Oct 26, 2015

Gem The Gem.


Salam.




25 Oktober 2015, kucing aku mati.

Namanya Gem.
Seekor kucing betina domestik biasa tapi berbulu agak lebat dan kembang.
Nama Gem datang dari perkataan 'Gemuk' kerana masa dia kecil,
dia gemuk berbanding adik-beradik sebayanya.

Tapi semakin besar, badan dia semakin kurus.
Muka dia pun kelihatan bosan dan tidak bermotivasi.
Jadi dari 'gemuk', kami tukar nama jadi Gem yang juga boleh datang dari perkataan 'Gembira', dengan harapan supaya kehidupan dia lebih ceria.

Tiap kali panggil makan, Gem yang pertama akan datang.
Tak padan dengan kurus, tapi dia makan banyak.
Sebab makan banyak, dia juga berak banyak.
Memang fakta kucing betina domestik hanya suka duduk dalam rumah
jadi tempat berak kegemaran dia adalah bilik air rumah.

Nasib baik pandai berak dalam tandas.
Kalau berak atas kusyen, kan susah...

Gem ada sedikit kesukaran dalam hidup dia.
Dia seperti tak pandai kawal pundi kencing.
Tempat yang dia selalu lepak selalunya akan dibasahi air kencing yang keluar tanpa dikawal.
Walaupun bukanlah cabaran besar bagi kami manusia,
tapi siapa suka bila karpet yang dibentang menjadi basah dengan kencing.

Ini menjadikan Gem sebagai kucing yang paling kurang kami minati.
Tapi sebab sudah jadi sebahagian dari keluarga,
tak pernah terniat kami mahu hantar ke mana-mana.
Kami jaga sedaya kami walaupun ada ketika kesabaran tercabar dan tercalar.

Tiada keraguan adik-beradik Gem yang lain dapat layanan lebih mesra dari dia.




Pada pagi 25 Oktober lepas, pintu rumah aku diketuk jiran.
Kata jiran, ada kucing berdarah di bawah kereta dia.
Jiran aku itu juga membela kucing yang hampir sama warna
tapi dia takut nak melihat lebih teliti kucing itu kucing siapa.

Kami tak pernah duga itu Gem kerana Gem selalunya hanya berada di rumah.
Dia jarang keluar.
Untuk dilanggar di luar, kami lebih risaukan kucing jantan kami yang lain.
Tapi bukan Gem.

Selepas memberanikan diri,
kami lihat di bawah kereta yang disebutkan tadi.
Tidak salah, itu memang Gem.
Gem yang kuat makan dan tak dapat kawal kencing.
Gem kami.

Terlintas memori semalamnya,
aku memarahi Gem sebab dia kencing atas alat penimbang berat.
Aku hambat dia dengan penyapu,
walaupun tak kena (yang disengajakan) tapi jelas wajah Gem ketakutan.

Aku mengaku,
waktu itu aku dibayangi nafsu amarah.
Selepas beberapa ketika aku rasa kesal dengan kelakuan aku itu
namun ego aku menyatakan bahawa aku tidak berbuat apa salah
jadi ianya perkara kecil yang harus aku lupakan.

Namun setelah melihat Gem dalam keadaan rahangnya lari, berdarah
membuatkan hati aku tersentap kuat.
Jelas ianya luka dilanggar.
Mungkin sipi kereta. Mungkin juga motosikal.

Yang pasti Gem sudah pergi.
Menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Kaku keras di hadapan mata aku.

Gem ditanam.
Adik-beradik Gem yang lain juga berada di sekitar tempat kami menanam Gem
mungkin juga memberi penghormatan mereka yang terakhir.




Sesalan menerjah masuk ke dalam hati aku.
Bayangkan interaksi terakhir aku dengan Gem adalah menghambat dia dengan penyapu.
Ekspresi mukanya pada aku yang terakhir adalah wajah ketakutannya.

Kini Gem sudah tiada.
Tiada lagi untuk berak di bilik air.
Tiada lagi kencing di atas karpet.
Tiada peluang lagi aku nak minta maaf atas kekasaran aku menghambatnya dengan penyapu.

