Mar 30, 2016

Angin Kencang Membawa Kau...



Salam.

Sebelum meneruskan pembacaan,
adalah lebih baik aku maklumkan di sini bahawa
perkataan 'ekspektasi' tidak berdaftar di dalam Bahasa Malaysia.
Ia hanya perkataan pinjaman dari bahasa inggeris 'expectation',
digunakan oleh mereka-mereka yang kekonon fancy (termasuk aku).






Maaf,
aku masih tak boleh move on daripada bercerita tentang rambut.
Selagi ada rambut ni, selagi itulah aku akan bercerita tentang rambut.

Minggu lepas aku bercuti ke Pantai Timur.
Pantai di pantai timur berangin kuat tak macam pantai barat.
Dengan rambut macam ni (tunjuk kepala sendiri) maka sangat susah untuk stay macho di tepi pantai.
Habis menggerbang rambut jadi macam rambut bini kepada pemimpin sebuah negara tu.
Alaaa, negara yang berima dengan Balaysia tu.
Yang nama bini pemimpin dia sama akronim dengan nama Redza Minhat tu.

Kekonon aku berdiri di tembok batu mengadap angin nak bagi efek rambut melayang-layang macam yang selalu tunjuk dalam anime, tapi end up habis rambut aku jadi kembang dan melekat daun kering dan pepasir pantai.

Realiti memang tak seindah jangkaan.

Sungguh tak sangka berambut panjang ni banyak kerenah rupanya.

Oh ya,
aku baru tahu orang yang berambut panjang tak selalu basuh rambut.
Aku sentiasa basahkan rambut aku semasa mandi,
tapi rambut panjang ni jadi leceh sebab rambut panjang lambat nak kering,
habis baju aku akan kelihatan basah di kawasan bahu disebabkan rambut yang lambat kering.

So,
sebagai penutup kepada entri blog bosan yang semedang bercerita tentang rambut ni,
aku ada satu soalan:

Berapa kali sebenarnya elok dan masuk akal untuk kita skip basahkan rambut semasa mandi bagi yang berambut panjang?





.

Mar 23, 2016

Dedaunan Keguguran Dahan Nan Kerapuhan...



Salam.

Okey, satu soalan nerda.
Tahu tak apa yang ada di seluruh kulit badan manusia kecuali di tapak tangan, tapak kaki, bibir dan kelopak mata?






Bangang kan aku?

Serius pusing kepala aku fikir kenapa ada rambut panjang dekat atas lantai bilik masa mengemas tempoh hari.
Memang dah fikir jahat dah dalam hati tuduh roommate bawa masuk perempuan.
Rupa-rupanya rambut sendiri gugur bak dedaunan keguguran dahan nan kerapuhan bunga-bunga cinta layu di pusara...


Sebenarnya,
musim cuaca panas macam sekarang ni tak elok (lelaki) rambut panjang.
Panas dia macam kena salai tanpa bara ooo.
Tapi, sebab aku tak perasan pun rambut aku dah panjang,
jadi aku tak ambil kisah pun bila nak kena potong.
Orang keliling aku tak pernah tegur pun rambut aku panjang.
Lagipun, aku bukan jenis suka belek muka depan cermin.
Tak pasal-pasal mimpi ngeri termimpi muka sendiri.

Walaupun dah tahu panjang,
still tak terasa nak potong lagi sebab...hm...entahlah.
Maybe sebab dia tak mengganggu kerja aku kot.
Sekali sekala bujang berambut panjang, boleh join Ankel Jonni.
Hahaha.

Roommate aku suruh ikat rambut.
The thing is, aku tak tahu nak ikat rambut kasi lawa.
Kalau aku ikat, jadi macam orang kalah judi je gayanya.
Duduk rumah bolehlah ikat selebet.

Jadi,
seperti biasa ada satu soalan untuk mengakhiri entri ini:
Apa pandangan kalian tentang lelaki berambut panjang?
Jyeeeaaah, or bleerrghh?







.

