Mar 2, 2016

Hangat-Hangat Tahi Ayam.


Salam.

Suatu hari,
salah seorang daripada kalian bertanya kepada aku dalam nada sarkastik.
"Apa jadi dengan channel YouTube kau?"
"Mana video kedua?"

Ok, sedih tau tanya soalan macam tu.
Sarkastik pulak tu.
Jauh rasa hati ni...




Begitulah alasan aku kenapa tak ada video baru dalam channel YouTube cErolian itu.
Begitu gigih aku buat satu video, akhirnya corrupted.

Kepada yang belum tahu,
aku cuba untuk melebarkan sayap empayar dengan menghasilkan channel YouTube untuk cErolian.
Boleh pergi ke sini untuk ziarah (dan subscribe!)

Yang mana nak tanya ada tak aku buat back up, jawabnya TIADA.
Back up yang ada hanyalah raw materials (minus raw audio recordings),
which is kalau aku nak buat balik bakal makan masa lama sebab sama je macam kena buat dari awal.

Video yang corrupted itu ialah video tentang perihal tahun lompat dan sejarah awalnya, termasuklah cerita tentang that Caesar guy yang adjust kalendar Gregori jadi 365.25 hari setahun.

Cerita tentang tahun lompat sangat seronok untuk dibincangkan (at least pada akulah, pada kalian mungkin kedengaran membosankan...hmmm) jadi aku rasa video mengenainya sangat sesuai dipublish pada hujung Februari (lalu).

Tapi entah mana tidak kenanya, pendrive aku totally corrupted,
semua video dalam tu termasuklah gambar-gambar stalk yang aku save semua hilang...like...gone! GONE! GONE!

Dapat bayang tak perasaan bila hasil kegigihan hilang begitu sahaja?
Dapat bayang tak air yang bertakung di kelopak mata ni?

Kalau nak buat balik pun,
by the time video tu siap selesai,
29 Februari sudahpun lama melabuhkan tirai.
Video itu akan jadi (sedikit) kurang relevan lagi,
so aku decided untuk shelved the project,
maybe for the next 4 years kalau panjang umur.

As for now,
anggap je laa channel YouTube aku tu terbengkalai,
atau anggap je aku ni hangat-hangat tahi ayam.
(Siapa yang mula-mula fikirkan bidalan ni ek, dia rasa tahi ayam tu hangat ke lepas keluar? Dia pegang guna tangan ke? Dia observe ke tahi tu dari hangat jadi cepat sejuk?)

Niat aku memang nak update paling kurang satu video sebulan,
tapi Januari dah terlepas, Februari dah terlepas,
kita tengok Mac macam mana...hahahahahahaha **ketawakan diri sendiri**

Sementara itu,
kalian layan je laa blog aku ni.
Aku cuba untuk update setiap minggu paling kurang satu entri kalau mampu.
Aku berminat nak buat entri tentang perihal tahun lompat,
tapi aku dapat rasa kalian bukannya suka sangat bila aku buat entri penuh fakta cenggitu.

Kalau nak tahu sedikit sebanyak tentang tahun lompat,
follow akaun Twitter aku sepanjang minggu ini di bawah hashtag #FaktaHariIni,
aku bercerita ringkas tentang tahun lompat, kalendar Gregori dan sistem kalendar Matahari.

Yeah, I know. Boring!!

Aku patut cari hobi baru selain daripada obses dengan fakta trivia.
Ada cadangan hobi baru yang patut aku cuba?






.

44 comments:

  1. Pergh baru nk tgk vid baru.
    29feb tu. Bday gua

    ReplyDelete
    Replies
    1. >budoxe lee

      Walaupun dah wish, tapi nak wish sekali lagi:
      Happy belated birthday, Budoxe :)

      Delete
  2. Mungkin orang yang cuba bidalan tu dia sukat suhu tahi ayam guna termometer? Haaaaa.. itu yg kita x tahu tu.. kakakaka...

    Opkoslah diorang tanya sebab kat video tulah kita jumpa Mona. Klasik!

    Kakakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mona sini..