Jantung aku berdegup kencang.
Hati aku tak tenteram.
Aku lari masuk bilik dan duduk di sudut menekup muka.
Air mata tidak berlinang, tapi aku yakin ianya bergenang.

Lagi menyakitkan hati aku ialah
jauh sudut hati, aku rasa lega Gem sudah tiada.
Tiada lagi aroma busuk yang menusuk hidung bila dia berak di bilik air.
Tiada lagi kesusahan membasuk karpet akibat kencing Gem.
Tidak perlu lagi jerit lolong memarahi perangai pelik Gem.

Jahatnya aku. Aku berasa lega dengan kematian Gem?
Waktu tu aku tidak peduli,
egokah, jantankah, aku tidak peduli...
Aku menangis sunyi di dalam bilik. Sendiri.

Menangis sebahagiannya kerana sudah tiada lagi Gem dalam hidup aku.
Tapi selebihnya kerana keburukan aku yang berasa lega kerana Gem tiada.

Aku rasa aku amat jahat.
Aku rasa aku tak layak membela haiwan.
Aku perasan diri aku sebagai pencinta haiwan hanya kerana aku bela tiga empat ekor kucing.
Tapi adakah mereka benar-benar selesa dengan aku?
Adakah mereka selamat dengan aku?
Mesra dengan aku?
Cintakan aku?

Jelas Gem perlukan perhatian lebih memandangkan dia mempunyai kesukaran.
Tapi apa yang aku buat adalah memarahinya.
Baikkah aku? Layakkah aku digelar manusia?



Kematian Gem sangat terkesan kepada aku.
Gem buat aku berasa mahu reevaluate,
menilai semula semua tindakan aku sebelum ini.
Perangai aku.
Perbuatan aku.
Impian aku. Cita-cita aku.
Masa depan aku.
Siapa aku sayang, siapa aku benci.
Siapa aku patut sayang, siapa patut aku tidak benci.
Semuanya...

Aku berkeputusan untuk hidup tanpa kebencian lagi.
Kalau ada yang patut dibenci, itu adalah diri aku sendiri.
Aku akan hapuskan semua senarai benci aku
dan cari permulaan baru.

Thanks to Gem,
aku tahu aku bukanlah sebaik yang aku sangkakan
dan langkah pertama untuk berubah ialah mahukan perubahan.

Gem,
you are my gem.
Thank you, Gem. Thank you.





.

12 comments:

  1. Awwwww, this is so cute. Kucing pun boleh bagi ibrahkan :)

    I know how it feels when you feel sad and happy (more like lega) at the same time when you learn about your cat's death. Rasa sedih sebab kucing pergi, tapi lega sebab benda-benda yang kita tak suka tu takkan berlaku lagi. Memang rasa macam jahat sikit sebab ada perasaan lega tu tapi kita ni kan manusia. Kadang tak dapat elak daripada berperasaan macam tu,

    Takziah saya ucapkan atas pemergian Gem ya.

    ReplyDelete
  2. Saya bacan nama Gem dengan sebutan (jem).

    We are ony human C, Gem only a cat. I face the same emotion diffculties when my mom gone fo ever. Part of me is so sad n broken, buat a little part feel relieved. Can u believe that? Relieved? Of my mother death? Tp bukan lega sbb anggap itu sebagai beban, tp lega sbb dia tak perlu menderita sakit bertahun-tahun lagi.

    Same goes to Gem, mungkin awk rasa lega sbb dia tak perlu faced difficulties lagi. Sy percaya kucing ada perasaan and Gem feel bad tiap kali dia terkencing. Apa pun, dia dh bahagia di sana sekarang. Smile! :)

    ReplyDelete
  3. rest in peace GEm. aku tak tahu apa perasaan kau sebab aku tak pernah bela haiwan secara rasmi. tapi aku suka cara kau reflect diri kau atas kematian Gem. Seseorang nak berubah, pertamanya kena ubah cara dia memandang ke arah sesuatu.