Mar 16, 2016

Tanpa Tajuk #11



Salam.

Bertemu sekali lagi kita di dalam entri Tanpa Tajuk,
satu entri di mana beberapa isu penting mahu aku kongsikan tapi isunya terlalu pendek untuk diberi satu post khusus, jadi aku rangkumkan kesemuanya di dalam satu entri.

Sebenarnya,
aku masih lagi malas nak melukis.
Kali ni, tak ada orang yang boleh aku salahkan. Totally on me.
Kemalasan yang membuak-buak...

**Gambar recycle entri Kamen Rider cEro**





1. Giveaway 2.0


Imej curi dari Blog Vespa Buruk tanpa kebenaran sebab aku gengster.


Macam ni.
Aku selalu berangan kalau suatu hari aku diminta untuk tulis biografi diri sendiri untuk dibukukan disebabkan aku sudah jadi super famous sebab dapat cipta mesin masa, aku akan dedikasikan satu chapter dalam buku biografi aku itu bercerita tentang cabutan bertuah. Hanya cabutan bertuah.

Kenapa?

Dari kecil lagi aku dah tahu nasib aku dalam cabutan bertuah.
Aku pernah cerita panjang lebar tentang nasib aku dalam entri ini.
Ringkasannya, aku sangat tak bertuah dalam permainan nasib dan kebarangkalian,
lagi-lagi dalam cabutan bertuah.
Satu-satunya (dahulu) cabutan bertuah yang aku boleh dapat adalah apabila aku sendiri rigged system cabutan bertuah dia dan tingkatkan kebarangkalian untuk aku menang beberapa kali lipat.
(Please don't try this, sangat tak bermoral)

Tapi,
selepas aku join satu giveaway anjuran Blog Vespa Buruk milik Deaday a.k.a Mona,
aku berjaya dapat tempat pertama dalam cabutan pemenangnya.
Tempat pertama. YA! TEMPAT PERTAMA!

Rasanya, nasib aku sudah mula berubah.
Sangat tak sangka boleh menang, apatah lagi menang tempat pertama.
Alhamdulillah....

Peristiwa ini sudah tentu akan tercatat keras di dalam buku biografi aku di bawah chapter 'Cabutan Bertuah' itu. Si kalah sudah menang kot. Mestilah sesuatu yang bersejarah. Hehe

Terima kasih Mona atas peluang yang diberikan.
Bukan senang seorang cEro nak rasa bertuah dicabut. Hehehe
(Tapi, rasanya ramai tahu kot berapa banyak leverage aku dapat berdasarkan undi untuk cabutan bertuah tersebut berbanding peserta yang lain. Kalau main cabutan fair satu orang satu peluang, rasanya aku dah kalah lama dah. Hehe. Terima kasih kepada semua yang mengundi. Nanti bila buku biografi sudah dicetak, sila tuntut satu naskah secara percuma dari aku. **batuk batuk batuk**)

Nota kaki:
Oh, Mon. Hadiah dah sampai ke destinasi. Cuma aku je yang tak sampai lagi ke destinasi tu untuk claim. Will update on that later.




2. Peti Surat




Kalau memori kalian tak mengkhianati,
mesti kalian ingat dalam entri ini,
salah satu dari enam azam yang aku declare awal tahun ini (2016) ialah untuk memiliki alamat sendiri.

Untuk hadiah dari GiveAway Mona (seperti yang diceritakan di atas),
aku beri alamat orang lain sebagai alamat destinasi.
Mona sangat cool dan tak ada masalah dengannya.

Begini.
Mesti ada daripada kalian anggap ketidak-sudian aku beri alamat sendiri ialah untuk selindung identiti diri.
Separuh betul.
Separuh lagi sebab aku tinggal di rumah pangsa BUKAN milik aku dan keluarga.
Kalau kalian tahu keadaan rumah pangsa,
kalian akan tahu yang peti surat rumah tu tak seselamat yang disangka.
Peti surat rumah aku tu terkopak walaupun sudah dikunci.
Ada sahaja surat yang dikeluarkan, dibuka, dan dibuang oleh tangan-tangan durjana.
Ikut hati, nak juga sumpah seranah orang yang tak ada kerja lain tu.
Tapi apa boleh buat...mungkin satu hari mereka akan jadi menteri, siapa tahu?

