Oct 21, 2015

"Ikut kau. Aku tak kisah..."



Salam,
pernah tak kalian ada perasaan nak tumbuk seseorang di muka?
Pernah? Tak pernah?
Baiknya dia tak pernaaaahhhh....







Kita semua ada jenis kawan yang macam ni.
Indecisive. Berhaluan kiri.
Suruh kita buat keputusan
tapi bila kita buat keputusan, dia tak mahu ikut.

Jenis macam ni yang selalunya buatkan aku nak tumbuk muka dia
tapi ada tiga benda yang menghalang aku dari teruskan niat itu:
1) agama, 2) undang-undang dan 3) sosiobudaya.

Macam yang aku kata dalam entri Semua Ada!,
kalau aku sentiasa menuruti segala kemahuan mental aku,
rasanya beratus orang dah pernah merasa penumbuk aku ni.

Sebab aku ni tak ramai kawan
takkan laa pula aku nak kasi penumbuk ke muka kawan-kawan yang tinggal ni...
Kesian aku nanti buat majlis kahwin tak ada orang nak datang.


Dalam bab memilih tempat makan contohnya,
aku mudah.
Aku tak boleh makan ketam sebab alergik
dan tak suka makan udang sebab tak sedap.
So asalkan tempat makan tu ada pilihan lain dari dua makanan tu,
aku OK asalkan masih di dalam kemampuan bajet.

Tapi ada orang yang jenis banyak kerenah.
Tengahari mesti makan nasi putih.
Malam tak mahu makan mamak.
Petang tak nak makan dekat kedai XX sebab nanti ada lori sampah lalu so selera pun akan hilang.
Kedai YY pula tak boleh sebab banyak kucing nanti bulu kucing berterbangan masuk dalam makanan.

Jenis yang macam ni,
kalau senaraikan 100 kedai pun, dia dapat cari 1000 keburukan.

Sebab tu aku lagi suka orang tu yang tetapkan tempat makan.
Asalkan masih berada di dalam kemampuan dompet akulah tapi.
Hehehe.


Kalian pula?
Ada kawan yang macam ni; memilih tempat makan?
Ataupun korang sendiri yang memilih tempat makan?
Apa yang kalian tak boleh makan?
dan apa yang kalian tak suka makan?

Siapa setuju dengan aku bahawa udang tak sedap?
**cEro dibaling kerusi**





.

52 comments:

  1. Emm, buat masa ni belum ada lagi.
    Oh no! adakah saya merupakan sebelah pihak yg berhaluan kiri??
    Pernah je tak sependapat tempat makan ni, tp akhirnya mendapat kata sepakat. and yes, lg senang bila jd pihak yg mengikut :3

    udang sedap kalau kena gaya masaknya dan fresh pula ;)

    P/s: semalam mimpi ngeri fsl cEro. Wahahahahahh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra Roxx

      Tak sependapat tu biasa.
      Tapi yang jenis serah kat orang buat keputusan, then pastu banyak merungut, itu yang rasanya nak pukul tu...heheheh

      Kecik dulu masa first makan udang dah rasa tak sedap, terus taknak makan sampai tua bangka ni...hehehe

      p/s:
      Know what, Z, kebetulan sy pun ada termimpi pasal awaa, tp bukan ngeri laa, macam tak masuk akal sikit.
      Boleh share apa mimpi ngeri tu? PM twitter please...hehehe

      Delete
    2. @cEro | @zyraroxx

      Sweet giler siap mimpi2... Yg lagi sweet bila zyraroxx selalu ber'saya awak' dengan cEro je.....jeles gak aku dgn cEro ni....hahaha...

      So, bila korg nak kahwin? Aku yakin ia bakal jadi wedding of the year. Hahaha....

      Delete
    3. setuju dgn Bro Ley!
      nanti jangan lupa buat komik 'How we met"!

