Mar 16, 2016

Tanpa Tajuk #11



Salam.

Bertemu sekali lagi kita di dalam entri Tanpa Tajuk,
satu entri di mana beberapa isu penting mahu aku kongsikan tapi isunya terlalu pendek untuk diberi satu post khusus, jadi aku rangkumkan kesemuanya di dalam satu entri.

Sebenarnya,
aku masih lagi malas nak melukis.
Kali ni, tak ada orang yang boleh aku salahkan. Totally on me.
Kemalasan yang membuak-buak...

**Gambar recycle entri Kamen Rider cEro**





1. Giveaway 2.0


Imej curi dari Blog Vespa Buruk tanpa kebenaran sebab aku gengster.


Macam ni.
Aku selalu berangan kalau suatu hari aku diminta untuk tulis biografi diri sendiri untuk dibukukan disebabkan aku sudah jadi super famous sebab dapat cipta mesin masa, aku akan dedikasikan satu chapter dalam buku biografi aku itu bercerita tentang cabutan bertuah. Hanya cabutan bertuah.

Kenapa?

Dari kecil lagi aku dah tahu nasib aku dalam cabutan bertuah.
Aku pernah cerita panjang lebar tentang nasib aku dalam entri ini.
Ringkasannya, aku sangat tak bertuah dalam permainan nasib dan kebarangkalian,
lagi-lagi dalam cabutan bertuah.
Satu-satunya (dahulu) cabutan bertuah yang aku boleh dapat adalah apabila aku sendiri rigged system cabutan bertuah dia dan tingkatkan kebarangkalian untuk aku menang beberapa kali lipat.
(Please don't try this, sangat tak bermoral)

Tapi,
selepas aku join satu giveaway anjuran Blog Vespa Buruk milik Deaday a.k.a Mona,
aku berjaya dapat tempat pertama dalam cabutan pemenangnya.
Tempat pertama. YA! TEMPAT PERTAMA!

Rasanya, nasib aku sudah mula berubah.
Sangat tak sangka boleh menang, apatah lagi menang tempat pertama.
Alhamdulillah....

Peristiwa ini sudah tentu akan tercatat keras di dalam buku biografi aku di bawah chapter 'Cabutan Bertuah' itu. Si kalah sudah menang kot. Mestilah sesuatu yang bersejarah. Hehe

Terima kasih Mona atas peluang yang diberikan.
Bukan senang seorang cEro nak rasa bertuah dicabut. Hehehe
(Tapi, rasanya ramai tahu kot berapa banyak leverage aku dapat berdasarkan undi untuk cabutan bertuah tersebut berbanding peserta yang lain. Kalau main cabutan fair satu orang satu peluang, rasanya aku dah kalah lama dah. Hehe. Terima kasih kepada semua yang mengundi. Nanti bila buku biografi sudah dicetak, sila tuntut satu naskah secara percuma dari aku. **batuk batuk batuk**)

Nota kaki:
Oh, Mon. Hadiah dah sampai ke destinasi. Cuma aku je yang tak sampai lagi ke destinasi tu untuk claim. Will update on that later.




2. Peti Surat




Kalau memori kalian tak mengkhianati,
mesti kalian ingat dalam entri ini,
salah satu dari enam azam yang aku declare awal tahun ini (2016) ialah untuk memiliki alamat sendiri.

Untuk hadiah dari GiveAway Mona (seperti yang diceritakan di atas),
aku beri alamat orang lain sebagai alamat destinasi.
Mona sangat cool dan tak ada masalah dengannya.

Begini.
Mesti ada daripada kalian anggap ketidak-sudian aku beri alamat sendiri ialah untuk selindung identiti diri.
Separuh betul.
Separuh lagi sebab aku tinggal di rumah pangsa BUKAN milik aku dan keluarga.
Kalau kalian tahu keadaan rumah pangsa,
kalian akan tahu yang peti surat rumah tu tak seselamat yang disangka.
Peti surat rumah aku tu terkopak walaupun sudah dikunci.
Ada sahaja surat yang dikeluarkan, dibuka, dan dibuang oleh tangan-tangan durjana.
Ikut hati, nak juga sumpah seranah orang yang tak ada kerja lain tu.
Tapi apa boleh buat...mungkin satu hari mereka akan jadi menteri, siapa tahu?

Pendek kata,
apa sahaja yang dihantar ke peti surat itu adalah tidak selamat.
Bil utiliti pon orang nak korek keluar dan koyakkan.
Tak faham betul aku jenis manusia macam tu.