Pendek kata,
apa sahaja yang dihantar ke peti surat itu adalah tidak selamat.
Bil utiliti pon orang nak korek keluar dan koyakkan.
Tak faham betul aku jenis manusia macam tu.

Sebagai penyelesaian,
aku pun menyewa satu peti surat di pejabat pos.
Orang ramai gelarnya sebagai P.O Box.
Aku sewa satu peti di pejabat pos,
bila ada surat/barangan dihantar ke alamat itu, aku kena ke pejabat pos untuk mengambilnya.

Dengan itu, aku sudah pun ada alamat sendiri yang selamat dan sejahtera.
Jauh dari tangan-tangan perosak durjana. Hehe
Satu daripada enam azam aku sudah diselesaikan. Yatta!

Jadi,
kepada yang mahu hantar surat cinta apa-apa sahaja kepada aku,
bolehlah request alamat dekat mana-mana media berhubung.
Boleh PM di Facebook, boleh DM di twitter dan instagram,
atau boleh terus bertanya melalui emel.

Tapi,
aku tak akan reveal alamat itu di sini.
Kalau nak, tanya. Usaha.
Bukankah kegigihan sentiasa akan membuahkan hasil?

Hehehe.




3. Perang Saudara




Satu perkara lain yang menarik berlaku minggu lepas ialah keluarnya teaser trailer baru untuk filem Captain America: Civil War.

Kenapa aku teruja?
Sebab buat pertama kalinya (TRAILER SPOILER ALERT!) ditunjukkan Spider-Man setelah begitu lama menjadi spekulasi sama ada adakah si lelabah merah biru ni akan menyertai Marvel Cinematic Universe (MCU) atau tidak.

Ya. Ya. Aku tahu.
Kebanyakan daripada kalian tak peduli pun semua tu.
Aku je yang teruja lebih. Maafkan keterujaan aku. Hehehe
Tapi aku harap kalian boleh baca entri ni sampai habis sebab ada sesuatu yang aku nak tanya.

Aku tak pasti plot cerita untuk Captain America: Civil War ni macam mana,
(maybe sebab aku mengelak untuk baca mana-mana spoilers sebab aku BENCI SPOILERS!)
tapi,
kalau ikut buku komik Marvel untuk cerita Civil War,
setelah berlakunya banyak peristiwa pertempuran antara baik dan jahat, dan kebanyakan mangsanya ialah orang awam biasa yang menjadi 'kancil yang tersepit di tengah dua gajah', kerajaan US dan negara-negara sekutunya bersetuju untuk melaksanakan satu akta yang dipanggil Registration Act.

Registration Act ini memerlukan semua individu yang ada kuasa luar biasa (sama ada enhanced atau gifted) untuk berdaftar dengan kerajaan. Mereka yang berdaftar dengan kerajaan hanya diberi kebenaran untuk menggunakan identiti hero mereka hanya di bawah arahan Presiden (dan orang-orangnya). Siapa yang tidak berdaftar dikira sebagai orang jahat.

Akta ini membuatkan para superhero yang baik dan selama ni memang nak membantu membendung yang jahat terbahagi kepada dua puak: 1) puak yang menyokong Registration Act, dan 2) puak yang menentang Registration Act.

Dua puak (pihak) ini ada alasan sendiri kenapa menyokong/membantah Registration Act, sehinggalah berlakunya perang saudara antara para superhero sampai ke tahap ada yang mati dibunuh kawan sendiri.

Di bawah aku senaraikan pro dan kon Registration Act:

Pro:

1. Semua Superhero adalah diiktiraf kerajaan dan boleh dinilai sekaligus boleh mengembalikan keyakinan orang awam bahawa mereka yang ada kuasa luar biasa ni kerjanya bukanlah menjahanamkan bangunan semata-mata.