    :)

    ReplyDelete
  4. Aku ada kucing cacat dulu, mati nak beranak, mungkin kecacatan sbb kena langgar tu punca dia mati nak beranak.. Sedih gile kot sbb aku tngk dia membesar tapi tulah, mungkin dia lebih baik kat sana, dengan anak2 dia.. ^^

    Besela weyh.. kite semua ada limit.. Don't be too hard on yourself, dude.. Aku rasa Gem pun x suke camtuh...tapi kite amek belah positifnyela, ko nk reevaluate things for better.. ^^d Gem is with you, dude..

    ReplyDelete
  5. Senang je kau bg nama dia Gem. Aku pun panggil kucing kat rumah parents aku tu simple2 je. Kadang2 aku panggil Tam sbb bulu dia hitam, kadang2 aku panggil dia Cing sbb dia kucing. Huhu...

    Takziah di atas kehilangan Gem. Dh ajal dia nak buat macam mana kan....

    Kau x payah la serius sgt dgn ingatan last moment kau dgn Gem tu. Lagipun bukannya kau pukul dia, kau sergah je kot...

    Aku tau kau sergah dlm keadaan marah tp masa kau sergah mesti kau ada niat nk Gem tu faham dn xkan buat lg lepas ni kan.. Betul x? Kira niat kau baik nak ajar kucing tu lebih mesra manusia lepas ni tp cara kau kasar, tu je..

    So, let go je. Kau belum dikira menyeksa binatang lagi. Btw, tahniah kau mampu reflect diri sendiri walaupun yg mati itu seekor kucing.

    ReplyDelete
  6. sedih bruh.. ko punya cerita sama macam kisah aku dengan Orca ( avatar kucing aku di Twitter dan Clueless Mumble)

    Perpisahan aku dengan Orca juga sama macam kau. Aku marah dan ketuk kepala dia sebab dia mengacau masa aku tengah buat homework.

    Huhuhu.. sebab tu sampai sekarang aku dah tak bela kucing

    ReplyDelete
  7. sedihnya. rasa nak melinang air mata. cewahhh~
    serius sedih bila baca kisah kucing macam nie. T^T
    BV pun banyak kucing, mesti sedih walaupun bknla kucing kesayangan sangat.
    baguslah dapat reflect diri. mcm kata orang, setiap yg terjadi ada hikmahnya. be strong! :)

    ReplyDelete
  8. takziah bro atas pemergian kucing tersayang. aku pun dapat merasai perasaan ko bila baca cerita ko ni.

    ReplyDelete
  9. Semoga Gem sedang gembiara di sana. Gem pun tak mintak untuk dijadikan macam tu dan menyusahkan sesiapa masa dia hidup dulu. Boleh dikatakan yang aku faham gak la perasaan kau tu, aku pun pernah ada kucing yang cacat sejak kecik (jantan, putih, mata biru, nama simba), tak dapat control kencing dia sendiri. Dia boleh tengah lepak2, tetiba je air kencing keluar, dah rasa basah baru nak terkejut dan tersentak dengan air kencing sendiri. Rasa kesian pun ada, lawak pun ada. Kitorang mmg tak bagi kucing2 masuk rumah, so takde la nak tensen sangat pun dengan dia. Kalau dia terkencing kat simen luar tu, boleh simbah dengan air paip je masuk longkang. Satu hari tu, dia hilang macam tu je, cari kat kawasan sekeliling tak jumpa, so kitorang harap dia sedang OK la kat mana2 tu... huhuu. Sekarang tak tau la dia masih hidup atau tak :(

    ReplyDelete
  10. sedih la plak..tapi tu la perasaan lega yg dtg bila gem dah takde tu yg rasa sadis utk diakui....ada pengajaran dan hikmah..buat kita menilai dan muhasabah diri sendiri :)

    ReplyDelete
  11. terlalu sedih.. banyak pulak buat saya reflek diri saya balik. Sampai saya tak tahu yang mana saya patut cakap dulu.

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026