      [img]https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/originals/7d/cc/60/7dcc60ab00142c89e906c8d8a7dd7d4f.gif[/img]

      fight me!

      Delete
    2. >Aujinz

      Hahahaha. Aku rasa bidalan tu lagi lama dari berleluasanya penggunaan termometer, jadi aku anggap orang dulu-dulu sukat suhu guna tangan. Eeeeyeeekkk!

      Delete
  3. I never click on a link this fast.
    Takpe cero. Aku paham kesusahan nak buat video tu sebab aku pun tengah menderita buat video. Psstt.. Ko pakai editor apa?

    Hobi, meniup seruling.. Cuba la

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mona

      Aku pakai Movie Maker je. Itu je yang mampu ditanggung komputer purba aku ni, so pasrah ajelah. Hehehe

      Hmmm...tiup seruling ek.
      Hari tu sebenarnya dah nampak seruling jual kat Popular, niat hati macam nak try main sebab rasanya sama je macam recorder (satu2nya alat muzik yg aku pandai main). Tapi niat je laa baru...belinya tak lagi. Hehehe

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. giler tak berlinang air mata selepas berpuluh gelen peluh dicurahkan pada kerja tu...last2 corrupt pulak..

    p/s: nak tanya, ko xde backup langsung ke? at least five sec. ke? 10 sec ke? xde ek? lau xde takpelah...no hal...we will wait for next four years...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Tak backup langsung sebab...hm...terlupa dan termalas nak backup. Kira padan muka laa kan? Kenalah tunggu lagi 4 tahun. Huhuhu

      **sambung nangis di penjuru bilik**

      Delete
  6. Mohon gi cari jodoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kon

      Mohon carikan untuk aku, Kon.
      Terima kasih :)

      Delete
  7. kasihan pulak. penat2 buat video tetiba koruuuuppp. tak menangis ke? XD

    comel pulak patung kon kat pendrive tu :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Mana ada nangis. Mana ada nangis T_T
      **sapu air mata**

      keychain Kon tu memang ada yang sebenar. Memang comel. Hehehe

      Delete
  8. Aku faham cero. Aku faham *nangiskan untuk kau*

    ReplyDelete
    Replies
    1. >ben

      Thank you Ben kerana memahami.
      **menangis secara berjemaah**

      Delete
  9. Kisah ni buat aku ingt pengalaman horror melo presentation aku time degree. Semiggu siapkan video. Vid tu corrupt tak leh play masa nak present. Naseb lah lecturer baik bagi aku second chance present kt dia personally later that week. Huhuhu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Yura Yu

      Nasib kau memang baik sebab dapat lecturer sebegitu.
      Aku pernah kena kes yang lebih kurang sama.
      Data utk final year project yang aku usahakan selama beberapa bulan hilang begitu sahaja sebab laptop aku kena curi dekat masjid. YES, MASJID.
      Dan presentation ada lagi 3 minggu.
      Mencirit aku buat balik dr awal.

      Delete
  10. fufufu kesian ko

    aku kalau buat video mmg akan
    1.simpan raw yang dah di blend dalam video editor tu guna format video.
    2.simpan dalam multiple format.

    mana tau format yang ni tak boleh main, yang lain boleh pulak..hehe..

    weh, ko tulislah fakta tahun lompat dalam entri lain..
    aku minat je baca celoteh tangan ko ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nazha

      Aku buat camtu gak, tapi kebodohan melanda bila aku simpan semuanya dalam satu pendrive. Hahaha

      Takpelah kot. Dah jadi tak relevan sebab dah lama sangat 29 Feb berlalu. Wahahahaha

      Delete
  11. Aku sudah subscribe! Yeah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Aman Wan

      **gosok-gosok mata**

      Aman Wan koemn kat blog ni?

      **gosok-gosok mata**

      Aman Wan subscribe channel picisan aku?