2. Aktiviti superhero boleh dikesan sekaligus dapat mengawal mana-mana superhero yang terbawa-bawa dengan kuasa mereka supaya tiada lagi peristiwa orang awam menjadi mangsa keadaan.

3. Mengelak orang yang berkuasa luar biasa daripada menyalahgunakan kuasa mereka untuk kepentingan diri sendiri dan peribadi. Contohnya si Frank Castle a.k.a The Punisher. Dia di pihak baik tapi kod etika dia keras dan bunuh, berbeza dengan hero-hero lain yang hanya membunuh jika perlu.


Kon:

1. Disebabkan semua superhero kena berdaftar, maka superhero yang mempunyai identiti rahsia terpaksa membongkar identitinya.

2. Tiada masalah bagi superhero macam Iron Man sebab seantero masyarakat sudah tahu dia tu Tony Stark, tapi masalah besar bagi superhero bertopeng lain yang selama ini berbakti tanpa diketahui identitinya, malah ada yang sanggup berkorban nyawa hanya untuk menyembunyikan identiti diri.

3. Andai kata ada orang di peringkat kerajaan yang korup dan jual maklumat semua superhero berdaftar itu kepada orang jahat, maka orang-orang kesayangan si superhero mungkin akan berada dalam keadaan bahaya. Contohnya, kalau orang tahu Spider-Man itu Peter Parker (SPOILER! haha), maka orang jahat yang berdendam dengan Spider-Man mungkin akan mencederakan si Mary-Jane dan si Aunt May sebagai balasan.



Kalau kalian baca Pro dan Kon di atas, mesti dah dapat agak dah aku berada di pihak mana, kan?

Soalan aku,
kalau kalian adalah seorang superhero dan ada kuasa luar biasa
dan kerajaan mahu kalian daftar seperti dalam Registration Act,
adakah kalian akan sokong atau bantah akta tersebut?
Dan kenapa?



Captain America: Civil War bakal berperang di pawagam bermula 6 Mei 2016.
(Dah macam iklan pulak...)






Terima kasih kerana baca sampai habis.
Anda memang awesome!




.

Mar 9, 2016

Moral, Satu Ringgit, dan Mesin Gedegang.


Salam.

Disebabkan seseorang,
aku langsung tak ada mood nak melukis sepanjang minggu lepas.
Good job, Stranger.

Natijahnya,
minggu ini tiada komik.
Jadi, apa kata kita bercerita tentang wang satu ringgit dan bermain dengan soal moral dalam kehidupan.

Pretty heavy, right?


**Gambar recycle entri purba**


Satu hari, aku sangat terasa mahu minum air tin Nescafe.
Bukan dahaga, cuma terasa keinginan untuk basahkan tekak dengan kafein.
Tapi aku tak mahu Wonda Kopi Tarik sebab hari tu aku sudah cuba try test.
Rasanya kurang sesuai dengan tekak aku.
Kalau nak tarik, teh tarik sahaja yang terbaik. Kopi tarik? Meh!

Aku pun pergi ke sebuah mesin gedegang (vending machine).

Yatta!
Ada air tin Nescafe dalam pilihan airnya! RM 2.20 pulak tu!
Pelbagai perisa pada harga yang sama.
Kalau beli dekat kedai yang ada angka 7 dengan 11 tu,
aku rasa mahunya sampai RM2.80 atau mampu mencecah RM3.30 ikut perisa.
Aku kurang pasti kenapa harganya berubah-ubah, sama berubahnya perasaan awak terhadap saya.
Ecewah! #PickUpLineHambar

Aku kemudian mengeluarkan tiga keping duit kertas satu ringgit.
RM 2.20, sudah pasti aku bakal mendapat baki duit syiling 80 sen.
Bolehlah diisi ke dalam tabung aku yang semedang ringan tu.