      Delete
    4. Oit oit apa ni
      Jangan jeles tau. Hehehe

      Delete
    5. aku sebenarnya malas nak cakap. tapi nak cakap jugaklah.

      aku dah lama nampak 'kisah' ni.

      hahaha

      good luck, korang! ;)

      Delete
    6. >~* chirpy_chummy *~

      Cis sungguh korang ni.
      Dalam blog pon nak bergosip-gosipan. Hahahah

      Delete
  2. weh udang dengan ketam la paling heavennnn! sedapnya *perut berbunyi*

    aku kalau cakap tak kisah memang tak kisah. Aku semua bedal. tapi kalau aku teringin memang aku cakap nak makan apa. kalau orang tak setuju aku terpaksa pasrah dan imagine baling meja ke dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NADIA vs BERON

      Aku pun rasanya camtu kot.
      Kalau satu hari determination nak makan mee bandung, maka aku akan cari sampai dapat walaupun aku terpaksa makan sorang...hahaha

      Macam laa ni, aku teringin nak makan waffle...hehehe

      Delete
  3. Memandangkan sekarang dh boikot fastfood so aku lagi suka makan kat tempat yg ada waiter.dia layan kita dan bukan layan diri.nk jadi datin bila makan kat luar.mamak pomboleyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Miss Fireflies

      Semua fast food ke kau boikot?
      Ka yang tolong isr4el je?
      Aku McD ni makanan dia biasa je, tapi aku lebih terpikat dekat mainan dia...hehehe

      Delete
  4. Apakah? Udang tak sedap?? Pernah pekena charkuetiow penang ori tak cEro? Apakah udang yg ada dlm tu juga tak sedap? Haha ;3

    Eh sekarang ni agak bahaya la makan kat kedai, semalam ada news report pasal typhoid outbreak kat KL. Bakteria salmonella punya pasal :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      Dari kecik aku set dlm kepala yg udang tu tak sedap, kalau charkuetiow penang ori letak udang, awal2 lagi aku dah suruh dia asing udah tu...hahaha

      Kaaaannnn??
      Bahaya oo wabak kepialu datang menyerang..
      Semua sebab kes buat makanan tak bersih ni.
      RIsau gak aku. Tu yang pergi kedai yg diyakini bersih je ni...hehehe

      Delete
    2. oits... tahniah menang keychain, mohon check sini naa~

      http://throughmyglasseskacamata.blogspot.my/2015/10/mini-ga-contest-cari-perbezaan-dalam.html

      Delete
  5. Asalkan tempat tu tak wajibkan aku makan semua sayur, aku ok. Hahahahaha.

    ReplyDelete
  6. Asalkan tempat tu tak wajibkan aku makan semua sayur, aku ok. Hahahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >mashy_entah

      Wujudkah kedai sedemikian?
      Rumah bakal mertua mungkin...Nanti dia tengok bakal menantu tak makan sayur terus reject **tetiba**
      hahahaha

      Delete
    2. Aku kalau pegi rumah org ke, mmg aku ckp aku tak makan sayur..yelah, mulut aku mana ada stopper, cakap tak henti dan selalunya akan terkeluar jugak bab mmg no sayur..nasib ah bakal mak mertua aku, kena terima seadanya hahahaha

      Delete
    3. Aku kalau pegi rumah org ke, mmg aku ckp aku tak makan sayur..yelah, mulut aku mana ada stopper, cakap tak henti dan selalunya akan terkeluar jugak bab mmg no sayur..nasib ah bakal mak mertua aku, kena terima seadanya hahahaha

      Delete
    4. >mashy_entah

      Tak makan sayur mungkin bukan masalah besar,
      tapi adalah kau boleh masak sayur, or worse tak nak pegang sayur langsung even masak utk orang lain?

      Delete
  7. kawan ak ok blake,tp yg masalah bini ak.... ak tanya nk makn ape,dijawab nya ape pon xpe,janji jgn ayam... dah beli ikan keli goreng sambal,xnak plak,dan beli la apepon..mesti kene komplain.......ermm.ermmm.ermmmm...

    -petai

    ReplyDelete
    Replies
    1. >petai

      Uih, kalau bini yang macam tu memang parah sikit arr...
      Suruh je dia beli sendiri, senang sikit hidup...hahaha

      Delete
  8. tak setuju. udang sedap gileeeeeeeeee tambah lagi masak butter prawn... peeeeeeeeeeeeeeeeeeeehhhh... meleleh air liur hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Prince of Noob

      Maasak butter prawn memang sedap, tapi aku amik bau n kuah je laa..udang kasi orang...hahaha

      Delete
    2. Aku setuju. Masak butter prawn la paling sedap kalau nk makan udang.