      Aku mesti tengah mimpi ni...:)))

      Delete
  12. takziah utk video kau. sabar la ye. aku suka faktahariIni kau tu, sebab menarik dan ringkas hehe keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Alfatihah.
      Terima kasih sbb suka #FaktaHariIni aku. Harap dapat baca tiap-tiap hari tanpa jemu. Hehehe

      Delete
  13. Tak subscribe sebab saya bukan jenis yang subscribe YouTube channels ni tapi insya Allah kalau cEro upload video baru, saya pergi tengok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Sebenarnya aku pon bukan jenis yg subscribe. Hehehe.
      But worry not, bila ada video baru surely akan ada entri baru di blog memberitahunya. Hehehehe

      Delete
  14. termasuklah gambar-gambar stalk yang aku save -mungkin gambar2 tu ada virus maka file video ko jadi corrupted

    haha gurau je

    aku pernah je buat laporan kerja berpuluh2 mukasurat, lepas tu dah ngantok sangat.. aku tertekan TAK NAK SAVE utk semua modification yg aku dah buat.

    haru x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Raz

      hahaha. Kenapa tetiba aku jadi insaf baca komen ni. Hehehe. Baiklah, lepas ni dah tak save gambar-gambar stalk lagi. Hehehe

      Hmmm...aku pernah jadi jugak tak save tu, tapi tak seharu kau laa sampai berpuluh-puluh muka hilang. Bertabahlah :)

      Delete
  15. Bro, tahi ayam masa keluar fresh mmg panas bro. Pastu kejap je dia sejuk. Experiment dia mudah je, pegang je guna tangan hahaha. Sabarlah bro, haritu aku iya iya tulis thesis, pastu word not repsonding pastu burn 3 page thesis aku. Meleleh hingus kesat kat seluar kot pastu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >mashy_entah

      Bab tahi ayam tu aku tahu. Yang aku nak tahu ialah siapa yang mula-mula keluarkan bidalan tu dan macam mana dan kenapa? Hehehe

      Hahaha. Aku kalau tulis thesis mesti nak kena ctrl-s setiap perenggan. Naya oo kalau terjadi camtu. Hahahahaha

      Delete
  16. ko edit dekat mana tu?

    -kudozu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >kudozu

      Since laptop aku separuh skrin gelap, jadi aku buat kat komputer lain sebelum transfer ke laptop sendiri yang dah dicucuk dgn monitor tambahan lain. So aku syak yang jadi hal ialah komputer tmpat aku buat tu. Tu yang sampai corrupted satu pendrive tu. Hehe

      Delete
  17. Sedihnya weh cerita kau ni...patut buat novel cerita kau ni cEro. Haha..
    Tu la kau...download n install entah apa2 je dalam laptop, kan dah kena virus pendrive tu. Lain kali simpan sekali ceramah agama, bacaan alquran, barulah ada pendinding dalam pendrive tu. Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Bruuuuhhhh! Jangan serkap jarang.
      Aku ada kot simpan bacaan AlQuran dan ceramah agama, tapi simpan je laa. Dengarnya macam...krik krik krik...
      Hahahaha

      Delete
  18. Ke-ke-kesiannya hannnng huhuuu *aku pulak rasa emo kesiankan hang huhuh...* ("T w T)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      Kesian kan?
      Biasa laa, aku ni memang selalu dikesiankan. Hahaha

      Delete
  19. Hahaahah, aku ada tulis pasal ni,jangan jadi separuh pungkok! hang boleh buat!! See this through, brooo!!


    *I'm back*

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Danial Jaafar

      Hahaha. Suka dengan entri sparuh pungkoq kau tu.
      'Separuh pungkoq' maybe akan jadi bahasa regular aku lepas ni. Hahahaha

      welcome back!

      Delete
  20. Saya pun ada channel youtube. Tak berapa reti guna la. Walaupun setakat ni ada lah sikit video..

    Tak apa Cero, biasanya, kalau sesuatu (apa-apa sahaja, lukisan, video, dll) yang kita usahakan itu rosak, bila kita terpaksa buat kali kedua, ia jadi jauh lebih baik. Hikmah disebalik rosak yang pertama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Betul.
      Tapi kan Amna, feeling dia dah tak best sebest masa semangat nak buat utk first time tu. Hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026