Jun 1, 2014

Tentang Jamban, Alien dan Anna.




Untuk mencapai cita-cita aku menakluk dunia,
aku perlu maju ke depan.

Untuk maju ke depan,
aku perlu selidik dan iktiraf kelemahan serta kelebihan diri.

Antara kelemahan diri aku yang nyata selain daripada malas ialah
aku langsung tak pandai nak lukis perempuan.



Namun,
antara kelebihan diri aku ialah
otak aku mampu untuk berfungsi dengan ligat tatkala aku berada di dalam jamban.

Ya, betul.
JAMBAN.
Lebih 80% idea dalam blog ini hasil cetusan idea ketika di dalam jamban.

Maka,
ini adalah salah satu kisah di antara ribuan idea yang aku perolehi ketika berada di dalam jamban.



Kalian tahu kan di barat,
bila identiti seseorang tidak dapat dikenalpasti
mereka akan dilabel 'John Doe' untuk lelaki
dan 'Jane Doe' untuk perempuan?

Di Jepun,
nama Yamada Taro digunakan untuk lelaki
dan Yamada Hanako pula untuk perempuan.

Malah di Malaysia,
kita akan gunakan nama Si Polan bin Si Polan
atau Si Polan binti Si Polan untuk mereka yang tidak dapat kita kenalpasti.

Kalian boleh baca lanjut tentang nama gantian untuk negara-negara lain di sini dan di sini.

Masalah dengan nama-nama ini,
ianya telah dibataskan dengan sempadan negara, bangsa dan bahasa.


What if...
Apa jadi jika satu hari kita mampu berhubung dengan hidupan lain di luar batasan planet bumi. Contohnya, kita mampu adakan hubungan diplomasi dua hala dengan alien kepala bujur mata besar. Apa jadi bila bangsa kita tidak lagi terhad kepada kita sesama manusia (Homo sapiens sapiens)?

Apa satu nama manusia yang boleh wakilkan kita sebagai bangsa Bumi?
Satu nama generik yang melewati batas negara, bangsa, agama dan bahasa?


Jadi
semasa aku bertapa di dalam jamban, aku dapat satu jawapan.



Untuk perempuan, aku rasa nama paling 'Bumi' sekali ialah ANNA.

Kenapa Anna?

Secara rambang,
aku rasa Anna (atau variasi daripadanya seperti Anne, Annie, Ani atau Ana)
adalah nama yang ada dalam setiap negara dan bangsa tanpa kedengaran pelik.

Sebagai contoh,
Malaysia kita ada Ana Raffali.
US ada Anna Kendrick.
Di Jepun kita ada Iriyama Anna.
Anna Smith adalah pemain tenis dari UK.
Siapa tak kenal Anna Kournikova dari Russia.
Cina pun ada, Anna Wong.
Aku tahu ada rakyat India nama Anamilli.

Mungkin tak sempurna,
tapi 'Anna' adalah satu nama yang sangat tidak asing dalam mana-mana kelompok masyarakat bumi.

Nama Anna begitu ringkas, semua orang boleh sebutnya tanpa diganggu slang bahasa masing-masing.
Anna juga hanya terdiri dari dua huruf, dan kedua-duanya adalah antara huruf paling biasa dalam bahasa seharian.
Anna adalah nama terbaik mewakili manusia perempuan.

Jadi,
jika satu hari ada alien culik seorang perempuan dari bumi,
dia boleh namakan perempuan itu sebagai 'Anna'.
'Anna dari Bumi'.

Jika anda bernama Anna,
anda harus berbangga kerana nama anda adalah nama yang generik, mewakili segenap umat manusia.

InsyaAllah akan datang kalau aku ada anak, aku akan namakan dia sebagai Anna, (dengan syarat bakal isteri aku bukan seorang Anna. Hahahaha).



Untuk nama lelaki pula,
bila aku nak masuk analisa bab nama lelaki paling 'Bumi',
aku diganggu dek kerana ada orang ketuk pintu jamban bagitahu ada 'kecemasan'.
Maka,
analisa aku pun terbantu di situ.