      Delete
  9. wuhuuuuuuu...yg faktor faktor yg penghalang tuh yg buatkan aku ketawa..lagi2 ada perkataan sosiobudaya...keliru sekejap..ni tgh baca sejarah ke blog cerol..ahahhahaa..terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >aiman mania

      Hahaha...kena laa kekonon educated sikit bagi orang faham.
      Nanti kalau terus masuk tajuk utama nanti tak faham pulak hahahaha

      Delete
  10. Setakat ni takde di kalangan KAWAN aku. Tapi semua jenis tanak buat keputusanla selalunya hahaha. Unless sesiapa ada special request.
    Aku tak suka udang yg kecik2 dlm bihun tu. Kalau udang besar dlm ckt tu okla gak, tho malas betul nak kopek udang. Aku ni makan ayam je senang.
    ps: Senanya kawan tu nak dibelanja baru ok kekeke

    -Star-

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Star

      Udang kecik ke udang besar ke, semua tak sedap. Hahaha
      Aku dulu masa kecik pernah try makan udang, maybe yang tak fresh kot tu yang tak sedap tu. Bila makan je tak sedap terus tak nak makan sampailah laa ni 2015. Haha

      Delete
  11. hahaha kan udang tak sedap sangat pun..bawak bekal gi keja..hahaha so kawan2 pun bungkus makan sekali kat opis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >stickynote

      Finally ada geng kata udang tak sedap...hehehe
      Bestnya bungkus bekal gi kerja. Aku tak serajin tu nak bungkus2 ni...Mahunya otw gi kerja dah habis dah apa yang dibungkus...hehehe

      Delete
  12. aku ada ketua jenis yg cakap "ikut kau.. aku x kesah"

    mmg nak kena pelempang je dgn aku... dah dia ketua, tolonglah buat keputusan. aku ni follower jeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Raz

      Hahaha...pening jugak ada ketua camtu.
      Tapi kalau jenis dia memang tak kisah takpe kot.
      Takut2 jenis dia macam kekonon tak kisah tapi bila sampai tempat tak best terus merungut sana-sini...hehehe

      Delete
  13. dulu selalu la mcm tu,susah nak decide tmpt makan,tp skrg bila kawan ke tanya,jawap random je,malas nak fikir susah2 nak makan mana sbb jenis x memilih :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. >amira faqihah

      Aku tempat tak kisah sangat, yang kisah apa yang nak dimakan...
      Kalau satu hari tu aku akan buat kerja berat, aku akan cari makanan yang kalori tinggi, kasi power sikit badan...hehehe

      Delete
  14. Aku x pernah rasa nak tumbuk muka org. Paling2 pun rasa nk tumbuk belakang badan dia je. Tak boleh bayang betapa scary dan bersalahnya rasa bila tumbuk muka org.

    Udang sedap gila kot...gila rugi x makan udang. Kau dh hilang satu nikmat dunia. Haha...

    Kalau bab makan aku x kisah. Ikut je apa org decide sbb aku malas gila nak decide. Semua benda la aku malas decide. Biasanya kalau order makanan, aku la paling lambat sebab aku x boleh tgk byk menu.

    Kalau boleh aku nk menu ada 3 je kt kedai makan. Tapi tiap2 hari bertukar2 la menu tu. Hahaha...Kadang2 sampai org yg suggest utk aku sebab aku lembab giler order dan biasanya aku follow je suggestion diorg.

    So, baik kau kawan dgn aku, senang hidup kau.. Boleh ganti kawan kau yg x hensem tu. Hahaha..*camharem lukis diri sendiri hensem, org lain buruk gila

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Aku rasa je nak tumbuk, tapi setakat ni tak pernah lagi laa...hehehe

      Tak apa hilang nikmat udang pun...banyak lagi makanan sedap lain, durian contohnya...hehehe

      Aku selalunya setengah jam awal dah rancang dah nak makan apa.
      Aku sediakan 2-3 pilihan kalau-kalau yang first aku order tu takde...

      Lukis je tak hensem, tapi realitinya dia lebih hensem dari aku tau.
      hahahaha

      Delete
  15. bab makan tak pernah memilih.. janji halal!
    (baru senang nak melancong!)

    tapi klau masuk bab 'sedap tak sedap' tu kira lain, janji makan untuk hidup...jgn pulak hidup untuk makan!