Sebagai penyelesaian,
aku pun menyewa satu peti surat di pejabat pos.
Orang ramai gelarnya sebagai P.O Box.
Aku sewa satu peti di pejabat pos,
bila ada surat/barangan dihantar ke alamat itu, aku kena ke pejabat pos untuk mengambilnya.

Dengan itu, aku sudah pun ada alamat sendiri yang selamat dan sejahtera.
Jauh dari tangan-tangan perosak durjana. Hehe
Satu daripada enam azam aku sudah diselesaikan. Yatta!

Jadi,
kepada yang mahu hantar surat cinta apa-apa sahaja kepada aku,
bolehlah request alamat dekat mana-mana media berhubung.
Boleh PM di Facebook, boleh DM di twitter dan instagram,
atau boleh terus bertanya melalui emel.

Tapi,
aku tak akan reveal alamat itu di sini.
Kalau nak, tanya. Usaha.
Bukankah kegigihan sentiasa akan membuahkan hasil?

Hehehe.




3. Perang Saudara




Satu perkara lain yang menarik berlaku minggu lepas ialah keluarnya teaser trailer baru untuk filem Captain America: Civil War.

Kenapa aku teruja?
Sebab buat pertama kalinya (TRAILER SPOILER ALERT!) ditunjukkan Spider-Man setelah begitu lama menjadi spekulasi sama ada adakah si lelabah merah biru ni akan menyertai Marvel Cinematic Universe (MCU) atau tidak.

Ya. Ya. Aku tahu.
Kebanyakan daripada kalian tak peduli pun semua tu.
Aku je yang teruja lebih. Maafkan keterujaan aku. Hehehe
Tapi aku harap kalian boleh baca entri ni sampai habis sebab ada sesuatu yang aku nak tanya.

Aku tak pasti plot cerita untuk Captain America: Civil War ni macam mana,
(maybe sebab aku mengelak untuk baca mana-mana spoilers sebab aku BENCI SPOILERS!)
tapi,
kalau ikut buku komik Marvel untuk cerita Civil War,
setelah berlakunya banyak peristiwa pertempuran antara baik dan jahat, dan kebanyakan mangsanya ialah orang awam biasa yang menjadi 'kancil yang tersepit di tengah dua gajah', kerajaan US dan negara-negara sekutunya bersetuju untuk melaksanakan satu akta yang dipanggil Registration Act.

Registration Act ini memerlukan semua individu yang ada kuasa luar biasa (sama ada enhanced atau gifted) untuk berdaftar dengan kerajaan. Mereka yang berdaftar dengan kerajaan hanya diberi kebenaran untuk menggunakan identiti hero mereka hanya di bawah arahan Presiden (dan orang-orangnya). Siapa yang tidak berdaftar dikira sebagai orang jahat.

Akta ini membuatkan para superhero yang baik dan selama ni memang nak membantu membendung yang jahat terbahagi kepada dua puak: 1) puak yang menyokong Registration Act, dan 2) puak yang menentang Registration Act.

Dua puak (pihak) ini ada alasan sendiri kenapa menyokong/membantah Registration Act, sehinggalah berlakunya perang saudara antara para superhero sampai ke tahap ada yang mati dibunuh kawan sendiri.

Di bawah aku senaraikan pro dan kon Registration Act:

Pro:

1. Semua Superhero adalah diiktiraf kerajaan dan boleh dinilai sekaligus boleh mengembalikan keyakinan orang awam bahawa mereka yang ada kuasa luar biasa ni kerjanya bukanlah menjahanamkan bangunan semata-mata.

2. Aktiviti superhero boleh dikesan sekaligus dapat mengawal mana-mana superhero yang terbawa-bawa dengan kuasa mereka supaya tiada lagi peristiwa orang awam menjadi mangsa keadaan.

3. Mengelak orang yang berkuasa luar biasa daripada menyalahgunakan kuasa mereka untuk kepentingan diri sendiri dan peribadi. Contohnya si Frank Castle a.k.a The Punisher. Dia di pihak baik tapi kod etika dia keras dan bunuh, berbeza dengan hero-hero lain yang hanya membunuh jika perlu.


Kon:

1. Disebabkan semua superhero kena berdaftar, maka superhero yang mempunyai identiti rahsia terpaksa membongkar identitinya.

2. Tiada masalah bagi superhero macam Iron Man sebab seantero masyarakat sudah tahu dia tu Tony Stark, tapi masalah besar bagi superhero bertopeng lain yang selama ini berbakti tanpa diketahui identitinya, malah ada yang sanggup berkorban nyawa hanya untuk menyembunyikan identiti diri.