Nasib baik mesin itu menerima duit kertas baru,
sebab ada je mesin yang banyak songeh hanya pakai syiling.
Ada juga hanya pakai duit kertas lama.
Ketinggalan zaman betul mesin gedegang yang macam tu.

Masuk helaian satu ringgit pertama ke dalam slot duit kertas,
mesin itu sedut dengan rakusnya.
Di monitor digital dia tertera angka 100 dan simbol yen.
Nampak sangat mesin tu berasal dari tanah kelahiran Shinozaki Ai Akira Toriyama.

Masuk helaian satu ringgit kedua.
Tiba-tiba seluruh pilihan air tin yang ada tertera lampu biru.
Seingat aku, lampu biru bermakna pilihan air itu available dan pilihan sudah boleh dibuat, tapi aku baru masukkan 2 helai not satu ringgit. Masih ada 20 sen yang perlu aku masukkan untuk memilih air tin Nescafe.

Aku melihat ke monitor digitalnya,
tertera angka 300 dan simbol yen.

Apakah neraka yang berlaku ini?
Bukankah aku baru masukkan dua helai?
Pada tangan aku masih ada satu helai lagi.
Patutnya yang timbul adalah angka 200, bukannya 300.

Aku cuba untuk masukkan sekeping lagi not satu ringgit,
tapi mesin itu degil tak mahu terima. Tidak serakus tadi.
Mesin itu memaksa aku untuk buat pilihan.

Maksudnya,
aku dapat beli air tin RM 2.20 dengan hanya guna RM 2,
malah aku akan dapat baki syiling sebanyak 80 sen.

LUCKY!!

Kan?








TIDAK!

Macam tipikal orang Islam yang lain,
aku diajar untuk mengambil makanan hanya dari sumber yang halal.
Merokok haram tak apa, pegang tangan awek itu sweet,
tapi makanan mesti kena halal. HALAL!
Tipikal, kan?

Makanan jadi darah daging. Darah daging yang haram tempatnya neraka.
Ustaz yang mengajar aku masa sekolah rendah begitu tekankan sangat perkara tu,
selepas itu dia curi keluar kelas masa mengajar untuk hisap rokok belakang bangunan sekolah.
Nice one, Ustaz! **thumbs up**

Aku pun pilih air tin Nescafe Mocha.
Air tin jatuh ke tempat pungutan bawah dengan sound effect 'gedegang!'
Duit syiling jatuh ke tempat baki sebanyak 80 sen.
Aku pungut duit syiling itu dan sekalikan dengan not satu ringgit di tangan,
dan masukkan ke dalam poket.

Maka,
secara teknikalnya, RM 1 daripada duit aku bukan milik aku.
Dan aku tak berniat langsung nak buat duit itu macam duit aku.

Tapi apa harus aku lakukan ke atas duit itu?


Aku tanya kawan-kawan aku yang seberapa kerat itu apa patut aku buat.
Si Abu cadangkan,
"Alaaa, kira nasib kau baiklah. Bukan kau menipu. Itu kesilapan teknikal mesin gedegang itu sendiri. Just keep it and live with it. Simple dimple."

Si Ali pula memberi usul,
"Tak boleh....! Itu sudah tentu-tentu bukan duit kau. Sedekah sahaja kepada masjid atau mana-mana anak yatim yang minta derma di stesen minyak. Pahala dapat, dosa pun dapat elak."

Si Ahmad pula membangkang,
"Kalau duit terpijak bolehlah bagi masjid. Ini kau sudah tahu pemilik duit itu. Terang-terang pemiliknya ialah syarikat empunya mesin gedegang tu. Pulangkanlah sahaja semula kepada mereka yang hak. Habis cerita."

Si Atan tidak mahu kalah juga bersuara,
"Korang ingat syarikat macam tu peduli ke dengan isu satu ringgit ni? Aku sangat pasti mereka pun banyak lagi perkara lain nak difikirkan dan tak akan layan perkara remeh macam ni."




Sekarang,
kawan-kawan pembaca blog yang aku suka.
Tolonglah aku. Bantulah aku.
Moral aku sebagai manusia normal sedang berbelah bahagi.