    *prawn addicted*rugi tak makan! trylah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Haha..untung orang yang tak memilih ni...semua bedal. Hehe

      Sedap tak sedap, kekadang makanan kegemaran pun kalau dah tak sedap tak boleh masuk jugak, kan? Hehehe

      TAKNAK TRY UDANG! Tak teringin pun nak try.
      hahaha

      Delete
  16. Udang dan ketam boleh tahan sedap kalau kena dengan cara memasak.. Cuma kena kurangkan pengambilan sebab saya pun ada alergik... Huhu - KTC

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kakak Tiri Cinderella

      Rasanya semua benda kena tengok cara masak baru boleh jadi sedap ke tak sedap...
      Maybe masa duku first time try makan udang terus rasa tak sedap jadi first impression macam tak berapa nak bagus laa...hehehe

      Delete
  17. kalau bab cari tempat makan memang BV jenis takkesah je. biar dorang decide asal tempat halal, selesa dan mampu bayar. hahahaha. :D boleh tak bagi sebab kenapa udang tak sedap? musykil lak, pestime tau orang habaq udang tak sedap. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BudakVanilla

      Sedap kenapa udang tak sedap?
      Maybe sebab first impression kot.
      Masa kecik dulu first time makan udang terus rasa macam tak sedap, so decided tak nak makan dah udang. Sampai besar tak pernah makan dah sebab dah registered dlm kepala otak ni yg udang tak sedap...heheheh
      BV peminat udang ke?

      Delete
  18. *Tak setuju dengan cEro* Udang sangat sedap, okay! :D

    Macam saya, saya jenis yang pilih tempat makan sebab saya cuma akan makan benda yang saya nak makan sahaja.

    Kalau keluar ramai-ramai, akan tanya kawan-kawan dulu diaorang nak makan dekat mana. Kalau diaorang nak makan dekat tempat yang saya tak nak makan, saya takkan ikut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Hehe..peminat udang ye? Hehe

      Kalau tak ikut diorang makan, Farah sanggup ke makan sorang-sorang semata-mata nak makan benda yang Farah nak makan?

      Delete
  19. Wah, Cero. Kau kena pi boxing gym ke beli punching bag ke. Hahaha menyalurkan kemarahan dan keinginan kau untuk menumbuk manusia-manusia yang disebutkan tadi. Hahahah

    So far, aku selalu kena macam ni dengan perempuan je. Kebetulan kawan-kawan perempuan aku memang kena dengan stereotaip ni. Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Danial Jaafar

      That actually is a very brilliant idea.
      Kalau tak mahal, aku rasa minggu depan aku beli.
      hehehe.

      Tetiba teringat dekat mak kepada Nene dlm cerita Shin Chan,
      lepaskan geram dekat anak patung arnab. Hahaha

      Delete
  20. Kalau ai.. eemm.. kalau kali pertama jumpa dah buat perangai macam tu.. hi hi bye bye lah jawabnya..
    psstt: bukan sebab udang tak sedap dimakan tapi dah jemu.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >aizamia3

      Hahaha...tapi selalunya orang yang baru pertama kali jumpa mesti sopan santun ramah tamah tak buat hal..hehehe

      Laaa...jemu udang ke? Selalu makan ek?

      Delete
  21. aku biasa mengikut jek, memg selalunye aku yg cakap, ikut kau, x kesah.. tapi bile cakap camtu, kenala faham sefaham2nya..kenala ikut jek mana org nak pergi or decide sbb dh kata x kesah kan..

    masa study dl, kitorg tentukan giliran untuk pk pasal tempat makan..

    tp aku kire choosy ke sbb aku kena makan nasi at least sehari sekali, besenye time lunchla.. Kalau tak aku menggegel cam kena parkinson..huhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee-kun

      Betul tu.
      Kalau dah cakap nak ikut, kena laa ikut dan tak banyak songeh.

      Masa aku study dulu, selalunya target kedai murah je sbb ye laa, student. Miskin. Hahaha

      Aku nasi ke tak ke tak kisah sangat, kena ikut keperluan.
      Kekadang satu hari kena guna banyak tenaga, so kena makan berat2 sikit.
      Kekadang ada hari yang lepak je, so makan roti je pun dah okey...hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026