3. Andai kata ada orang di peringkat kerajaan yang korup dan jual maklumat semua superhero berdaftar itu kepada orang jahat, maka orang-orang kesayangan si superhero mungkin akan berada dalam keadaan bahaya. Contohnya, kalau orang tahu Spider-Man itu Peter Parker (SPOILER! haha), maka orang jahat yang berdendam dengan Spider-Man mungkin akan mencederakan si Mary-Jane dan si Aunt May sebagai balasan.



Kalau kalian baca Pro dan Kon di atas, mesti dah dapat agak dah aku berada di pihak mana, kan?

Soalan aku,
kalau kalian adalah seorang superhero dan ada kuasa luar biasa
dan kerajaan mahu kalian daftar seperti dalam Registration Act,
adakah kalian akan sokong atau bantah akta tersebut?
Dan kenapa?



Captain America: Civil War bakal berperang di pawagam bermula 6 Mei 2016.
(Dah macam iklan pulak...)






Terima kasih kerana baca sampai habis.
Anda memang awesome!




.

30 comments:

  1. 1. Tahniah. Nasib sesuatu kaum itu takkan berubah selagi ia sendiri tidak mengubahnya *tetiba

    2. Tahniah sekali lagi.

    3. Tengah saited tunggu batman (ben affleck pun ben lah janji kelawar jadian)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ben osman disini *tetiba*

      Delete
    2. >Zyra

      1. Terima kasih.

      2. Terima kasih sekali lagi.

      3. Hahaha. Movie tu beberapa hari lagi so kena bersabarlah. Hehehe.
      Btw, ada satu soalan dlm topik no. 3 tu. Baca tak? Boleh jawab tak?

      Delete
    3. Baca, tapi mcm susah nk jawab sbb mcm soalan kertas peperiksaan menengah rendah, hahaha.

      Jawapannya: tak setuju. Bila org dh tahu identiti nnt mulalah org sekeliling berperangai pelik, sering meminta tolong hal remeh temeh dan tak mustahil yg dengki mula main sihir tuju-tuju. Dan yg paling penting, Keselamatan diri dan kesayangan terancam. Saya bantah akta ini! *tumbuk meja*

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. >Zyra

      Bagus jawapan tu.
      Tapi sila bertenang, nanti kalau runtuh meja, kena melukis atas lantai pulak...hehehe

      Delete
  2. Aku dengan mona baru rancang nak datang beraya rumah kau cero. Tak merasa la bahulu pandan tahun ni. Apa2 pun tahniah :D

    ReplyDelete
  3. Aku dengan mona baru rancang nak datang beraya rumah kau cero. Tak merasa la bahulu pandan tahun ni. Apa2 pun tahniah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Ben

      Hahaha.
      Apa kata kau atau Mona atau dua-dua sekali yang buat rumah terbuka dan jemput aku datang. Tapi tak ada jaminan laa aku akan bawak bahulu pandan. Hehehe

      Delete
  4. aku pun x pernah bertuah dan berkeputusan berhenti mencuba nasib utk perkara-perkara sedemikian haha.

    captain america? wow aku bertambah teruja tgk cerita tu sbb dia handsome. yg lain aku x kisah. bukankah menonton tujuannya utk release tension? yeah? No? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Mungkin orang macam kita ni tuah datang lambat kot, tapi sekali dia datang, datang berduyun-duyun. Hehehe

      Hahaha. Most girls memang teruja dengan Captain America sebab hero dia kacak. Hahahaha

      Delete
    2. Batman lagi hensem!! (bukan pelakonnya)

      Delete
    3. >Zyra

      Kalau nak kira hensem, Thor lagi hensem kot. Wahahaha

      Delete
  5. baru tahu boleh sewa box dekatt pejabat poss

    ReplyDelete
    Replies
    1. >amira faqihah

      Macam aku dah tahu lama dah cuma prosedur nak apply dia sedikit leceh arr, kena pegi pejabat pos induk negeri.

      Delete
  6. Wohoo...

    1. Congrats.
    2. P.O.Box... good idea. Nanti aku minta alamat P.O.Box hang untuk aku pos hadiah giveaway aku (guna pos biasa bersetem) yg hang ada menang dulu. Ada hadiah extra woo sebab hang berjaya menjawab teka-teki santai aku kat blog dulu ;3
    3. Aku akan bantah Registration Act. tersebut. Sebab? Perlindungan diri sendiri dalam komuniti yang ada bermacam perangai manusia yg cukup arsehole.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      1. Terima kasih terima kasih :)
      2. Looking forward dgn apa yang bakal sampai ke peti tu...dan yang ekstra tu. Hehehe
      3. Nice one P. Pada aku, pandang macam mana pon, Registration Act sangat berat sebelah. Hehehe

      Delete
  7. Aku baru baca entry ko ni. Gomen!