Tapi,
kalau nak difikirkan,
anatara dua nama paling popular di atas bumi ni ialah 'Muhammad' dan 'Lee'.
Namun,
kedua-dua nama tersebut sudah lekat stereotaip tertentu.
Seperti contoh, Muhammad adalah nama untuk orang Islam
dan Lee pula kedengaran lebih orient.
Maka,
dua nama ini kurang sesuai dijadikan nama lelaki wakil planet Bumi disebabkan nama-nama tersebut dibayangi batas demografik.

Aku ada terfikir 'Adam' sebagai nama generik lelaki,
tapi entahlah...tak pernah pula aku dengar orang Jepun nama Adam.

Kalian ada cadangan untuk nama lelaki?





Akhir kata,
aku masih belum faham rahsia jamban yang sebenarnya dan kenapa bila aku masuk jamban, otak menjadi super ligat. Masa duduk depan laptop, or atas katil, or depan TV takde pula seligat tu.

Kalau aku rajin belajar sikit masa dulu-dulu,
mungkin aku dapat fikirkan penyelesaian kepada masalah dunia yang lebih besar seperti contoh ubat mutlak merawat kanser ataupun formula kepada keamanan dunia sejagat.

Tu laaa,
sapa suruh malas belajar dulu...




...and for the record,
aku belum tengok Frozen.




.

48 comments:

  1. hmmm deep sgt ni. ak baru bangun tidur tak boleh pikir lagi nama generik lelaki. haha kena tunggu aku masuk jamban dulu. aku kasi tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @shada wentz
      Wahahaha, tak sangka jamban adalah tmpat ilham utama manusia sejagat...hehehe

      Delete
  2. purata sehari aku akan habiskan masa selama setengah jam dalam jamban.. dan kebanyakkan masa itu aku gunakan untuk membaca timeline twitter dan online mangareader menggunakan handphone. So aku tak banyak berfikir dalam jamban sangat kerana bila aku berfikir, idea itu perlu di catatkan. Walaupun aku tahu aku seorang pelupa, tapi aku tetap malas nak mencatatkannya di dalam handphone yang aku bawa masuk sekali ke dalam jamban.
    Jadi,
    aku tak tahu apa faedah aku bertapa lama lama dalam jamban.

    dan untuk rekod,
    kerana Mem kecik. aku dah naik jemu tengok Frozen.
    koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      dulu aku pun slalu bawak masuk henfon dlm jamban utk tujuan mengisi masa lapang ketika membuang, hinggalah ke satu peristiwa henfon aku jatuh bergelumang dgn isi lubang jamban.
      Lepa tu, aku taubat...hehehe

      Delete
  3. cantik je tengok lukisan perempuan lepas gambar censored (=.=!) tu.
    Tak dapat lak nak fikir nama generik untuk lelaki, yang terlintas nama Michael yang variasi dia mungkin Mike, Mikael.

    Entahlah, tunggu lah kalau next time masuk jamban nanti maybe boleh difikirkan balik.

    Eh, sama! Tak menyempat nak tengok frozen lagi, walaupun dah memang sedia ada dalam laptop.HAHHAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      cantik? ko tak tau betapa deritanya nak lukis sedemikian...hehehe

      sila masuk jamban sekarang...hehehe

      tengok Frozen aku belum, BACA Frozen aku dah...hehehe

      Delete
  4. hmmm... zack? nama barat yang agak glamer di seluruh dunia... maybe, i think ;3

    yeah, aku pun belom layan frozen, hahah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      tap bahagian orient/ timur asia macam tak kena sangat nama zack.
      Mungkin derivative dr zack ada kot...

      Delete
  5. C.E.R.O akan menjadi super genius bila berada di dalam JAMBAN!!!!!!! Ps: cero ni heroes ke??????

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous
      Hmmm...aku tak pasti siapa kau, tp attachment kau dgn Heroes amat kuat...Fancy?

      Delete
  6. Heroes akan kembali pada tahun 2015!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous
      Ya ya, aku tahu. Kau dah bagitau aku hari tu...hehehe

      Delete
  7. CERO atau HERO?

