Aku pon struggle nak stay membaca dlm masa yg lama...hehehe

      Delete
  4. ahhh.. senang jer nak buat Yonkoma...
    nanti aku buat...



    ..setelah beberapa bulan, aku masih tak dapat melukis satu petak pon..
    macam sekarang ni.. koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      try lagi bro...hehehe
      yonkoma mcam sgt seronok bila ko dapat intipati dia...tp nk hasilkan dlm kuantiti yg banyak, agak menyeksakan...hehehe

      Delete
  5. Good job cero!
    Ps:aku ni budak heroes hari tu, benda lain yang aku suka adalah alien atau ufo,kaito kid (magic kaito) dan mestilah heroes!

    ReplyDelete
  6. Plants vs zombie pun best.

    ReplyDelete
  7. Betul tu cero, game yang macam tu memang buat orang jadi tak tentu arah.

    ReplyDelete
  8. Ini komen keempat :
    Penjara luar biasa tu.
    Ps: Salam heroes ,Cero!

    ReplyDelete
  9. Sylar : mungkin ada.
    Claire: tukar pelakon kot.
    Peter: tukar pelakon kot.
    Hiro: ?
    Matt: ?
    Mohinder: ?
    Ando: ?
    The haitian: ?
    Semuel: ?

    Itu saja info HEROES REBORN yang entah betul ke tidak yang aku ada hehehe.

    Heroes Cero is the best!!!!!!!!


    ReplyDelete
  10. CEROES dah ni .
    Ok bye, salam heroes buat semua.

    ReplyDelete
  11. " all people born, to be extraordinary! "

    ReplyDelete
  12. aku ni dah takde benda lain sekarang selain HEROES, tapi selain HEROES ni aku ada belajar Telekinesis dari blog indo mana tah, tapi tak jadi. So dah malas aku belajar benda tuh. hehehe...
    ps: dah malas aku cari maklumat pasal type alien, sebab semua aku dah tahu dah.

    ReplyDelete
  13. Dah, sekarang aku nak dengan lagu dekat aku punya talipon Samsung Corby lama aku tu.

    So, salam HEROES buat semua.

    ReplyDelete
  14. Dah, sekarang aku nak dengan lagu dekat aku punya talipon Samsung Corby lama aku tu.

    So, salam HEROES buat semua.

    ReplyDelete
  15. Nanti dulu, apasal komen aku yang dekat atas ada dua pulak !?

    ps: Aaaaaaah!!!!!!!!!!!! lari!!!!!!!! hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous
      Hahahaha...
      Aku kagum dgn ko...
      tapi aku tak pasti aku kagum sbb apa.
      Mungkin sbb ko sgt obses dgn Heroes...
      or mungkin sbb ko rajin komen berkali-kali dlm post ni...
      or mungkin sbb ko singgah ke entri ni smpai 3 kali dlm sehari (pukul 3, pukul 7, dan pukul 10)

      ..dan aku harap Hiro Nakamura akan still ada dlm Heroes Reborn nanti...hehehe

      Delete
  16. Replies
    1. @Nerzhul
      Thank you! Good luck to you too! :)

      Delete
  17. aku kagum sungguh la korang2 yg berbakat lukis2 nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      No no...Melukis smua org pandai...
      Melukis dgn baik itu yg kami cari...
      Dan aku masih belum masuk kategori tu...hehehe

      Delete
  18. yonkoma namannya? eheee...suka gak yonkoma ni..sedang cuba2 gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Lee-kun
      Yup. Yonkoma literally bermaksud 4 kotak.
      Marilah cuba sama2...sampai tahap dia jd best tau...hehehe

      Delete
  19. Buku Hotel K tu macam menarik je, okeh scary pulak dengar pasai Hotel Kerobokan ni, tak pi Bali kot, pi Bandung shopping je nanti. HAHHAH.


    oh ingat pebende ah yonkoma nih. Lawak Kampus?
    suka suka suka! tapi tak de koleksi peribadi pon, baca dalam majalah gempak je selalu. HAHHHAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Bandung dgn Bali boleh sampai laa...hehehe
      Yonkoma ni nmpak je mudah...tp skill berlawak kena tinggi n kreatif...hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026