Apa patut aku buat dengan duit satu ringgit ini?


Just for record,
tindakan terbaik untuk aku dalam situasi ini adalah dengan cancel pembelian di mesin gedegang itu selepas ternampak angka di monitor tidak sama dengan harga duit yang aku masukkan. Cancel dan mulakan semula. Tapi aku sudahpun terlepas peluang itu dengan menekan pilihan air tin Nescafe Mocha. Silly me.



.

Mar 2, 2016

Hangat-Hangat Tahi Ayam.


Salam.

Suatu hari,
salah seorang daripada kalian bertanya kepada aku dalam nada sarkastik.
"Apa jadi dengan channel YouTube kau?"
"Mana video kedua?"

Ok, sedih tau tanya soalan macam tu.
Sarkastik pulak tu.
Jauh rasa hati ni...




Begitulah alasan aku kenapa tak ada video baru dalam channel YouTube cErolian itu.
Begitu gigih aku buat satu video, akhirnya corrupted.

Kepada yang belum tahu,
aku cuba untuk melebarkan sayap empayar dengan menghasilkan channel YouTube untuk cErolian.
Boleh pergi ke sini untuk ziarah (dan subscribe!)

Yang mana nak tanya ada tak aku buat back up, jawabnya TIADA.
Back up yang ada hanyalah raw materials (minus raw audio recordings),
which is kalau aku nak buat balik bakal makan masa lama sebab sama je macam kena buat dari awal.

Video yang corrupted itu ialah video tentang perihal tahun lompat dan sejarah awalnya, termasuklah cerita tentang that Caesar guy yang adjust kalendar Gregori jadi 365.25 hari setahun.

Cerita tentang tahun lompat sangat seronok untuk dibincangkan (at least pada akulah, pada kalian mungkin kedengaran membosankan...hmmm) jadi aku rasa video mengenainya sangat sesuai dipublish pada hujung Februari (lalu).

Tapi entah mana tidak kenanya, pendrive aku totally corrupted,
semua video dalam tu termasuklah gambar-gambar stalk yang aku save semua hilang...like...gone! GONE! GONE!

Dapat bayang tak perasaan bila hasil kegigihan hilang begitu sahaja?
Dapat bayang tak air yang bertakung di kelopak mata ni?

Kalau nak buat balik pun,
by the time video tu siap selesai,
29 Februari sudahpun lama melabuhkan tirai.
Video itu akan jadi (sedikit) kurang relevan lagi,
so aku decided untuk shelved the project,
maybe for the next 4 years kalau panjang umur.

As for now,
anggap je laa channel YouTube aku tu terbengkalai,
atau anggap je aku ni hangat-hangat tahi ayam.
(Siapa yang mula-mula fikirkan bidalan ni ek, dia rasa tahi ayam tu hangat ke lepas keluar? Dia pegang guna tangan ke? Dia observe ke tahi tu dari hangat jadi cepat sejuk?)

Niat aku memang nak update paling kurang satu video sebulan,
tapi Januari dah terlepas, Februari dah terlepas,
kita tengok Mac macam mana...hahahahahahaha **ketawakan diri sendiri**

Sementara itu,
kalian layan je laa blog aku ni.
Aku cuba untuk update setiap minggu paling kurang satu entri kalau mampu.
Aku berminat nak buat entri tentang perihal tahun lompat,
tapi aku dapat rasa kalian bukannya suka sangat bila aku buat entri penuh fakta cenggitu.

Kalau nak tahu sedikit sebanyak tentang tahun lompat,
follow akaun Twitter aku sepanjang minggu ini di bawah hashtag #FaktaHariIni,
aku bercerita ringkas tentang tahun lompat, kalendar Gregori dan sistem kalendar Matahari.

Yeah, I know. Boring!!

Aku patut cari hobi baru selain daripada obses dengan fakta trivia.
Ada cadangan hobi baru yang patut aku cuba?






.