    ReplyDelete
  8. dalam jamban ko ada apa? ajaib sungguh haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Galah Panjang
      Hahaha, aku rasa sama macam jamban lain...tp tak sama macam jamban tandas awam...hahahah

      Delete

  9. do you wanna build a snow man....
    tgk la..frozen best...

    letak name musa (moses, muse,dll..malas nak pk..haha)

    dan 1 lagi pemikiran yg di lua batas pemikiran aku..
    nice ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. @MS. NO NAME
      nanti aku try tgk Frozen...hehehe
      Musa is a nice name, tp aku rasa tak cukup generik. Keturunan India bernama Musa agak pelik...hehehe
      Pemikiran kita sama je, mungkin jamban yang berbeza...hahaha

      Delete
  10. Jamban tempat main candy crush di tempat keje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Dea Day
      Hahaha, aku dah lama berenti main candy crush dah Day..
      Sekarang masih gigih main Minions Run...hahaha

      Delete
  11. kau bodoh, gila, bangang,sial ,bangsat,setan,,babi dan kampang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa ko sawan kat sini?

      Delete
    2. Gangster bro, lu apa hal!!!?

      Delete
    3. @Anonymous 1617
      Bro, tanya sikit, 'kampang' tu apemende?

      Delete
    4. Sorry cero.

      Delete
    5. @Anonymous
      Laaa, nak sorry kenapa?
      Aku just nak tanya, 'kampang' tu apa? '_'

      Delete
  12. cero hantu jamban hahahaha.............

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous
      Hahaha, kalau aku hantu jamban kau tahu apa perkara pertama aku nak buat?
      Aku nak keluarkan tangan aku dari lubang jamban masa kau tengah meneran berak, then masukkan jari hantu aku ke dalam lubang rectum kau supaya kau sembelit..
      Hardcore tak?

      Delete
  13. nama paling sesiau untuk lelaki adalah GOAL!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nazha anua
      "Baiklah, cikgu nak satu-satu perkenalkan nama masing2.."
      "Nama saya Abu..."
      "Nama saya Rosyam..."
      "Nama saya GOAL..."
      **kelas sunyi sepi seketika...**
      **tiba-tiba kelas jadi gamat dan riuh..**
      "Perrggh, nama kau GOAL?"
      "Huyooo, cool gila nama GOAL."
      "Kenapa mak abah aku tak letak nama aku jadi GOAL jugak ek..."

      Sekian...hehehe

      Delete
  14. kaito mungkin kot......

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous
      Ni banyak tengok Kaito Kid ni...hehehe

      Delete
    2. Ye betul tu. Antara detective conan atau magic kaito.

      Delete
  15. menda kejadahnye goal pulak

    ReplyDelete
  16. Bagi nama Unta pun boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous
      Haah, kan?
      Unta macam sesuai je...

      Delete
  17. ????????????!

    ReplyDelete
  18. hai. aku ANA.
    generiknya ! wuhuuuuuuuuuu!

    hermm kalo lelaki... hermmm adoi entah.
    susah gak utk nama lelaki nih haha

    srettt srettttt *hidong tersumbat* T____T

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Hehehe..somehow aku dapat rasa ko akan kata camtu...hehehe

      Hidung tersumbat ke? pergi hembos dkat toilet cepat!!!!
      hehehe

      Delete
    2. aku tak habes lagi mengagumi nama ANA ni.hehehe

      hidung sudah kembali pulih. jyeahh~ hehe

      Delete
    3. @anamizu
      Hehehe..bangga letteww! haha

      Delete
  19. Thanks cero.

    ReplyDelete
  20. Ad, Adi, Edi, Eddie, Eddy

    ReplyDelete
  21. @Anonymous 1230
    Hmmmmm....
    macam boleh dipertimbangkan je Adi tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... aku bagi variasi die je.. er.. aku tak ltk name plak..
      Sori la.. aku takde blog.. suke bace blog org je.. :D

      -Zul-

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026