    1) Tahniah atas kemenangan hang. Mohon tumbang kambing sekor untuk meraikan ketibaan hari-hari bertuah ko.
    2) Dulu aku ingat P.O Box tu ketak yang orang letak depan rumah yang kaler merah tu. Aku orang kampung, posmen campak surat kat lantai atau selit celah pintu je. Takde kotak-kotak. Hahah.
    3) Ada gema dalam otak aku.. Sokovia Accord.. Sokovia Accord.. Aku cuba tak dig dalam-dalam sebab aku sumpah tak suka spoiler untuk Marvel movies.. So I'm stayin away from any reading regarding the film. Even time baca entry ni, aku skip part Registration Act tu..
    Tapi.. Ada yang betul-betul aku excited untuk movie kali ni.. Black Panther! Eheheh eheheh Eheheh.. *gelak menjengkelkan*

    Tasabar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mona

      1) Hahaha. Aku kasi tumbang kambing Lego boleh laa. Hahaha
      2) Sebenarnya, aku pon fikir macam tu. Sama spesifik, kena tong surat kaler merah. Hahaha
      3) Skovia Accord! Aku sangat sure jalan cerita Captain America: Civil War akan jadi sangat berbeza dgn plot komik yg aku ceritakan di atas. Sebab dlm trailer dapat nampak yang Bucky aka Winter Soldier main peranan sangat penting dlm jalan cerita movie ni berbanding dlm komik. And YES! Black Panther punya debut! SANGAT EKSAITEDD! Sangat berharap Dr. Strange pun boleh tunjuk muka tapi...hm...

      Delete
  8. Uuuuuu... tahniah untuk keputusan giveaway tu. Sedikit cemburu. Sedikit je lah. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna Shark

      Alaa Amna. Apa yang nak dicemburukannya.
      **sambil menari dengan hadiah di tangan**
      hehehe

      Delete
  9. Aku pun baru bacan entry hang ni.. TAHNIAH..!! >v<d
    Aku kire takla semalang hang..


    Aku eksaited, aku eksaited..!! Tak sabor tunggu Civil War..!!!

    Hmmmmmm, aku pun tak sure tapi kebarangkalian aku akan join side yang tak sokong Registration Act ni.. Atas sebab, aku malasla benda2 registration apa ni semua, leceh..haha..! Tapi ada kebarangkalian yang lagi besar, iaitu aku akan join side Captain America..eheeeeeee..!!! Aku peminat susah mati keras Captain America..! Aku follow dia.. UvU

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee-kun

      Terima kasih terima kasih.

      Aku pon eksaited dan tazabar dgn Civil War. Hampir setiap hari aku layan trailer dia. Hahaha

      Alaa, takkan follow Cap sebab peminat je. Tahu laa dia tu kacak dan sado. Hehe

      Delete
  10. Sebagai seorang yan gmenyembunyikan identiti diri, dah tentu aku sided kepada Captain America.. hahahaha...sebab aku tak nak identiti terbongkar... koh koh koh... tapi betulkah TACW sebab registration Act atau sebab lain .. mungkin Captain America tak nak serahkan Bucky kepada pihak berkuasa... koh koh koh

    tapi apa pun, aku tunggu Civil War gak.. koh koh koh..

    terbaiklah cEro ada PO box sendiri.. hue hue hue :D

    ReplyDelete
  11. Nak buat baik biar ikhlas. Takpe org x tahu siapa kita, lagi bagus... Nanti bangga melebih2 pulak hero2 ni, jadi x best dh cerita superhero..haha...

    So, aku bangkang registration act sebab terpaksa mendedahkan identiti rahsia aku yg sgt valuable ni..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Kaaaan...
      Registration Act macam sangat berat sebelah dan tak jaga kebajikan super hero, tak best langung...huhuhu

      Delete
  12. Wehh aku pun teruja tau tgk Spiderman kt last Trailer tu.. Dh La Mata dia mcm deadpool boleh besar kecil even pakai suit..

    Take aku doakan satu hari kau akan ada alamat sendiri, iaitu rumah sendiri yg khas peti suratnya utk kau seorang x)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Oh not so Pro

      KAAAANNN!!!
      Mata dia katanya Stark Technologies, so sangat canggih kot. Hehehe.

      Doakan aku jugak. Aku pun nak ada rumah sendiri. Hihihi

      Delete
  13. Hi cEro! Dah lama tak datang sini.

    Tahniah ya! Akhirnya ada juga tuah dalam cabutan bertuah tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Hai Farah.
      Welcome back. Hope you're okay di sana.
      Terima kasih :)

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026